Friday, October 7, 2011

Ayah dan pakcik Wayne Rooney ditahan..


Ayah dan pakcik kepada bintang Manchester United, Wayne Rooney ditahan kerana terlibat dalam kes perjudian haram membabitkan perlawanan dalam Liga Perdana Scotland.

Menurut sumber polis, dua daripada sembilan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan namun polis enggan mendedahkan lagi identiti-identiti suspek yang lain.
Polis Merseyside berkata, ayah Rooney berumur 48 tahun yng dikenali sebagai Wayne dan pakciknya, Richie Rooney, 54 tahun ditahan di rumah mereka di Liverpool.

Salah seorang yang turut ditahan difahamkan pemain tengah Motherwell, Steve Jennings, yang bermain dalam perlawanan tersebut dan dikenakan kad merah selepas lapan minit perlawanan kerana membantah keputusan penalti diberikan pengadil.


“Detektif hari ini telah mengeluarkan waran bagi menahan sembilan orang di sekitar 10 alamat Merseyside dan Glasgow bagi membantu siasatan mengenai perjudian haram,” kata polis Merseyside dalam kenyataannya.





 


.

1 Penyokong CHELSEA:

AZRI on October 7, 2011 at 7:59 PM said...

memalukan Rooney je


http://azrijohan.com

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!