Saturday, January 1, 2011

TUKAR? Dari Chelsea ke Manchester United..


Dikenal ramai sebagai pasangan mesra yang paling 'tahan lasak'. Walaupun pernah putus beberapa saat, pasangan sejoli ini akhirnya kembali menjalin asmara dan bersama-sama menghadapi ujian yang mendatang.

Tetapi ada satu hal yang kerap membuat mereka sering bertengkar. Soal apakah itu?

''Aku memang suka sepakbola, tapi berantem terus sama Luna karena dia dukung Chelsea dan aku dukung Manchester United. Soalnya sudah dari SMP, aku suka MU,'' ujar Ariel ketika ditemui di perbicaraan Negeri Bandung, Khamis 30 Disember 2010.

Ariel berkata, dirinya dan Luna boleh berubah seperti anak kecil jika berkata dan berdebat soal bola sepak. Keduanya selalu ingin menang sendiri dan tidak mau kalah.

''Soalnya aku sendiri nggak terlalu pintar berdebat soal bola, jadi suka sama-sama sok tahu,'' ucap Ariel tertawa lebar.

Dalam dunia bola sepak, lelaki yang berasal dari Bandung ini juga memiliki idola. Siapakah dia? ''Kalau Messi pasaran ya, aku Rooney saja."


Sepanjang perjalanan kisah asmaranya, banyak rintangan yang harus dihadapi pasangan ini. Salah satunya adalah skandal video porno yang merebak di pertengahan tahun 2010 lalu sehingga membuatkan Ariel menjadi tertuduh dan berada di dalam tahanan.

Meskipun demikian, Ariel dan Luna Maya tetap teguh menjalani kisah cinta. Seolah-olah kemesraan mereka tidak boleh dipisahkan lagi.


P/S - Whoaa..Jangan sangka lulu yang nak ubah club yer.. Lulu tetap sokong Chelsea...Samaada ketika menang, seri ataupun kalah....yeah..keep the blue flying high....Tahniah penyokong Menyu.... menang 2-1 vs WBA sebentar tadi..


.

Gambar terakhir bumi di tahun 2010


Satelit Geostationary Operational Environmental Satellite (GOES-13)  milik Badan Antariksa Amerika Syarikat (NASA) mengabadikan gambar terakhir Amerika Utara dan Selatan di tahun 2010, ketika dunia menanti tahun baru 2011.

GOES-13 merakam keadaan Bumi dalam gambar penuh pada khamis 30 disember 2010. Gambar menakjubkan ini menunjukkan awan menutupi area bertekanan rendah di atas Midwestern, AS dan Rocky Mountains, Colorado.

Projek GOES NASA, yang berada di Pusat Luar Angkasa Goddard milik NASA, diwujudkan dengan cuaca yang tidak menentu yang terjadi sepanjang 2010 ini.

GOES-13 bertugas memonitor bahagian selatan AS, Samudera Atlantik, Teluk Mexico, dan caribean. Sementara, GOES-11 mengawasi keadaan cuaca di bahagian barat AS dan Samudra Pasifik Timur.

Pada 2010. Satelit GOES sibuk menyediakan gambar dan animasi sistem udara, termasuk keadaan yang menyebabkan salji, banjir, dan angin kencang.

Seperti diketahui, cuaca ekstrim melanda dunia di akhir 2010 ini. Salji menghentam Eropah dan Amerika Syarikat, bandar lumpuh, akibatnya sejumlah lapangan terbang membatalkan penerbangan.

Kejadian cuaca aneh terjadi di Australia. Sejumlah wilayah di Australia, seperti di New South Wales dan Victoria, umumnya menikmati musim panas di akhir tahun. Namun, yang terjadi hujan salji.

Hujan terus-menerus telah menenggelamkan setengah dari negara bahagian Queensland, Australia, 200.000 orang dipaksa untuk diselamatkan. Queensland di isytihar sebagai daerah bencana.



.

Jabatan terpanjang dunia


Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) akhirnya siap dibina di China pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia yang dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan, memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya ini, di wilayah Shandong, timur China dengan daerah Huangdao.


Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan pembinaan masing-masing di Qingdao dan Huangdao, sejak 2006.

"Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan," kata seorang jurutera projek itu.


Selepas siap pada Isnin lepas, struktur berkenaan menghubungkan tiga bandar pesisir di wilayah Shandong.

Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS).





.

Penampilan baru


Pelakon filem Dreamgirls, Jennifer Hudson, 29, tampil dengan bentuk badannya yang mengagumkan untuk kempen pengiklanan terbaru Weight Watchers di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar kelmarin.

Menurut Jennifer, dia kelihatan lebih muda berbanding semasa dia belajar di sekolah tinggi sebelum ini.

Dia menyatakan penampilan terbarunya itu menyebabkannya kelihatan tidak akan menjadi tua.


"Ia (menurunkan berat badan) bukannya sesuatu yang mudah," kata Jennifer namun dia tidak mendedahkan jumlah berat badannya yang hilang.

Walaupun dia tidak mengumumkan jumlah penurunan berat badannya, perubahan bentuk badannya itu amat ketara.

Penurunan berat badan itu adalah hasil senaman yang dilakukan di bawah tunjuk ajar jurulatih peribadinya, Harley Pasternak.


"Menjadi kurus merupakan satu tugas. Ia bukannya mudah," kata ibu seorang anak itu.



.

Faizal Yusup Meninggal Dunia


Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.

Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.



.

Berlakon satu filem


Tiga selebriti kontroversi - Ariel ‘Peterpan,’ kekasihnya, Luna Maya dan bintang porno dari Jepun, Miyabi - akan berlakon dalam sebuah filem yang akan diterbitkan oleh pengarah dan penerbit, Ody Mulya Hidayat.

“Saya sudah berbincang dengan Luna Maya mengenai filem itu. Dia tertarik.

“Saya juga memberitahunya, bagaimana jika Ariel diajak berlakon sekali? Luna Maya bersetuju.
“Lalu saya menghubungi Miyabi untuk memberitahu mengenai filem itu. Dia juga tidak ada masalah,” kata Ody.

Ody bagaimanapun menafikan mengambil kesempatan terhadap kedudukan Luna Maya dan Ariel yang kini terbabit dalam kes video lucah.

“Saya sudah lama merancang filem ini. Sebelum kes itu, saya sempat mempelawa Ariel untuk berlakon dalam filem saya kerana tahu dia mempunyai bakat untuk berlakon. Kini, yang berubah ialah konsep filem itu saja,” kata Ody.

Sementara itu, pelawaan pada Miyabi dibuat kerana bintang porno itu berminat untuk berlakon lagi dalam filem Indonesia.

“Dia ingin berlakon lagi dalam filem Indonesia lebih-lebih lagi selepas muncul dalam filem ‘Hantu Tanah Kusir.’ “Miyabi akui sesuai bergandingan dengan pelakon di sini,” kata Ody.



.

Pengurus mayat banci hantu


Seorang pengurus mayat meningkatkan kemahirannya ke satu lagi tahap apabila melancarkan gerakan membanci hantu di bandar kedua terbesar Colombia ini.
Setakat ini, kakitangannya sudah mengumpulkan 215 roh, 23 sempat di rakam dalam kamera dan video.

“Tidak boleh disangkal bahawa bangunan dan rumah di bandar ini berhantu.
“Sudah sekian lama kita mendengar cerita mengenainya dan kami berpendapat sudah tiba masanya untuk mendekati, mengumpul dan mengklasifikasikan mereka menerusi bancian,” kata William Betancur.

Pemilik Rumah Pengurusan Mayat Betancur itu berkata, dia mula melakukan kerja itu beberapa minggu lalu dengan menghantar empat pekerja ke bangunan sekitar Medellin, 245 kilometer ke barat laut Bogota, ibu negara Colombia.

“Mereka kembali dengan mencatatkan penemuan dengan 215 hantu. Video dan kamera kami merakam 23 daripada mereka,” katanya dengan bangga.

Menurutnya, hantu itu akan diklasifikasikan berdasarkan bunyi, sinaran cahaya atau imej.

Betancur berkata, dia menerima panggilan setiap hari daripada orang ramai dan syarikat dari Colombia dan juga seberang laut yang menawarkan bantuan termasuk kelengkapan pengesan hantu.
“Kami merancang untuk mengambil masa setahun bagi menjalankan bancian. “Kemudian kami akan menulis buku mengenainya, atau lebih jauh daripada itu, menerbitkan filem atau dokumentari,” kata Betancur.



.

Sedia jadi teman hidup


Hasrat seorang lelaki warga emas berusia 110 tahun, Ahmad Md. Isa untuk mendirikan rumah tangga mungkin tercapai selepas seorang wanita di sini terpaut hati padanya.

Wanita itu, Sanah Ahmad, 82, yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu, menyatakan kesediaan untuk bersuamikan warga emas itu selepas membaca kisahnya dalam akhbar Kosmo! pada Rabu lalu.

Menurut Sanah, hatinya berdebar apabila menatap gambar Ahmad yang disifatkannya saling tak tumpah seperti arwah suami keduanya yang merupakan bekas tentera.

“Saya faham kesunyian yang dialami oleh Ahmad kerana saya sendiri pun sunyi tinggal seorang diri di rumah ini,” katanya ketika ditemui di Flat Desa Rejang, Setapak di sini semalam.


P/S - Entry terdahulu [KLIK SINI]

"Sweet Yummy Sweet Life Giveawayz"


Mari ramai-ramai menyertai Giveaway...
Yeah...yang pertama di tahun baru...
Tahun 2011..
(Sila Klik pada banner untuk lebih lanjut yer..)


Untuk soalan mudah yang ditanya oleh penganjur Giveaway ini...
Jawapannya...
1. [Link 1]
2. [Link 2]

Adakah jawapan saya betul?
ngee....
Semoga ditahun baru ini lulu bertuah...
(Seronoknya kalau menang..)


Tarikh Tutup adalah 4.1.2011..



.

Parah dirempuh pemandu mabuk


Seorang anggota polis cedera parah di paha kanan akibat tersepit di antara dua kenderaan pacuan empat roda polis yang remuk dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki mabuk di Jalan Paya Terubong di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, selain Lans Koperal Amirul Fitri Norrizat, 25, yang juga anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak, seorang remaja lelaki berusia 20 tahun yang menunggang motosikal, turut cedera ringan dirempuh kereta itu.

Bagaimanapun, pemandu PROTON Persona itu yang berusia 33 tahun, hanya cedera ringan walaupun keretanya remuk dan enjinnya terbakar.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata kejadian berlaku ketika sepasukan enam anggota polis mengadakan sekatan jalan raya di laluan berkenaan.

Sebuah Proton Persona yang dipandu laju menuju Balik Pulau gagal dikawal oleh pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol, lalu melanggar motosikal yang berhenti untuk pemeriksaan polis sebelum merempuh kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di bahu jalan.

Rempuhan itu menyebabkan remaja berkenaan tercampak dan motosikalnya diseret sejauh 150 meter. Kereta itu kemudian merempuh pacuan empat roda polis dan terbakar.

Berikutan kejadian itu, sepasukan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Aziz Ismail, dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam enjin kereta yang terbakar.
“Anggota polis itu kini dalam keadaan stabil dan hanya memerlukan beberapa jahitan di paha,” katanya ketika ditemui selepas melawat Amirul Fitri di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kong Meng berkata, pemandu kereta yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah itu, ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.



.

Anggota mayat dijumpai


Beberapa pekerja Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terkejut selepas menemui anggota badan mayat manusia dari paras pinggang hingga lutut di loji pengolahan kumbahan Taman Pasir Mas, Kajang, dekat sini semalam.

Penemuan anggota badan pada pukul 2.30 petang tersebut kemudian dilaporkan kepada pihak polis sebelum operasi mencari anggota badan lain mayat terbabit dilakukan sejurus selepas itu dan disambung sehingga pukul 5 petang ini.

Hasil usaha yang dijalankan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dan forensik di loji terbabit berjaya menemui tengkorak, separuh lagi badan termasuk tangan dan kaki selain serpihan tulang mangsa secara berasingan.

Pemeriksaan awal ke atas seluar jean dipakai mangsa menemui sebuah dompet yang mengandungi kad pengenalan, wang tunai dan dokumen-dokumen dipercayai miliknya.

Berdasarkan identiti itu, mangsa dipercayai Liew Kuan Mang, 29, dan merupakan lelaki yang dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah, Taman Pasir Mas, Kajang, sejak 7 November lalu.

Menurut jurucakap polis, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini masih belum dipastikan sama ada mangsa dibunuh dan dikerat.
Sementara itu, bapa mangsa, Liew Swee Hen, 66, ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini berkata dia yakin anggota badan ditemui di loji tersebut adalah milik anak lelakinya yang dilaporkan hilang.


"Hati saya sangat sakit. Kenapa anak saya diperlakukan begini. Jumpa mayat sudah tidak berguna, dia telah mati," katanya.

Menurut Swee Hen, anaknya yang bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin dilaporkan hilang selepas pergi minum di sebuah restoran di Sungai Chua, Kajang, pada hari kejadian.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anak saya pergi ke tandas tetapi tidak kelihatan keluar dipercayai dilarikan melalui pintu belakang restoran," katanya.

Menurut beliau, sebelum itu, dia dimaklumkan mangsa pergi ke sebuah kelab malam bersama sembilan lagi rakannya dan berlaku pergaduhan antara mereka dan penjaga kelab malam berkenaan.
Ekoran kejadian itu, tiga rakannya yang terbabit dengan pergaduhan pada malam kejadian cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan.



.

Maut dilanggar mat rempit


Hasrat seorang kanak-kanak perempuan mendaftar diri untuk memulakan pengajian tahun pertama persekolahannya semalam, tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh sebuah motosikal yang didakwa sedang berlumba di Kilometer 3 Jalan Bahau-Juasseh, di sini malam kelmarin.

Siti Nur Zulaihah Mohd Zaidi, 6, yang sebelum itu menaiki motosikal bersama ibunya, dikatakan tercampak hampir 10 meter akibat rempuhan berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala, badan serta kaki

Ibunya, Norlida Khalid, 39, yang patah kaki kiri dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, berkata ketika kejadian, dia bersama anaknya serta seorang rakan yang menunggang motosikal berlainan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jempol dari Bahau.

“Tiba-tiba sebuah motosikal tidak berlampu dan ditunggang laju dari belakang mencelah di antara motosikal saya dan rakan sebelum bergesel dengan motosikal saya, menyebabkan saya dan Siti Nur Zulaihah terjatuh atas jalan raya.

“Saya tergamam dan pandangan kabur ketika itu. Namun rakan memberitahu sebuah lagi motosikal dari arah belakang merempuh Siti Nur Zulaihah yang sedang berdiri untuk mencari saya,” katanya yang tidak dapat menahan linangan air mata.

Norlida berkata, sebelum itu anaknya bersungguh-sungguh mengajak pulang dari rumah datuknya ke rumah mereka di Kampung Kuala Jempol kerana tidak mahu terlewat mendaftar di Sekolah Kebangsaan Jempol, semalam dan begitu bersemangat sambil berulang kali mencuba seragam sekolah baru dibeli serta mengemas beg sekolahnya, kelmarin.
“Dia juga sungguh berselera makan. Lebih mengharukan, sebelum kejadian dia memberitahu mahu mengikut datuknya yang baru tiga minggu meninggal dunia, namun tiada siapa memberi perhatian kepadanya ketika itu,” katanya sambil menambah jenazah Siti Nur Zulaihah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Pasoh 1, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Mohamad, berkata polis sudah mengambil keterangan penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha RXZ berusia 18 tahun, tetapi masih mengesan seorang lagi penunggang motosikal jenis sama yang dikatakan bergesel dengan motosikal mangsa.



.

Patah tangan


“Sejurus kemalangan, Maizawati tidak sedarkan diri dan saya bimbangkan keselamatan kandungannya serta anak-anak tiri.
“Pada masa itu, saya berdoa semoga zuriat kami tidak mengalami masalah. Namun, sebaik doktor memaklumkan kandungan itu selamat, saya orang paling gembira,” kata Mohd Yassin Ben@Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35, selepas kereta yang dipandu isterinya itu bertembung sebuah kereta lain, Selasa lalu.

Menurutnya, ketiga-tiga anak tirinya ketika itu tidur di tempat duduk belakang dan dia sempat menahan mereka daripada terhentak pada kerusi depan sejurus rempuhan.
Dalam kejadian jam 5.15 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini berdekatan Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah itu, Proton Gen.2 dipandu Maizawati merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U.

Berikutan itu, Maizawati patah tangan kiri dan cedera ringan kedua-dua kaki serta bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anak cedera ringan.

Ketika kejadian, Maizawati, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy memandu kereta yang dinaiki bersama Mohd Yassin serta tiga anak, Siti Nur Maisarah, 13, Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9 dan Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3.

Sementara itu, Maizawati ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, berkata: “Doktor yang merawat saya mulanya tidak mengetahui saya hamil kerana kandungan tidak begitu kelihatan biarpun mencecah lima bulan. “Namun, sebaik dimaklumkan, doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil selepas ujian imbasan dilakukan.

“Ketika itu, suami orang yang paling gelabah kerana kandungan ini zuriat pertama saya bersamanya. Bagaimanapun, doktor mengesahkan kandungan tidak mengalami masalah dan doktor kini masih melakukan pemantauan,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan suami di Stesen Bas Medan Gopeng yang mahu menaiki bas ke Singapura.

Katanya, dia bersyukur kerana doktor mengesahkan kandungannya selamat biarpun berlaku hentakan kuat di perutnya.

“Saya paling bimbangkan kandungan ini. Suami paling gelisah sejurus kemalangan, tetapi kini lega kerana kandungan disahkan selamat.

“Saya baru selesai menjalani pembedahan di tangan petang tadi (semalam) selain terpaksa menerima beberapa jahitan di kedua-dua kaki,” katanya Katanya, dia terkejut sebaik dimaklumkan uri mengalami pendarahan kecil, namun selepas diperiksa, doktor pakar sakit puan mengesahkan kandungannya tidak menghadapi masalah, sekali gus membuatkannya kembali ceria.


“Menurut doktor, pendarahan kecil itu tidak menjejaskan kandungan, tetapi jika pendarahan terus berlaku, mungkin memberi kesan kepada kandungan,” katanya.

Menurutnya, Akhil Hayy sudah dimaklumkan kemalangan itu dan beberapa ahli keluarga bekas suami juga menziarahinya di hospital selepas kemalangan itu.

Nama Maizawati mula mendapat perhatian media apabila membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen mengenai masalah rumah tangga yang dibina bersama Akhil, 40, Mei tahun lalu.

Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun sama selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Selepas setahun bercerai, Maizawati kembali mendirikan rumah tangga kali ketiga bersama Mohd Yassin pada 9 Ogos lalu dan kini menunggu cahaya mata pertama bersama pemuda kelahiran Kota Kinabalu itu.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!