Pelakon dan penyanyi Hilary Duff sedang berbahagia dengan kehamilan anak pertamanya bersama suaminya, Mike Comrie. Di tengah kebahagiaannya, Hilary memberi khabar dirinya yang sedang menantikan seorang bayi lelaki.
Dalam sebuah talkshow di salah satu stesen tv dia memberitahu, "Saya belum beritahu siapa pun. Dan saya ingin kamu yang pertama kali mendengar apa yang baru saja saya ketahui. Anak saya lelaki-laki dan saya boleh merasakannya sejak awal," katanya seperti dipetik dari Female First.
Bintang siri tv yang berusia 24 tahun itu, kini memasuki usia kehamilan lima bulan. Dia mengatakan, dirinya dan suami menangis saat mengetahui kehamilan setelah perkahwinan mereka mencecah usia satu tahun. "Suami saya membuat gurauan, bahawa saya asyik terfikir hamil 12 kali dalam setahun."
"Ketika itu benar-benar terjadi, dia sedang mandi. Saya berlari ke arahnya dan memperlihatkan hasil ujian kehamilan. Dia berkata 'Ya ampun' dan kami mula menangis walaupun basah kuyup. Ini benar-benar menarik!" katanya.
Bintang 'Lizzie McGuire' mengutarakan mengalami masa kehamilan yang sihat dan menyenangkan. "Saya merasa sihat. Benar-benar kehamilan yang mudah."
.
4 Penyokong CHELSEA:
eh dulu rasa dia macam sangat kecik..dah nak jadi mommy dah dia huhu..
tahniah kat hillary duff.. masih tak percaya yg dia dah kawin n bakal ade baby tk lame lagi.. :)
sgt suke die! happy for her ;)
ahh....sedihnya teringatkan cinta aku bersamanya dulu...hehehe
Post a Comment