Sunday, December 4, 2011

Sikap menggemukkan Anak Berakhir Tragis


Seorang wanita menerima hukuman tiga tahun penjara, setelah memaksa bayi perempuannya makan makanan padat berulang kali hingga meninggal.

Gloria Dwomoh, nama wanita itu. Dia dinyatakan bersalah atas dakwaan melakukan tindakan yang menyebabkan kematian bayinya sendiri, yang masih berusia 10 bulan.

Wanita 31 tahun yang berasal dari Walthamstow, England, itu memaksa bayinya memakan makanan padat sejak berusia enam bulan sebagai upaya agar bayinya cepat gemuk. Dengan menggunakan bekas air bermulut muncung, dia menuang makanan padat seperti cereal dan daging langsung ke tenggorokan bayinya.

Bayinya meninggal mac tahun lalu sesaat setelah dilarikan ke rumah sakit akibat kesukaran untuk bernafas. Hasil diagnosis menunjukkan bahawa bayi tersebut menderita pneumonia, yang disebabkan masuknya makanan ke dalam paru-paru.

Selama perbicaraan, Andrew Edis QC, pendakwaraya mengatakan, makanan mengalir ke rongga yang salah selama tempoh beberapa bulan.

Edis mengatakan bahawa seorang ibu harusnya berfikir dua kali sebelum menggunakan bekas air seperti itu untuk menuang makanan ke mulut anaknya. Apalagi, Dwomon yang seorang  jururawat di Rumah Sakit St Thomas, London, harusnya lebih faham dengan keperluan perubatan.

Dalam pembelaannya, Dwomoh mengatakan bahawa sikap memberi makan seperti itu dia pelajari dari keluarganya. Dia dan adiknya juga diberi makan dengan cara seperti itu oleh ibunya.







.

4 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on December 4, 2011 at 6:00 PM said...

kesiannya...

Huahaha on December 4, 2011 at 7:48 PM said...

Kesian nye. hmmm. :\

Beckhrooy on December 4, 2011 at 10:46 PM said...

gila nie, kesian

Adzrien Shoppe on December 5, 2011 at 9:06 AM said...

nak salahkan mak dia pula.. cara dia yg mungkin gelojoh atau makanan tak hancur betul. agak2lahkan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!