Meskipun masih dalam situasi keletihan, Rafael Nadal tetap bersemangat untuk membantu Sepanyol memenangi gelaran kelima Piala Davis dengan menewaskan Argentina.
Sebelum ini, Nadal mencetuskan kebimbangan peminat Sepanyol apabila mengakui dia kurang bersemangat untuk beraksi di final Piala Davis selepas tersingkir pada Kejuaraan Tenis Jelajah Dunia Akhir baru- baru ini.
Begitupun, Nadal semasa ditemui pada sesi latihan menafikan perkara tersebut sambil memberitahu kenyataannya sebelum ini telah diperbesar-besarkan.
"Inilah masalahnya apabila lain yang dicakap, lain pula yang disampaikan.
"Memang benar musim ini memang mencabar dan sukar untuk saya mengekalkan momentum kecemerlangan setiap masa.
"Apa yang penting, saya perlu bekerja keras dan memberikan sepenuh komitmen bagi memenangi Piala Davis," katanya.
Ia merupakan pertemuan ulangan pada 2008 apabila Sepanyol menang bergaya dengan keputusan 3-2.
Bagaimanapun, ketika itu Nadal tidak beraksi gara-gara mengalami kecederaan.
Selain Nadal, turut memperkasakan skuad Sepanyol adalah pemain No. 5 dunia, David Ferrer selain gandingan Feliciano Lopez dan Fernando Verdasco yang kemungkinan besar diturunkan bagi acara beregu.
"Argentina memiliki pemain yang hebat, jadi apa yang perlu kami lakukan ketika ini adalah mengekalkan konsentrasi selain berharapkan pihak lawan tidak beraksi seperti diharapkan," kata Nadal.
Argentina yang memburu kejuaraan pertama selepas empat kali menjejaki pentas final dijangka mempertaruhkan Juan Martin del Potro dan David Nalbandian untuk berentap bersama Nadal dan Ferrer.
.
2 Penyokong CHELSEA:
bezanya dengan pemain handalan dengan pemain amatur
saya tetap sokong Roger federer... yeaahh
Post a Comment