Sunday, January 23, 2011

Dramatic close-up pictures

Salmon may be a popular choice on restaurant menus, but, it seems, it is also a favourite with wild bears.
A dramatic new series of photographs, by Russian photographer Sergey Gorshkov, show the bears fishing for their supper in Kurile Lake in Kamchatka, Russia.
The wildlife enthusiast risked his life swimming just a few feet from the animals at the rural site, which is home to more than 18,000 of them.

Standing to attention: The bear's impressive size and powerful paws are no match for the salmon
Fish supper: A wild bear is captured hunting for salmon in a lake in Kamchatka, Russia
 
 

Gorshkov, who lived in a tent in the woods, spent six years following them as they hunted for salmon, paddled in a lake and walked for miles through forests.
He said: 'These photographs show a little of what I saw and lived through living side by side with bears.
'The lake is the largest spawning ground for red salmon in Eurasia and the best place for bears. They come here every year from generation to generation.
'I went there after seeing a television documentary and became absorbed.

Catch of the day: A wild bear is captured catching a salmon in its mouth in a lake in Kamchatka, Russia
Making a splash: The bear's impressive strength and speed is no match for the salmon
 
 
Standing to attention: Kurile Lake in Kamchatka, Russia is home to more than 18,000 bears
Standing to attention: Kurile Lake in Kamchatka, Russia is home to more than 18,000 bears

'I go to the woods and stay near the bears in a tent - always fighting with severe weather conditions, curious young bears and even with myself.
'Photographing bears is risky. I have got as close to the bears in the wild as you could in the zoo.
'It is only now, looking back, that I realise how dangerous it was. Bears have caused more injuries to photographers than lions, tigers, leopards and sharks combined.' 

Dangerous: Gorshkov had to be as close to the bears as possible to get his remarkable pictures
Bear nerve: Gorshkov had to be as close to the animals as possible to get his remarkable pictures

Gorshkov, from Moscow, Russia, added: 'I always follow the work of other photographers who take pictures of bears.
'I knew that nobody had taken a picture of a bear under water and I had a clear idea in my mind of what I wanted.
'To achieve my dream I spent hours in the icy water, where some bears saw me as prey - it was scary.'




.

Mencipta patung serupa seorang bayi


Glenda Ewart, adalah seorang seniman yang sangat berbakat, dia berasal dari Castlerock, Irlandia, karyanya adalah menciptakan patung hyper-realistis (sangat mirip dengan yang nyata) bayi yang baru lahir.

Glenda Ewart menemui bakat seninya pada pada bayi ketika dia hamil anak pertamanya. Sekarang dia mampu mencipta patung bayi yang sangat mirip bayi sebenar, dengan menggunakan beberapa lapis cat, bertujuan untuk menciptakan kulit lembut bayi baru lahir. Setelah 'kulit' tersebut kering dalam oven, bahagian yang paling berat dimulakan: menanam lebih dari 20.000 helai rambut ke dalam kulit kepala patung tersebut. Mungkin bagi yang lain ini merupakan proses yang sangat sukar, Glenda Ewart mengatakan dia mencintai setiap saat melakukan hal yang sukar itu.

Mungkin anda tahu bagaimana kebanyakan ibubapa menganggap bayi akan membesar terlalu pantas, dan mereka berharap boleh menjaga anaknya tetap menjadi seorang bayi selamanya? Glenda Ewart melahirkan kembali bayi tersebut dan ini merupakan hal yang paling terdekat untuk memenuhi harapan itu, dan dia menjual kepada ibu bapa di seluruh dunia. Dia menghabiskan waktu yang lama untuk bekerja pada setiap patung, kerana dia cuba untuk membuat mereka semua kelihatan unik.

Bersusah payah mengolah patung, menanam rambut dan memberi bau mereka agar seperti bayi baru lahir boleh siap untuk beberapa minggu hanya untuk seorang bayi, tapi Glenda Ewart tetap menikmati membuat setiap bayi unik ini. Anda dapat menyaksikan bakatnya yang luar biasa, melalui gambar di bawah ini.


















.

Cetus semula kontroversi


Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan ‘Hari Menghakimi al-Quran Sedunia’.

“Ya, kami akan lakukannya,” kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya.

“Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan.

“Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia.

“Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran.

“Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran.

“Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak,” katanya dalam satu program radio.
Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran.

Laman web Jones, ‘Stand Up America’ mengandungi soalan yang membenarkan pengunjung memilih hukuman.

Jones dan gereja itu menggemparkan dunia tahun lalu apabila beliau mengumumkan akan membakar 200 naskhah al-Quran, pada ulang tahun ke sembilan peristiwa serangan 11 September.

Pemimpin pelbagai agama mengutuk rancangannya. Malah, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates mengarahkan gereja kecil di barat laut Gainesville untuk membatalkan acara itu kerana bimbang tindakan terbabit akan membahayakan pasukan keselamatan Amerika di Asia Barat.

Jones membatalkan hasratnya dua hari sebelum acara itu dijadualkan berlangsung. Beliau dijangka mengadakan sidang media pada petang Khamis depan untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai hari perbicaraan al-Quran pula.

Paderi Dan Johnson dari Gereja Trinity United Methodist di Gainesville menjelaskan, tindakan Jones tidak mendapat sambutan kerana dalam episod pembakaran al-Quran itu, penganut Kristian datang beramai-ramai membantahnya.

Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar mengenai rancangan perbicaraan itu.

“Saya berdoa dan berharap...saya tidak tahu sejauh mana kebaikannya melakukan perkara itu. Apa yang boleh dirumuskan ialah lebih banyak kerja perlu dilakukan dari aspek persefahaman dan toleransi.

“Ini adalah kerja gila. Ini adalah sesuatu yang asing daripada apa yang diajar Jesus,” katanya.



P/S - Ya Allah, turunkanlah bala keatas orang jahil ini..


.

Yeah! Move Ronaldo, I'm The new One...

First there was David Beckham, followed by Cristiano Ronaldo.
But now there's a new underwear model in town, in the form of tennis ace Rafael Nadal.
The 24-year-old sportsman, who is currently the number one tennis player in the world, stripped off for the latest campaign for Emporio Armani underwear.
In the black and white pictures, shot by Mert Alas and Marcus Piggot, Nadal is seen looking broodily into the camera while showing off his muscular physique in a tiny pair of Armani pants.

Smouldering: Rafael Nadal is seen in the latest campaign for Emporio Armani underwear, which will hit billboards next month
Smouldering: Rafael Nadal is seen in the latest campaign for Emporio Armani underwear, which will hit billboards next month

Talking about appointing Nadal as the new face and body of Emporio Armani underwear, Roberta Armani said recently: 'He always chose interesting clothes for tennis, like long trousers or long sleeves on court – he wears a lot of colour.
'He is not just an amazing sportsman but also an artist. I'm so proud he is joining the family.'
Nadal's decision to accept the campaign came as something of a surprise to his millions of fans as the Spanish player has always been known for his shy and reserved attitude.

Sexy pose: Nadal appears confident and shirtless in the sexy shots, taken by photographers Mert Alas and Marcus Piggot
Sexy pose: Nadal appears confident and shirtless in the sexy shots, taken by photographers Mert Alas and Marcus Piggot

Does this pose look familiar? Megan Fox appears alongside Nadal in the new 2011 campaign
Does this pose look familiar? Megan Fox appears alongside Nadal in the new 2011 campaign


However, the sportsman clearly didn't have many qualms about stripping off in the new campaign, in which he stars alongside former Transformers actress Megan Fox.
The campaign is the latest in a string of lucrative deals for Nadal, who is thought to have earned a staggering $37million since he became a professional tennis player in 2001.
Also, Forbes magazine reported that Nadal earned an additional $21million in 12-months through endorsements including Nike, French tennis racket manufacturer Babolat and Spain's largest insurer Mapfre SA.


Giorgio's girl: Megan Fox shows off her curvy figure while reclining on a battered leather couch
Giorgio's girl: Megan Fox shows off her curvy figure while reclining on a battered leather couch

The new shots of Nadal, along with the incredibly sexy pictures of Megan Fox, will form part of the spring 2011 campaign and will be appearing on billboards from next month.
The shots of Fox show the star displaying her curvy figure in a black lacy two piece reclining on a battered leather couch.
In another sizzling photograph, the star shows off the tattoos on her bare back as she poses in just a pair of Armani jeans.


Previous models: Nadal replaces most recent model Cristiano Ronaldo (right) and follows in the footsteps of former model David Beckham
Previous models: Nadal replaces most recent model Cristiano Ronaldo (right) and follows in the footsteps of former model David Beckham
Previous models: Nadal replaces most recent model Cristiano Ronaldo (right) and follows in the footsteps of former model David Beckham


The script on her shoulder, from Shakespeare's King Lear reads: 'We will all laugh at gilded butterflies.
And another tattoo on her ribs reads: 'Those who danced were thought to be quite insane by those who could not hear the music.'




.

'kurang ajar'


PENERBIT syarikat A. Aida Productions Sdn. Bhd. tetap akan meneruskan hasrat menyaman pelakon utama drama terbitannya, Halimah Jongang, Sheera Iskandar. Biarpun mengetahui tindakannya itu pasti mengundang kesan untuk jangka masa panjang, tetapi A. Aida muktamad dengan keputusannya.

‘‘Belum pernah saya berjumpa dengan artis yang kurang ajar dan buat tindakan tak guna otak macam dia. Melanggar kontrak dengan menerima tawaran berlakon filem lain sehingga terganggu kesinambungan drama Halimah Jongang yang sepatut menjadi keutamaanya.
‘‘Saya terpaksa menanggung kesan atas kelakuannya itu. Saya rombak skrip keseluruhan drama dan cari props sesuai untuk wataknya itu terutama rambut palsu.

‘‘Saya tak faham mengapa dia tergamak memotong rambut pendek untuk filem tersebut, sedangkan dia tahu siri Halimah Jongang memerlukan banyak babak penggayaan rambut,’’ katanya penuh emosi pada pertemuan Rabu lalu.

Penerbit drama Fatimah Juling dan Dolah Hapak ini juga tidak berpuas hati dengan tindakan Sheera yang mencacatkan keseluruhan drama dengan memakai rambut palsu termasuk sebelum tidur.
Perubahan watak tersebut boleh dilihat di kaca televisyen bermula dari episod 27 hingga 39 yang dijangka disiarkan minggu depan.

Wanita ini menjelaskan bahawa watak Halimah Jongang itu sentiasa berwarna-warni terutama di bahagian rambut dengan mengemukakan fesyen tocang dua atau ikat rambut tinggi yang dipelbagaikan pada setiap siri drama.
Bila ditanya adakah tindakannya itu dilakukan atas dasar emosi, pantas anak kelahiran Besut, Terengganu ini menafikan.

‘‘Saya tidak main-main dalam isu ini. Saya mahu dia terima pengajaran atas apa yang dilakukan. Pada masa yang sama, mahu pelakon di luar sana belajar kesilapan yang dilakukan Sheera agar tidak berulang lagi.
‘‘Sebab itu, saya meminta peguam dari syarikat guaman Zulkifli Yong Azmi & Co untuk membuat satu notis pemecahan kontrak dan tuntutan ganti rugi kepada Sheera.

‘‘Saya mahu Sheera membayar semula segala masa, kos dan tekanan saya alami sepanjang kelakuan dia itu. Sheera telah mengingkari terma perjanjian dengan membintangi filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd. iaitu Aku Bukan Tomboy tanpa pengetahuan saya.

‘‘Sebelum ini dia pernah melanggar perjanjian pada siri drama Halimah Jongang siri pertama dahulu. Dia ambil tawaran berlakon dengan Sabree Fadzil di Langkawi. Saya terpaksa tangguh penggambaran seminggu tetapi kali ini saya tidak sanggup lagi,’’ katanya menyingkap cerita lama.
Ditanya bilakah dia akan menyerahkan notis berkenaan kepada Sheera, Aida memberitahu dia akan berbuat demikian dalam tempoh dua minggu lagi.

‘‘Notis tuntutan sudah lama siap dibuat tetapi disebabkan orang Astro mahu saya tangguh niat saya dulu, saya akur. Namun, notis ini tetap akan disampaikan kepada Sheera.

‘‘Saya betul-betul ikhlas dan serius untuk membawa dia ke puncak kemasyhuran. Bagi dia banyak projek berlakon sama di bawah produksi saya seperti telefilem Ku Ingin Di sampingmu, Aku Bukan Mama dan Amarah. Biar orang kenal siapa dia sebenarnya dengan memberi watak berat dan diingati iaitu Halimah Jongang.

‘‘Soal bayaran juga saya tidak pernah berkira. Untuk Sheera, saya pastikan dia mendapat bayaran berpatutan. Malangnya, dia pula yang buat hal dan tabur pasir pada periuk nasi sendiri. Itu yang membuatkan saya cukup kecewa dengannya,’’ katanya.



.

Nafi kahwin Jun 2011


KENYATAAN Noraniza Idris baru-baru ini mengenai perancangan terbarunya untuk berkahwin dengan seorang duda beranak empat yang berasal dari Singapura, agak mengelirukan banyak pihak.

Ini kerana penyanyi itu dengan tiba-tiba membuat menafikan bahawa dia memilih Jun sebagai tarikh pernikahannya. Malah, Noraniza juga menafikan bakal suaminya pemilik sebuah syarikat agensi pelancongan.

Pun, dia mengakui lelaki yang bertakhta di hati ratu etnik itu bernama Jeffri Iman, berusia 51 tahun.
Tidak menafikan bahawa dirinya memang sedang rapat dengan Jeffri, kata Noraniza dia bagaimanapun tidak pernah menetapkan tarikh atau bulan apa untuk melangsungkan perkahwinan.

Ini kerana bagi Noraniza, soal perkahwinan lebih baik diserahkan kepada keluarga meski mengaku ada cinta dalam hati mereka berdua.
"Sebetulnya, saya tak kata pun saya mahu berkahwin pada bulan Jun atau apa-apa bulan sekali pun.
"Saya cuma cakap, sekiranya Tuhan menetapkan yang saya akan berkahwin tahun ini, maka saya akan kahwin dan tidak akan menolak. Tak pernah saya merancang untuk berkahwin pada waktu bila atau bagaimana.

"Sebab sekarang saya lebih suka membiarkan keluarga saya terutamanya abang sulung, Mohd. Arshad untuk membuat keputusan mengenai soal perkahwinan saya.
"Tiada alasan lain cuma satu, saya tidak mahu tersalah buat pilihan dan akhirnya saya akan melukakan hati keluarga lagi, " katanya.

Menurut anak kelahiran Kluang, Johor ini lagi, dia tidak bersetuju dengan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bakal suaminya itu merupakan seorang lelaki berada.
Kata penyanyi berdarah kacukan Bugis-Arab ini, dia tidak pernah meletakkan batu aras berhubung taraf kekayaan lelaki yang ingin mendampinginya selama ini.

Ini kerana, katanya, Jeffri cuma lelaki biasa dan dia bukanlah seorang lelaki berharta dan memiliki syarikat sendiri sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum ini.
"Ingin saya betulkan, Jeffri hanyalah lelaki biasa. Dia merupakan seorang kakitangan di sebuah syarikat agensi pelancongan.

"Dia menguruskan mana-mana kumpulan pelancong asing yang ingin memasuki Malaysia di bawah urusan Noraniza Idris Production (NIP).
"Urusan biasanya berkaitan dengan program-program yang diselaraskan di bawah Akademi Tatihseni milik saya.

"Jadi, saya harap semua pihak jelas mengenai perkara ini kerana dakwaan yang mengatakan dia merupakan seseorang yang berkedudukan adalah tidak benar," katanya.
Jeffri istimewa

Pernah berjanji untuk tidak mahu berkahwin lagi gara-gara serik dengan lelaki, Noraniza bagaimanapun tidak mampu untuk menghalang kehendak Tuhan.

Apatah lagi selepas dia menemui kegagalan sebanyak dua kali ketika bergelar isteri kepada Mohamad Fauzi Ahmad Tajuddin atau Fareez yang dikahwininya 23 tahun lalu dan juga ketika berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang mana perkahwinan itu cuma mampu bertahan selama 12 hari.
Bagaimanapun, kata ibu kepada Mohd. Aliff Haikal, 22, dan Mohd. Alfeeq Haikal,17, ini, dia tidak menyangka pintu hatinya kembali terbuka untuk menerima kehadiran Jeffri yang dipanggilnya 'Abang'.

"Kami dah lama kenal dan kali pertama kami bertemu adalah semasa saya terlibat melakukan kerja amal di sebuah masjid di Johor Bahru sekitar pertengahan tahun lepas.
"Saya memang sudah tahu dia menduda sudah 11 tahun dan mempunyai empat orang anak lelaki. Pada saya dia seorang lelaki yang unik, berbudi bahasa, sopan tutur bicaranya dan merendah diri.

"Dia juga seorang yang spontan dalam memberi teguran atau ingatan dan punya pegangan agama yang tinggi.
"Mungkin kerana itu saya kembali membuka hati untuk menerima dia dalam hidup saya walaupun jauh di sudut hati rasa serik untuk berkahwin itu masih ada," katanya.

Bersedia untuk membina rumah tangga buat kali ketiga, kata Noraniza, secara peribadi dia percaya bahawa perkahwinan mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap status janda yang disandangnya selama lima tahun lepas.

"Jika ada pasangan hidup orang akan hormat saya sebagai isteri orang dan setidak-tidaknya saya akan rasa lebih selamat," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya bagaimana penerimaan dua anaknya terhadap Jeffri, Noraniza memberikan jawapan positif.
Kata pengetua Akademi Tatihseni ini, anaknya, Aliff dan Alfeeq menerima Jeffri dengan baik setakat ini dan ia seolah-olah memberi isyarat bahawa mereka merestui hubungannya dengan lelaki itu.



.

Maria Sharapova finds dead spot on Australian Open court


While warming up for her third-round Australian Open match, Russian tennis star Maria Sharapova noticed a bouncy spot on the court. "It was a little bit strange," she said. "I thought Nike had put some extra cushioning in my shoes!"

The chair umpire came out to inspect the area and tried to bounce a ball on the spot. The result has to be seen to be believed:




The ball doesn't bounce at all! It's completely absorbed by the court. There's no upward movement at all. I just tried dropping a tennis ball on a soft pillow and there was at least a little. That one simply died, like it was caught by one of those velcro paddles you see people playing with on the beach.

What happened is that the stifling temperatures in Melbourne caused a heat bubble filled with air to form under the surface of the court. It's the same concept that causes crust bubbles to develop on edges of pizza slices. As the Mirror reported, workers came out and drilled two small holes in the court, which let out the air. Order, and gravity, was restored.

Sharapova went on to win the match, 4-6, 6-4, 6-4 to advance to the fourth round.



.

Bagai kain buruk (SEDIH)

- Gambar hiasan

APALAH nasib seorang suami apabila isteri yang dikahwini atas dasar cinta bersikap ala samseng apabila sering mengungkapkan perkataan sumpah seranah seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus terhadap suaminya. Bukan saja suami, keluarga suami turut menerima nasib sama.

Lebih 10 kali juga isterinya meminta cerai selepas memulakan pergaduhan dengan alasan si suami lambat mengangkat panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantarnya.
Atas alasan lambat mengangkat telefon dan membalas SMS itu juga, barangan peribadi termasuk hak milik syarikat tempat si suami bekerja, dirosakkan si isteri.

Paling memilukan si suami, pernah satu ketika isterinya mengejutkannya daripada tidur menggunakan kaki. Ikuti luahan Razman, 30, kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN mengenai kisah dukanya memperisterikan ‘wanita samseng’ sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Bagi membuktikan dakwaannya, Razman menghubungi beberapa ahli keluarga, rakan dan jiran supaya wartawan mengetahui sendiri kebenaran kisahnya.

“Mahligai perkahwinan kami dibina atas dasar suka sama suka. Lima tahun berkenalan membuatkan saya mengimpikan hidup bahagia dengannya. Sepanjang berkenalan hinggalah bertunang dalam tempoh itu, memang ada pergaduhan dan beberapa kali saya dimakinya, namun dia (isteri) meminta maaf dan berjanji untuk berubah.

Saya terima dia dengan hati terbuka dengan harapan dia berubah. Namun selepas bergelar suami isteri, dugaan demi dugaan menimpa saya. Hari bersanding dia sudah buat hal.

Saya dan keluarga tiba lewat sedikitpun dia menengking. Rakan saya datang dari jauh mahu mengambil gambar bersama pun dia naik angin sambil berlalu dengan jelingan benci. Malu saya dengan rakan yang hadir.

Selepas sebulan hidup bersama, saya lihat perangainya semakin menjadi-jadi. Jika saya lambat mengangkat telefon atau membalas SMS, dia mengamuk. Bukan mengamuk biasa, tetapi sampai minta cerai.

Walhal, saya bukan tidak menjawab panggilan atau SMS dihantarnya, tetapi lambat jawab kerana ketika itu bermesyuarat atau berbincang dengan majikan.

Dia tuduh saya lambat jawab telefon atau SMS sebab ada perempuan lain. Atas sebab itu dia minta cerai. Ikutkan hati saya nak ceraikan saja, tetapi saya masih waras dan sayangkannya.

Saya buat tak tahu saja dan keluar rumah seketika bagi meredakan keadaan. Apabila pulang, saya pujuk dan sejukkan hatinya, OK lah dia sikit. Namun, perangai samsengnya tak berubah.

Kalau marah, habis disumpah seranahnya saya. Perkataan seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus sentiasa diungkapkan kepada saya. Tak puas sumpah seranah menerusi mulut, dia SMS kepada saya.

Bukan saja kepada saya, tetapi juga adik-beradik dan beberapa rakan saya. Malu saya dibuatnya. Antara SMS mengatakan saya jantan tak guna, menyesal kahwin dengan saya, jangan ingat anak dalam kandungan akan menjadi milik saya dan pergi jahanam.

Saya cuba mengambil pendekatan tegas dengan menegur perbuatannya. Apabila ditegur, dia sesuka hati keluar rumah. Pernah sekali dia hilang empat hari, katanya pergi kerja, tetapi rupa-rupanya balik kampung tanpa pengetahuan saya.

Risaunya saya ketika itu hanya Allah SWT yang tahu. Saya risau sebab dia mengandung. Selepas itu baru saya sedar, ibu dan ayahnya kerap masuk campur dengan hal rumah tangganya. Saya menemui SMS daripada ibu mentua di dalam telefon bimbit isteri.

Mentua ‘mengajar’nya supaya meletakkan ‘air penawar’ di dalam makanan atau minuman saya supaya saya tunduk dengan isteri.

Lebih menyedihkan saya, satu lagi SMS ditulis ibunya menuduh saya mencuri barangan isteri untuk dibuat ‘guna-guna’ supaya isteri tunduk kepada saya.

Isteri saya bukan saja memusuhi saya tetapi keluarga saya. Sepanjang bergelar isteri kepada saya, dia tidak pernah berkunjung ke rumah mentuanya. Pernah satu ketika ketika abang saya datang ke rumah saya, isteri memaki abang saya, antaranya dengan perkataan ‘kepala mak kau aku pijak’.

Saya tidak tahu kenapa isteri membenci keluarga saya, padahal keluarga saya tidak mencampuri urusan kami. Memang abang ada beri nasihat, tetapi sekadar nasihat dan isteri tak boleh terima.

Dalam tempoh hampir setahun perkahwinan, lebih 10 kali isteri meminta cerai dengan alasan remeh, tetapi saya bersabar. Saya pernah membawanya berjumpa kaunselor, tetapi selepas tamat sesi kaunseling, saya dijadikan tempat meluahkan kemarahan.

Habis ustaz yang memberi kaunselor itu dimakinya. Dia kata ustaz bodoh dan tak layak beri kaunseling. Saya pelawanya bertemu kaunselor sekali lagi, tetapi dia dengan tegas tidak mahu lagi mendapatkan kaunseling.

Sikap samseng isteri bertambah buruk apabila pernah satu ketika dia menggunakan kaki untuk mengejutkan saya daripada tidur. Dua kali dia tolak badan saya dengan kaki saya diam, masuk kali ketiga saya tepis kakinya dan memarahinya.

Pernah juga kerana saya lewat menjawab panggilan telefon dan SMSnya, komputer riba syarikat yang saya gunakan dihempas sampai hancur. Dia SMS kepada saya: “Hahaha... aku dah pecahkan notebook (komputer riba) kau.”

Paling mengecewakan saya, isteri pulang ke kampungnya untuk bersalin dan saya hanya diberitahu ketika isteri hampir bersalin. Kelam kabut jadinya apabila saya terpaksa tergesa-gesa pulang ke kampung isteri.

Saya datang bersama abang kerana saya minta pertolongannya untuk bergilir-gilir memandu. Apabila isteri melahirkan anak kami, saya mahu mengazankannya, tetapi mentua seperti tidak membenarkannya.

Namun saya buat juga kerana bayi itu anak saya. Sedih saya dibuatnya apabila ibu mentua sengaja menunjukkan arah kiblat yang salah ketika saya mahu mengazankan anak saya.

Seperti menidakkan zuriat saya kepada bayi itu, selepas saya mengazankan anak saya, dengan segera ayah mentua mengazankannya dengan kedudukan kiblat yang betul.

Dalam keadaan selepas bersalin, isteri sekali lagi buat hal apabila menghantar SMS memaki hamun saya kerana membawa bersama abang saya, walhal abang saya tunggu di luar saja. Saya dan keluarga saya dikatakannya sial... ibu bapa saya dikatakannya bodoh dan keluarga saya lebih teruk daripada kafir.

Saya terus diketepikan isteri dan keluarganya. Saya tidak dialu-alukan bersama isteri. Ketika mendapat tahu anak saya ditempatkan di wad kerana demam kuning selepas pihak hospital menghubungi saya, cubaan saya untuk menghubungi isteri tidak berjaya.

Telefon tidak diangkat, SMS tidak dibalas selepas beberapa hari. Satu ketika isteri membalas SMS, tetapi bukan memberitahu mengenai keadaan anak saya tetapi meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

Bercerita mengenai wang, isteri kini menuntut wang daripada saya yang dikatakan sebagai hutang perkahwinan satu ketika dulu.

Walhal, ketika memberi wang berkenaan, kami berjanji ia adalah wang bersama, tetapi atas rasa tanggungjawab saya cuba juga membayarnya semula sedikit demi sedikit.

Soal saya terpaksa menggunakan wangnya adalah atas kehendaknya. Saya merancang dan menyediakan untuk membuat kenduri kecil-kecilan di sebelah keluarga saya, tetapi dia mahu buat kenduri besar.

Saya tidak mahu kerana tidak cukup wang, tetapi dia memberi wangnya untuk merealisasikan kenduri yang diimpikannya. Saya akur, tetapi sekarang dia mula mengungkitnya semula.

Hampir setahun berumah tangga, saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya untuk berpisah dengan isteri. Apa guna saya terus bersabar kerana isteri terus membuat dan melayan saya seperti ‘kain buruk’.


KERANA kecewa, Razman berkesempatan menghasilkan coretan khas buat isterinya:

Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang SMS kat member-member ofis abang cakap yang abang ni berpenyakit...
Abang sayangkan sayang
Walaupun lebih 10 kali sayang minta cerai
Abang masih sayangkan sayang
Walaupun sayang hina adik-beradik abang
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang hina abang ada SPM saja
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang gunakan kaki sayang untuk gerakkan badan abang
Abang sayang lagi
Walaupun sayang keluar rumah tanpa izin abang

Abang harapkan SMS ucapan kerinduan dari sayang
Ucapan kasih sayang dari sayang
Ucapan puitis cinta dari sayang
Bukan caci dan maki daripada sayang...

Sekarang hati abang dah tawar
Tawar sangat
Sayang faham maksud abang?
Takkan pasal tak angkat telefon sayang nak hantar macam tu?
Dah tu sayang kenapa hantar SMS kat adik- beradik abang?
Malu abang, malu sangat
Tapi abang sayang lagi... tapi bukan kepada sayang
Abang sayang kat anak abang yang comel itu
Bagi abang sayang sudah tak wujud di dalam hati abang

Tapi sayang jangan risau...
Allah SWT maha mengasihani...
Hari-hari lepas solat abang berdoa...
Berdoa kepada yang Esa supaya cinta abang berputik semula...
Supaya kasih abang kepada sayang bertaut kembali...
Walaupun hakikatnya abang sudah benci sayang...

Yang dikasihi,
Suamimu yang tercinta.


Sumber Metro



.

Trauma setelah tertelan telefon bimbit


KIEV, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.

Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.

"Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.

Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya.

Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit.
Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini.

Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X.



.

Maut ditikam, tetak


Tiga sahabat ditemui mati dibunuh dengan beberapa kesan tikaman dan tetakan dipercayai akibat diserang sekumpulan lelaki di Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak, Jalan Paya Mengkuang, di sini malam semalam.

Kesemua mangsa yang berasal dari Taman Paya Mengkuang di sini ialah Chong Sang Keong, 17, Tai Chi Yong, 18, dan Lan Ee Shen, 20.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pada mulanya, pihaknya menerima panggilan awam terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah motosikal dan dua mangsa yang cedera di kawasan terbabit pukul 10.45 malam.

"Bagaimanapun, apabila sepasukan polis tiba, kami dapati ada dua mayat bergelimpangan di bahu jalan dengan beberapa kesan tikaman di badan mangsa.

"Saya diberitahu, mangsa ketiga, Chi Yong cuba diselamatkan oleh bapanya yang membawanya ke Hospital Terendak, tetapi mati ketika dalam perjalanan," katanya kepada pemberita selepas siasatan forensik di tempat kejadian di sini awal pagi ini.
Menurut beliau, pihaknya percaya, ketiga-tiga mangsa diserang oleh satu kumpulan lain menyebabkan berlaku pergaduhan, namun motif serangan masih dalam siasatan.

"Siasatan awal mendapati kemungkinan berlaku pergaduhan antara dua kumpulan hingga ketiga-tiga rakan itu ditikam dan ditetak di badan dan tangan.
"Bagaimanapun, kita tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian kecuali dua buah motosikal milik mangsa ditemui berhampiran mayat mereka. Kita tidak menolak kemungkinan serangan juga disebabkan dendam," katanya.

Ghee Lye berkata, pihaknya juga masih menyiasat jumlah suspek dalam serangan dan meminta orang ramai melihat kejadian agar menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
Tambahnya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

ABU SEMAN (kiri) menenangkan Tai Keng Yong berikutan kematian anaknya, Chi Yong

Sementara itu, bapa Ee Shan, Lan Soon Heng, 49, ketika ditemui hari ini berkata, dia tidak menyangka anaknya dibunuh kerana remaja tersebut keluar rumah untuk bermain badminton dan bola.
"Pada pukul pukul 10.40 malam, saya diberitahu Ee Shan terlibat dengan kemalangan jalan raya.

"Apabila sampai di sini, saya terkejut melihat Ee Shan berada di kawasan rumput dekat bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam," katanya.
Menurutnya, ketika itu anak kedua daripada tiga beradik itu masih hidup namun meninggal dunia beberapa minit kemudian sebelum sempat dibawa ke hospital.

Dalam pada itu, seorang saksi yang enggan dikenali mengakui ada terdengar bunyi bising di kawasan berkenaan pada pukul 10.45 malam.
"Mulanya saya ingat berlaku kemalangan, tetapi terkejut apabila mendapati mangsa terbaring di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dan terus menelefon polis dan ambulans," katanya.



.

Sempat hantar SMS


Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar oleh pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len kepada suaminya tidak lama sebelum mayatnya ditemui di kawasan letak kereta sebuah hotel di Belanda minggu lalu menjadi bukti wanita itu bukan mangsa kes jenayah.

SMS itu yang dihantar kepada suaminya, Cheng Yin Chet, 39, menyatakan bahawa dia pada waktu itu pening kepala akibat jet lag selepas menempuh penerbangan selama hampir 13 jam dari Kuala Lumpur ke Amsterdam, Belanda.

Sindrom itu kebiasaannya berlaku selepas seseorang itu menempuh penerbangan jarak jauh dan merentasi zon waktu sehingga menyebabkan lesu dan mudah hilang pertimbangan.

Yit Chet pada sidang akhbarnya di sini semalam berkata, isterinya mungkin mengalami sindrom itu ketika dia melihat pemandangan bandar Amsterdam dari pelantar terbuka di tingkat 9 Hotel Radisson, tempat mangsa menginap di antara pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi (waktu Belanda).

Serentak dengan itu, Yin Chet menafikan spekulasi isterinya itu mati akibat bunuh diri atau menjadi mangsa kes jenayah.



.

Impikan angka 7


Datuk Lee Chong Wei masih sempat menari di gelanggang ketika tinggal satu mata untuk menumpaskan pemain muda China, Chen Long sebelum melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam.

Tanpa musuh tradisi, Lin Dan dan dengan kemunculan semula jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, pemain No. 1 dunia itu tampak amat tenang sepanjang kejohanan ini, malah cukup berkeyakinan untuk membawa pulang kejuaraan ketujuh.

Chong Wei memenangi semua lima perlawanan awalnya menerusi keputusan straight set.

Malah, semalam, juara edisi 2004, 2005, 2006, 2008, 2009 serta 2010 itu hanya mengambil masa 39 minit untuk menjinakkan pemain muda China itu 21-9, 21-9, kemenangan yang bakal menemukan beliau dengan satu lagi seteru utama, Taufik Hidayat dari Indonesia.

Kontras dengan Chong Wei yang dilihat mendominasi gelanggang sepenuhnya, malah beberapa kali melakukan gerakan yang mengejutkan lawan, Taufik sebaliknya dipaksa bekerja keras ketika mengetepikan rakan senegara, Simon Santoso 21-15, 21-19 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

“Saya sendiri tidak sangka akan menang semudah ini. Seperti yang saya katakan semalam (kelmarin) saya tidak mahu memikirkan tentang lawan dan lebih berminat memberi tumpuan kepada permainan sendiri dan itu yang membolehkan saya lebih relaks dan mudah menguasai perlawanan hari ini.

“Hari ini saya lihat semua serangan Chen Long tidak menjadi. Pada awal permainan saya hanya mahu melihat rentak permainannya selepas dapat membaca, saya tidak langsung membenarkan dia mendapat semula rentak.

“Dia adalah pemain remaja, bahayanya pemain remaja sepertinya adalah apabila mendapat ruang dia tidak akan mensia-siakannya, jadi saya memastikan Chen Long langsung tidak diberi ruang dan peluang untuk memulakan serangan, ia benar-benar berhasil,” ujar Chong Wei.

Ditanya apakah dia sudah mula terbayang kejuaraan ketujuh, Chong Wei mengakui, amat mengharapkan kemenangan untuk menggembirakan penyokong tuan rumah tetapi dia perlu berhati-hati dengan Taufik, yang dianggap lebih sukar dan licik hari ini.

Ujar juara All England itu lagi, berbeza dengan Chen Long, Taufik, juara Olimpik 2004 dan juara dunia 2005 lebih berpengalaman dan lebih banyak beraksi menentangnya.
Malah, dia kalah kepada jaguh No. 2 dunia itu pada suku akhir Kejohanan Dunia, tahun lalu.

“Taufik berbeza dengan Chen Long, dia lebih berpengalaman, malah saya lihat keadaan fizikalnya sepanjang kejohanan ini sangat baik. Tetapi sama seperti Chen Long, saya tidak berminat untuk memikirkan tentang permainan lawan, sebaliknya hanya mahu fokus kepada diri sendiri,” ujar Chong Wei lagi, yang memegang rekod 10-6 daripada 16 pertemuan ke atas jaguh Indonesia.



.

Bila malam hujung minggu..

Salam...wachaa...entry malam hujung minggu..
Pasti korang dah tidur sekarang..
Takpe..takpe...
lulu-pages pun boleh baca dalam mimpi..
ngee...*hebat..


Cuti macam ni buat apa eh?
kat rumah jer...
malas sangat...
mata ni nak tidur jer..
(Ni pun dah 2 kali terlelap, semasa game menyu..
adakah game menyu bosan? 
Atau adakah aku cemburukan kemenangan 5-0 mereka?)
*Tahniah menyu..huhu...
Ranaplah impian chelsea mempertahankan piala BPL..


Nak inform ni...
Minta tolong yer,
kalau baca memana entry di sini,
kalau ada link broken,
atau gambar pada entry hilang/tak boleh buka,
sila inform lulu..
Sebab lulu sekarang tengah clearkan
entry-entry lama yang dah tak update..
So, takut terdelete atau ter'sentuh'
memana, yang membolehkan link dan gambar jd broken..
huhu..TQ..


Semoga kita semua semakin maju dalam dunia blogging..
Selamat bercuti..eh....
selamat tidur...
mimpi lulu beli blackberry yer..ngee..



.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!