Wednesday, July 13, 2011

Bekas isteri artis tuntut hutang nafkah


Bekas isteri vokalis kumpulan Headwind, Zainal Abidin Mohamed atau lebih dikenali Zainal Abidin memfailkan tuntutan hutang nafkah anak berjumlah RM167,102.04 di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Natasha Gabriel Abdullah, 52, yang juga bekas model selaku plaintif menerusi peguam syarie, Norhusniah Husin mengemukakan tuntutan itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain.
Bagaimanapun, Zainal Abidin, 51, yang diwakili peguam syarie Abdul Halim Bahari, tidak hadir.
Natasha mengemukakan tuntutan itu yang juga hutang nafkah sejak 2002 hingga kini membabitkan yuran persekolahan, kelas agama dan perubatan anak mereka.

Zainal Abidin juga menghadapi satu tuntutan lain iaitu permohonan mengubah perintah nafkah bulanan, wang perbelanjaan hari raya dan pembelajaran dua anaknya yang difailkan Natasha tahun lalu.

Dalam tuntutan itu, Natasha memohon nafkah bulanan RM200 bagi setiap anak dinaikkan kepada RM1,200 seorang.

Turut dimohon, nafkah hari raya diubah daripada RM150 kepada RM300 setiap seorang.
Bagi nafkah membabitkan pelajaran, Natasha menuntut belanja anak mereka, Mikhail, 18, dinaikkan sehingga RM3,500 sebulan manakala anak perempuan iaitu Timur, 16, RM2,000 sebulan.
Mahkamah menetapkan perbicaraan dua kes berkenaan pada 24 Oktober ini.

Mengikut rekod, Natasha bernikah dengan Zainal Abidin pada 24 Mac 1987 dan dikurniakan dua anak iaitu Mikhail dan Timur, sebelum bercerai pada 12 Disember 2000.






.

6 Penyokong CHELSEA:

Shiela Firdaus on July 13, 2011 at 11:05 AM said...

uhhh..lelaki bila tidak tau menunaikan tanggungjawab!! sama la nih...dah 10tahun dia abaikan nafkah anak dia..nak tuntut gak laaa :)

iedaurora on July 13, 2011 at 11:24 AM said...

banyak kes artis camnie kan, cantek la pic lulu kat header tu...

Anonymous said...

inilah akibatnya bila tanggungjawab nafkah tu tertunggak, kan dah jenuh nak bayar

Ce'gu JAERA on July 13, 2011 at 2:12 PM said...

ooo lelaki... berat rasnya tanggungjawab yang dipikul oleh Lelaki.. baik masa berumah tangga, mahupun ketika dah berceraii... semoga Zainal Abidin cekal menghadapi nya

zuwaidah on July 13, 2011 at 3:15 PM said...

banyak tu terhutang. semoga hak anak2 dilunaskan, takut nanti di akhirat tak terjawab sudah.

Nini D.. on July 13, 2011 at 8:12 PM said...

gile ah!!.....rm167 ribu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!