Friday, November 11, 2011

Penduduk Panik Kapal Terbang 'Terhempas'


Penduduk di sekitar Bayan Lepas di sini panik apabila sebuah pesawat A320-200 'terhempas' di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), tengah hari Khamis.

Namun mereka kemudiannya tenang apabila dimaklumkan bahawa insiden itu hanyalah sekadar latihan kecemasan oleh Malaysia Airports Bhd dan LTAPP.
Pengurus Kanan LTAPP Mohd Arif Jaafar berkata dalam latihan itu, sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Madras, India memohon mendarat kecemasan di LTAPP kerana enjin kanan rosak dan berlaku kebakaran.

"Senario melibatkan sebuah pesawat membawa 125 penumpang dan 10 anak kapal itu menjadi cemas apabila tiba-tiba terhempas dan terbakar di LTAPP sehingga menyebabkan 10 maut, cedera parah (30), cedera ringan (35) dan selamat (50)," katanya kepada pemberita selepas Latihan Kemalangan Kapal Terbang di LTAPP di sini, Khamis.

Beliau berkata latihan tersebut diadakan dua tahun sekali bagi menguji tahap keupayaan jentera dan pasukan penyelamat di lapangan terbang itu.
Mohd Arif berkata ia juga bagi menilai tahap keberkesanan komunikasi antara pelbagai agensi dan unit bantuan lain.

"Latihan kecemasan hari ini mencapai sasaran iaitu kebakaran mampu dipadamkan dalam tempoh tiga minit dan beberapa perkara antaranya dari segi penyampaian komunikasi antara jabatan-jabatan juga berjalan lancar," katanya.

Katanya latihan kecemasan bersepadu itu turut disertai oleh kira-kira 500 peserta dari pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM).
"Untuk meningkatkan lagi keupayaan memadam api di lapangan terbang, kita turut menggunakan 4 unit 6x6 tender api baru jenis ultra Large Foam Tender," katanya.








P/S - BACA YANG NI PULA [klik]





.

2 Penyokong CHELSEA:

cikgu on November 11, 2011 at 9:33 AM said...

ingatkan betul...waaaaaa...cf dahla takut naik kapal terbang..hehehe

nurkaloi on November 11, 2011 at 10:40 AM said...

laaa baru nak raso comeh
upo eah latihan yo heheh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!