Beratus-ratus penonton mengamuk semasa menyaksikan pertandingan bola tampar di Kampung Blumbungan daerah Pamekasan di sini kerana tidak berpuas hati dengan penganjur perlawanan, Ahad lalu.
Penonton dilihat mengamuk dengan merosakkan kemudahan yang terdapat di gelanggang bola tampar tersebut selepas kecewa dengan penganjur pertandingan yang mungkir janji.
“Penganjur pertandingan mengatakan ada pemain kebangsaan yang akan hadir pada pertandingan ini namun tiada seorang pemain kebangsaan yang hadir walaupun pertandingan telah tamat,” kata Achmad, salah seorang daripada penonton yang mengamuk.
Menurutnya, kebanyakan penonton hadir ke pertandingan bola tampar itu kerana mahu menyaksikan kehadiran pemain kebangsaan seperti yang dijanjikan oleh pihak penganjur.
“Terbukti penganjur telah berbohong,” katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi penonton, Abdul Wasid berkata, dia sanggup membayar Rp5,000 (RM1.80) untuk tiket masuk semata-mata mahu melihat pemain kebangsaan beraksi.
“Saya mula mengesyaki sesuatu sebaik sahaja pertandingan bermula selepas pemain kebangsaan tidak kelihatan seperti yang dijanjikan penganjur,” jelasnya.
Akibat marah dengan penganjur pertandingan, ratusan penonton terbabit bertindak merosakkan gelanggang serta dinding yang diperbuat daripada buluh.
Penganjur pertandingan yang takut dengan kejadian tersebut pula telah bertindak menyelamatkan diri masing-masing.
P/S - Ingin memenangi iklan blog percuma ? [KLIK]
.
3 Penyokong CHELSEA:
demi mengaut keuntungan yang melampau sanggup menipu org ramai..sapa tak mengamuk kan?
pengajaran ni buat semua penganjur.. janji yang bukan2, last2 penonton rugi sebab bayar RM1.80.. ekekeke.. kan tak pasal2 penganjur kena serang..
gara-gara nak cari untung...orang lain jadi mangsa penipuan..
Post a Comment