Tuesday, February 1, 2011

NGERI : Wanita Kanibal

Seorang wanita dari Filipina telah membunuh ramai orang dan menyimpan daging mereka dalam peti sejuknya. Dia memang amat menggemari daging manusia.


Dia berkata bahawa dia telah banyak membuat pesta untuk saudara dan teman-temannya. Dia memberikan mereka daging manusia tersebut untuk dimakan tanpa pengetahuan mereka. (What?)


Teman-temannya berkata bahawa daging yang dimasak wanita tersebut sangatlah enak tetapi mereka tidak tahu daging apakah itu. Beberapa orang dari teman-temannya tidak tahu bahawa mereka akan menjadi mangsa wanita itu seterusnya.


Yang mengejutkan adalah wanita tersebut mengaku telah membunuh suaminya dan memakan dagingnya. Tapi nasib baik kegiatan wanita tersebut telah diketahui oleh pihak yang berwajib.



.

Gempar..Bayi lahir dalam tanah?

Bayi lahir didalam tanah : Ibu meninggal dunia, tetapi bayinya masih hidup...


Berita yang menggegarkan perasaan yang menunjukkan kebesaran Tuhan, Allah Yang ‎Maha kuasa. ‎


Begini ceritanya. Peristiwa ini bermula dari bencana banjir yang melanda India. 
Ketika itu, ‎seorang wanita yang tengah hamil dibawa oleh arus air banjir yang dahsyat. 


Setelah air surut dan pencarian dilakukan, si ibu tidak tiada namun ditemui bayinya yang
dilahirkan di tempat dan situasi yang ‎mengerikan.


Allah SWT
mengeluarkan si bayi dalam ‎keadaan hidup, dan mencabut nyawa si ibu...‎




.

Splendid surprise GA !!!!!


Klik pada banner untuk lebih lanjut..
GA ni mudah saje, mari kita memeriahkannya..


Lulu Nak Tag : 


Tarikh Tutup : 11.59 p.m 4 februari 2011



.

Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES! "



Hari tu dah pernah join Giveaway En. Eqbalzack ni..
Bukan saja kerana hadiahnya yang menarik,
tapi lulu rasa kerana kualiti gambar-gambar diblog beliau,
yang menakjubkan...huhu best-best..
Kalau korang nak join, sila ringankan tangan klik pada banner...



 1 HADIAH UTAMA
High Power Car Vacumm

1 HADIAH KEDUA
  Glade Car Gel Country Garden (3 Glade)

10 SAGUHATI
 Non Slip Dashboard 
 
 
Lulu tak pandai nak buat entri kreatif..
Tapi, kalau menang pun, itu adalah bonus buat lulu..ngee...
Semoga dengan penyertaan lulu ni, akan lebih
memeriahkan giveaway En. Eqbalzack..
(Vacuum tu dah lama nak beli...tapi tak dpt beli lagi...ngee)


Lulu nak tag makbed..
(mak buyung ni byk rezeki tau..mana tau dia menang..makbed, pass tu you..)


Tarikh tutup : 6 Februari 2011 (Ahad) : 11.59 malam
 
 
 
 
.

Berhati-hati dan perhatikan setiap ahli keluarga..

Hujan mencurah-curah, disana-sini...
sekejap berhenti, lepas tu lebat....
Banyak tempat sudah digenangi air...


Memang ada beberapa kawasan yang sudah mulai surut..
Tapi tidak mustahil, akan kembali banjir, kan?
Mangsa yang dipindahkan pun sudah mencecah ribuan orang...


Dalam keadaan ni, perhatikan ahli keluarga...
Biasanya kanak2 memang suka bermain air...
banjir sudah mengorbankan beberapa nyawa setakat ni..
Adakah kita mahu keluarga kita salah seorang darinya?


Buat mangsa banjir,
semoga tabah menempuh cubaan ini..
Lulu doakan semuanya selamat....
semoga banjir ini segera surut dan semua mangsa
dapat kembali ke rumah masing-masing...
amin..





Yeah tepuk-tepuk...berita gembira dan alasan kuat untuk tersenyum lebar...

Salam....yeah.......lihatlah dunia....
berita gembira ni, lulu dah tahu awal pagi tadi...
saja tak publish kat blog....
simpan dulu....


Sebab dah beberapa hari, hati panas...
kerana masalah kereta [KLIK SINI],
hari ni lulu akur dengan nasib malang...huhuhu...
Tapi setiap perbuatan tetap ada balasan...
itu janji tuhan...ngee...
yang paling penting, lulu tak buat jahat dengan org..
doakan lulu murah rezeki yer..
amin...


Sebelum tu, TQ untuk Amzar Syazani, sebab inform..
baguslah awak ni... ingat dengan lulu yer...



Selamat datang Torres...
(wah tebal poket awak yer..ngee..maklumlah club kayes...)


Fernando José Torres Sanz atau El-Nino atau lebih dikenali TORRES,
lahir pada 20 March 1984 (26 tahun) di Fuenlabrada, Spain.
Posisinya adalah  Striker dan dikenali dengan jersey bernombor 9..
Kelab sebelum ini adalah Atletico Madrid dan Liberpul





Dengan perpindahan 50 million pound, Torres telah melengkapkan lagi
bahagian serangan chelsea..


Chelsea akan membayar 45 juta pound yang bermakna dia akan dibayar sebanyak 200,000 pound (RM 979,000) seminggu termasuk bonus, jumlah itu hampir melebihi sekali ganda gaji Torres di Liverpool iaitu 110,000 pound (RM 538,740).
Torres akan mengikat kontrak selama lima tahun dengan jumlah besarnya 35 juta pound (RM 171.44 juta).


Club lain tak payah cerita, lulu tak minat..
ngee..sorry untuk liberpul,
belum tau Luiz Suarez dapat ganti tempat Torres dibahagian serangan...
Adakah tersilap langkah disitu?ngee..




.

Tak pernah pandu laju..


Seorang warga emas, Bakar Ismail, 85, tidak pernah memiliki motosikal berkuasa 500cc tetapi dia menerima saman kerana menunggang motosikal berkuasa besar itu melebihi had laju di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pada 30 Julai lalu.

Petani yang hanya memiliki motosikal jenama Honda berkuasa 70cc itu dan telah lama tidak ke Kuala Lumpur bimbang namanya akan disenarai hitam oleh pihak berkuasa jika tidak membayar saman itu.
Bakar yang menetap di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat dekat sini berkata, mengikut kertas saman itu, dia dikehendaki membayar saman tersebut secepat mungkin atau sebelum 28 Februari ini sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.

Menurut warga emas itu, selepas menerima saman tersebut, anaknya, Mohd. Noor, 47, telah mengemukakan masalah itu kepada cawangan Trafik Perlis namun kemudian disuruh membuat rayuan kepada Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman dengan mengemukakan bukti kukuh bagi membatalkan saman itu.

Berdasarkan notis saman itu, Bakar didakwa melakukan kesalahan menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran PV738 pada kelajuan 98 kilometer sejam sedangkan had kelajuan ditetapkan tidak melebihi 80 kilometer sejam di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pada pukul 1.53 petang pada 30 Julai 2010.

Saman itu dikeluarkan oleh Unit Kereta Peronda (MPV) yang ketika itu melakukan operasi di kawasan berkenaan.

Bakar berkata, motosikal nombor pendaftaran PV738 miliknya sebenarnya berkuasa kecil dan telah lama tersimpan dalam bangsal di belakang rumahnya kerana jarang digunakan.
"Saya pun sudah lama tidak berkunjung ke Kuala Lumpur, apatah lagi hendak menunggang sendiri motosikal berkuasa tinggi yang tak pernah saya miliki ke sana," katanya.



.

Ada suara memanggil..


Seorang lelaki yang didakwa mendengar namanya dipanggil oleh suara ghaib, maut setelah dia terjatuh dari tingkat lima sebuah flat di Bukit Gedung di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa, Shamsul Kamal Mohd. Shafeeuddeen, 24, cedera parah di kepala dan mati dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Sebelum kejadian, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik didakwa terdengar panggilan misteri memanggil namanya.

Dia kemudian keluar dari rumahnya yang terletak di tingkat dua di flat berkenaan.
Seorang abang mangsa yang melihat tindakan Shamsul, cuba memujuknya supaya tidak terpengaruh dengan suara ghaib itu namun, tidak diendahkannya.

Selepas gagal dipujuk, seorang saksi yang dikenali sebagai Harun, 30-an bercerita, Shamsul berlari ke tingkat lima sambil dikejar oleh abang mangsa.

"Melihat si abang mengejarnya, mangsa tiba-tiba terjatuh dari beranda flat di tingkat lima yang berketinggian 25 meter," kata Harun lagi.

Dalam pada itu, seorang jurucakap polis berkata, mangsa yang bujang dan bekas pekerja kilang itu didakwa pernah mengikuti ajaran satu kumpulan agama yang berpangkalan di negeri ini beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut jurucakap itu, selepas dipujuk keluarganya, mangsa mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan agama itu dua tahun yang lalu.
"Sejak itu, mangsa didakwa mengalami gangguan emosi dan perlu menjalani proses pemulihan termasuk mendapatkan rawatan psikiatri di HPP," katanya di sini semalam.



.

Gila! Bukan main besar..dari jauh pun boleh nampak..


Seorang lelaki berusia 51 tahun, John Retter sanggup membuat tatu lambang kelab bola sepak Manchester United (MU) yang besar di belakang badannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Retter yang merupakan peminat kelab itu sanggup membayar £1,000 (RM4,846) untuk mendapatkan tatu itu.


Kerja-kerja menyiapkan tatu itu mengambil masa selama 16 jam baru-baru ini.
Dia membaca buku biografi pengurus kelab MU, Sir Alex Ferguson bagi mengelak rasa sakit semasa Tonny Gallon membuat tatu itu.

Menurut Gallon, ia merupakan lukisan tatu paling besar yang pernah dibuatnya.


"Saya bangga dengan tatu itu," kata Retter yang menjelaskan lambang itu merupakan hasil kerja yang bijaksana dan bersejarah.



P/S - Nekad dia bubuh tatto...Yakin menang musim ni ler tu.ekeke...



.

Angry: My car hit from behind and HE did not want to be responsible

Salam...selamat malam...
sepanjang hari cuaca mendung dan sekejap-sekejap hujan pun turun..
Pening, pastu asyik nak tidur jer..
Inilah masa nak bermalas-malasan..
ye tak? ngee...


Benda nak cerita ni, sebenarnya malas nak post dalam blog..
sebab sakit hati, huh tak usah nak cerita...
Geram sangat....



Kalau cerita pasal eksiden ni, bukan time perayaan jer...
bebila pun boleh juga berlaku..
Tak kerana kecuaian kita, kerana sikap kurang ajar orang lain..
huh....dengan cuaca hujan dan sejuk, hatiku dilanda panas yang amat sangat..


Dah, dia laju, pastu tak sempat nak brek,
so, langgar terus kebelakang kereta lulu..
And then, punyalah baik hati my B kan,
keluar tanya budak tu macam mana..
okey ke, tak...
Pastu tolong dia, papah bangun...


Untuk makluman, budak tu adalah pelajar tingkatan 5,
penunggang motorsikal dengan lesen L,
dan baru lepas hantar adik dia kat sekolah
berdekatan dengan tempat kejadian..
What the hell, lesen L bonceng orang..
Ok, takpe..
Minta contact penjaga dan detail semua...


Selang seminggu, penjaga dia dah mengaku tak boleh bayar
semua kerosakkan....(kemek, body tergaris and plat pecah)...
Memula mengaku kalau bawah rm300 nak byr..
Pastu bila dengar lebih, tak ada duit konon..

Hello, you dah langgar kereta org,
lepas tu boleh pula serah pada you, kalau takde duit, so, 
boleh terlepas dari nak ganti rugi eh...




Ok, tanya insuran dia..
Bodoh apa punya undang-undang...
Jika dilanggar oleh motorsikal, bas dan teksi...
Kita punya NCD yang hilang...
(sila alert) 
Mereka2 ni dilindungi tau..
(Bodoh punya undang2..tak adil untuk pengguna lain..)
Macam tulah bunyinya, lulu pun tak faham..
So, ok, tak boleh claim..
Kena claim pula kat insuran kereta sendiri,
yang mana NCD akan hilang...
whoaa tahun pertama jer dah 45% tau..
Rugi..rugi..
(yuhuu, me kereta baru tau..baru 4 bulan pakai..adesss)


Dipendekkan cerita, Orang yang malang disini adalah lulu,
dan lulu kena baiki kereta sendiri,
keluar duit ratus-ratus..tak tau lagi jumlah semua...
(sebab bonet kena ganti suggest by mekanik, cat balik yang garis..
plat pecah kena ganti dalam rm70 harga dia...)
sebab kalau claim insuran, pun kira lagi rugi banyak..
+ itu ini huh takut nak fikir jumlah semua..
Rasanya kalau diberi pilihan,
baik lulu buat contest, hadiahkan duit,
dari duit keluar buat kereta, atas kecuaian orang lain...
huh..


OW....susahnya eksiden kena langgar motorsikal ni yer...
Malangnya...poket semakin nipis..


Untuk budak sekolah tu..
(Tentulah dia tak baca blog ni kan...)
Lulu tak kenal awak...
and awak pun tak kenal lulu..
So, apa dosa lulu, sampai awak nak menyusahkan hidup lulu..
Lulu bukan orang kaya tau....
Sekurang-kurangnya, boleh tak awak dan keluarga awak minta maaf?
Bodoh! (geram betul) Nape tak mampus jer, dari menyusahkan orang?
Buat laporan polis pun tak boleh nak heret awak buat gantirugi eh...




Huh..Takpe...awak buat jahat dengan saya...
Biar Allah yang balas awak..
CASH kat dunia...MySpace



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!