Seorang budak empat tahun yang sedang tidur dalam kenderaan pelbagai guna (MPV), menempuh detik mencemaskan kira-kira tujuh jam apabila dilarikan seorang lelaki yang mencuri kenderaan terbabit, ketika ditinggalkan ibunya berdekatan sebuah Taska dekat Masai di sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 7 pagi di Taman Kota Masai, ketika mangsa, Mohd Mirza Baihiqi Suhaimi bersama kakaknya, Nurul Arisya, 9, dibawa ibu mereka, Wan Juriana Wan Jamal, 36, untuk menghantar adik bongsu mereka, Mohd Syakirin, dua tahun di Taska itu.
Ketika menyerahkan anak bongsunya kepada petugas Taska itu, Wan Juriana yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, tidak mematikan enjin serta mengunci pintu kerana dua anaknya masih dalam MPV Toyota Avanza itu termasuk Nurul Arisya yang duduk di tempat penumpang depan.
Menceritakan semula detik cemas itu, Nurul Arisya berkata, ketika dia sedang menunggu ibunya kembali ke kenderaan itu, tiba-tiba seorang lelaki masuk duduk di tempat pemandu kenderaan keluarganya itu sebelum mengarahnya keluar dari MPV berkenaan.
“Ketika emak hantar adik saya masuk Taska, kereta tidak berkunci dengan enjin masih hidup. Saya duduk di depan menunggunya, manakala adik Mirza sedang tidur di tempat duduk belakang.
“Tiba-tiba seorang lelaki masuk dalam kereta dan menjerit suruh saya keluar. Perbuatan itu membuatkan saya takut dan panik, sebelum saya keluar. Lelaki itu memecut laju kereta emak sambil membawa sekali adik saya yang sedang tidur,” katanya ketika ditemui di Taska itu petang semalam.
Wan Juriana yang masih terkejut, berkata anaknya itu adalah sesuatu yang tidak ternilai berbanding kereta yang dilarikan pencuri dalam kejadian itu.
“Saya ibarat mendapat nyawa kembali apabila Mirza ditemui selamat. Kejadian ini berlaku dalam sekelip mata ketika saya singgah dan turun mendukung Syakirin untuk diserahkan kepada pengasuh,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Seri Alam, sejurus anaknya ditemui selamat.
Bagaimanapun, Mohd Mirza Baihiqi ketika ditemui kelihatan masih terpinga-pinga dengan pengalaman yang dilaluinya dan tidak mampu menceritakan detik cemas ditempuh sepanjang tujuh jam berada bersama pencuri kenderaan ibunya itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Saifi Abdul Hamid, yang mengesahkan kejadian itu, meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kedudukan MPV Toyota Avanza yang dilarikan dalam kejadian itu tampil menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
P/S - Apa pengajaran dari kisah ni??
.
7 Penyokong CHELSEA:
Kan banyak pihak dah pesan. Jangan tinggal kereta dengan enjin terpasang... Walaupun sekejap... sekarang ni bahaya ada di mana2... Sib baik yang curi kereta tu masih ada hati dan perasaan...
banyak pengajaran dan iktibar yang perlu diambil..
1. Jangan tinggalkan kereta yang tidak dimatikan enjin begitu saja..
2. jangan tinggalkan anak-anak yang masih kecil dalam kereta dengan enjin masih hidup.
3. jangan anggap semua tempat itu selamat.
jangan tinggal keta tak berkunci
jangan tinggal anak dalam kereta
jangan tak matikan enjin..
jangn jangan jangan
cek sebelom mencuri, pastikan keadaan aman baru pecut.. hahaha..abes pncuri dia tertgkp eh?
bukan org tu dah pulangkan budak dgn kereta sekali ke?
kesihan budak tuuu...
jangan biarkan enjin kereta hidup semasa urusan di luar kereta..
pastikan pintu kereta sentiasa berkunci.
pastikan anak2 juga selamat..
Post a Comment