Friday, August 5, 2011

Catherine Willows bakal tinggalkan CSI


Siri televisyen CSI:Crime Scene Investigations akan menjadi 'lebih ringan' dengan penyertaan bekas pelakon siri komedi Cheers, Ted Danson dalam siri detektif forensik tersebut, kata penerbit hari ini.

Namun dalam satu pengumuman mengejutkan, aktres watak utama, Marg Helgenberger memberitahu wartawan bahawa dia merancang untuk meninggalkan rancangan yang paling banyak ditonton di seluruh dunia itu pada penghujung musim ke-12.

Helgenberger yang melakonkan watak bekas penyelia CSI, Catherine Willows, berkata, dia telah memikirkan untuk keluar pada hujung musim lepas, namun membuat keputusan bahawa dia 'menghadapi situasi sukar untuk melepaskannya dan tidak selesai lagi melakonkan watak ini. Itu yang membuatkan dia menyambung kontrak untuk sedikit masa lagi.

Danson, 63, mengambil alih tugas Laurence Fishburne (sebagai Dr. Raymond Langston), melakonkan watak baru sebagai D.B Russel iaitu seorang lelaki yang hidup berkeluarga dengan empat orang anak dan dibesarkan dalam keluarga hipi.

Penerbit eksekutif, Carol Mendelsohn berkata, Russel mempunyai proses unik tersendiri untuk menyelesaikan kes jenayah dan musim baru ini akan lebih ceria dengan jenaka berbanding musim sebelum ini.

"Musim ke-12 merupakan tempoh yang lama, dan kita mahu penonton teruja dan begitu juga dengan kami sebagai penulis," katanya.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on August 5, 2011 at 3:21 PM said...

alalal.. saya tak kenal la pelakon ni...

sebab saya lgi suka dengan siri CSI: Miami... ehehehe

bestt..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!