Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.
Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.
Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahuntidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.
P/S - Kesiannya, tapi pengajaranlah buat kita semua, melakukan apa pun, kena fikir 2 kali..
.
9 Penyokong CHELSEA:
Pengajarannye, jangan salah gunekan facebook...
wahhhh page dah baru! cool la lulu! ;D
suka hati dia je nak kutuk keluarga orang lain...memang ndak ada lesen mulut budak tu...tengok sendiri yang parah
@Ct Arina wee ;)
@Kancil 8349 itulah, kesian dia tak sempat nak berubah, dah temui ajal
huhu tadi pun bace jugakk.. hmm ape la nak jadikan^^
harap jadi pengajaran kepada yag lain
Astrafirllahhalazim....sepatutnya perkara sebigini tidak perlu berlaku sekiranya kedua-dua pihak menggunakan fikiran akal yang waras...yang menggunakan Fb untuk mengutuk adalah satu perkara yang sangat tidak elok...bagi kedua abg tersebut bagus sebab pertahankan maruah keluarga tapi jangan la sampai membunuh...cukup selesai kan dengan cara lebih baik dan saling maaf memaafi...
http://phatthegreat.blogspot.com/2011/08/hari-kedua-berpuasa.html
@Phat betul tu.. memang kisah ni jadi pengajaran buat kita semua
Post a Comment