Friday, August 5, 2011

Pelajar hilang 2 jari, lelaki hancur tiga jari kanan


Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu kehilangan dua jari, manakala seorang lelaki hancur tiga jari tangan kanan selepas tangan mereka tersepit dalam mesin tebu yang dikendalikan mereka dalam dua kejadian berasingan di bazar Ramadan Taman Samudera, Gombak dan Jalan Raja Uda, Kampung Baru, Selasa lalu.

Ketika kejadian jam 5.15 petang di bazar Ramadan Taman Samudera, Wan Norhafiza Wan Su, 13, sedang mengendalikan mesin tebu bersama seorang pembantu gerai milik bapanya yang menjual air tebu dan kelapa sejak hari pertama Ramadan, Isnin lalu.

Ketika itu, mangsa yang sedang memasukkan batang tebu ke dalam mesin itu dikatakan menoleh ke arah pelanggan yang memanggilnya dan tanpa disedari tangannya tersepit.



.

4 Penyokong CHELSEA:

Nadia on August 5, 2011 at 12:58 PM said...

kesiannyer..:(

new entry :: Day 01 - A picture of yourself with fifteen facts

Unknown on August 5, 2011 at 2:32 PM said...

huu..sakitnyee.. ~_~

Ce'gu JAERA on August 5, 2011 at 3:18 PM said...

huhuhu.. berusaha untuk mencari rezeki di bazaar ramadan, akhirnya diri sendiri yang terkena ujian..

bersabar sjalah.. ada hikmah disebaliknnya

zuwaidah on August 5, 2011 at 3:49 PM said...

laaaa kasihannya, baru 13 tahun.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!