Saturday, October 8, 2011

Kren terbabas hampir rempuh kedai


Seorang peniaga kedai makan terkejut apabila tiba-tiba sebuah kren seberat kira-kira 24 tan terbabas sehingga hampir merempuh kedainya itu di simpang empat Jalan Bachang-Batu Berendam di sini semalam.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu berpunca apabila pemandu kren cuba mengelak terlanggar sebuah motosikal.
Peniaga tersebut, Lee Chong Seng, 35, berkata, dia terkejut apabila mendengar suara orang menjerit dan pada masa sama melihat sebuah kren terbabas dan menuju ke arah kedainya itu.

"Kejadian berlaku begitu pantas tetapi mujurlah saya bersama tiga pelanggan melompat keluar dari kedai sebelum kren terbabas di kaki lima.
"Mujurlah ketika kejadian saya sudah mahu menutup kedai dan pelanggan tidak ramai, kalau tidak, tak tahulah apa nasib saya," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Tinjauan mendapati, hanya bahagian lantai simen kaki lima kedai pecah dan berlubang apabila tayar kren terperosok di situ.

Kemalangan itu juga mengakibatkan kesesakan teruk dari arah Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh dan Bachang.
Sebuah kren lain pula terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk mengalihkan kren berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.








.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 9, 2011 at 12:11 AM said...

nasi baik lah umur masih panjang.. kalau tak habis nahas bersama kedainya kena rempuh kren ber tan tu.. huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!