Monday, August 22, 2011

Justin Bieber dan Salena Gomez berpisah?


PASANGAN kekasih, Justin Bieber dan Selena Gomez dilaporkan telah memutuskan hubungan mereka kerana Selena, bintang filem Disney, memberitahu Bieber yang dia tidak suka rakan-rakan baru Justin yang dari kalangan penyanyi hip-hop.

bintang ‘The Wizards of Waverley Palace’ yang bercinta dengan Bieber, 17 tahun, sejak awal tahun ini, dikatakan memutuskan hubungan mereka kerana dia bimbang Justin akan terpengaruh dengan kawan-kawan barunya.

Sejak beberapa minggu lalu, Justin lebih banyak menghabiskan masanya dengan Sean Kingston, penyanyi rap Lil Wayne dan penyanyi Chris Brown yang telah merakamkan lagu dengan remaja Kanada itu.

Chris Brown mempunyai dikenali mempunyai perangai buruk selepas dia menyerang bekas kekasihnya Rihanna pada tahun 2009 yang menyebabkan penyanyi “Only Girl In The World” terpaksa dikejarkan ke hospital. Brown telah didakwa kerana menyerang dan membuat ugutan jenayah.

Lil Wayne pula telah dipenjarakan selama lapan bulan pada tahun 2010 setelah mengaku bersalah kerana menyimpan senjata.

Bieber telah berkawan dengan penyanyi dari Jamaica Sean Kingston sejak merakamkan lagu “Eanie Meenie” bersama penyanyi itu pada April 2010. Minggu lepas ketika Bieber dan Sean memandu kereta Rolls Royce dan bersiar-siar di South Beach, mereka telah ditahan polis. Polis merasa ragu melihat dua orang remaja di dalam sebuah kereta mewah.

Walaupun kedua orang remaja itu tidak melakukan apa-apa keselahan dan dibenarkan memandu, Kejadian seperti ini yang buatkan Selena marah. Dia tidak suka Bieber terlibat dalam publisiti yang akan memburukkan namanya.

Yang menyebabkan Selena berang, apabila Bieber membawa Sean untuk menonton persembahannya pada hujung minggu di Florida.

Seorang sahabat Selena memberitahu akhbar Sun. “Selena beritahu Justin supaya tidak bersama dengan mereka. Dia tidak mahu kawan-kawan baru Bieber itu merosakkan persembahannya. Mereka telah bergaduh besar dan Selena rasa masanya tepat untuk mereka berpisah kerana Selena sedang sibuk dengan siri persembahannya.”

Bieber dikatakan sedih dengan keputusan Selena. Dia kelihatan menangis selepas mereka bergaduh besar.

Kata kawan Selena lagi. “Sebak apabila melihat seorang lelaki berusia 17 tahun menangis dan berkata yang dia cintakan Selena.”



.

3 Penyokong CHELSEA:

Unknown on August 22, 2011 at 9:23 PM said...

meh bercinta dgn kak bui jer JB..hahahaha..dh takder jodoh dorang tu,nk buat mcm mana kan

Unknown on August 22, 2011 at 10:03 PM said...

haha macam mana ye rupa JB menangis?

AZRI on August 23, 2011 at 5:33 AM said...

yesss..akhirnya Selena balik padaku.muahahaha;o

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!