Friday, November 11, 2011

Tengok, dia buat hal lagi..


CARLOS Tevez berdepan tindakan disiplin terbaru daripada Manchester City selepas sekali lagi ‘menderhaka’ kepada Roberto Mancini dan pulang ke Argentina tanpa kebenaran.

Tevez memilih untuk tidak mempertikaikan hukuman kerana didakwa enggan bermain untuk perlawanan menentang Bayern Munich, September lalu dan dijangka didenda dengan bayaran gaji dua minggu jika gagal pulang untuk latihan pada jam 10.30 pagi semalam.

Nampaknya, pemain itu mungkin tidak akan pulang selepas gambar menunjukkan dia tiba di Buenos Aires, pagi kelmarin.

Difahamkan wakil Tevez memohon kepada ketua eksekutif sementara City, John McBeath pada hujung minggu itu, jika pemain berusia 27 tahun itu boleh bercuti selama seminggu di Argentina tetapi permintaan itu ditolak kerana Mancini mahu dia terus berusaha memperbaiki kecergasannya.
Tevez kemudiannya meminta kebenaran daripada penolong Mancini, Fausto Salsano, Isnin lalu tetapi sekali lagi ditolak apabila ia diajukan kepada pengurus City.

Bagaimanapun, kelihatannya Tevez mengetepikan semua arahan dan pulang ke Amerika Selatan. Sebaik tiba di lapangan terbang Buenos Aires bersama anak perempuannya, Florencia, Tevez hanya berkata: “Saya hanya berada di sini untuk berehat seketika.”

Penyerang itu diberi rehat sehari, kelmarin dan sekiranya bekas kapten kelab itu gagal melaporkan dirinya di Carrington, pagi Rabu, dia akan berdepan tindakan kerana melanggar peraturan.

Sebelum ini, dia berlatih sendirian di Carrington sepanjang bulan lalu, apabila pegawai kecergasan City mahukan dia mengekalkan prestasinya.

Bagaimanapun, dikatakan Tevez tidak mengikuti beberapa sesi latihan sejak kebelakangan ini akibat kecederaan misteri.

Dia tidak berlatih dalam dua sesi kerana kecederaan yang tiada kaitannya dengan bola sepak dan kakitangan Mancini percaya perkembangannya tidak menggalakkan sewaktu mereka cuba memastikannya mampu beraksi dalam perlawanan kompetitif.

Jurucakap City berkata: “Carlos kini mengikuti program latihan dan dijangka kembali Rabu ini selepas berehat sehari.”

Jika tidak, City akan melayannya sama seperti pemain yang gagal mengikuti arahan secara langsung. Dia dijangka didenda dua minggu gaji, mengikut garis panduan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Kelabnya enggan memberi sebarang komen.




P/S - Jom Tengok ni.. [KLIK]




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!