Friday, February 4, 2011

Adeh....cute sangat...tapi aneh...

Kucing dan ikan, bersahabat??


Biasanya kucing selalu menganggap ikan sebagai santapan yang lazat. Namun hal ini tidak berlaku untuk kucing berusia empat tahun bernama Kaiser ini. Ia rupanya berniat menjalinkan hubungan persahabatan erat dengan ikan mas yang bernama Fishy itu.


Ia melakukan hal rutin seperti memasukkan kepalanya ke dalam mangkuk ikan itu untuk berciuman dengan Fishy dan minum air.


Pemilik Kaiser dan Fishy James Armstrong, 45, seorang tukang kebun lanskap dari Newcastle membeli Kaiser dari tempat pembuangan kucing. dan dia bangga melihat persahabatan antara keduanya.





.

Berkecai kerana digilis..

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berkecai selepas digilis beberapa kenderaan di KM269.9 Lebuhraya Utara-Selatan dalam satu kemalangan mala tadi.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata mayat Mohd Ridzuan Abdul Wahab, 25, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, ditemui orang ramai kira-kira 8 malam yang kemudian membuat laporan polis.

Mohd Ridzuan yang menunggang motosikal dalam perjalan dari utara ke selatan dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan kenderaan lain di lebuh raya itu dan digilis beberapa kenderaan lain.

Beliau berkata, turut cedera dalam kejadian itu ialah seorang lagi penunggang motosikal yang merempuh Mohd Ridzuan.

Bagaimanapun, Irwan Fahmi Mat Ariff, 22, seorang anggota tentera yang berasal dari sini hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Beliau berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes langgar lari dan polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan.



.

Banyaknya..


Kira-kira lebih 100,000 ekor ikan jerung berenang 91.44 meter dari pantai negeri Florida di Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gambar 100,000 ekor ikan jerung itu berenang berjaya dirakamkan oleh seorang juruterbang, Steve Irwin menerusi telefon bimbit berkamera.

Ikan jerung itu dipercayai spesies Spinner sepanjang 0.91 meter hingga 2.13 meter berenang ke utara di antara Fort Lauderdale dan Pulau Jupiter.

Irwin yang mengendalikan perkhidmatan helikopter di Fort Pierce berasa bingung kerana melihat sejumlah besar ikan jerung berkumpul di kawasan perairan cetek itu.


"Ia merupakan penglihatan yang amat menakjubkan. Terdapat puluhan ribu ikan itu kemungkinan 100,000," kata Irwin.



.

Pelukan Ibu "Menghidupkan" Kembali Bayinya


Keajaiban telah membawa bayi pramatang kembali bernafas setelah disahkan 2 jam meninggal. Si ibu bayi, Kate Ogg, pada mulanya diminta oleh doktor untuk tabah dan memberikan salam perpisahan terakhir. Namun Tuhan rupanya menduga, dia kembali bernafas setelah dua jam tidak memiliki detik jantung dan tidak menangis.

Ajaib, seorang ibu berhasil menghidupkan kembali bayi yang lahir pramatang dan sudah disahkan meninggal oleh doktor, setelah cuba bertahan dengan tetap memeluk dan menyusuinya.
Bayi Kate Ogg lahir dengan usia 27 minggu atau kurang 7 bulan. Beratnya hanya 1 kilogram. Dia diberi tahu oleh pasukan perubatan bahawa bayinya tidak boleh diselamatkan. Namun dia tidak mahu melepaskan bayi itu dari pelukkannya.

Doktor memang gagal membantu bayi kecil yang akhirnya di beri nama Jamie itu untuk bernafas. Selama 20 minit mereka tidak berhasil membuat bayi itu bernafas dan akhirnya bayi itu disahkan meninggal.

Kate Ogg melahirkan bayi kembar itu di sebuah hospital di Sydney, Australia. Kini, bayi yang diberi nama Emily itu membesar sihat, sedangkan kakak kembarnya, Jamie, meninggal ketika lahir.

Bagaimana Jamie boleh kembali bernafas? Si ibu membukakan pakaian bayinya dan memeluknya dalam tubuhnya yang hangat. Setelah itu keajaiban terjadi.

Ketika Kate Ogg berjuang untuk menyelamatkan bayinya, petugas perubatan mengatakan ianya hanya sia-sia melakukannya. Tetapi, Ogg tetap menyusui bayinya dan dua jam kemudian si bayi hidup kembali.

Setelah dua jam didalam pelukan ibu, bayi itu menunjukkan ianya bernafas, setelah ibunya memberikan titisan ASI menggunakan jari telunjuknya.

Akhirnya bayi itu bernafas normal. Kemudian dalam beberapa saat kemudian bayi itu membuka matanya dan menggenggam jari ibunya.


“Ini keajaiban. Bahkan doktor tidak percaya,” ungkap Kate.

Setelah dipeluk dan mulutnya dirapatkan pada puting ibu, si bayi kemudian bergerak-gerak. “Aku merasa dia bergerak seolah-olah dia terkejut, kemudian dia mulai teresak-esak, kemudian saya beri ASI melalui jari, baru dia bernafas teratur dan normal,” katanya.

“Aku berfikir, ya Tuhan, apa yang terjadi? Beberapa waktu kemudian dia membuka matanya. Ini sebuah keajaiban,” keluh Ogg pula.

Setelah itu, menurut Ogg, bayinya menghulurkan tangan. “Dia meraih jari saya, kemudian membuka matanya dan menggerakkan kepalanya dari sisi ke sisi. Doktor terus menggeleng berkata, ‘Aku tidak percaya. Aku tidak percaya.’ Tapi itu buktinya anak saya benar-benar boleh bernafas.”

Doktor kemudian mengakui, kehangatan tubuh ibu bertindak seperti sebuah inkubator untuk menjaga bayi hangat dan merangsang. Ini memperkuatkan teori “kangaroo” bagaimana cara merawat anak-anak di kantung mereka.

Beberapa pakar percaya, mendekatkan kulit bayi ke kulit ibu lebih baik daripada mengambil bayi yang baru lahir dan meletakkannya di inkubator.

Jamie sekarang membesar sihat, berumur lima bulan. Ayahnya, David, mengatakan, “saya bangga memiliki isteri yang sangat cerdas. Dia memiliki tekad untuk melakukan apa yang dia ingin lakukan. Jika dia tidak melakukan itu, Jamie mungkin tidak akan berada di sini.



P/S - Subhanallah..



.

'jom join cabutan bertuah Raflessia Collection nak??'


Yeah..cabutan bertuah yang best..
(Kalau hadiah contest / Giveaway / cabutan bertuah itu adalah tudung..
lulu akan turut serta sebab lulu nak sangat memiliki satu tudung...weee..)


Kalau korang berminat nak meramaikan cabutan bertuah ni,
sila klik pada banner, dah anda akan
dihubungkan terus ke link Raflessia Collection..
Best..best..Banyak tudung dan tutorial pakai tudung ada disana...


Tarikh Tutup : 06.03.2011...



.

Ngeri..memang ngeri..


Seorang budak lelaki di China, Ren Hanzhi bernasib baik apabila beberapa doktor berjaya menarik keluar pisau yang tertusuk di bawah matanya dalam satu pembedahan, lapor sebuah akhbar semalam.


Pisau itu tertusuk di bawah mata Hanzhi semasa dia mengupas sebiji buah epal di Zhumadian, tengah China di wilayah Henan, China baru-baru ini.
Selepas ditusuk, darah mengalir menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital sebelum dipindahkan ke sebuah lagi hospital.


Ketua doktor bedah, Peng Liwei kemudian berjaya menarik semula pisau sepanjang 20 sentimeter itu.
Budak berusia 13 tahun itu kini dilaporkan sedang menjalani pemulihan selepas dia dibedah.



.

Siang malam terlantar


Siang atau malam tiada bezanya bagi Muhammad Nor Irfan Mohd Haniff kerana sepanjang masa dia hanya terlantar sejak dilahirkan tujuh tahun lalu.

Hanya rengekannya yang menjadi bahasa komunikasi antara anak sulung daripada dua beradik itu dengan ahli keluarganya.

Itulah hakikat terpaksa dialami pasangan Zaleha Md Saad dan Mohd Haniff A Rahman, keduanya-dua berusia 32 tahun, apabila dikurniakan seorang anak istimewa yang mengalami masalah perkembangan otak dan tumbesaran sejak lahir.

Zaleha berkata, dia tidak mempunyai masalah ketika mengandungkan Muhammad Nor Irfan tetapi ketika dalam proses bersalin, anak sulungnya itu terbelit dengan tali pusat dan lemas.

"Irfan yang dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram (kg) diletakkan di bawah pengawasan selama 21 hari dan selepas itu dia menjalani beberapa pemeriksaan sebelum doktor memaklumkan dia lumpuh otak.

"Bila dilahirkan dia memang nampak seperti bayi normal, tapi bila sudah besar pertumbuhan badan serta perkembangan otaknya menjadi semakin perlahan serta hanya terlantar meskipun berusia tujuh tahun." katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Balik Bukit Padang Lalang, Simpang Ampat dekat sini, semalam.

Keluarga itu dikunjungi Gerakan Belia 4B Nibong Tebal diketuai pengerusinya, Jamilah Awang yang menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai bagi meringankan beban ditanggung keluarga terbabit.
Zaleha berkata, anak sulungnya itu hanya mampu mendengar serta menangis, malah hanya boleh makan makanan lembut dan susu untuk membantu proses pembesarannya.

"Ketika berusia satu hingga enam tahun, dia sering ditahan di hospital sekiranya demam dan mengalami kekejangan otot, tetapi sudah berkurangan sejak berusia tujuh tahun,” katanya yang terpaksa berhenti bekerja sebagai tutor di sebuah institut pengajian tinggi untuk memberi sepenuh perhatian kepada anaknya itu.

Sementara itu, Mohd Haniff yang bekerja di sektor swasta berkata, Muhammad Nor Irfan perlu dibawa tiga kali seminggu untuk menerima rawatan terapi dan memantau perkembangan anaknya di hospital serta klinik kesihatan berhampiran.

Katanya, dia pernah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan kerusi roda khas bagi memudahkan pergerakan anaknya, Oktober tahun lalu tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan.

Dalam pada itu, Jamilah berkata, pihaknya sudah memohon bantuan kerusi roda daripada Pusat Urus Zakat (PUZ) dan ia dijangka diterima tidak lama lagi.

“Kami turut memohon bantuan bantuan bulanan OKU terlantar daripada JKM. Kami terkilan dengan sikap pihak berkenaan yang tidak mengambil perhatian dengan masalah kanak-kanak malang seperti anak kami, walaupun mereka datang sendiri ke pejabat untuk membuat permohonan.” katanya



.

THE MANY WAYS TO PROTECT YOUR HEAD IN A FIGHT WITH STONES


Desperate times call for desperate measures. The anti-Mubarak protesters in Tahrir Square have resorted to a variety of headgear - at times comical - to protect themselves in the pitched battle against President Mubarak's thugs.


Stones are the preferred weapon in this Old Testament-style fight within the Egyptian capital and the protesters have made use of whatever lies closest to hand.


There's the man with a saucepan on his head, another with what looks like a latticed litter basket - so he can still see where the rocks are coming from - and another with a piece of styrofoam tied with a scarf to the top of his head.


In Yemen, one protester was even more inventive - he created a makeshift helmet with two baguettes, a chapatti and clingfilm.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!