Friday, January 14, 2011

Hadiah untuk Makbed..


Dear Makbed...
Ni header yang lulu buatkan...
Kalau nak tau, sepatutnya, header ni lengkap dengan flash segala..
klass you.. tapi...
entah dimana silapnya, huhu,
nak ambik code tak bleh...

So, main copy paste jer..
hah tak nak pun tak per...
Sekurang-kurangnya, header yang lulu buatkan ni,
lengkap dengan elemen 'kekeluargaan dan kasih sayang',
makbed sebagai seorang isteri dan ibu...
huh oni cute gila...


Dan.......





Whoaa...banner..




P/S - Anybody nak header atau banner? ngee..
Tenkiu Nuff untuk 2 BE berturut2 minggu ni..



.

Dah makan kenapa nak keluarkan?


Seorang pemuda China, Liang Yuxin mengejutkan doktor kerana kemampuannya untuk meluahkan semula makanan seperti ikan dan rantai sepanjang 25.4 sentimeter yang ditelannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Liang yang berusia 25 tahun turut meluahkan semula barang kemas yang sudah ditelannya.

"Saya mendapati saya boleh melakukannya (meluahkan barang yang ditelan). Semasa saya seorang budak, saya tertelan bola secara tidak sengaja dan saya kemudian mendapati saya boleh meluahkannya semula," kata Yuxin yang berasal dari Xia Mei.

Menurutnya, dia kini merancang untuk mendaftar namanya dengan Guinness World Records bagi kategori menelan duit syiling.

"Rekod itu kini dipegang oleh seorang lelaki di Britain dengan sepuluh duit syiling dan saya boleh melakukan dengan menelan 11 duit syiling," katanya.



.

Nak kahwin dengan pemain tennis?


Aktress undang Shahrukh Khan, Salman ke majlis perkahwinan

MUMBAI: Selepas Shahrukh Khan mengejutkan peminat seluruh dunia dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon Salman Khan dan pereka tari terkenal Farah Khan melalui bual bicara di televisyen kelmarin, aktres Lara Dutta, dilaporkan menjadi orang pertama mengundang kedua-dua aktor ternama Bollywood itu hadir ke majlis perkahwinan beliau.

Lara Dutta yang bakal berkahwin dengan bintang tenis India, Mahesh Bhupathi, di Goa pada 19 Februari ini, dilaporkan sudah menghantar kad undangan perkahwinan beliau kepada rakan dan saudara mara termasuk dua pelakon yang dikatakan tidak bertegur sapa itu.

Salman dan Shahrukh sebelum ini dikatakan tidak boleh bersemuka dan mereka akan cuba mengelak daripada menghadiri majlis sama.

Bagaimanapun undangan daripada Lara itu dijangka sukar dielak berikutan aktres berkenaan amat rapat dengan kedua-dua aktor itu.

Salman dan Shahrukh mula mengelak antara satu sama lain selepas bergaduh ketika menghadiri majlis hari jadi pelakon Katrina Kaif pada 2008.

Shahrukh membuat permohonan maaf terbuka kepada Salman ketika muncul dalam rancangan Koffee With Karan, baru-baru ini. Shahrukh mengakui kesilapan itu berpunca daripada dirinya.
Bagaimanapun, ia belum cukup untuk melembutkan hati Salman yang menganggap permohonan maaf aktor terbabit sebagai tidak jujur.

Penggiat seni Bollywood kini menanti untuk melihat keadaan kedua-dua pelakon terbabit yang akan bersemuka pada majlis perkahwinan Lara-Mahesh. Segelintir penggiat seni bagaimanapun meramalkan salah seorang daripada mereka tidak akan hadir ke majlis itu.



.

Terjatuh di pintu pesawat


Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton terjatuh di pintu masuk sebuah pesawat di sini untuk ke Oman, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Stesen televisyen Fox di AS menerusi siaran beritanya turut melaporkan insiden itu pada Selasa lalu.
Hillary tidak mengalami sebarang kecederaan.


Bagaimanapun, insiden Hillary Clinton itu disebarkan di Internet.
Beliau berada di Sanaa dalam lawatan yang tidak diumumkan itu dengan tujuan untuk meningkatkan hubungan antara Yemen dan AS.


Semasa melawat Yemen, Hillary mendesak Yemen meningkatkan kerjasama keselamatan dengan AS.
Sebelum terjatuh, beliau memberitahu pemberita bahawa perkembangan ekonomi dan isu-isu keselamatan menjadi keutamaan dalam perbincangan.

Lawatan itu juga bertujuan untuk membantu Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menangani masalah berkaitan kumpulan Al-Qaeda yang mengancam kedua-dua buah negara.


Semasa lawatan itu, Hillary menyerahkan surat kepada Ali daripada Presiden AS, Barack Obama termasuk undangan untuk melawat Washington.
Di Oman, Hillary menemui pemerintah negara itu, Sultan Qaboos dalam lawatan selama lima hari di rantau Arab.


Dalam satu mesyuarat dengan beberapa pemimpin Oman, Hillary turut memuji perkembangan di Oman sejak Sultan Qaboos memerintah selepas baginda merampas kuasa daripada ayahandanya, Sultan Said bin Taymur pada 1970.



.

Anak John Travolta hiasi majalah People


Pelakon John Travolta dan isterinya, Kelly Preston bangga mempamerkan bayi lelaki baru mereka yang menghiasi muka depan majalah People, minggu ini.
Pasangan itu sebelum ini kehilangan anak sulung mereka yang meninggal dunia dengan tragis pada Januari 2009.

Jett, 16, meninggal dunia akibat diserang sawan ketika mereka sekeluarga bercuti di Bahamas.
"Bayi ini memberi kami semangat dan harapan baru," kata Travolta kepada majalah itu.
Preston, 48, yang merupakan bintang Casino Jack dilaporkan melahirkan bayi yang diberi nama Benjamin itu pada November lalu.

Travolta, 56, pernah membintangi filem komedi muzikal pada 1978 Grease dan melakonkan banyak filem yang telah dilupakan pada 1980-an, sebelum kembali bersinar pada 1994, dengan watak gangster Vincent Vega dalam filem Pulp Fiction.


Baru-baru ini, dia membintangi filem Hairspray, Old Dogs dan filem aksi From Paris with Love.
Dalam gambar yang disiarkan dalam laman web People itu, Travolta, Preston dan Benjamin kelihatan memakai pakaian serba putih untuk gambar muka depan majalah itu yang akan diterbitkan esok.



.

Baby boy born with two perfect front teeth

A baby boy surprised his first-time parents when he was born with two fully-formed FRONT TEETH.
Most babies six months to a year to grow their first teeth but Oliver James had two pearly whites from the start.

His parents Joanne Jones, 31, and Lee, 32, said they have already booked their son's first dentists appointment.

First time parents Joanne and Lee Jones had an extra surprise when their son Oliver was born - he had two front teeth
First time parents Joanne and Lee Jones had an extra surprise when their son Oliver was born - he had two front teeth

The 7lb 12oz youngster has two front incisors in his lower gums and doctors say the teeth may fall out and be replaced or stay in place as the first of his baby teeth.

Mr and Mrs James, from Haverhill, Cambridgeshire have been inundated with friends and family who are keen to see their firstborn's toothy smile.
Mrs James, a carer, said that they were delighted to have a healthy baby boy and added that his teeth were proving popular with visitors.

She said: 'Oliver is a very, very good baby and it was a complete surprise to see his teeth. They are not little stumps, they are proper teeth.
'It is not unknown for babies to be born with teeth, but it is extremely rare.
'It was quite comical in the hospital because everyone wanted to come and see Oliver's teeth when they heard about them.

Mr and Mrs Jones with Oliver. Doctors says that the teeth may fall out and be replaced or they could stay in place as the first of his baby teeth
Mr and Mrs Jones with Oliver. Doctors says that the teeth may fall out and be replaced or they could stay in place as the first of his baby teeth

'He has to go back so that they can keep an eye on them. These may be his proper teeth, or he could get three sets.
'If they get wobbly he will have to have them out, but they seem quite solid.'

Oliver was born by caesarean section at the Rosie Maternity Hospital in Cambridge at 3am on December 30.
Perhaps wary of receiving a nasty nick, Joanne decided to feed Oliver by bottle.
Husband Lee, a warehouse worker, told of his surprise when medical staff presented him with his son and pointed out his unusual teeth.

He said: 'As soon as he was born you could see his two front teeth quite clearly, I was quite shocked.'
The couple had been trying to conceive for four years when Joanne fell pregnant with Oliver naturally.
But she spent six weeks of the pregnancy in hospital as she suffered with hyperemesis - or severe morning sickness.

She said: 'I had the worst pregnancy ever, I spent quite a lot of time in hospital on a drip because I was so poorly.
'When I saw Oliver's teeth I thought it must have been because he was teething while he was in there.
'He is just perfect, but we are not planning to have any more. My brother has six children, so he will have plenty of cousins to play with.'



.

Rakyat kritik Aquino beli Porsche


Presiden Benigno Aquino, yang berhabisan untuk memiliki sebuah kereta sport mewah terpakai, Porsche dikritik rakyatnya sebagai membazir kerana beliau mewakili negara ketiga termiskin di dunia. "Ia dilihat lari daripada karakter sepatutnya. Dia berkempen menentang pembelian kereta-kereta mewah tetapi dia sendiri membeli sebuah Porsche.

"Ramai yang melihatnya sebagai sesuatu yang tidak elok kerana ia bersifat pembaziran dan menunjuk-nunjuk kekayaan kepada golongan miskin," ujar setiausaha agung kumpulan aktivis Freedom From Debt Coalition, Milo Tanchuling.

Aquino berkata, dia menjual kereta BMW lamanya dan membuat pinjaman peribadi untuk membeli kereta Porsche terpakai itu yang menurutnya membenarkan dia memandu secara tenang di sebalik tanggungjawab besarnya itu.

"Saya amat gembira dengan pembelian itu kerana perbatuan kurang daripada 10,000 kilometer," ujar Aquino tentang kereta terpakai yang dibelinya itu.

Menurut laporan akhbar tempatan, Porsche milik Aquino yang merupakan model paling murah itu berharga 4.5 juta peso (RM311,737.51).
Jurucakap Aquino, Edwin Lacierda mempertahankan Aquino dengan mengatakan nilai kereta itu telah banyak menyusut berbanding dengan Porsche yang baru.

"Kalau ia belum susut nilai, presiden tidak mungkin membelinya, malah tidak akan mempertimbangkannya langsung," ujarnya.

Aquino mendapat kemenangan besar pada pilihan raya Mei tahun lalu dengan janji untuk membanteras rasuah dalam kerajaan dan mengakhiri perbelanjaan yang membazir yang menurutnya menyebabkan kemiskinan.

Aquino telah memandu sendiri keretanya itu ketika lawatan ke daerah luar ibu negara dan dia turut mempertimbangkan untuk memandu kereta itu melalui lebuh raya untuk perjalanan jauh.



.

Korban isteri, anak bayar hutang along


Ada peminjam yang berhutang melebihi RM100,000 dengan along di negeri ini terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsaikan hutang.

Ia adalah sebahagian daripada 100 laporan ancaman along terhadap peminjam yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta yang diterima oleh Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sepanjang tahun lalu.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata selain merampas isteri atau anak perempuan, beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan berdepan risiko kehilangan perniagaan mereka selepas dijadikan cagaran kepada along.

“Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak perempuan ditiduri along adalah ancaman yang sangat serius. Ancaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan berurusan dengan along,” katanya semalam.

Tay juga mendedahkan peminjam yang mempunyai hutang tertunggak biasanya dipaksa meminjam daripada ceti haram lain bagi melunaskan hutang pertama sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang berlipat kali ganda dengan beberapa along.

“Dalam situasi itu, mangsa biasanya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menurut saja kerana tidak mahu di apa-apakan. Malah, ada peminjam dikehendaki mencagarkan perniagaan jika berhutang dalam jumlah yang besar,” katanya.

Beliau juga mendedahkan ada seorang pengedar akhbar meninggalkan perniagaannya dan lari ke luar negara kerana ketakutan selepas berhutang RM20,000 dengan lapan orang along.
Lelaki berusia 50 tahun itu membiarkan isteri dan dua anak berusia lima dan lapan tahun meneruskan hidup serba kepayahan, demi menyelamatkan diri daripada ancaman along.



.

Kritikal ditembak


Seorang ahli perniagaan kritikal setelah ditembak dua das di hadapan premis perniagaannya di Jalan Siput Akek, Taman Billion, Cheras di sini hari ini. Mangsa berusia 52 tahun itu difahamkan baru melangkah keluar dari kenderaannya, Ssangyong Rexton untuk ke pejabat, sebelum muncul dua lelaki berusia 30-an menaiki kereta Perodua Myvi.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, salah seorang daripadanya kemudian melepaskan dua das tembakan yang mengenai rusuk dan paha mangsa.
Menurut saksi yang bekerja sebagai pembantu di restoran berhampiran, dia melihat seorang lelaki keluar dari sebuah kereta lalu mengacu 'sesuatu' kepada mangsa.

Katanya, sejurus kemudian dia terdengar letupan yang seakan-akan bunyi mercun.
"Ketika itu mangsa baru sahaja keluar dan mengunci keretanya. Keadaan berlaku begitu pantas sehingga saya tidak mampu mengecam nombor pendaftaran kereta suspek.

"Saya melihat mangsa terbaring berlumuran darah dan nyawa-nyawa ikan sebelum dihantar ke hospital oleh orang awam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya yakin kes itu dapat diselesaikan berikutan pelbagai maklumat yang telah diperoleh.

"Mangsa cedera di paha dan rusuk setelah ditembak dua kali ekoran penemuan dua kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata, pihaknya kini menyiasat latar belakang mangsa selain mendapatkan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.



.

Mati atas pokok


Seorang pekerja asing warga Nepal ditemui mati di atas sebatang pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter di Kampung Tok Muda, Machang Bubuk, di sini malam semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Thika dikatakan baru tiba di negara ini dan bekerja di sebuah kilang papan di situ.

Dia ditemui mati dalam keadaan lehernya terjerut dengan tali pinggang yang diikat pada pucuk pokok kelapa oleh anggota bomba selepas lebih 12 jam berada di atas pokok itu.
Difahamkan, dia memanjat pokok itu untuk bersembunyi daripada pemilik sebuah dusun durian yang menegurnya.

Pemilik kebun itu, Arshad Abu Seman, 30, berkata, dia terserempak dengan mangsa ketika sedang menjaga dusun durian pukul 10.30 malam.
Katanya, dia menegur Thika kerana berada dalam keadaan mencurigakan sebelum secara tiba-tiba lelaki itu memanjat pokok kelapa terbabit.

"Sambil memanjat, dia berkata sesuatu dalam bahasa Nepal. Mungkin sebab terlalu takut dia berselindung di celah pelepah kelapa biarpun saya dan seorang rakan memujuknya supaya turun.
"Malah dia bertindak membaling buah kelapa kepada kami menyebabkan kami terpaksa beredar dari situ," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


Tambah Arshad, sehingga pagi ini dia menunggu Thika turun dari pokok selain beberapa rakan senegaranya cuba memujuknya namun tiada sebarang balasan.
"Saya tak sangka dia sanggup bertindak menjerut lehernya sendiri akibat terlalu takut," ujarnya.

Sementara itu Penguasa Bomba 2, Balai Bomba Bukit Mertajam, Rejab Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam tentang kejadian berkenaan pukul 9.54 pagi.
Katanya, sebuah sebuah jentera bersama tujuh anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Operasi menyelamat mangsa yang disangka masih hidup menghadapi kesukaran kerana pokok kelapa itu terlalu tinggi dan licin selain banyak kerengga.

"Usaha pihak bomba untuk menggunakan 'skylift' juga tidak berhasil kerana jalan dan jambatan yang menghubungkan lokasi kejadian terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama terlalu sempit," katanya.

Jelasnya, mujurlah pihaknya mendapat bantuan seorang penduduk kampung yang menawarkan diri untuk memanjat pokok kelapa itu untuk membawa turun Thika.


"Mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," ujarnya.



.

Akademi Fantasia 9 terakhir

Keputusan tamat program kerana Astro mahu teroka format baru


Program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 yang bakal memulakan siarannya April depan akan menjadi program AF yang terakhir.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata keputusan menamatkan program itu dibuat kerana Astro mahu meneroka format baru untuk diperkenalkan kepada penonton mereka.

“Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan AF. Bagaimanapun keputusan untuk menamatkan program ini tidak ada kena mengena dengan kritikan yang sering dilemparkan serta rating yang semakin jatuh," kata Azlin ketika ditemui pada majlis sidang media di sini, semalam.

Mengenai desas desus mengatakan komposer dan penerbit terkenal dari Indonesia, Erwin Gutawa, bakal menjadi pengetua AF musim baru itu, Azlin enggan mengulas perkara berkenaan.

Bagi musim kesembilan ini, AF akan memperkenalkan uji bakat menerusi dalam talian bagi memudahkan peserta, memandangkan sesi uji bakat dijalankan di dua lokasi saja pada kali ini, iaitu di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur.

Peserta yang berminat bolehlah memuat naik klip video persembahan mereka di www.akademifantasia.com.my mulai hari ini.
Lapan juara yang dilahirkan menerusi program diperkenalkan sejak 2003 ialah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!