Wednesday, August 3, 2011

'Saya Orang Melayu Yang Makan Tempe'


Pelakon Zain Saidin,27, mahu peminat dan sesiapa sahaja yang ingin menegurnya supaya berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia kerana dia lebih mencintai bahasa itu daripada berbahasa Inggeris.

Kata Zain, walaupun dia berdarah campur iaitu Melayu – Inggeris, tetapi dia bersekolah dan dibesarkan dalam kehidupan orang Melayu.
“Saya orang Melayu yang makan tempe. Saya pun makan rebung. Saya lebih senang dan selesa jika semua pihak bercakap Bahasa Malaysia dengan saya,” ujarnya.

Zain berkata, masalah timbul apabila kebanyakan peminat dan orang ramai menganggap dia tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik kerana wajah kacukannya.
Menurut Zain, perkara tersebut membuatkan ramai pihak berasa keliru ketika mahu memulakan perbualan dengannya.

“Saya dibesarkan dalam persekitaran Melayu. Saya bersekolah di sekolah kebangsaan malah rakan-rakan juga ramai berbangsa Melayu. Jadi saya lebih suka orang kenal saya sebagai orang Melayu,” ujarnya.
Walaupun mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, ujar adik kepada Sasha Saidin (Elite) ini dia akan mudah mesra jika dapat berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan dan berharap selepas ini orang ramai dapat memenuhi permintaannya itu.

Ditanya sejauh mana kebenaran dakwaan kononnya dia mahu berhijrah ke Indonesia kerana kecewa disebabkan pelakon kacukan sepertinya kurang diberi perhatian, ujar Zain dia bukan merajuk tetapi sekadar ingin mencuba peluang baru.

“Saya bagi tempoh untuk berjaya dalam bidang seni dalam masa tiga tahun. Sekarang dah dua tahun saya melibatkan diri sebagai pelakon.
"Jadi bila masuk tahun ke tiga saya hendak ke Indonesia bagi mencari peluang di sana sekiranya industri seni di negara ini tidak menerima saya kerana watak yang terhad,” jelasnya.

Tambah Zain, bagi mempersiapkan diri menjadi artis yang serba boleh, dia berhasrat menghasilkan album mini tidak lama lagi yang menampilkan enam buah lagu ciptaannya sendiri.
Bagaimanapun sempena kedatangan Syawal ini dia akan menghasilkan "single" Hari Raya terbaru berjudul “Rayeh” berkosnepkan rap yang akan dirakamkan dalam waktu terdekat.



.

4 Penyokong CHELSEA:

Izan Ishak on August 3, 2011 at 12:35 PM said...

baguslah kan...dia lebih suka dikenali sbg org melayu wpun muka dia mmg totally cam omputih

shida on August 3, 2011 at 1:30 PM said...

yeah..makan tempe...hehehe
tempe tu lebih sinonim dgn org jawa..:P

belogkiter on August 3, 2011 at 4:12 PM said...

saya tak makan tempe.. saya orang putih ke? hihi

Ce'gu JAERA on August 3, 2011 at 10:07 PM said...

bagusnya dia menghargai sifat kemelayuan.. orang kita ni kebanyakan melayu ada hati nak ikut2 macam org putih walaupun speking tunggang langgang.. ehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!