Sunday, January 16, 2011

Baim Wong dan 'kejora dan bintang'..


SI kacak bergelar Baim Wong dari seberang ini cukup sinonim dengan drama-drama sinetron yang menghiasi kaca televisyen kita seperti Benci Bilang Cinta, Bukan Diriku dan terbaru Kejora dan Bintang.
Bersempena kunjungan pemilik nama sebenar Muhammad Ibrahim ini ke Kuala Lumpur, Rabu lalu, bagi mempromosikan sinetron terbaru itu, membuka ruang untuk mendekati pemuda berusia 29 tahun ini.

Diajukan pertanyaan mengenai populariti dan perkara terbaik bergelar selebriti popular, pemuda berdarah Cina-Sunda ini pantas menyimpul senyuman sebelum menjawab.Kata Baim, bergelar insan popular dan diminati ramai memberikan satu kepuasan yang istimewa.

“Menjadi orang popular, saya tidak boleh mengelak daripada menjadi perhatian ramai. Saya gembira dengan keadaan ini cuma saya selalu beringat untuk bersikap rendah diri dan sopan.
“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada saya untuk berkunjung ke tempat lain seperti kunjungan ke Malaysia ini untuk mempromosikan kerja saya.

“Namun, yang paling bahaya apabila menjadi popular adalah sikap lupa diri. Saya takut apabila berubah menjadi lupa diri kerana pernah mengalami pengalaman hitam itu,” ulasnya.

Dek populariti mendadak yang dikecapinya selepas membintangi drama Benci Bilang Cinta (2006), dia pernah hanyut dan leka sehingga bersikap sombong dan lupa diri.

“Saya akui pernah lupa diri dan hanyut dengan populariti mendadak yang saya kecapi dalam sekelip mata selepas kejayaan drama tersebut.
“Ia boleh dianggap seperti kejutan budaya tapi mujurlah ada rakan yang menegur selepas melihat perubahan pada tingkah laku saya.


“Saya kembali sedar dan berubah seperti sediakala,” katanya yang terkejut dengan sokongan luar biasa peminat terhadapnya di Malaysia.
Bukan saja popular dan menjadi pujaan ramai khususnya para penggemar rangkaian drama lakonannya, Baim turut hadir di persada seni dengan pakej ekstra.
Punya wajah kacak, popular dan bergelar pengusaha rangkaian restoran Oh La La dan Bakmilicious di Jakarta, pakej tersebut pastinya mudah menawan ramai gadis.
Ironinya, hal itu tidak terjadi pada Baim. Apabila menyentuh soal cinta, nasib seakan kurang menyebelahi jejaka kelahiran Jakarta ini.
Dia yang pernah menjalin hubungan dengan aktres Marshanda dan Yeslin Wang sebelum ini masih keseorangan setelah kedua-dua perhubungan itu putus di pertengahan jalan.

Masih solo

Justeru, apabila diusik siapa bertakhta di hatinya kini, dengan serta-merta air mukanya berubah. Dalam kebingungan, Baim mengakui sehingga hari ini dia masih belum menemui calon terbaik.
“Sehingga hari ini saya masih solo dan terus mencari calon terbaik untuk dijadikan isteri. Umur saya pun sudah mencecah 30 tahun pada 2011 dan sudah bersedia untuk berkahwin.

“Malangnya, saya masih belum menemui wanita yang solehah, baik dan bersopan-santun. Itu ciri-ciri yang saya cari pada seorang wanita,” katanya.

Dalam sinetron Kejora dan Bintang sebanyak 72 episod itu, Baim menggalas watak Erlangga di samping pelakon Alyssa Soebandano, Rachel Amand, Lucky Perdana dan ramai lagi.
Ia bakal bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6.30 petang bermula 25 Januari ini menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104).




.

What is that? (HORROR)

If you go down to the woods tonight... you probably won't believe your eyes.
Because judging by footage from a hunting firm's website, this crouching phantom looks like Spider-Man has swung on to the set of the Blair Witch Project.
A deer hunter in the U.S. posted a video said to feature the creature on the Wildgame Innovations website - and the piercing white eyes aren't the sort you would want to meet on a dark night.

Enchanted wood: This mysterious creature was snapped by a deer hunter on a reserve in Berwick near Morgan City, Louisiana
Enchanted wood: This mysterious creature was snapped by a deer hunter on a reserve in Berwick near Morgan City, Louisiana



Creepy crawler: The hunter, who insists it is not a hoax, posted the image on the Wildgames Innovations website
Creepy crawler: The hunter, who insists it is not a hoax, posted the image on the Wildgames Innovations website


The hunter said he was lying in wait in the pitch black when a ghoulish spectre filled his sights.
Its eyes glowing in the light of his torch, it leapt from the undergrowth and flashed a look at the camera before vanishing back into the bushes.

Webbed Warrior: The latest Spiderman movie will hit cinemas in 2012
Are they related? The 'forest ghoul' bears a resemblance to Spider-Man, whose latest screen outing has just gone into production


The hunter, who has chosen to remain anonymous, was so frightened he said he broke the camera but retrieved the image from its undamaged memory chip.
The picture was taken on a reserve in Berwick near Morgan City, Louisiana.
Internet users agree the whole thing is merely a hoax - and one comment posted claimed the figure had been stolen from a video game he had seen two years ago.
But the hunter insisted it is not a hoax.

Conspiracy theorists will no doubt note the similarity between the figure's crouching pose and that used by Spider-Man, whose latest big-screen adventure has just begun shooting.
The as-yet untitled fourth Spider-Man is due to be released in July 2012 and will go back to the beginning of the Peter Parker story.
And with producers known to go to any lengths to promote forthcoming movies, there is always the chance this 'mystery' could run and run.




.

Bakal hidup semula


Gajah Mammoth yang pupus sejak beribu-ribu tahun dahulu bakal dihidupkan semula dalam masa cuma empat tahun, lapor sebuah akhbar di sini semalam.

Dalam siri eksperimen mirip filem sains fiksyen The Jurrasic Park, nukleus tisu kulit dan otot Mammoth yang ditemui beku di dalam ais di Siberia akan digunakan untuk menghidupkan semula haiwan purba itu.

“Masalah teknikal dalam eksperimen ini telah diatasi, kami cuma memerlukan sampel nukleus yang baik,” kata seorang profesor di Universiti Kyoto yang terbabit dalam projek berkenaan, Akira Iritani.

Nukleus sel mammoth itu akan dimasukkan ke dalam sel telur gajah Afrika yang akan berfungsi sebagai ibu tumpang disusuli tempoh bunting selama 600 hari.

“Saya fikir kami mempunyai peluang yang cerah dengan seekor anak gajah mammoth akan dilahirkan dalam masa empat tahun lagi,” katanya.



.

Liverpool bakal hukum Babel


Penyerang, Ryan Babel berdepan hukuman daripada Liverpool terhadap gambar pengadil Howard Webb yang diubah serta dimuatkannya di laman sosial Twitter, kata pengurus Liverpool, Kenny Dalglish kelmarin.

Pemain Belanda itu sudah pun dikenakan tindakan atas salah laku oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris kerana gambar yang diubah yang menunjukkan Webb memakai jersi Manchester United selepas kekalahan 1-0 Liverpool di Old Trafford dalam saingan Piala FA Ahad lalu.

Webb yang ditugaskan mengendali perlawanan Piala Dunia antara Sepanyol menentang Belanda tahun lalu menghadiahkan United sepakan penalti pada awal perlawanan dan Babel memuatkan satu gambar dengan komen: Dan mereka menganggapnya seorang daripada pengadil terbaik? Ia satu lawak.

Gambar tersebut
Dalglish memberi amaran kepada pemain supaya lebih berhati-hati.

Anda tahu akibatnya jika anda berkata-kata atau melakukan sesuatu yang mempunyai niat, katanya dalam satu sidang akhbar,

Ia sesuatu yang agak tidak jelas dan bukan dia yang menciptanya. Bukan dia yang mengubah gambar itu, dia hanya menyambung hantarnya.

Dia secara tulus meminta maaf kepada pengadil itu. Saya yakin kelab mungkin akan mengambil tindakan seperti yang saya jangkakan dan itu sepatutnya bagi menamatkan isu ini.



 P/S - Ekekeke, ok gak gambar tu...Kreatiflah Babel ni


.

Benarkah Peterpan Cari Pengganti Ariel?


Nazriel Ilham atau Ariel 'Peterpan' masih dibelengu kes video porno. Hal ini membuatkan karier kekasih Luna Maya tertangguh, dan tak boleh lagi berkarya.

Masalahnya, kes yang menimpa Ariel ini juga menjejaskan ahli Peterpan lainnya. Uki, Lukman dan Reza pun terpaksa berhenti dari membuat persembahan kerana penyanyi Peterpan masih disebalik tirai besi.

Melihat keadaan tersebut, Reza, pemain drum mengakui bahawa Ariel merasa tidak sanggup kerana telah membuat Peterpan tidak dapat bekerja disebabkan dirinya.

"Baru sahaja saya menjenguk Ariel di Rutan, dia banyak bercerita tentang perancangan Peterpan dan pekerjaan kami masing-masing. Dia sangat ingin Peterpan terus 'bergerak' walaupun tanpa dirinya ketika ini," ujar Reza, ketika ditemui di Kawasan Menteng, Jakarta Pusat.

Reza berkata Ariel sempat meminta dirinya untuk mencarikan pengganti vokalis Peterpan. "Mendengar itu, saya kaget. Ketika saya tanya alasannya, ia bilang tak mau menyusahkan kami semua. Dia minta kami untuk adakan audisi vokalis baru Peterpan. Bagi Ariel, yang terpenting adalah lagu-lagu Peterpan bisa kembali diputar di mana-mana."


Lalu, apakah ada ujibakat untuk menggantikan Ariel? Reza mengakui, dia ada menerima cadangan Ariel. Bahagian personel juga memang berusaha mencari vokalis Peterpan yang baru. "Iya, kami memang berusaha mewujudkan keinginan Ariel. Masalahnya, kami sulit mencari vokalis yang pas."

Reza pun menambah, dia akhirnya menjelaskan kepada Ariel bahwa dirinya mengalami kesulitan untuk memenuhi keinginan Ariel. "Kami minta maaf tak bisa mengabulkan keinginannya, dan sepakat menunggu hingga Ariel bebas."



.

Mengaku salah


MULANYA enggan bersuara mengenai kontroversi gambar berbikini ketika bercuti di Bali, yang disifatkan sebagai ruang peribadi yang tidak sepatutnya diceroboh sesiapa, Fasha Sandha lebih selesa membiarkan semua liputan berbaur spekulasi tanpa sebarang kesahihan itu berlalu begitu saja meskipun reputasinya besar dihimpit persepsi negatif.

Bagaimanapun, aktres berusia 27 tahun itu tidak mampu lagi untuk diam dan bersembunyi apabila teman baiknya yang turut sama mengikutinya bercuti di Bali, Shazwani Zainul tampil mempertahankan dirinya yang teruk dihentam sebagai punca dengan memuat naik gambar percutian itu di ruangan sosial Facebook miliknya.
Fasha Sandha ketika ditemui untuk mengulas kenyataan Shazwani mengenai tuduhan sama bagaimanapun menyifat-kan segala kemelut yang timbul hanya salah faham hingga meleret menjadi besar.

Mengakui Shazwani adalah teman rapat, Fasha hanya melihat kesilapan Shazwani memuat naik gambar percutian mereka dan terlupa akan statusnya bergelar selebriti dan bukan berniat menganiayainya.


“Saya sendiri terkejut kerana isu ini menjadi serius dan berlarutan hingga banyak sudut cerita lain yang disangkut sama. Puncanya hanya kecil iaitu salah faham komunikasi dan tersilap langkah dengan memuat naik gambar itu, namun impak yang tinggal sungguh teruk hingga memalukan pihak saya juga.

“Puncanya hanya Shazwani tersilap dengan memuat naik gambar percutian kami di
Facebook miliknya dan kemudian diambil untuk diletak di beberapa blog Internet. Kemudian ada pihak lain pula mengambil kesempatan untuk membesarkan perkara itu.

“Memang saya memberi kebenaran kepada Shazwani untuk-nya meletakkan gambar itu di Facebooknya kerana saya tahu dia juga ingin berkongsi gambar itu bersama teman lain serta keluarganya. Bagaimanapun saya tersilap kerana gagal melihat dulu setiap gambar yang ingin diletakkan kerana yakin dia tahu kesannya kemudian hari.

“Namun semua itu salah saya juga dan bukan kesilapan Shazwani sepenuhnya kerana sepatutnya saya perlu mengingatkan yang mana gambar sesuai dan tidak untuk diletak. Shazwani bukan selebriti dan mungkin dia terlupa akan impak gambar itu kepada saya.

“Jujurnya saya kesal dan tidak menyangka isu ini mengheret nama baik Shazwani hingga ke tahap ini. Empat belas tahun kami bersahabat sejak bersekolah, Shazwani memang teman baik dan saya percaya dia tiada niat untuk memalukan atau menganiayai saya. Dia hanya sekadar ingin berkongsi kegembiraan ketika kami bercuti,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan ibunya yang mengeluarkan kenyataan seakan-akan menyerang dan menyalahkan Shazwani sepenuhnya, Fasha enggan mengulas lanjut kerana menyifatkan tindakan ibunya sekadar ingin membela nasibnya yang kian buruk dilempar kontroversi.

“Saya faham situasi kedua-dua pihak, baik Shazwani mahupun ibu saya. Yang boleh saya ungkapkan, ibu sangat tertekan dengan segala laporan yang tidak henti-henti diterbitkan mengenai anak gadisnya.

“Justeru dia tampil dengan niat baik untuk menghentikan segala cerita dan membela diri saya. Namun tindakannya saya akui mungkin mengguris hati Shazwani.
“Justeru, saya ingin memohon maaf kepada Shazwani bagi pihak ibu dan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Kontroversi yang membuka lembaran 2011 bagi bintang filem 4 Madu ini bagaimanapun tidak terlalu meletak beban kepadanya meskipun Fasha kini sibuk menguruskan perniagaan salun miliknya.

Melihat setiap dugaan yang datang itu tersembunyi hikmah di sebaliknya, Fasha yakin asam garam sebagai anak seni sepertinya hanya akan menambah semangat dan keyakinan kepadanya untuk menghadapi hari esok.

“Itu semua rencah dan saya sudah lali untuk berdepan dengannya. Cuma saya benar-benar tidak mahu membebankan masalah seperti ini kerana buat masa sekarang, saya sibuk meletak fokus kepada perniagaan pusat penjagaan dan rawatan rambut, Chinta Salon di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Alhamdulillah, impian saya akhirnya terlaksana dan salun ini akan mula beroperasi dalam masa terdekat.

“Saya juga kembali sibuk ke lokasi penggambaran drama terbaru tayangan Samarinda TV3 berjudul Samson Delaila. Justeru, saya tidak mahu segala cerita panas begini mengganggu fokus saya kepada lapangan lakonan atau menyusahkan pihak produksi pula.

“Bagaimanapun, saya bersyukur peminat tidak henti-henti menyokong dan tidak mudah percaya apa saja spekulasi yang timbul,” katanya yang kini muncul dalam drama bersiri Dia Atilia di Astro Prima.



.

Anak bongsu Azean, raih keputusan cemerlang

Ines dan azean

Anak bongsu pelakon Azean Irdawaty, Inessa Irdayanty Khairil Anwar atau Ines, 21, muncul antara graduan cemerlang pada Majlis Konvokesyen Kolej SEGI di Kota Damansara, semalam.

Anak bongsu tiga beradik yang juga Penuntut Diploma Seni Persembahan itu difahamkan meraih keputusan Nilai Purata Gred Kumulatif (CGPA) 3.68, sekali gus kejayaan Ines membanggakan Azean yang kini masih menjalani rawatan kanser.

Dulu dia berjaya mencapai keputusan 10A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Saya bangga kerana dia meraih kejayaan terbaru ini dengan menempuh pelbagai cabaran getir. Sekalipun sibuk dengan rutin mengulangkaji dan tugasan pelajaran, dia tetap beri perhatian menjaga saya.

Pada tahun akhir pengajiannya, dia juga tabah mengharungi kesengsaraan apabila terpaksa berpisah dengan abang tersayangnya. Ines sangat tabah, tekun dan komited dengan apa yang dilakukannya. Dia seorang yang bercita-cita besar.

Setiap apa yang ingin dicapainya pasti diiringi dengan usaha dan azam yang berterusan. Selagi tidak siap kerja atau tugasan, dia tidak akan tidur. Dia ada ciri kepemimpinan, penuh visi dan boleh hidup berdikari, katanya.



.

Majlis nikah 3 hari


SETELAH tiga tahun menyulam cinta dan menyelami hati budi masing-masing, Rebecca Nur Al-Islam, 25, akhirnya selamat diijabkabulkan dengan seorang duda, Nor Azam Sulaiman, 43, pada malam kelmarin.

Majlis akad nikah Rebecca dan pasangannya itu disempurnakan oleh penolong pendaftar nikah cerai dan rujuk Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang, Ustaz Muhammad Ibrahim.
Rebecca menerima mas kahwin sebanyak RM333.33 serta 13 dulang hantaran berbalas 15 kepada pihak lelaki. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Sebuah rumah mewah bernilai lebih RM500,000 turut dihadiahkan kepada Rebecca seabgai tanda cinta Nor Azam kepada isterinya sekali gus menjadi mahligai baru mereka berdua selepas ini.
Majlis resepsi pasangan pengantin itu berlangsung selama tiga hari berturut-turut sejak majlis akad nikah.
Pasangan yang akan berbulan madu di London dan Paris pada 14 Februari ini turut mengadakan majlis resepsi di Hotel Flamingo, Ampang pada malam semalam sebelum diikuti acara di Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur pada hari ini.


Nor Azam merupakan peguam dan mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan sebelum ini manakala Rebecca pula menjaga seorang anak angkat, Nor Adam Daniel yang kini berusia empat tahun.
Adakah anda benar-benar bersedia untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak Nor Azam?
REBECCA: Alhamdulillah saya kini sudah bersedia untuk menempuh kehidupan baru bergelar isteri dan juga ibu. Saya sememangnya sangat menyukai kanak-kanak. Ramai juga sudah mengetahui yang saya turut mempunyai anak angkat. Jadi, saya sudah biasa dengan kehidupan seorang ibu dan tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua anak Nor Azam.

Apa tarikan utama Nor Azam?
Sikapnya yang penyayang dan begitu mengambil berat terhadap anak-anak membuatkan hati saya terpaut dan terbuka untuk menerima lamarannya. Saya begitu gembira dan terharu dipertemukan jodoh bersama dengannya.

Adakah sukar untuk Rebecca memikat hati anak-anak Nor Azam?
Nor Azam merupakan seorang bapa yang sangat lembut, susah marah dan sangat manjakan anak-anak. Macam saya pula, saya adalah seorang yang tegas. Alhamdulillah mereka sangat menghormati dan saya juga sangat menyayangi mereka.

BARU berkahwin tetapi Rebecca sekali gus menjadi ibu kepada dua anak suaminya, serta anak angkatnya sendiri, Nor Adam Daniel (duduk di tengah).

Adakah Rebecca akan meneruskan karier lakonan setelah memegang status isteri?
Saya tidak akan meninggalkan dunia lakonan kerana ia sudah begitu sebati dengan jiwa saya. Mungkin dari segi lakonan saya perlu memilih skrip yang bersesuaian dengan status saya.

Bagaimana dengan perancangan anak?
Kami tidak mempunyai perancangan atau meletakan beberapa sasaran. Kalau ada rezeki kami akan menerimanya sebagai penyeri keluarga kami.



.

Majlis perkahwinan meriah


Majlis perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi berlangsung dalam suasana meriah di Petra Jaya, malam ini.
Bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru, majlis bermula pukul 9.15 malam apabila kedua-dua mempelai diiringi masuk ke dewan persandingan bersama tetamu kehormat.

Meskipun diadakan secara tertutup, majlis berkonsepkan perkahwinan ala Inggeris yang mendapat sentuhan perunding terkenal, Datuk Raja Rezza Shah itu dihadiri 460 tetamu dari dalam dan luar negara.

Antara orang kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah ahli keluarga pengantin perempuan, beberapa Menteri Kabinet dan negeri, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pembesar negeri.


Pada majlis itu, anak kedua Abdul Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menyampaikan ucapan ringkas dan latar belakang pasangan itu serta mengucapkan selamat hari lahir kepada Ragad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

"Saya juga ingin berkongsi dengan anda mimpi Puan Sri Ragad kira-kira lima bulan yang lalu. Beliau bermimpi dilamar oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dan dibawa pergi dengan menaiki sebuah Rolls Royce," katanya.

Sebelum majlis berakhir, Abdul Taib yang segak mengenakan tuksedo hitam manakala isterinya mengenakan gaun malam serba putih menyempurnakan upacara memotong kek setinggi lima tingkat.
Abdul Taib diijabkabulkan dengan Ragad yang berasal dari Syria pada 18 Disember lalu di kediamannya di Demak Bharu di sini sekali gus menamatkan zaman duda selepas kematian Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April lalu.

Beliau yang berkahwin dengan Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.



.

Safee Sali akur


BIARPUN hatinya meronta-ronta untuk menimba pengalaman pada liga bola sepak luar negara, penyerang sensasi negara, Mohd. Safee Mohd. Sali akur sekiranya pengurusan Selangor terus berkeras tidak mahu melepaskannya.

Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu berkata, dia berkemungkinan memilih untuk terus beraksi dengan Selangor sehingga tamat kontrak pada akhir tahun ini.

“Sekiranya perundingan rasmi ketiga-tiga kelab Liga Indonesia dengan pengurusan Selangor yang sedang ber langsung sekarang menemui kegagalan, saya harus menghormati perjanjian yang telah dibuat dengan Selangor.
“Namun selepas itu, saya akan terus berusaha untuk mengintai peluang semula bermain di luar negara kerana ingin belajar sesuatu yang baru,” luah Mohd. Safee.

Mohd. Safee ditemui ketika dirai oleh lebih 3,000 penduduk sekitar Tapah dalam majlis khas sempena kepulangannya ke kampung halaman anjuran Persatuan Bola Sepak Batang Padang di Stadium Mini Tapah semalam.
Tiga kelab Indonesia yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 27 tahun itu ialah Persib Bandung, Balik Papan dan Pelita Jaya.

Dalam pada itu, Mohd. Safee meluahkan keinginan untuk menabur bakti bermain untuk skuad Perak sebelum mengakhiri kariernya sebagai pemain bola sepak.
“Selepas menimba pengalaman di luar negara, saya berniat untuk menyarung jersi Perak, negeri saya dibesarkan dan mendapat pendedahan awal bola sepak,” katanya.

Pada majlis sama, dia menerima ganjaran RM10,000 yang dijanjikan kerajaan negeri Perak berikutan kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Turut menerima insentif tersebut ialah pemain pertahanan negara, Sabre Mat Abu, 23, dan Fadhli Shas, 19, yang masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sementara jurulatih penjaga gol negara, Fauzi Mukhlas pula meraih RM3,000.

Bagaimanapun, Fadhli tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen dengan skuad Harimau Muda A.
Terdahulu, Mohd. Safee, Sabre dan Fauzi diarak dengan menaiki sebuah kereta antik model Triumph TR4 dengan diiringi lebih 100 motosikal berkuasa tinggi sejauh kira-kira enam kilometer dari rumah ibu bapa Mohd. Safee di Temoh, Tapah.



.

Hadiah mahal bukan pengukur cinta


BIARPUN diasak beberapa kali dengan persoalan hadiah yang bakal diberikan buat isteri kesayangan yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada 11 Januari lalu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hanya tersenyum sahaja. Berulang kali jua dia memberitahu bahawa sememangnya tidak punya hadiah istimewa buat sang isteri, Datuk Siti Nurhaliza. Kalau pun ada dalam senarai fikirannya, pasti ahli perniagaan ini tidak mahu membocorkan perkara tersebut ke ''telinga'' media.

''Biarlah saya dan isteri sahaja yang tahu apa hadiahnya. Sebab sekarang ini pun dia belum pasti apa hadiah yang dia inginkan. Saya pula tak kisah dengan keinginan dia," katanya jujur.

Bercerita tentang keinginan penyanyi penyanyi nombor satu negara itu untuk memiliki komputer riba jenama Apple Macbook Pro sebagai pemberian kenang-kenangan sempena hari ulang tahunnya, sekali lagi lelaki yang dikenali dengan gelaran Datuk K ini tersenyum.

Beliau bercerita, isterinya pernah menanyakan tentang komputer riba mana yang sesuai dimiliki tetapi tidak pula dinyatakan jenamanya. Namun bagi Khalid, subjek tersebut bukan persoalan utama. Asalkan dia gembira dan senang dengan pemberian suaminya.

Katanya, Siti gemar andai diberi hadiah yang boleh dimanfaat untuk kegunaan harian. Tidak kira berapa harganya asalkan berguna dalam urusan kerjayanya.
Meskipun begitu, lelaki yang segak memakai kemeja berwarna hijau sedondon dengan isterinya itu juga tidak hairan seandainya isu hadiah dijadikan persoalan utama setiap kali isterinya menyambut ulang tahun.

''Tidak semestinya saya memberi hadiah pada majlis hari jadi Siti sahaja. Sebab selalunya, pemberian hadiah bertujuan untuk menggembirakan hati orang yang kita sayang. Jadi bila-bila sahaja saya boleh memberi hadiah kepadanya
''Semuanya bergantung kepada keadaan. Pada hari-hari biasa pun, walau tanpa sebarang acara, saya pasti memberikan hadiah kepadanya.

''Tidak kira sama ada murah atau mahal, secara kejutan atau tidak, itu tidak penting. Janji pemberian itu ikhlas," bicaranya menyelak sedikit cerita rumah tangga bersama penyanyi Jerat Percintaan itu.
Tambahnya lagi, harga untuk sesuatu barangan hari ulang tahun isterinya itu bukan satu pengukur kepada rasa cintanya terhadap Siti.

''Saya tidak rasa kesusutan nilai sesuatu pemberian buat Siti pada sambutan hari ulang tahun lalu boleh disamakan dengan pengurangan nilai kasih sayang saya terhadap dia. Orang kat luar boleh cakap apa sahaja. Kalau nak tahu, ia semakin mekar dan berkembang.
''Tak adil bukan kalau kita meletakkan sesuatu material sebagai bahan pengukur rumah tangga. Semua orang pun tak nak macam begitu bukan," soalnya.

Datuk K sebelum ini pernah menghadiahkan Siti sebuah kereta Mercedes berwarna hitam selepas mengahwini Presiden produk kecantikan SimplySiti itu pada 21 Ogos 2006. Selain itu, Siti juga pernah menerima seutas jam tangan Richart Millre yang ditempah khas berharga RM200,000 dan sebuah beg tangan berjenama berharga RM40,000.

Ditanya dengan persoalan sama ada dia merasa terganggu dengan desakan media yang mahu mengorek pemberian hadiahnya kepada penyanyi yang menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa itu, Khalid kembali tersenyum.
Secara ringkas, lelaki berkumis ini berkata: ''Saya tidak marah sebab anda semua melakukan tugas masing-masing."

Dalam perkembangan lain, Khalid punya rancangan untuk bercuti bersama isterinya bulan depan. Ke mana destinasi mereka, tidak diberitahu kerana semuanya bergantung kepada jadual aktiviti seni Juara Bintang HMI anjuran RTM tahun 1995 ini.



.

Protes nasi lemak ada logo halal asing


GEORGE TOWN – Kira-kira 100 ahli Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) mengadakan demonstrasi sambil memegang bungkusan nasi lemak yang menggunakan logo halal yang bukan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Pewaris, nasi lemak berharga RM1 itu disediakan oleh pengusaha bukan Islam di Bukit Mertajam tetapi menggunakan khidmat penghantar beragama Islam untuk pasaran sekitar Pulau Pinang.

Presidennya, Sabaruddin Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan daripada peniaga nasi lemak di sekitar Bayan Baru, Jalan Tengah, Bayan Lepas, Bukit Jambul dan sekitar pusat bandar sejak beberapa minggu lalu mengenai kegiatan pengusaha terbabit.

“Kami tidak kisah kalau pengusaha itu ada sijil halal Jakim tetapi apa yang meragukan ialah mereka menggunakan logo pengiktirafan antarabangsa,’’ katanya selepas demonstrasi selama sejam di hadapan pintu masuk Balai Polis Bayan Baru di sini semalam.



.

Derita Nur Umairah



Semalam merupakan ulang tahun kelahirannya yang pertama namun Nur Umairah Mohd. Zaidi masih menanggung penderitaan apabila kepalanya terus membesar dan kini melebihi kepala orang dewasa.

Secara kebetulan hari lahirnya jatuh pada hari Keputeraan Sultan Kedah menyebabkan Majlis Kebajikan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Baling di sini mengadakan majlis kesyukuran sebagai tanda prihatin kepada bayi berkenaan.

Naib Pengerusinya, Hasliza Harun bersama anggota Mayang Zon Kuala Ketil meluangkan masa melihat keadaan bayi tersebut dan mengadakan majlis doa selamat.

Walaupun sewaktu dilahirkan bayi ini mempunyai berat badan 3.9 kilogram namun penyakit dikenali sebagai Hidrosefalus menyukarkan dia bergerak.

Anak ketiga pasangan Norbaizura Dol, 30, dan Mohd. Zaidi Abdul Rahman, 35, yang dilahirkan tanpa rongga hidung itu juga terpaksa minum susu menggunakan tiub.



.

Chelsea Vs Blackburn - Ingat chelsea ingat Lulu


Salam, selamat malam..
Eheh baru lepas tengok match chelsea vs blackburn..
Dan, game yang sangat menarik itu,
membuatkan malam minggu lulu terasa amat indah...MySpace
(terasa bintang dilangit berkedipan terang, walaupun mlm ni takde bintang
sebab hujan + mendung sepanjang hari..)


Tahniah buat chelsea, terutama lulu dan semua penyokong, diatas
kemenangan 2-0 keatas blackburn
di stamford bridge..
yeah 3 mata penuh..
hebat woo player main..perform..
sepanjang game, jantung agak mengepam laju...MySpace
ngee bukan apa takut kalah lagi...


Terima kasih buat yang mendoakan kemenangan chelsea..
(walaupun ramai nak chelsea kalah..
adakah korang antaranya? ngaku cepat!MySpace)


Tak kira menang, atau kalah, atau seri sekalipun...
Walaupun korang bukan penyokong chelsea...
(eleh dah komen kat Lulu-Pages, otomatik penyokong chelsea)
ingat chelsea, ingatlah lulu...MySpace



P/S - Teringin nak jadi player chelsea..ngee...



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!