Thursday, January 13, 2011

Ana Raffali ditawar ikon setem


Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25), Ana Raffali ditawarkan sebagai ikon setem sempena Pameran Setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang berlangsung di Muzium Negara sejak 15 Disember lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, bagaimanapun Ana Raffali masih belum membuat keputusan mengenai tawaran Muzium Negara itu.

Ana Raffali menang AJL 25 dengan lagu Tolong Ingatkan Aku.

Pameran setem terbabit mempamerkan koleksi setem dan bahan filateli yang diperoleh dari merata dunia oleh ahli-ahli filateli.

Pameran terbahagi kepada tiga kategori iaitu Jiwa Muda bermula pada 15 Dis 2010 sehingga 15 Jan 2011, Keindahan Flora dan Fauna pada 15 Januari hingga 15 Februari dan Mengenali Dunia pada 15 Februari hingga 15 Mac.

Ibrahim berkata selain pameran setem, pihaknya turut menyediakan aktiviti lain kepada pengunjung yang datang ke Muzium Negara semasa pameran antaranya kuiz, program mencari setem tersembunyi dan pemberian hadiah kepada pengunjung bertuah.

"Satu lagi program yang lebih menarik sepanjang pameran adalah pengunjung dapat mengambil gambar wajah mereka atau bersama keluarga yang boleh dijadikan sebagai setem untuk surat dan poskad bagi dihantar ke mana-mana destinasi," katanya.
Program hujung minggu turut disediakan antaranya ceramah mengenai setem, pertandingan mewarna dan tayangan filem bertajuk "Setem".

Pameran Setem 1Malaysia 1Dunia dijangka dirasmikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 18 Januari.



.

Penonton kemalangan boleh disaman - JKJR


Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.
"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya.


P/S - gambar sekadar hiasan jer eh..


.

Kerana tak rela berpisah, mayat isteri dijadikan meja kopi..


Seorang suami, Jeff Green, 32 tahun, seorang Amerika yang tinggal di Arizona. Isteri Jeff meninggal dan membuatkan si suami amat menderita. (Standard lah kalau dah namanya cinta)  Untuk mengatasi penderitaannya, Jeff telah melakukan sesuatu yg sungguh di luar kebiasaan.

Lucy, isterinya yang meninggal kerana penyakit jantung yg membuatkannya meninggal di usia 29 tahun. Ucapan terakhirnya, "Kita akan bertemu lagi di syurga". Tapi kalimah itu tidak cukup menyakinkanJeff.

Detik detik terakhir pengkebumian, Jeff memutuskan dia tidak boleh membiarkan Lucy pergi begitu saja. Atas keizinan kerajaan, Jeff di benarkan membawa mayat isterinya ke rumah. Kerana Lucy semasa hidupnya suka berjenaka, Jeff terfikir pasti isterinya tidak keberatan jika dijadikan meja kopi.

Jeff lalu memesan meja kaca khusus yg boleh menghentikan proses bau. Harga meja itu US$ 6000.




.

Sharapova showcases her latest Nike dress... and..

It wouldn't go down very well at Wimbledon, but Maria Sharapova's 2011 Australian Open dress is already a huge improvement on what she wore in Melbourne last year.

The tennis ace signed an eight year contract with Nike worth £43 million in January, 2010 making her the world's most lucratively endorsed sportswoman.
This grey and orange dress with a racing back and adjustable straps, is one of the outfits from her 2011 Nike collection - which she helps to design.


Model tennis player: Maria Sharapova designs sportswear for Nike as part of a £43 million eight year deal with Nike
Model tennis player: Maria Sharapova designs sportswear for Nike as part of a £43 million eight year deal with Nike
Model tennis player: Maria Sharapova designs sportswear for Nike as part of a £43 million eight year deal

The Maria Sharapova Open Ace Women's Tennis Dress is already on sale for £57 on Nike's website.
It is unusually traditional for the tennis player who has a reputation for daring outfits.

 
She wore a strangely formal blue dress with a stripey green netting over the top in Australia last year, and has even surprised at Wimbledon - a tournament she won in 2004 when she was just 17 years old.

Although she she always wears white at the All England Lawn Tennis Club, last year Sharapova raised eyebrows by not wearing much underneath.
We will have to wait until the Open starts on Monday to see what the tennis player is wearing under her grey and orange dress this time - and her choice of accessories.

Maria Sharapova
Maria Sharapova
Big improvement: Even Sharapova does not look convinced by the Nike outfit she wore to last year's Australian Open

At the 2010 Australian open she accessorised her green dress with 18 karat gold Tiffany & Co.earrings worth £1,000.

This year, she might just stick to her sparkling new diamond engagement ring, rumoured to be worth £250,000.
In October the Russian got engaged to her boyfriend of one year, Serbian New Jersey Nets star Sasha Vujacic. They dated for about a year before he popped the question.

Maria Sharapova
Maria Sharapova
Centre court: Sharapova showing off her Wimbledon trophy in 2004 and... something else last year

Sharapova has always attracted as much, if not more, attention for her looks as for her tennis playing. Despite being placed No. 1 in the world four times.
The 23-year-old makes considerably more money as a model than as a tennis player.
Forbes estimates that last year Sharapova earned more than $24 million. Less than $700,000 of that came in prize money.




.

Angkara burung celupar kena saman?


TAIPEI: Seorang lelaki yang berang dengan burung peliharaan jirannya kerana membuat bising mengemukakan saman dengan mendakwa haiwan itu menyebabkan tekanan dan kecederaan, lapor akhbar Liberty Times, semalam.

Juruelektrik, Wang Han-chin menuduh lima jirannya mengajar burung seperti spesies kakaktua mereka menyumpah dirinya sebagai membalas dendam selepas dia membuat laporan polis mengenai haiwan itu membuat bising.

Wang mendakwa setiap kali keluar dari rumah, burung itu mengutuknya ‘mulut tempayan bodoh’ menyebabkan dia tertekan dan hilang tumpuan ketika bekerja hingga mengalami kecederaan.



.

Nikah Pramugari Julai Ini ?


Selain berazam mengembangkan kerjaya seninya, penyanyi Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 26, turut mengaku akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Bagaimanapun, kata Tomok dia sendiri akan mengumumkan perkara tersebut apabila sudah bersedia.
“Ya, Insya-Allah, saya sedang merancang untuk ke arah itu, namun buat masa ini saya masih belum bersedia sepenuhnya dan banyak perkara yang perlu diuruskan lagi.
“Bila sampai masanya nanti saya berjanji untuk umumkan perkara itu dan tidak akan merahsiakannya kepada orang ramai,” katanya.
Difahamkan Tomok bakal mendirikan rumah tangga pada awal Julai ini dengan seorang wanita berusia 31 tahun.

Wanita yang dikenali sebagai Ayu itu bertugas sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan dan kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, juara program realiti One In a Million (OIAM) ini masih belum bersedia menceritakan mengenai persiapan yang dilakukan.

“Setakat ini semua dalam perancangan dan masih awal untuk menceritakan persiapan perkahwinan kami. Dia juga masih belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat,” katanya.
Dalam pada itu, Tomok yang baru sahaja melancarkan album terbarunya hujung tahun lalu juga bakal keluar dengan filem pertamanya Mantera pertengahan tahun ini.




.

Bagaikan 'mati hidup semula'


Seorang pemandu teksi bagaikan 'mati hidup semula' apabila nyaris dihempap sebuah lori syarikat keselamatan yang hampir terbalik setelah tersangkut di bawah jejambat di bulatan berhampiran Bank Negara, di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika Abdul Halim Abd. Haniff, 40, membawa seorang penumpang lelaki berusia 30-an dan sedang melalui jalan itu.
Katanya, dia telah melihat lori itu dari Jalan Parlimen dan mengekorinya sebelum mengambil keputusan untuk memotongnya di sebelah kanan.

"Saya rasa macam tak sedap hati. Tiba-tiba saya mendengar dentuman dan nampak lori itu merempuh jejambat serta hampir terbalik.
"Saya terus memandu laju sikit untuk mengelak dihempap lori itu. Mujurlah sempat dan berada betul-betul antara kepala lori dan badannya.


KERJA-KERJA mengangkat sebuah lori lori syarikat keselamatan yang terbalik dan menghempap sebuah teksi dan motosikal di Bulatan Datuk Onn di hadapan bangunan Bank Negara, di Kuala Lumpur. Kemalangan ini menyebabkan ibu negara sesak teruk lebih empat jam mulai 10 pagi.


"Bahagian belakang teksi pula remuk dihempap lori tetapi tersangkut sedikit di pembahagi jalan yang setinggi paras bahu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata, penumpang teksi itu pula turut bernasib baik kerana ketika kejadian, lelaki tersebut berada di tempat duduk hadapan.

Menurutnya, penumpang tersebut yang cedera ringan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.
"Saya rasa trauma dengan kejadian itu dan rasanya serik untuk berada di atas jalan. Bagaimanapun inilah punca rezeki saya dan akan cuba memulihkan semangat," ujar beliau.

Kejadian itu juga menyebabkan warga kota yang menggunakan jalan tersebut terpaksa berdepan dengan kesesakan luar biasa selama hampir empat jam.



.

Maut terkena renjatan


Galah besi diguna mangsa terkena kabel ketika kait kelapa

NIBONG TEBAL: Seorang bilal masjid meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang mengait buah kelapa menggunakan galah besi berhampiran rumahnya di Kampung Tengah, Sungai Setar Besar, di sini, semalam.

Mayat Arsyad Awang, 61, ditemui dalam keadaan terbaring oleh adiknya, Ramli, 55, pada jam 10.40 pagi.

Malah, Ramli yang terkejut setelah abangnya terbaring dengan tangan kiri berasap, turut terkena renjatan elektrik ketika mengalihkan galah sepanjang kira-kira lapan meter yang terkena lengan kiri. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana bertindak cepat melepaskan galah itu.

Galah besi itu kebiasaannya digunakan untuk mengait buah kelapa sawit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Nahas dikatakan berlaku apabila sebiji kelapa tersangkut di hujung sabit yang menyebabkan galah berkenaan gagal dikawal oleh mangsa sebelum terkena kabel elektrik. Walaupun kabel itu mempunyai penebat, tetapi terkoyak akibat terkena mata sabit.
Ini menyebabkan berlaku aliran elektrik ke seluruh galah besi yang mengakibatkan Arsyad yang memegangnya terkena rencatan sebelum dia terjatuh.

Arsyad adalah Bilal Masjid Al-Falah Kampung Tengah dan Allahyarham dijadualkan menerima tauliah untuk sambungan perkhidmatan sebagai bilal daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) hari ini.

Mangsa adalah anak sulung daripada lapan beradik, dan menduda sejak beberapa tahun lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Teh Salleh, 84.

Ramli berkata, kira-kira sejam sebelum kejadian itu, dia yang dalam perjalanan ke kedai, melihat abangnya sedang mengait kelapa di tepi rumah.

Apabila kembali kira-kira jam 10.30 pagi, Ramli tidak nampak kelibat abangnya lalu mencari di sekitar rumah dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring.

Dia yang nampak asap masih keluar daripada tangan kiri abangnya dan galah besi terkena lengan, mengalihkan galah berkenaan.

“Saya segera mendapatkan abang dan mengubah galah yang menghalang sebelum separuh badan sebelah kiri saya terkena renjatan elektrik. Mujurlah saya sempat melepaskan galah itu.

“Saya memanggil namanya tapi abang tak bergerak dan saya agak abang sudah meninggal dunia kerana terkena renjatan elektrik. Tangannya juga berasap dan saya segera memanggil ahli keluarga dan jiran sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.



.

Bertukar warna


Seorang warga emas hairan apabila mendapati salah seekor daripada 30 ikan puyu yang dipeliharanya bertukar warna sejak sebulan lalu iaitu daripada kehitam-hitaman kepada warna putih. Leha Mat Nor, 70, dari Kampung Padang Lati di sini berkata, kejadian pelik itu disedari ketika dia membersihkan akuarium yang menempatkan ikan-ikan tersebut yang dipelihara sejak lima bulan lalu.

"Pada mulanya saya fikir ikan puyu putih itu ikan yang baru dipancing oleh anak, tetapi apabila saya bertanyakan, mereka semua memberitahu tidak pernah memancing ikan puyu putih," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurutnya, walaupun menyedari perubahan warna ikan itu yang kini diberi nama 'Putih' sebulan lalu, namun hanya memberitahu anak-anaknya baru-baru ini.

"Ini kali pertama saya tengok ikan puyu berwarna putih kerana ikan puyu selalunya berwarna kehitam-hitaman. Saya bimbang hendak beritahu anak-anak takut mereka terfikir perkara yang bukan-bukan," ujarnya.

Menurutnya, sejak memelihara ikan itu yang dipancing di Sungai Tambun Tulang, dia dan keluarga tidak pernah mengalami sebarang perkara ganjil.
Leha memberitahu, ikan puyu tersebut masih ditempatkan bersama ikan-ikan puyu lain dalam akuarium tersebut kerana ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Cuma ikan itu akan mengasingkan diri daripada ikan lain apabila diberi makan, malah ia hanya makan setelah saya beredar dari akuarium itu," katanya yang memberi makan roti kepada ikan-ikan tersebut.
Leha yang gemar memelihara ikan puyu mempunyai lebih 60 ekor ikan tersebut dalam pelbagai saiz yang ditempatkan dalam beberapa akuarium.

Kesemua ikan puyu peliharaannya itu merupakan ikan yang dipancing sendiri olehnya dan anak-anaknya.
Sementara itu, anaknya, Mardziah Kamis, 50, berkata, dia yakin ikan puyu putih itu adalah ikan yang dipancingnya di Sungai Tambun Tulang sebelum kejadian banjir pada November lalu.
Katanya, semua ikan puyu yang dipancing berwarna kehitam-hitaman dan ditempatkan dalam akuarium milik ibunya.

"Saya dan suami serta anak-anak memang gemar memancing ikan puyu di sungai berkenaan, terutama pada hujung minggu, namun selepas kejadian banjir ikan ini semakin berkurangan," katanya.



.

Exchange banner...





Photobucket


Photobucket
Photobucket

Powered by BannerFans.com
Wydaz.comPhotobucket BANNER 3CODE BANNER 4








Banner Lulu-Pages..

Photobucket


Seandainya banner lulu-pages terletak dalam blog korang, pls inform lulu untuk letakkan banner blog korang pula kat sini .. :)






.

Lahir tanpa identiti


Akibat perkahwinan tidak diiktiraf gara-gara menggunakan sindiket nikah, empat daripada lima anak kepada seorang bekas pengawal keselamatan di sini terpaksa hidup tanpa mempunyai dokumen pengenalan diri.

Ibunya, Duanah Abdul Latif, 38, berkata, lebih malang, bagi mengelak perkara yang sama berulang anak kelima mereka, Nur Arishah Natalia, 6, terpaksa berbinkan Abdullah bagi mendapatkan sijil kelahiran dan tidak menerima nasib seperti abang dan kakaknya yang lain.

Duanah yang berasal dari Tawau memberitahu, permasalahan itu timbul apabila dia dan suaminya bernikah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1998.

Katanya, sindiket itu menjelaskan akan menguruskan segala urusan dalam mendapatkan surat pendaftaran pernikahan namun ternyata ia mengecewakan.



.

30 minit yang derita


Seorang pemandu lori hanya mampu merintih dan menjerit kesakitan selama lebih 30 minit akibat tersepit sejurus lori yang dipandu merempuh belakang sebuah lori pasir, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang memandu lori dengan muatan alat ganti kereta Proton dikatakan gagal mengelak sebelum merempuh belakang sebuah lori pasir di lorong kanan Kilometer 445, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang arah utara, di sini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa, Almi Sabri Mohd Yussof, 37, tersepit di tempat duduk pemandu apabila kedua-dua kakinya gagal dikeluarkan kerana bahagian depan lorinya remuk hingga menghimpitnya.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menghantar alat ganti kereta Proton ke Tanjung Malim, Perak, merintih sakit dalam keadaan berlumuran darah sementara menunggu anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

bomba cuba merenggangkan bahagian kepala lori bagi mengeluarkan Almi Sabri yang tersepit.

Bomba yang tiba tidak lama kemudian terpaksa menggunakan mesin hidrolik dan menarik bahagian kepala lori yang kemek menggunakan rantai besi bagi mengeluarkan mangsa.

Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh menaiki ambulans.



.

Mati jatuh kondominium - Kemaskini


Mangsa parah di muka, tangan

Misteri menyelubungi kematian seorang lelaki yang terjatuh dari Tingkat 12 Kondominium Sentul Utama di sini, pagi semalam, apabila orang ramai menemui mayatnya dalam keadaan memakai coli berwarna kuning dan berseluar jeans.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Shanizam Aman, 25, dari Taman Datuk Senu di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka, tangan dan kaki.

Seorang saksi mendakwa melihat mangsa terjatuh ke atas alat pemancar Astro di tingkat dua bangunan itu sebelum terhempas ke atas lantai berhampiran kolam renang.

Tiga telefon bimbit, seutas tasbih dan segugus kunci ditemui berdekatan mayat mangsa, namun tiada dokumen pengenalan diri.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, sebuah rumah di Tingkat 12 blok berkenaan cuba dipecah masuk namun disedari tuan rumahnya.

“Lebih kurang jam 5.30 pagi, saya terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi seperti orang cuba membuka kunci pintu balkoni.
“Keadaan agak gelap tapi saya nampak seorang lelaki cuba masuk melalui balkoni dan terus menjerit dan memanggil anak saya,” dakwa wanita tuan rumah yang enggan dikenali.

Beliau yang tinggal di rumah itu bersama anak dan menantu serta seorang cucu mendakwa, sejurus dia menjerit dan memanggil anaknya, lelaki terbabit melarikan diri namun tidak pasti bagaimana penceroboh terbabit meloloskan diri.

“Unit rumah bersebelahan rumah saya tidak berpenghuni dan jerijinya tidak berkunci. Saya syak dia mungkin memanjat ke balkoni rumah saya melalui balkoni rumah itu.

“Saya tidak tahu ada lelaki terjatuh sehinggalah diberitahu jiran. Saya juga tidak pasti sama ada lelaki terjatuh itu adalah lelaki sama yang cuba memecah masuk rumah saya,” katanya.


.

Disangka berlakon


Ketika api menyambar dan membakar baju, saya sempat menjerit meminta rakan membantu, namun semua orang termasuk kru masih merakamkan adegan berkenaan. Mungkin mereka sangka saya masih berlakon.”

Demikian kata Mohd Raffi Husin, 24, pelakon pembantu dan lagak ngeri yang melecur hampir 70 peratus badannya ketika melakonkan adegan kebakaran bagi filem BaraJiwa di Taman Seputeh, di sini, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Bagaimanapun, Mohd Raffi terselamat daripada cedera lebih teruk apabila beberapa pelakon lain termasuk Fizz Fairuz, Diana Danielle dan Remy Ishak yang menyedari kemalangan itu berusaha memadamkan api pada tubuhnya.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, Fizz, Diana dan Remy serta beberapa pelakon lain meluru ke arah saya sebelum mencurahkan air dan mengoyakkan baju saya yang terbakar.

“Saya berterima kasih dengan bantuan mereka. Jika tidak, mungkin nyawa saya sudah melayang,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam.

Mengimbas kejadian itu, Mohd Raffi berkata, dia memegang watak Kumbang dalam filem berkenaan yang diarahkan Osman Ali dan diterbitkan Nuansa Sdn Bhd.

Menurutnya, sebelum kejadian dia sepatutnya melakonkan aksi membabitkan sebuah banglo meletup.

“Saya diminta masuk ke dalam banglo itu sekejap saja. Sebaik keluar, saya perlu berdiri di hadapan banglo itu sambil membuat pengiraan dan banglo itu akan meletup.

“Bagaimanapun, sebaik saja saya masuk ke dalam banglo itu, tiba-tiba bahan letupan berlaku dan menghasilkan api yang besar sehingga menyambar tubuh saya,” katanya.

Mohd Raffi yang berasal dari Labuan, Sabah itu berkata, dia pada mulanya keberatan melakonkan watak berkenaan kerana kurang sihat.

“Namun, mengenangkan saya pendatang baru dalam dunia lakonan sejak setahun lalu, saya teruskan juga kerana tidak mahu menjejaskan urusan produksi.

“Namun, saya kesal kerana penggambaran babak letupan itu dilakukan agak terburu-buru hingga mencetuskan kebakaran dan mencederakan saya,” katanya.

Menurutnya, petanda malang sudah berlaku sejak awal lagi apabila seorang kru tersimbah petrol ke tubuhnya sebelum melakonkan aksi berkenaan.

“Saya membasuh tubuh bagi mengelakkan disambar api. Kami sudah melakukan beberapa kali latihan untuk menyempurnakan babak itu, namun gagal kerana letupan yang dihasilkan tidak menyebabkan kebakaran.

“Jadi, kru menggunakan petrol bagi menghasilkan impak lebih besar. Malangnya, saya menjadi mangsa,” katanya yang ditemani rakan pelakon, Emma Akma di PPUM.

Difahamkan, seorang lagi rakannya yang juga pelakon pembantu, Shukri Hamzah, 21, turut melecur pada tangan dan muka kanan akibat letupan itu, namun dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.

Sementara itu, Fizz Fairuz yang dihubungi Harian Metro berkata, kemalangan itu boleh dielakkan jika setiap babak yang membabitkan aksi bahaya atau nyawa diberi pengawasan rapi.

“Kejadian berlaku begitu pantas. Kami yang berada berhampiran di tempat kejadian juga nyaris terkena api yang marak. Nasib mungkin menyebelahi kami. Saya serta rakan lain yang berada berhampiran Raffi bergegas membantu memadamkan api yang membakar pakaiannya.

“Saya berharap kejadian ini menjadi teladan kepada semua pihak dan ia tidak berulang,” katanya yang memegang watak Frezz dalam filem itu.

Diana Danielle ketika dihubungi pula berkata, dia masih trauma dan enggan mengulas lanjut kejadian terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Brickfields, Superintendan Azri Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, sehingga petang semalam pihaknya belum menerima laporan kejadian terbabit.

“Namun, saya sudah mengarahkan pegawai pergi ke hospital berkenaan bagi merakamkan percakapan mangsa. Kami (polis) musykil kenapa mereka (pihak produksi) tidak membuat laporan kejadian ini kerana ia kemalangan yang serius,” katanya.



Saya panik, menangis dengar letupan: Diana

PENGURUS produksi Nuansa Sdn Bhd, Rizal Alafiz Sarugi meninjau lokasi pengambaran yang terbakar
"Saya terkejut apabila tiba-tiba letupan kuat berlaku dan api mula menyambar mereka (Raffi Hussin dan seorang pelakon). Saya panik, terus menangis dan menggigil ketakutan.

“Nyawa saya hampir melayang. Bayangkan, saya dan beberapa pelakon lain berada satu meter saja dari tempat kejadian. Saya bersyukur kerana terselamat,” kata pelakon wanita utama filem Barajiwa, Diana Danielle mengulas insiden letupan yang mencederakan dua pelakon ketika penggambaran di Seputeh, malam kelmarin.

Difahamkan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) itu menangis tidak henti-henti sejurus insiden berlaku sehingga memaksa pelakon Bront Palarae yang turut berada di set penggambaran menenangkannya.

“Sebelum itu pun saya bagaikan dapat merasa sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Jadi apabila perkara buruk ini benar-benar berlaku saya menjadi begitu trauma,” katanya ditemui pada sidang media ABPBH 2010 di Holiday Villa, Subang Jaya, semalam.

Diana berkata, beliau sangat geram dan marah tetapi tidak tahu mahu melepaskan kemarahan itu pada sesiapa.

“Dua kawan saya menjadi mangsa akibat kecuaian manusia yang bersikap sambil lewa soal keselamatan pelakon ketika penggambaran,” katanya.

Harapnya selepas ini, pihak produksi mengambil langkah keselamatan terutama dalam hal membabitkan nyawa. Sebaiknya, jika membabitkan babak berbahaya, khidmat pelagak ngeri patut digunakan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelakon filem berkenaan, Fizz Fairuz ketika dihubungi berkata, dia berasa ralat terhadap pihak produksi kerana mengambil mudah soal keselamatan pelakon ketika melakukan adegan berbahaya.

“Kami sudah memberitahu mereka jika mahu meneruskan adegan letupan, pastikan semua pelakon tidak berada di dalam set yang membabitkan letupan, tetapi tidak diendahkan.

“Akhirnya, dua kawan menjadi mangsa. Babak ini berisiko dan membabitkan nyawa. Malah, nak dijadikan cerita, penggambaran pada sebelah malam selepas waktu Isyak juga tidak dimulakan dengan bacaan doa selamat.

“Sikap produksi sebegini jelas menyusahkan pelakon. Bayangkan ketika kejadian terjadi tiada bantuan sewajarnya yang diberikan kepada mangsa. Saya sendiri bergegas mengambil air untuk disimbah kepada mangsa,” katanya.



.
.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!