Friday, October 7, 2011

Terjun laut elak kena tangkap


Seramai 115 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang menyusup masuk negara ini sanggup terjun ke laut dan berenang sejauh 200 meter untuk mengelak daripada disedari nelayan Pasir Panjang, Pulau Betong di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, pendatang terbabit yang berusia antara 19 tahun dan 30-an, dikatakan belayar dari Bangladesh kira-kira 10 hari lalu, terjun dari bot bersama beg pakaian masing-masing dan bersembunyi dalam hutan di tepi pantai itu.

Difahamkan, kesemua pendatang terbabit adalah lelaki dan mereka berjaya berenang ke darat. Setakat ini polis menahan semula seramai 77 orang, manakala selebihnya dipercayai masih bersembunyi di dalam hutan sekitar sini.

Tindakan pendatang terbabit disedari oleh nelayan di kawasan berkenaan yang kemudian memaklumkan kepada polis. Berikutan itu, operasi mencari pendatang terbabit dilancarkan polis, bermula jam 8 pagi.

Pendatang yang berjaya ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk diberi makan dan diambil keterangan.

Seorang pendatang, Anowar Hussain, 23, mendakwa mereka yang bertolak dari kem pelarian di Bangladesh kira-kira 10 hari lalu, berada dalam kelaparan kerana kehabisan makanan sejak sembilan hari lalu.
Dia mendakwa membayar RM420 kepada ejen untuk dibawa masuk ke Malaysia tetapi tidak dijanjikan sebarang peluang pekerjaan. Ejen itu berjumpa mereka ketika berada di dalam kem berkenaan.

“Kami semua kelaparan kerana bekalan makanan sudah habis ketika dalam pelayaran,” katanya.

Rakannya, Mohammad Hussin, 30, berkata mereka sanggup terjun ke laut dan berenang bagi memastikan berjaya memasuki negara ini selepas 10 hari belayar.

“Kami kelaparan kerana tidak makan sejak beberapa hari lalu. Kami terpaksa berenang dalam keadaan menggigil kesejukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin, berkata operasi bermula jam 8 pagi selepas pihaknya menerima maklumat daripada nelayan mengenai perkara itu.

Lebih 60 anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) serta Unit Anjing pengesan bergegas ke tempat kejadian bagi mengesan pendatang.

Daripada 77 orang yang berjaya ditahan, dua lelaki yang dipercayai tekong warga Myanmar mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Kedua-dua lelaki itu, masing-masing bekerja di Sabak Bernam, Selangor dan Nibong Tebal, sejak beberapa tahun lalu.

“Mereka memberi alasan untuk mengambil saudara mereka di sini dan siasatan masih dijalankan,” katanya.




P/S - Ini yang kantoi kan? Mesti ada yang terlepas, ramai dah mereka kat malaysia ni..huhu








.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 7, 2011 at 10:48 AM said...

kadang2 kesian juga tengok nasib pendatang asing ni.. bersabung nyawa meredah lautan hanya semata2 utk mencuba nasib mencari sesuap nasi d tempat orang..

apa pun yang haram tetap haram. pendatang haram tidak boleh menceroboh sebarang sini. Kes rasuah anggota keselamatan juga salah satu faktor mengapa PATI ini boleh masuk dengan mudah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!