Friday, August 5, 2011

Ter??? ter?? (ter tu tak sengajalah eh??)


Seorang pelajar terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala selepas tertoreh pisau kecil yang dipegang seorang ustaz dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu didakwa berlaku ketika guru agama berusia 55 tahun berkenaan cuba menarik pelajar tingkatan dua itu yang berada di kelas bersebelahan kerana ponteng dari kelas sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ustaz berkenaan bertindak demikian selepas didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa, Muhamad Hafidza Wajahid, 14, yang dikatakan sengaja keluar dari kelas untuk ponteng.

Sebelum kejadian, menurut beliau, mangsa ada berjumpa dengan ustaz terbabit dan meminta kebenaran untuk keluar membuang air kecil.
Namun, ustaz itu enggan membenarkan mangsa keluar kerana mengesyaki dia mahu ponteng kelas.



.

5 Penyokong CHELSEA:

Cik Purple on August 5, 2011 at 10:46 AM said...

jadi cekgu bkn tugas yg mudah.. cp penah merasa smpai nangis2 x sgup nak ngajar..:) tp sbg org yg bpendidikan dan bpgalaman luas, ustz tuh tak ptut buat mcm tuh..

Kancil 8349 on August 5, 2011 at 10:46 AM said...

aduh!...kes guru lagi

kemboja on August 5, 2011 at 10:51 AM said...

nak kuar ke toilet pun bermasalah.. huhu apapun gurutersebut patut di hukum atas tindakkannya yg kasar..huhu

Nini D.. on August 5, 2011 at 11:16 AM said...

g.i.l.a.!!

Ce'gu JAERA on August 5, 2011 at 3:02 PM said...

budak ni pun satu hal.. suka ponteng suka melawan.. dah cikgu cakap jangan buat itu, jangan laaa.. ini nak juga keras kepala nak ponteng.. guru pun ada perasaan macam org lain.

bila dah guru itu ter ter dan ter ter, barulah nak panggil mak bapak panggil media salahkan guru.. sedangkan semua tak tahu masalah sebenarnya.

tolong lah hormat arahan guru.. bukan senang nak didik kamu.. guru bukan saja mengajar, tapi mendidik kamu utk jadi manusia.. huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!