Saturday, December 3, 2011

Jenazahnya hilang ketika hendak dimakamkan


Susuk tubuh jenazah bernama Mitoni (53) tiba-tiba menghilang dari keranda ketika akan dimakamkan. Warga Wonorejo yang membuka keranda sangat terkejut melihat keranda kosong sedangkan jenazah itu sepatutnya dimakamkan tanpa keranda.

Warga terfikir jika ada peristiwa ghaib yang sedang berlangsung kerana mayat yang tiba-tiba hilang sebelum dikuburkan. Rupanya, setelah disiasat, jenazah itu lupa dimasukkan kedalam keranda dan masih tertinggal di kamar mayat RSU dr Soetomo Surabaya.

Sudah tentu keluarga jenazah marah. Tidak hanya marah, keranda itu pun dirosakan oleh mereka Selanjutnya keluarga menghubungi pihak kamar mayat dan diterima oleh Bambang, petugas pendaftaran.

"Saya menjelaskan jika mayatnya memang ketinggalan dan masih didalam peti pendingin kerana keluarga tidak mahu memeriksa terlebih dahulu disebabkan oleh keadaan mayat yang busuk," ujar Bambang.
Sementara petugas ambulans yang membawa jenazah ke rumah terus menerima makian dan kemarahan keluarga jenazah.

"Saya disuruh menghantar keranda yang katanya berisi jenazah ke rumah kediaman keluarga," kata Topa, petugas ambulans kamar mayat RSU dr Soetomo.

Topa saat itu berangkat bersama pemandu ambulans, Kus, ke Wonorejo. Saat itu Kus sudah merasa bahawa keranda itu lebih ringan dari biasanya. Tapi Kus hanya memendam kecurigaan itu kerana dia tidak berhak membuka keranda. Setiba di lokasi, keranda segera dikeluarkan dan disambut oleh warga.

Kus dan Topa juga baru sedar setelah diberitahu oleh Bambang setiba kembali ke kamar mayat. Akhirnya Kus dan Topa menghantar kembali jenazah Mitoni. "Kami tentu saja dapat cacian kerana kejadian itu," kata Topa.

Jenazah Mitoni memang dalam keadaan membusuk. Dan jenazah dalam keadaan seperti itu biasanya harus dimasukkan ke dalam keranda yang tertutup. Jenazah Mitoni sendiri ditemukan Sabtu (26/11/2011) malam di semak-semak dekat SD Muhammadiyah, Jalan Mastrip. Dianggarkan Mitoni sudah mati selama seminggu sebelum mayatnya ditemukan.

Kejadian yang unik dan menggelikan bagi orang lain, tapi tentu saja tidak bagi keluarga Mitoni. Setelah jenazah dihantar kembali ke rumah, akhirnya Mitoni dimakamkan.









.

3 Penyokong CHELSEA:

hawiz on December 3, 2011 at 9:42 PM said...

ya allah..cmne la leh jd cmtu...

Sheila Radzi on December 4, 2011 at 9:19 AM said...

ingat betul-betul hilang mayat tu..hurrmmm...

Anonymous said...

suspen!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!