Wednesday, August 3, 2011

15 motosikal, 3 kereta hangus


Sebanyak 15 motosikal dan tiga buah kereta milik penduduk Pangsapuri Sri Kota, Cheras di sini hangus terbakar akibat perbuatan khianat yang dipercayai dilakukan dua remaja bermotosikal awal pagi ini.
Kejadian berlaku pada pukul 4.30 pagi ketika umat Islam sedang bersahur.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Suhaimi, 27, berkata, ketika kejadian dia sekeluarga sedang bersedia untuk bersahur.

"Ketika itu, terdapat sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki berlegar-legar sebelum mereka bertindak membaling bom molotov ke arah deretan motosikal penduduk.
"Berikutan itu, api marak dengan pantas menyebabkan penduduk gagal menyelamatkan motosikal berkenaan, malah ia turut merosakkan tiga buah kereta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tiga buah kereta yang terbakar dalam kejadian itu adalah Proton Savvy, Proton Persona dan Perodua Kancil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis percaya kejadian itu berpunca akibat perbuatan khianat yang dilakukan lebih daripada seorang suspek.
"Siasatan terperinci telah dilakukan termasuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Forensik bagi mengesan suspek yang melakukan jenayah tersebut.
"Selain itu, polis juga memerlukan kerjasama penduduk supaya menyalurkan maklumat agar suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat," katanya.




.

3 Penyokong CHELSEA:

Rozita Ceritaita on August 3, 2011 at 11:19 AM said...

kesiannya dah la bulan puasa tak lama nak raya pulak.. kena musibah camni... apa la yg budak tu fikir agaknya..

Qaseh Suhaida on August 3, 2011 at 11:58 AM said...

bulan puasa pun nak buat kerja2 jahat...

Kancil 8349 on August 3, 2011 at 1:08 PM said...

bebudak sekarang nie ikut perasaan mereka je...apa yang mereka buat tu betul padahal menyusahkan banyak pihak..aku rasa bebudak tu buat hal...bila kena tegur, mereka marah..(andaian sahaja)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!