Pergerakan Hamas hari ini membebaskan askar Israel, Gilad Shalit yang ditahan di Genting Gaza selama lebih lima tahun, sebagai pertukaran dengan 1,027 tahanan Palestin yang dipenjarakan oleh rejim Zionis.
Shalit diserahkan oleh pasukan keselamatan Hamas kepada perantara Mesir yang membantu mengatur pembebasan askar Yahudi itu.
Dalam wawancara dengan stesen televisyen Mesir beberapa minit selepas dia diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu, Shalit, 25, berkata, dia berharap pertukaran tahanan itu akan membawa kepada perdamaian antara Israel dengan Palestin.
Perjanjian pertukaran tahanan itu, yang paling berat sebelah dalam sejarah Israel, menamatkan isu yang berlarutan selama lima tahun setengah, menyaksikan tentera Israel melancarkan beberapa serangan di Gaza, mengenakan sekatan ke atas wilayah itu dan mengadakan banyak rundingan yang gagal membebaskan Shalit.
Di pihak Palestin, tahanan termasuk berpuluh-puluh pejuang yang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana serangan maut ke atas rakyat Israel.
Kumpulan pertama yang dibebaskan berjumlah 477 orang termasuk 27 wanita tiba dengan konvoi bas di Genting Gaza dan Tebing Barat tidak lama selepas Shalit dibebaskan, dengan disambut sebagai wira oleh ahli keluarga serta para pemimpin dan penduduk Palestin.
Lebih 200 tahanan tersebut yang berasal dari Tebing Barat sebaliknya akan dihantar ke Genting Gaza manakala kira-kira 40 lagi akan dihantar ke Syria, Qatar, Turki dan Jordan kerana tidak dibenarkan pulang ke wilayah Palestin.
Sejumlah 550 lagi tahanan dijadual dibebaskan oleh Israel dalam tempoh dua bulan lagi di bawah perjanjian pertukaran itu.
Israel dan Hamas sebelum ini mengadakan banyak pusingan rundingan mengenai pembebasan tahanan menerusi perantara Jerman dan Mesir.
Namun pegawai di kedua-dua pihak berkata, situasi semasa yang sebahagiannya berpunca daripada revolusi Mesir baru-baru ini membantu mereka melangkah ke arah mencapai perjanjian.
P/S - 1027 tukar dengan 1 orang? kalau tau, baiklah culik jer org israel tu, pastu tukar jer dengan banduan/tahanan kat israel.. ataupun sebagai jaminan untuk keamanan/hak kebebasan palestin..
.
1 Penyokong CHELSEA:
patutnya semua tahanan palestin kena dibebaskan... BEBASKAN PALESTIN...
Post a Comment