Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 atau Bola sepak?


Kejap lagi Anugerah Juara lagu 25 akan bermula...
Mesti korang tengok punya kan?
Semoga yang terbaik akan menang....
Setiap tahun, mesti semua tak miss punya....

Tapi disamping Anugerah terulung setiap tahun ni,
tetiba hari ni terlanggar dengan game besar..
(Peminat bola mesti tau...)
9.25 malam...Menyu Vs Liberpul
(FA CUP) live di stadium astro..
Siapa peminat menyu?
Angkat tangan...
Boleh menang ke ni?
Errr...boleh menang besar ke malam ni?



.

Ditemui Mati Di Jalan Kuchai



Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dengan kesan cedera di kepala dipercayai mangsa samun di lorong belakang sebuah restoran di Jalan Kuchai Maju 8 di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata mayat Aik Sang, 32, yang berpakaian lengkap itu ditemui pemilik restoran berkenaan yang ingin membuka perniagaannya pada pukul 7.30 pagi.

"Polis menemui dompet yang mengandungi pengenalan diri, wang tunai RM15 serta sarung telefon bimbit dalam poket mangsa yang ditemui terbaring di belakang lorong itu.

"Punca kematian masih tidak dapat dipastikan namun kita percaya mangsa disamun kerana hanya sarung telefon bimbitnya yang ditemui," katanya.

Wan Abdul Bari berkata mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.



.

Juarai Siri Super Masters


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan pemain Denmark, Peter Hoeg Gade straight set 21-9, 21-14 untuk merangkul kejuaraan hatrik Siri Super Masters di Taiwan. Kemenangan itu membolehkan Chong Wei membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai sebanyak US$ 40,000 (RM122,720.00).



.

Bunuh tiga orang awam


Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) berpangkat sarjan diarahkan menjalani perbicaraan di mahkamah tentera atas pelbagai tuduhan termasuklah membunuh tiga orang awam Afghanistan, menyimpan organ tubuh manusia sebagai trofi perang dan membelasah anggota tentera lain yang mengadu kepada penyelia mengenai penggunaan hashish di unitnya.

Sarjan Calvin Gibbs, 25, adalah seorang daripada lima anggota tentera daripada Briged Stryker yang menghadapi dakwaan membunuh. Kira-kira 12 anggota tentera AS yang bertugas di Afghanistan sejak 2001 menghadapi tuduhan melakukan kekejaman perang tahap serius.

Gibbs dari Billings, Montana juga menghadapi puluhan lagi dakwaan termasuk menyimpan anggota manusia seperti gigi, jari dan tulang kaki sebagai trofi perang. Dia bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol jika disabitkan kesalahan atas dakwaan membunuh tiga orang awam Afghanistan yang tidak bersenjata termasuklah seorang kerani, La Muhammad Kalay pada Januari 2010, Khari Kleyl pada Februari 2010 dan Qualaday pada Mei 2010.




.

Kena saman

Firma kad kredit tuntut RM232 juta atas dakwaan batal perjanjian, langgar kontrak syarikat


Keluarga adik beradik Kardashian, selebriti terkenal Amerika Syarikat, sekali lagi menghadapi masalah undang-undang apabila disaman sebuah syarikat kad kredit yang menuduh mereka melanggar kontrak.

Kali ini, plaintif adalah syarikat yang memberi lesen untuk penerbitan gambar bagi kad kredit berkenaan, menurut laporan, semalam.

Syarikat itu, Revenue Resource Group menyaman ibu Kim, Kourtney dan Khloe iaitu Kris Jenner selain firma Dash Dolls milik adik beradik itu sebanyak AS$75 juta (RM232 juta) di Fresno, California, lapor E! News.
Plaintif memberi alasan, adik beradik Kardashian itu melanggar kontrak apabila membatalkan perjanjian dua tahun sebagai wajah di kad kredit syarikat berkenaan.

Adik beradik Kardashian itu menarik diri daripada perjanjian itu November lalu selepas kad berkenaan dikecam kerana mengenakan bayaran tinggi tanpa disedari pengguna yang disebut dalam dokumen permohonan, lapor agensi berita.

“Keluarga Kardashian berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan imej positif di kalangan orang ramai khususnya golongan muda.

“Malangnya, publisiti negatif itu memberi kesan sebaliknya kepada mereka,” kata surat peguam keluarga itu, Dennis Roach pada 29 November 2010.
Kandungan surat itu didedahkan selepas Peguam Negeri Connecticut, Richard Blumenthal, memberi amaran pada 26 November lalu bahawa beliau akan menyiasat butir-butir kad kredit itu bagi memastikan ia tidak melanggar undang-undang negeri.

Beliau juga mengecam caj kad kredit berkenaan dengan menggelarnya umpama ‘mencekik’ pengguna, menurut laporan.

Agensi berita melaporkan, pengguna kad perlu membayar AS$59.95 (RM185) selama enam bulan atau AS$99.95 (RM309) bagi 12 bulan.

Selain itu, pemegang kad perlu membayar AS$7.95 (RM25) sebulan untuk terus menggunakan kad itu selepas tempoh enam bulan atau 12 bulan berakhir.

Malah, pengguna akan dikenakan caj AS$1.50 (RM4.65) setiap kali menggunakan kad untuk mengeluarkan wang tunai dan AS$1 (RM3.10) hanya untuk memberi baki.

“Kami hanya mahu menggunakan gambar mereka pada kad itu dan status selebriti mereka bagi menjualnya.

Tetapi, lain yang berlaku,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Resource Group, Claude Butler.

Adik beradik Kardashian belum lagi mengulas saman berkenaan.



.

Diberi peringatan


Carlo Ancelotti diberi peringatan mengenai kemerosotan Chelsea kebelakangan ini apabila kain rentang dilihat berada di luar pusat latihan kelab itu yang menuntut pengurus itu meletak jawatan. Ancelotti adalah antara beberapa pengurus Liga Perdana Inggeris yang kini dalam perhatian dan kekalahan kepada Wolves, menambahkan tekanan buat Chelsea yang kini berada di tangga kelima, sembilan mata di belakang Manchester United.

Jurulatih kelahiran Itali itu mengakui selepas perlawanan itu bahawa harapan mereka untuk mempertahankan kejuaraan semakin tipis, justeru menganggap perlawanan Piala FA menentang Ipswich di Stamford Bridge malam ini penting.

Kelab Championship itu akan diketuai pemangku pengurus, Ian Mcparland yang mengambil alih tugas itu selepas penyingkiran Roy Keane, 72 jam sebelum perlawanan itu.

Sebelum kemerosotan Chelsea, perlawanan ini hanya dilihat tidak lebih sebagai halangan biasa yang boleh mereka atasi, ketika kelab itu memasang impian untuk mempertahankan trofi itu buat tahun kedua berturut-turut.

Bagaimanapun kini, Ipswich kini berhajat untuk memanfaatkan kebimbangan pasukan tuan rumah sementara bagi Ancelotti dan anak buahnya, mereka tidak harus kalah dalam perlawanan itu, Pengurus itu hanya mentertawakan kehadiran kain rentang itu yang bertulis ‘tiada siapa di antara kamu layak menyarung jersi itu’ dan ‘singkirkan Ancelotti dan Abramovich’ tetapi tidak menolak keinginan untuk menang malam ini.

“Hanya ada satu kain rentang?” soal Ancelotti ketika diberitahu mengenai protes itu.

“Jika satu, tiada masalah. Tekanannya sama seperti Itali. Di luar latihan keadaannya berbeza kerana di Itali, kami menerima banyak tekanan daripada penyokong. Anda lihat di luar hanya seorang tidak gembira. Di Itali keadaannya berbeza. Saya boleh temui 1,000 orang di luar padang latihan tidak gembira. Sukar untuk menentang 1,000 orang tetapi dengan seorang saja, kami boleh uruskan. “Paling penting, kami perlu kukuhkan pasukan ini dan saya boleh melihat semua orang melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini,” katanya.




.

Hantu di malam Jumaat


Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.

Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.

Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.

"Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.

"Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.



.

Selamat lahirkan bayi lelaki


Peragawati Miranda Kerr dilaporkan sudah melahirkan anak lelaki di sebuah hospital di Los Angeles, semalam. Miranda yang berkahwin dengan pelakon, Orlando Bloom pada Julai lalu dan mengesahkan kehamilannya sebulan selepas itu melahirkan bayinya lebih awal daripada jangkaan doktor.

Menurut ahli keluarga peragawati berasal dari Australia itu, mereka mendapat khabar Miranda sudah melahirkan bayi lelaki, pagi semalam.

Sebelum ini, peragawati pakaian dalam Victoria’s Secret itu dikatakan merancang untuk membahagikan masa antara karier peragaan dengan tugas sebagai ibu kelak. “Saya memang ingin menjadi seorang ibu satu masa kelak dan saya rasa Orlando akan menjadi bapa yang baik. Mempunyai anak dan kehamilan adalah sebahagian daripada kehidupan wanita,” katanya.

Berita mengenai kelahiran bayi Miranda dijangka memberi khabar gembira buat keluarga Miranda selepas datuk dan neneknya ditimpa malang apabila kediaman mereka di Sydney dijilat api, baru-baru ini. Datuk dan nenek Miranda sempat menyelamatkan diri selepas kediaman mereka disambar petir sebelum terbakar.




.

Kekal menawan


SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.


Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf


1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)

Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.



.

Menunggu Cahaya Mata

Selepas mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu, pelakon Bienda mengakui sedang menantikan rezeki untuk mendapatkan cahaya mata.
Bagaimanpun, katanya, dia tidak mahu terlalu mengharap dan menyeraj=hkan segala urusan rezeki tersebut kepada Allah s.w.t.

"Kami masih menanti rezeki untuk mendapatkan cahaya mata, sememangnya setiap pasangan yang baru berumah tangga pasti merancang kearah itu.

"Namun kami tidaklah terlalu berharap kerana kalau tak dapat nanti sedih pula. Lagipun perkahwinan kami masih baru dan ada banyak masa lagi, kalau sudah ada rezeki pasti saya beritahu," katanya.
Jelas Bienda, dia kini dalma perancangan menurunkan berat badan selepas mengalami pertambahan mendadak selepas pembedahan jantung berlubang.

"Sekarang saya sering ke gim sebab rasa berat badan semakin bertambah. Tapi bila fikir fasal anak saya kurangkan sebab takut keguguran pula," ujarnya yang kini mempunyai berat sebanyak 57 kilogram.
Dalam pada itu, Bienda yang bakal keluar dengan drama terbaru berjudul Delima Sakti ini mengakui teruja melakonkan watak utama dalam drama tersebut.

"Selama ini saya hanya membawakan watak sampingan sahaja, ketika ditawarkan oleh Shiela Rusly saya pula sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinan. Namun saya terima juga sebab mereka sanggup menunggu sehingga majlis perkahwinan selesai.

"Saya ingin teringin untuk berlakon dengan Sheila Rusly sebab tahu hasil kerjanya bagus. Orang selalu kata dia garang dan tak dinafikan hari pertama penggambaran, saya kena tegur sebab lakonan macam kayu, namun teguran itu yang majukan lakonan," ujarnya memegang watak Siti Melur.

Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis.

Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim.




.

Huhu..Perjalanan terakhirnya..

REMUK... Ahmad Lazim melihat kereta yang meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Syahirah Ahmad Lazim.
Kepulangan seorang pelajar ke kampung di Rengit, Batu Pahat untuk mendapatkan tandatangan bapanya bagi permohonan pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi perjalanan terakhir apabila terbabit dalam kemalangan ngeri, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Syahirah Ahmad Lazim, 19, penuntut Diploma Kejururawatan Kolej Segi, Kuala Lumpur mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta, Zari Affendi Harun, 33, cedera parah di kaki kiri dan patah rusuk kiri.

Kejadian berlaku di Kilometer 187.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan, dekat sini, apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler dalam perjalanan ke Johor Bahru sebelum terbabas.
Bapa mangsa, Ahmad Lazim Kasim, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan anak kedua daripada enam beradik itu terbabit dalam kemalangan oleh penduduk kampung jam 4.15 pagi.

Menurutnya, dia yang baru terjaga daripada tidur turut dimaklumkan Syahirah sudah tiada selepas identiti anaknya dikenal pasti seorang anggota polis yang melakukan siasatan di tempat kejadian.

“Isteri (Noriah Basri, 48) sedih mendengar berita memilukan itu kerana arwah menghubungi saya kira-kira jam 7 malam semalam (kelmarin) memaklumkan dia mahu pulang ke kampung (Jambi Darat, Rengit, Batu Pahat).

“Dia memaklumkan mahu pulang untuk mengisi borang pinjaman pelajaran PTPTN bersama kawan, tetapi tidak memberitahu akan pulang menaiki apa kerana seperti biasanya arwah pulang dengan menaiki bas.

“Saya juga tidak menyangka dia kini pergi buat selama-lamanya namun reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Jasin, di sini.
Malah, katanya, impian anak perempuannya untuk bergelar jururawat juga tidak kesampaian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Zari Affendi melanggar belakang sebelah kanan treler membawa muatan minyak masak sebelum hilang kawalan lalu terbabas.




.

Menakjubkan...whoaa..


Salam..Selamat malam..
Macam mana dengan malam minggu korang?
Hah, jangan buat benda tak senonoh sudah...
huhuhu....

Tadi masa 'cari bahan', terjumpa dengan benda ni...
Suka kucing tak?
Cute jer kan?
Memang kucing adalah haiwan paling sesuai dijadikan pet'.
So, jom kita share....





Adakah video ni merupakan camera trick ataupun
kucing tersebut memang sukakan topi arnab tersebut?
ngee....



.

Segmen : 'Saya Sukakan Blog Kerana ..'


Salam.....
Lulu telah dipelawa join segmen, oleh Amzar Syazani..
(Klik pada banner)..
Haruslah beri sokongan yer...
Orangnya baik...(Dia dah ikut bloglist lulu...[KLIK SINI]
~ Sila tag/pelawa lulu untuk apa pun..
samaada segmen,contest ataupun GA...~


Saya sukakan blog kerana...
Blog merupakan ruang untuk berkarya...Minat dan keinginan untuk menulis
menjadikan blog merupakan pilihan medan terbaik untuk merialisasikan impian berkarya..
Komited terhadap blog, lulu berharap agar Lulu-Pages ni
bakal menjadi tempat untuk orang lain berkongsi pengetahuan...
Semoga ianya kekal begitu....


Lulu nak tag kawan-kawan Lulu....

"Giveaway ~ Saya Nak Kain Tu!!!"


Lagii Giveaway....
Hadiahnya menarik...
(Wah dah lama tak beli kain....
Semoga lulu menang hadiah ni..best..best..)
Klik pada banner untuk lebih lanjut..



Tarikh tutup : 21.01.2011



.

"My Girl Want This Skirt Giveaway"



Giveaway menarik..
Saja nak ikut...ngee..
Sila klik pada banner untuk lebih lanjut...


Syarat-syaratnya mudah..
Dan hadiah pertama adalah skirt pada banner diatas..
Sila memeriahkan GA ni...
Tarikh tutup : 11.01.2011



.

7 Ketakutan Paling Aneh di Dunia


Fobia adalah perasaan ketakutan atau suatu jenis objek atau aktiviti tertentu. Para penderita fobia bertindak mengarah pada keinginan untuk menghindarinya.

Beberapa fobia paling aneh di dunia seperti dipetik dari blindloop adalah sebagai berikut.

Vestiophobia - takut pakaian
Individu yang mengalami ketakutan pada pakaian yang dibuat dari kain. Namun, penderitanya bukanlah seorang sukakan tidak berpakaian. Mereka biasanya memakai pakaian yang sangat longgar serta memiliki pengalaman buruk yang berhubungan dengan pakaian. Sebagai contoh, alergi terhadap beberapa jenis kain atau ketentuan agama yang sangat ketat menyebabkan terjadinya vestiphobia.

Vestiophobia dapat disembuhkan melalui terapi bicara, terapi menyelami ketakutan, hypnotherapy dan sebagainya.

Pentheraphobia - fobia terhadap ibu mertua
Pentheraphobia adalah ketakutan irasional dan berlebihan seseorang terhadap ibu pasangan atau mertua akibat pengalaman buruk di masa lalu.

Motorphobia - takut kenderaan
Individu yang menderita fobia ini takut terhadap semua jenis kenderaan. Pada awal penyembuhan, pesakit biasanya akan merasa panik dan menolak saat diminta membersihkan kereta atau kenderaan. Pengubatannya melalui terapi energi.

Trichophobia - takut rambut
Penderita Trichophobia akan merasa sangat jijik dan takut ketika melihat rambut yang gugur pada pakaian atau tempat lain. Pesakit ini boleh berteriak-teriak histeria melihat rambut yang bersepah.

Ephebiphobia - takut remaja
Ini adalah ketakutan melihat remaja. Penderitanya menghindari bioskop, taman, pusat beli belah serta tempat yang biasanya ramai remaja. Biasanya penderita memilih tinggal dalam rumah.

Scopophobia - takut dilihat orang
Penderita fobia ini merasa ketakutan terutama pada orang yang memerhatikannya. Mereka cenderung menghindri tempat-tempat umum seperti pusat perbelanjaan.

Vomitophobia - takut muntah
Vomitophobia adalah ketakutan irasional akan muntah atau berada di sekitar orang lain yang muntah. Untuk menghindari ketakutan ini, Vomitophobia cenderung menghindari makan di luar, bersosialisas dan pergi ke pesta.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!