Wednesday, November 30, 2011

Jalani Sidek, Raja Azmi bercerai?


Bekas pemain beregu badminton negara, Jalani Sidek, 48, yang juga suami kepada produser filem tanah air, Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini tampil menafikan dakwaan kononnya mereka telah bercerai.
Khabar angin itu timbul apabila Jalani dilihat berjalan beriringan dengan seorang wanita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Jalani hari ini bersama isterinya, Raja Azmi memberitahu, dakwaan yang dilemparkan terhadapnya bukan sahaja dikesali tetapi satu tindakan yang berniat jahat.
"Saya dan Raja Azmi masih pasangan suami isteri dan bulan hadapan merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-28. Selama ini, pelbagai tohmahan dilemparkan termasuk saya pernah dikatakan sebagai dayus tetapi saya berdiam sahaja.

"Kali ini, saya bersuara kerana tohmahan itu bukan sahaja melibatkan rumah tangga saya dengan Raja Azmi yang tiada sebarang masalah. Tetapi juga cuba mengaitkan dengan pihak ketiga yang sepatutnya tidak berlaku. Justeru, dengan penjelasan saya ini, saya berharap hentikanlah sahaja usaha untuk memburukkan nama baik saya, isteri dan wanita berkenaan," katanya.
Jalani berkata, bukan sikapnya untuk ambil peduli tentang apa orang lain kata terhadap isterinya kerana sebagai suami, dia lebih mengenali isterinya itu.
Bahkan, ujar beliau, segala tindak tanduk Raja Azmi adalah dalam pengetahuannya dan tiada rahsia antara mereka.

"Isteri saya tahu segala pergerakan saya. Ke mana saya pergi, dengan siapa dan atas urusan apa. Begitu juga sebaliknya dan saya memang izinkan langkah isteri saya.
"Cerita saya bercerai ini sengaja ditimbulkan oleh insan yang tidak berpuas hati terhadap saya. Jadi, semalam, apabila saya baru sampai dari Medan, Indonesia bersama rakan kongsi perniagaan saya, kami disambut oleh isteri saya.

"Cuma kebetulan, ketika Raja Azmi pergi membeli makanan ringan, orang hanya nampak saya dan rakan kongsi dan mulalah nak buat cerita yang bukan-bukan.
"Bagi saya, apa yang saya katakan di sini hanyalah kebenaran dan saya tidak mahu orang cuba sebarkan spekulasi liar seperti ini," katanya.
Kata Jalani, perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main, begitu juga dengan tohmahan perceraian.








.

2 Penyokong CHELSEA:

BeloG MTT on November 30, 2011 at 2:23 PM said...

Sebelum ni pon memang banyak khabar angin macam ni kann? -.-'

Lydia Miza on November 30, 2011 at 2:25 PM said...

la..msh suami isteri ke?sis ingat dah lama cerai dah.sbb mmg pernah baca mereka cerai

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!