Sunday, October 9, 2011

Semoga pengorbanannya menjadi ikhtibar dan pembakar semangat..


“Saya berharap pengorbanan Allahyarham suami saya menjadi iktibar dan pembakar semangat kepada mereka yang masih lagi hidup,” kata Norazrina Jaafar mengulas penganugerahan Bintang Gagah Perkasa (BGP) kepada suaminya sempena ulang tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob hari ini.
Katanya, anugerah itu diharap menjadi satu inspirasi kepada pengamal media untuk berbakti dan berjasa kepada negara dan agama.

Jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor diberi penghormatan tertinggi oleh kerajaan negeri Melaka sebagai penerima pertama BGP sejak ia mula diperkenalkan pada 1978.

Anugerah yang yang diperkenalkan khusus untuk anggota tentera dan polis, namun tidak ada penerimanya sebelum ini.
Noramfaizul, 39, terkorban ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 Sept lepas ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan di negara bergolak itu.

"Saya berasa sangat bersyukur kepada Allah SWT dan juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Melaka atas pengiktirafan ini,” kata Norazrina yang kelihatan sebak sewaktu ditemui pemberita.








.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 9, 2011 at 10:14 AM said...

sebuah penghargaan yang amat bermakna buat keluarga Allahyarham...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!