Wednesday, July 13, 2011

Permintaan tidur bersama petanda pemergian buat selama-lamanya


Seorang ibu tidak menyangka permintaan dua beradik untuk tidur bersamanya, sebagai tanda mereka akan pergi selama-lamanya, apabila kedua-duanya ditemui lemas dalam tali air, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Alwani Shamimi Mohd Ridza, 11 dan adiknya, Muhamad Izat Afik, 9, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Badol, ditemui mati lemas di dasar tali air di Kampung Pak Koje, Melor, di sini, beberapa meter dari kediaman mereka.

Ibu mangsa, Asmarani Ismail, 31, berkata dua daripada tiga beradik itu tidak pernah berkelakuan sebegitu sebelum ini, apabila tiba-tiba meminta mahu tidur bersamanya dan gembira apabila dibenarkan berbuat demikian.
“Saya tidak sangka permintaan arwah berdua mahu tidur bersama, seolah-olah permintaan terakhir, malah bagaikan tidak percaya akan kehilangan kedua-dua anak manja itu serentak, tetapi reda dengan ujian Tuhan ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Bapa mangsa, Mohd Ridza Awang, 35, berkata sebelum kejadian, beliau bersama isteri serta anak bongsu mereka, Muhamad Izz Afif, meninggalkan kedua-dua mangsa di rumah untuk menziarahi mentuanya di Mahligai, di sini.


Katanya, dua beradik itu tidak pernah bermain di tali air, malah sebelum meninggalkan mereka, beliau sempat menasihatkan mereka supaya tidak bermain berhampiran kawasan berkenaan.
“Kami meninggalkan mereka jam 6 petang dan pulang sejam kemudian sebelum mendapati kedua-duanya tiada di rumah. Saya terus mencari mereka di rumah saudara berhampiran, tetapi gagal.

“Ketika mencari bersama beberapa penduduk, saya ternampak basikal Alwani di atas tebing tali air dan bergegas ke situ sebelum melihat basikal Muhamad Izat dalam tali air berkenaan,” katanya.
Beliau bersama penduduk kampung turun ke tali air pada paras lebih dua meter dan berjaya menemui mayat Alwani Shamimi sebelum menemui Muhamad Izat Afik berhampirannya.





.

6 Penyokong CHELSEA:

Liza @ Adzriel AB on July 13, 2011 at 10:46 AM said...

tak boleh nak baca sangat, terasa nak menitik air mata ni.

Marina on July 13, 2011 at 10:48 AM said...

sedihnyer...inalillah...

aizamia3 on July 13, 2011 at 11:35 AM said...

moga mereka tabah menghadapi dugaan ini

al-Fatihah buat arwah..

Unknown on July 13, 2011 at 12:33 PM said...

sedinye T_T

Ce'gu JAERA on July 13, 2011 at 2:09 PM said...

kesian kan.. siapa tak sedih kehilangan kedua anak yang tersayang sekaligus.. banyakkan bersabar buat si ibu..
al_fatihah

Aziela on July 13, 2011 at 2:28 PM said...

bila melibatkan kasih sayang terakhir dalam hidup, memang sangat syahdu. Tapi, kenapalah tergamak ibu dan bapanya tinggalkan anak mereka kat rumah? Tumpangkanlah kat rumah ibu saudara mereka ke..jiran ke... Kadang2, biarlah anak kita menangis sekejap dan bencikan kita sbb 'kurung' mereka dibawah kawalan org dewasa asalkan kita tidak menangis seumur hidup.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!