Tuesday, August 2, 2011

Patutlah berbau..


Seorang pelajar yang mengikuti jurusan ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ditemui mati di dalam bilik asramanya di Blok D, Kolej Bilal, tengah hari semalam.

Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, seorang warga negara Guinea, ditemui penyelia asramanya selepas dimaklumkan penuntut lain mengenai bau busuk yang datang dari bilik mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati sejak seminggu lalu, tetapi mayatnya hanya ditemui tengah hari semalam.

“Tiada sebarang unsur pecah masuk mahupun unsur pergelutan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan mangsa mati disebabkan penyakit,” katanya.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, Mamadou pernah menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital berhampiran bagi penyakit sawan yang dihidapinya sejak kecil.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.




.

4 Penyokong CHELSEA:

Soul Seeker on August 2, 2011 at 10:51 AM said...

kakak lulu, saya bakal ke uia gombak sept ni, takutlah pulak dengan cerita penemuan mayat ni. harapnya tak da ape2la kan. ^^

Lulu Caldina on August 2, 2011 at 10:55 AM said...

@::Cik Pija:: eh yer ke? tahniah... Insya-Allah semuanya akan baik jer untuk kamu..

Anonymous said...

pija..insyaAllah xde ape2 la..huhu, kat mne2 pun..mcm2 kjadian mcm ni blaku..kullu nafsin zaiqatul maut..btw, slmat pulang ke kampus.. =)

Soul Seeker on August 3, 2011 at 3:35 PM said...

@Lulu Caldina hee thanks kak lulu. nasib baik dia meninggal sbb sakit. kalau kena bunuh ke mmg lagi tragis laa..dan menyeramkan.. ^^

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!