Thursday, January 27, 2011

Tukar Header Blog lagi?

Salam....Hai reader's..
Entah-entah korang BW ke Lulu-Pages,
terkejut eh dengan header baru tu...
Ada tak rasa macam salah masuk blog?
ngee..


Sejak baru bbrp bln berbelog ni,
lulu dah berkali2 tukar header..
bila rasa nak tukar, tukar jer..

Tapi siyes, lulu masih lagi serba kekurangan nak buat header 
yang superb, kreative, dengan flash bagai...
Pastu dengan bling2...
eheh...semua header lulu masih 
serba sederhana..
Terima kasih jika korang rasa header tu cantik..ngee..
(masih dalam proses pembelajaran)


Hari tu makbed ada buatkan header..
Siap dengan post entry lagi..

Hoh! Susah toi nak mereka-cipta header blog untuk dak ni. 
Tak suka bunga-bunga.
Pastu, tak nak nampak gugurl sgt.
Pehtu kalau buleh taknak pink.
Warne feveret dia biru sebab dia merupakan kipas susah mati satu team bola yang jarang-jarang menang tu. *kepish-kena tibai ngan ekor ikan pari. 


 Memula aku kasi warna biru tua sikit, dia kata header tu nampak cam jantan. HAHAHAHAHAHAA. 
Dah tu? 
Blog dah le skema. 
Banyak berita-beriti. 
Kang kalau funky flowery sangat nampak cam blog fesyen je la pulak.
Dah lari tema. 
Sungguh blog lulu ni 'skema' yer makbed?
Eheh, so, lulu buat header baru yang lebih 
bercirikan 'kewanitaan' sedikit..
-Kurangkan pink, bunga-bunga..-
Cukuplah sekadar butterfly...
Sekarang ada nampak tak skema lagi tak?


Memula berbelog, lulu takde header..
'Tak Pandai'..
Template pun main copy paste..
Bila dah berani nak ubah-ubah,
dan rajin+byk masa nak set kan balik
semua code, gadget....
Template pun tukar..



Ini header pertama lulu....


Pastu tak puas hati sebab simple sangat...
Tapi, siyes, tengok header tu
macam kanak2 riang pun ada..
ekeke..header di reject..
tukar-tukar...


Hah tukar yang ni..
Pakai tak lama, rasa tak best lagi...ekeke...




Ada sedikit ciri-ciri alamsemulajadi disitu..
Tang mana entah..ngee
Header ni ok, tapi sekali lagi rasa nak tukar...
Tu yang jadi header skrg..
Pasni lulu pun tak tahu sampai bila header ni akan bertahan..
Tetaplah akan tukar, kan?
takut korang bosan lak..
Macam takde perubahan jer Lulu-Pages ni..



Terima kasih buat yang prihatin....
Ni buat lulu semangat nak selalu tukar header, ngee..


Sejak semalam, lepas tukar header,
blog ni terus kena terjah..MySpace








TQ..TQ..


Sebelum ni dah buat entri mengenai header..
Korang dah baca? [KLIK SINI]
Dengan rendah dirinya, lulu nak tanya ni....
Nak lulu buatkan header untuk korang?
Tapi yang biasa2 jer, mcm lulu ni..
Kejap......nak cari header baru...ngee........MySpace




.


Ada 5 kaki? Hoh..


Penduduk Kecamatan Camplong, Kabupaten Sampang, Madura, Jawa Timur, hebohkan dengan lahirnya seekor anak lembu berkaki lima. Anak lembu yang tergolong unik ini dimiliki oleh Sutiah, warga Dusun Loloran, Desa Dharma, Kecamatan Camplong.

Anak lembu yang belum genap sehari ini menjadi tontonan penduduk sekitarnya. Satu tambahan kaki bertekuk berada di bagian bahu, lengkap dengan tapak kakinya, kata Sutiah. "ketika melahirkan ibu lembu itu mengalami komplikasi kerana tambahan kaki itu menyangkut dan kami kira kaki belakang keluar terlebih dulu," tuturnya.

Bayi lembu ini membuatkan pemilik lembu terkejut kerana sejak berpuluh tahun menternak lembu dia belum pernah mengalami keanehan seperti ini. "Sudah 20 tahun lebih keluarga kami di sini menternak lembu, tapi tidak seperti sekarang ini," ujar Sutiah.

Sebagaimana lembu madura pada umumnya, anak lembu jantan berkaki lima ini berwarna merah kecoklatan. Hingga kini bayi sapi itu kelihatan sihat, lincah, dan mau menyusu dari ibunya.

Ibu lembu itu sesekali kelihatan liar serta mengeluarkan air mata ketika orang menyaksikan dan berusaha memegang bayi sapi berkaki lima ini. Sementara penduduk yang tinggal di sekitar Desa Dharma, Kecamatan Camplong, Sampang, hingga kini terus datang untuk menyaksikan secara langsung anak lembu aneh tersebut.



P/S - Apa yang aneh? tu cacat lah..adeh..



.

Sah jadi Deejay


Bagi memantapkan lagi stesen penyiaran mereka, Suria FM berjaya memancing pengacara popular Sharifah Sahira menjadi deejay stesen itu berkuat kuasa Isnin depan.
Sharifah Sahira atau lebih mesra dengan panggilan Shira akan digandingkan dengan Zizi dan Halim Othman untuk slot pagi, Suria Breakfast selama empat jam bermula pukul 6 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.
“Ya, saya akan menjadi salah seorang penyampai radio Suria FM. Walaupun pertama kali bergelar penyampai radio, saya akan cuba melakukan yang terbaik mengikut cara tersendiri.
“Saya menerima tawaran ini kerana tertarik dengan Suria FM dan mahu mencuba nasib sebagai penyampai radio. Lagipun, Suria FM menghargai bakat saya. Jadi, saya rasa terharu dengan tawaran ini,” kata Shahira.
Penyertaan Shahira dilihat untuk meningkatkan rating stesen itu sama seperti kejayaan Sinar FM yang turut mempertaruhkan tiga juruhebah mereka iaitu Khairil Rashid, Salih Yaacob dan Raja Azura bagi mengendalikan slot pagi.
Pengumuman tentang pelantikan Shahira sebagai penyampai baru radio tersebut akan diberitahu dalam satu sidang media khas: Breakfast@Suria Terbaharu di Studio V, One Utama, pukul 3 petang, Jumaat.
Menjawab dakwaan bahawa dia akan menjadi pesaing terdekat Raja Azura atau Kak Engku, Shira bagaimanapun menyerah segalanya kepada penerimaan pendengar.
“Saya bekerja untuk keluarga dan tidak menganggap kerja yang saya lakukan ini sebagai suatu persaingan kerana saya dan Kak Engku berkawan baik dan kami mempunyai stail masing-masing.
“Saya menganggap Kak Engku seorang penyampai yang terbaik,” ujarnya yang menerima tawaran tersebut melalui panggilan telefon pada awal Januari lalu.
Tambahnya: “Saya tak berfikir panjang, selepas mereka memberikan tawaran untuk menjadi penyampai radio Suria FM, terus saya bersetuju. Saya ditawarkan menjadi penyampai radio secara kontrak selama setahun.”
Dalam masa yang sama, Shahira berseloroh tidak dapat membayangkan bagaimana dia akan bangun seawal pukul 5 pagi untuk mengendalikan slot di awal pagi itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penyiaran, Suria FM, Yusry Abu Samah enggan mengulas tentang perkara tersebut sebaliknya mengesahkan stesen itu akan menerima penyampai radio baru yang juga seorang artis wanita popular dalam industri hiburan tanah air.



.

Meet Mackenzie Foy... Robert Pattinson and Kristen Stewart's baby (in Twilight, that is)

This is Robert Patinson and Kristen Stewart's half-vampire, half-human child in Twilight.
Mackenzie Foy, aged 10, has landed one of the most coveted roles in Hollywood playing Renesmee, the super-fast growing offspring of Edward Cullen (Pattinson) and Bella Swan (Stewart).
She will take on the role in The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2.

Chilling: Mackenzie Foy will play Renesmee, the child of Edward Cullen (Pattinson) and Bella Swan (Stewart) in The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2
Chilling: Mackenzie Foy will play Renesmee, the child of Edward Cullen (Pattinson) and Bella Swan (Stewart) in The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2


Foy is seen here in a series of Facebook photos, and certainly seems the haunting looks required for the role.
In one shot she stares blankly into the camera while in another she sits in a field of lilacs.
The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 will be released in November of this year. Part 2 will follow in November 2012.


Child star: The 10-year-old actress has landed one of the most coveted roles in Hollywood and will be seen in movie when it's released in November 2012
 
 
 
Child star: The 10-year-old actress has landed one of the most coveted roles in Hollywood and will be seen in movie when it's released in November 2012
Child star: The 10-year-old actress has landed one of the most coveted roles in Hollywood and will be seen in movie when it's released in November 2012



Foy has also starred in shows including Hawaii Five-O and FlashForward.
She started a modelling career in 2004, shooting campaigns for Garnet Hill, Polo Ralph Lauren and Guess Kids.

She has also modelled in ads for Walt Disney, Target and Gap, as well as appearing in commercials for Burger King and Pantene.

Making babies: Robert Pattinson as vampire Edward Cullen and Kristen Stewart as Bella Swan in a promotional still for Breaking Dawn: Part 1
Making babies: Robert Pattinson as vampire Edward Cullen and Kristen Stewart as Bella Swan in a promotional still for Breaking Dawn: Part 1




P/S - SPECIAL ENTRY FOR MAKBED WHO ADDICTED WITH THIS MOVIE..



.

Lulu sedih...

Deedam

Hati lulu seolah-olah terpanggil nak buat entri ni...
Sedih sangat baca 'kesusahan dan dugaan' yang menimpa keluarga
seorang bapa anak kembar 3 bernama Auni, Auni, Auni...
Sejak beberapa hari ni, lulu dah terbaca mengenainya,
bila terbaca dalam bloglist makbed..
(Hari ni makbed dah buat entri khas mengenainya...

Kenyataan memang amat sukar diterima..
Lulu sedih baca dan lulu faham keperitan 
yang dilalui keluarga ini...

Adik... abang minta maaf yer... abang memang tak tau pasal keadaan adik sebelum ni... bersalah sangat bila abang paksa adik menghafal pelajaran dan doa lepas solat tu... abang berniat baik.. nak bagi adik senang dikemudian hari... harap adik faham dan maafkan abang.... maafkan atas semua perbuatan abang pada adik yer... Adik, abang sentiasa doakan adik, biar adik cepat sihat, sembuh dari sakit adik ni, biar adik boleh bersekolah semua... kalau diizinkan Allah, adik dapat sekolah di SMV Kota Tinggi ambil kursus yang adik minat tu, tapi macam abang pesan kat adik semalam, kalau adik tak dapat sekolah vokay adik jangan sedih tau! Sebab doktor nasihatkan adik supaya tak ambil kursus tu, nanti bahayakan diri adik pula... Kami semua sayangkan adik lebih dari segala-galanya... InsyaAllah berkat doa keluarga kita dan kawan-kawan kita, adik cepat sembuh dan sihat, boleh main macam biasa balik! Kami semua sayangkan adik tau! Abang sayang adik sangat-sangat tau!


Marilah kita sama-sama doakan Deedam sembuh dan dapat melanjutkan pelajaran di SMVKT...


Link terus ke blog AMRAFAHAN




.

Dihukum kerana jersi..


Penyerang Barcelona, Lionel Messi dikenakan hukuman denda dan kad kelmarin kerana mendedikasikan satu jaringan gol kepada ibunya sempena hari jadi.

Selepas menjaringkan penalti ketika kemenangan 3-0 ke atas Racing Santander Sabtu lalu, penyerang Argentina itu menyelak jersi dipakainya di depan kamera televisyen untuk mendedahkan baju-T yang dipakainya yang memaparkan perkataan “Selamat Hari Jadi, Mama!”

Pemenang terbaru anugerah “Ballon d’Or” itu tidak dilayangkan kad oleh pengadil ketika perlawanan tetapi aksi itu dimuatkan dalam laporan perlawanan oleh pengadil.

Messi dikenakan hukuman mengikut artikel 91.1 jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Sepanyol berhubung meraikan jaringan gol.

Messi mungkin dikenakan hukuman denda antara 2,000 euro hingga 3,000 euro (AS$2,736-AS$4,105) serta akan menerima hukuman kad kuning.



.

Lahirkan 69 orang anak (dan seorang pun tak dibuang..! Pengajaran..)


Feodor Vassilyev merupakan perempuan tersubur di dunia. Ini adalah kerana, dia telah melahirkan 69 anak dari rahimnya.

Seperti dipetik dari laman Telegraph, nama Vassilyev tercatat di The Guinness Book of World Records, sebagai wanita paling subur di dunia. Dia adalah isteri seorang petani Rusia, yang hidup di tahun 1707–1782.

Vassilyev menjalani 27 proses persalinan secara normal untuk melahirkan 69 anak. Dia menjalani 16 kali proses kelahiran kembar dua, 7 kali persalinan kembar tiga, dan 4 kali melahirkan anak kembar empat.

Pada 1983, muzium rekod dunia mengumumkan nama Leontina Espinoza sebagai wanita tersubur di dunia di masa itu. Wanita yang berasal dari Chile itu dikhabarkan memiliki 58 anak dari rahimnya. Namun, belakangan khabar itu ternyata palsu.

Siasatan yang dilakukan oleh pihak polis setelah kematian Espinoza, mendedahkan bahawa wanita itu ternyata hanya memiliki 16 anak dari rahimnya. Dia membuat kenyataan palsu demi mendapatkan bantuan dari kerajaan Chile.

Kerana kes Espinoza, ramai yang kemudiannya sangsi kebenaran kisah Vassilyev.

Selain dari kebenaran kisah Vassilyev, masih ada Livia Ionce. Di usianya yang ke-44 pada pertengahan 2008, dia melahirkan anak yang ke-18. Kelahiran bayi itu membuatkannya memiliki 10 anak gadis dan 8 anak lelaki. Anaknya tidak ada yang kembar, jadi bererti Ionce telah menjalani 18 kali bersalin dalam keadaan prima.



.

Maut dilanggar


Seorang bapa yang baru selesai menghadiri majlis tahlil arwah tersentak apabila dikejutkan berita kematian anaknya berusia 12 tahun yang dilanggar sebuah kereta di Kampung Jerulong, Lati, dekat Pasir Mas, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Mohd Haikal Che Hasnan yang menunggang basikal mengalami patah tengkuk dan paha kanan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas (HPM).

Bapa mangsa, Che Hasnan Mahmud, 45, sebelum kejadian itu, dia berada di rumah seorang saudaranya terletak berdekatan rumahnya menghadiri majlis tahlil seorang ahli keluarga yang meninggal dunia.

“Sebaik selesai tahlil, saya bersama saudara-mara berbual sebelum secara tiba-tiba terdengar riuh rendah di luar kawasan rumah.


“Ketika itu, saya turut keluar sebelum ternampak sepasang selipar milik anak sebelum mendapati dia terbaring berlumuran darah.

“Saya kemudian terus memangkunya untuk dibawa ke HPM bagi rawatan kecemasan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama anak bongsunya itu ke rumah saudaranya itu menghadiri majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga terdekat seminggu lalu.

“Sebaik selesai majlis, Mohd Haikal pulang lebih awal ke rumah dengan mengayuh basikal bersendirian.

“Saya tak sangka dia pulang lebih awal tanpa menunggu saya untuk pulang bersama menunggang motosikal,” katanya.

Katanya, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Lemal, Pasir Mas tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang basikal dipercayai menyeberang jalan secara tiba-tiba dari kiri ke kanan sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah Lati menuju Pasir Mas.

“Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HPM,” katanya, semalam.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



.

Opocot...! Terkejut FS putus cinta?


Pelakon wanita, Tiz Zaqyah yang pernah dikaitkan dengan kontroversi mempunyai hubungan dengan bekas pasangan kekasih Fasha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) memberitahu terkejut dengan berita tentang perpisahan itu.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut adalah hal peribadi pasangan berkenaan dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan kontroversi yang boleh menjejaskan namanya.
“Tipulah kalau saya kata tidak tahu tentang perkara itu sebab ia menjadi perbualan hangat beberapa hari ini. Ketika membacanya saya berasa begitu terkejut.

“Namun itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak mahu ambil tahu tentang perkara itu. Kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan mereka,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara, din sini Rabu.
Sementara itu, Tiz turut menolak desas-desus pertunangannya dengan anak seorang VIP bernama Aizat Fikri dan kontroversi tinggal sebumbung dengan pelakon kacak Remy Ishak.

“Saya hairan bagaimana orang boleh kaitkan saya dengan seorang lelaki bernama Aizat itu sedangkan saya tidak pernah mengenalinya langsung, jika mereka ada bukti sila tunjukkan pada saya.
“Selepas itu gosip beli rumah dengan Remy Ishak dan dakwaan kami tinggal sebumbung ia tidak benar sama sekali. Saya masih duduk dengan keluarga saya dan seperti yang pernah saya beritahu Remy hanya kawan sepertimana kawan-kawan saya yang lain,” ujarnya.

Jelas Tiz, dia menganggap apa juga kontroversi dan fitnah yang berlaku terhadap akan terbukti jika ianya tidak benar.
“Banyak kontroversi yang saya hadapi tapi saya percaya bahawa kebenaran akan terbukti,” katanya yang tidak mahu dikenali sebagai pelakon kontroversi lagi.

Bercerita tentang watak dalam drama Gemilang arahan Khabir Bhatia ini, Tiz menganggap watak seorang guru bernama Asma merupakan sebuah watak yang agak berlainan dari drama yang pernah dilakonkan bi bawah arahan pengarah tersebut.
“Drama ini memerlukan saya menjadi seorang guru yang baik dan mencintai seorang lelaki. Saya suka drama Gemilang ini kerana dapat bekerja bersama pelakon-pelakon yang lebih kurang seusia dengan saya.

“Selain itu ia merupakan projek kelima saya bersama Khabir Bhatia selepas Nur Kasih, Nur Kasih The Movie, Keabadian Cinta, Tujuh Lagu dan Gemilang,” katanya.
Drama berkisarkan nostalgia Malaysia pada lewat tahun 70-an ini disiarkan bermula 24 Januari lalu, setiap Isnin, pukul 9 malam di TV3.
Ia turut membariskan pelakon-pelakon ternama seperti Shahz Jaszle, Kamal Adli, Jalaluddin Hassan, Tasha Shilla dan ramai lagi.



.

Kenapa aku tak popular?



Selepas hampir tiga tahun menceburi bidang nyanyian, penyanyi Riz atau nama sebenar Mohammed Idris Mohd Zaizizi, 24, menyifatkan perjalanan kariernya yang masih terumbang-ambing itu mungkin disebabkan oleh faktor lagu dan rezeki.

Ujar naib juara Akademi Fantasia musim ke-enam (AF6) itu, walaupun sudah tampil dengan sebuah album penuh Bermula Semula pada hujung 2009, popularitinya masih suram sehingga hari ini.
Lebih memburukkan keadaan, satu demi satu lagu yang dihantarkan ke radio juga kurang mendapat sambutan.

Riz yang enggan menyalahkan mana-mana pihak bagaimanapun percaya keadaan itu mungkin disebabkan oleh faktor rezeki yang masih tidak memihak kepadanya, selain lagu-lagu yang tidak menepati selera pihak radio dan pendengar.

"Saya tidak salahkan mana-mana pihak tetapi ia mungkin berpunca daripada faktor rezeki dan lagu saya sendiri. Hendak kata saya tidak keluarkan lagu, saya sudah mengeluarkan album penuh.

"Hubungan dengan rakan media juga baik kerana saya masih mendapat sokongan daripada mereka.
"Namun, entah di mana silapnya sehingga hari ini tuah masih tidak menyebelahi saya," katanya.
Namun begitu, penyanyi yang kini mempertaruhkan lagu Khilaf ini enggan menyerahkan kalah.
Terbaru, Riz merancang untuk merakamkan dua buah lagu yang dibeli daripada Indonesia untuk projeknya akan datang.

Jelasnya, keputusan untuk membeli dua lagu tersebut bukan kerana dia tidak percaya kepada kredibiliti komposer tempatan tetapi semata-mata ingin bertukar angin dan menguji pasaran dan selera pendengar.
"Saya baru saja beli dua buah lagu daripada komposer di Indonesia untuk projek akan datang saya.
"Bukan kerana saya tidak yakin dengan sentuhan komposer tanah air tetapi sengaja ingin bertukar angin dan menguji respons pendengar dan industri apabila dua lagu itu diputarkan kelak," katanya.



.

Aku faham kekecewaanmu..

Sedih  bila tengok keadaanmu..
aku tahu kesukaran yang kau lalu beberapa jam tadi,
begitu mencabar..
Dari raut wajahmu,
aku tahu, ada yang tidak kena...


Semuanya serba tidak menjadi..
Dari sikap dan gerak langkahmu...
kenapa ni.....
persoalan itulah yang berulang-ulang di kepalaku...

Tapi aku puji dengan semangatmu...
disiplin diri yang kuat, untuk tidak mengecewakan orang lain,
kau gagahi meneruskan sehingga ke titik akhir...


Rafael Nadal...


A tearful Rafael Nadal was stunned 6-4 6-2 6-3 by fellow Spaniard David Ferrer in the Australian Open quarter-finals, ending his quest to hold all four Grand Slam titles at once.

A leg injury suffered early in the match made the world number one's quest to become only the third man, and first since 1969, to achieve the feat almost impossible.
Nadal, the 2009 Melbourne champion, took an early medical timeout after appearing to tweak his left hamstring, shaking his head as he trudged off Rod Laver Arena.
The nine-times Grand Slam champion returned with his thigh strapped but was clearly in pain, wincing and muttering to his uncle and coach Toni.
Nadal was keen not to ascribe the defeat to his injury.
"It's a difficult day for me," a glum-looking Nadal said afterwards. "Obviously I didn't feel at my best, I had a problem at the beginning and after that the match was almost over.
"I hate retiring. I hated that last year and I didn't want to repeat that," added Nadal, whose 2010 challenge ended at the same stage when he retired hurt against Britain's Andy Murray.
"I prefer we don't talk too much about the injury. First thing, I don't know (what it is) and also out of respect for the winner.
"It seems like I always have a problem when I lose, I don't want to have that image."
"It's not easy because Rafa is a gentleman and he played with injury as we are friendly," said Ferrer, who will play Andy Murray in the semi-final, after the fifth seed beat Ukrainian Alexandr Dolgopolov 7-5 6-3 6-7(3) 6-3.
"I played aggressive, I tried to go to the net, but if Rafael was not injured, I wouldn't have won in three sets," he added after reaching his second Grand Slam semi-final, and first since the 2007 US Open when he also knocked out Nadal.
"It's one big (achievement) for me but it's not a victory really. These last two weeks have been unbelievable. I will try to do my best to win a slam."
Seventh seed Ferrer, who had lost 11 of his previous 14 meetings with Nadal, including the last seven, showed no mercy, ripping shots to all corners to keep the pressure on.
A tortured Nadal slumped in his seat with his head in his hands after another thumping forehand down the line gave Ferrer a two-set lead.


Moments later, he was choking back tears after Ferrer tore into a 3-0 lead in the third but he battled like a true champion to get on the board, even forcing a break point at 4-2 down.
However, Ferrer kept his nerve and closed out the quarter-final with another big forehand after two hours and 33 minutes.
Nadal exited the year's first Grand Slam at the same stage and in the same manner in 2010, also on Australia Day, retiring with a knee injury against Britain's Murray.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!