Aktres dan model Tika Putri diijab kabulkan dengan seorang usahawan muda, Teri, Sabtu lalu. Sehari kemudian, pasangan mempelai itu mengadakan acara resepsi secara tertutup di Segara, Ancol, Jakarta Utara.
Bintang filem ‘Queen Bee’ itu mengakui memang berhasrat untuk berkahwin pada usia muda. Justeru, apabila Teri melamarnya, dia segera menerima lamaran itu selepas mereka berpacaran selama setahun.
“Tempoh berpacaran singkat saja iaitu setahun. Alhamdulillah, sudah jodoh saya dan memang saya berhasrat ingin berkahwin cepat,” katanya ketika resepsi perkahwinannya, kelmarin. Tika kelihatan cantik dengan kebaya putih, manakala Teri pula nampak tampan mengenakan kot putih sedondon.
Artis berusia 22 tahun itu menjelaskan resepsi perkahwinannya memang diadakan secara tertutup supaya majlis berjalan lancar dan lebih khusus untuk keluarga.
“Memang sengaja diadakan secara tertutup kerana ia acara istimewa untuk keluarga saja,” katanya. Sementara itu, Teri menegaskan dia tidak akan menghalang kerjaya Tika di dunia hiburan walaupun selepas bergelar isteri.
HADIAH MENARIK UNTUK LULU O_o
.
1 Penyokong CHELSEA:
baguslah dia kawen muda2 nih... tp seksi boleh tahan... mak aiiii..
Post a Comment