Saturday, October 8, 2011

Bas guna jet jumbo pertama di dunia


Orang ramai kini boleh mengembara dari Dubai ke Abu Dhabi sejauh 121 kilometer dalam tempoh tidak sampai setengah jam dengan hanya menaiki bas.
Bas yang digelar 'super bus', ciptaan seorang angkasawan dari Belanda dan merupakan bekas pakar aerodinamik Formula One, Profesor Wubbo Ockels itu merupakan yang pertama di dunia dan mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam.

Bas berteknologi tinggi yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini yang panjang itu mampu membawa seramai 23 orang penumpang dan berharga 7 juta pound (RM34 juta).
Diperbuat daripada bahan-bahan ringan termasuk aluminium, gentian karbon, kaca gentian dan polikarbonat.
Penumpang akan menikmati keselesaan setanding dengan limusin atau jet peribadi ketika menaiki bas sepanjang 15 meter, lebar 2.5 meter dan setinggi 1.65 meter itu yang menggunakan tenaga elektrik daripada kuasa solar.

Menurut pereka projek, Antonia Terzi, 'super bus' itu yang dibawa ke Emiriyah Arab Bersatu menggunakan jet jumbo akan melalui kawasan bandar dengan kelajuan yang dibenarkan dan hanya akan memecut apabila memasuki lebuh raya.
"Penumpang boleh membuat tempahan tiket secara talian dan kami akan mengambil mereka di rumah dan menghantar ke destinasi mereka," katanya.








.

2 Penyokong CHELSEA:

MerLe on October 8, 2011 at 5:56 PM said...

emmm.. bgus... tapi tetiba tringat 1 kata2.. x ingt dgr dr mn...
"kelajuan boleh membunuh"

Ce'gu JAERA on October 9, 2011 at 12:16 AM said...

pergghh, harga 37 Juta...negara2 Arab memang kaya raya...
tak sabar nak menanti kereta yang boleh terbang.. entah ada kesempatan ke nak merasainya.. ehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!