Friday, October 7, 2011

Kurang Tawaran Selepas Tutup Aurat


Pelakon filem “Aku Masih Dara”, Diana Amir mengakui tawaran berlakon semakin berkurangan selepas dia membuat keputusan untuk “berhijrah” dengan memakai tudung. Diana berkata, dia memandang positif mengenai perkara itu dan menganggap ia sebagai satu ujian yang diterimanya daripada Allah.
Katanya lagi, walaupun tidak mempunyai tawaran berlakon dia menggunakan masa terluang yang ada dengan mendalami ilmu agama.

"Buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon tetapi saya mengambil ia sebagai ujian selepas penghijrahan saya.
"Saya kini lebih banyak meluangkan masa untuk menghadiri kelas agama dan saya semakin berasa seronok dan tenang," ujarnya.
Diana berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sidang media Festival Filem Malaysia (FFM24) di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Diana berkata dia masih ingin terus berlakon tetapi dengan watak sesuai dengan imejnya.
Diana sebelum ini mengejutkan semua pihak dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

Sementara itu, ditanya mengenai filem “Aku Masih Dara” dan “321 Cinta” yang dipertandingkan dalam FFM24 tahun ini, dia berharap filem lakonannya itu layak menerima penghargaan dalam anugerah itu.
Ujarnya, sebagai pelakon baru dia juga memasang angan-angan untuk dicalonkan dalam apa juga kategori sebagai tanda kesungguhannya berada di dalam industri filem tanah air.
"Perasaan teringin itu ada kerana FFM adalah sebuah majlis yang besar tetapi itu semua terpulang kepada pihak juri yang akan menilai sama ada bakat saya layak dicalonkan atau tidak," ujarnya.









.

4 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 7, 2011 at 1:28 PM said...

takpa diana. daripada terus hanyut dlm dunia glamer, baik mendalami ilmu agama.. mesti ada hikmah disebaliknya. Allah swt tahu apa yang kita tak tahu utk hamba-hamba Nya

CIK PARO! on October 7, 2011 at 1:33 PM said...

alhamdullilah la dengan perubahan beliau..

Not Specified on October 7, 2011 at 7:43 PM said...

alhamdulilah dengan perubahan diri beliau (:

Lalala on October 8, 2011 at 2:34 AM said...

alhamdulillah.. rezeki ada dimana2

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!