Sarjan Md Noor Shukor, 57, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata dalam nahas pada 7 pagi tadi, Md Noor sedang dalam perjalanan ke Shah Alam.
"Motosikal yang dinaiki Sarjan Md Noor dipercayai dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang sebelum tercampak ke jalan manakala pemandu kenderaan yang belum dikenal pasti itu melarikan diri," katanya.
Mayat Md Noor dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Allahyarham yang berkhidmat dengan pasukan polis selama 34 tahun, meninggalkan balu Noriyati Yaakob dan tiga orang anak.
Jenazah dibawa pulang ke kampung halaman isterinya di Labu, Negeri Sembilan petang ini untuk dikebumikan.
Minuman paling BEST...~
.
2 Penyokong CHELSEA:
Kesiannya kat fmly dia kehilangan dia...
kesiannya.. umur dekat2 nak pencen dah terkorban.. semoga rawah tenang di sana. Al Fatihah
Post a Comment