Thursday, March 3, 2011

Mak Dara 1st Giveaway (GA)



Adeh, tengah kembara ke blog-blog peserta 1st giveaway lulu, tak sengaja terjumpa GA ni, yang dah nak tutup tinggal beberapa minit jer lagi...Nak join...nak join...semoga sempat, dan semoga penyertaan yang hampir tak sempat ni akan mendapat 'rezeki'..yes...


Mak Dara, ni tajuk drama pilihan lulu "KASIHKU LULU"...Standardlah kan, mesti nak ada drama nama sendiri...ngee..


Entah sempat lagi ke tak nak tag orang ni..Tapi hah, silalah makbed, nini d dan ogosh buat...lalala...


Tarikh Tutup : 03.03.2011 - 12 malam..


.

Anak Lahir Berkepala Ular


Ada benarnya bila ibu-ibu yang sedang hamil tidak boleh sebarangan berkata-kata. Percaya atau tidak, gara-gara celupar mulut berkata anak yang dikandungnya adalah anak ular, maka seorang ibu di kota Makkah melahirkan bayi yang wajahnya mirip ular.

Kejadian ini benar-benar terjadi di Makkah. Dimana seorang ibu yang telah memiliki 2 orang anak perempuan (normal) melahirkan anak ketiganya yang juga perempuan dalam keadaan mengejutkan, yang secara perubatan digolongkan sebagai penyakit Harlequin Ichthyosis.

Tak salah bila awalnya penyakit ini disebut-sebut sebagai penyakit kutukan. Ini diperkuat dengan pengakuan ibu malang di Makkah tersebut, yang selalu mengatakan sambil bergurau bahawa dia sedang mengandung anak ular ketika ditanya oleh keluarganya. Hal ini dia lakukan kerana 2 orang anak terdahulu perempuan, dan ketika di scan oleh doktor anak ketiganya inipun perempuan, sedangkan dia sangat menginginkan anaknya lahir lelaki.



.

Pasangan Suami Isteri Berkahwin ala Robot Stormtroopers


Pasangan suami isteri yang anek... mereka menamakan diri mereka sebagai "Star Wars Geeks".



Kerana terlalu meminati cerita star wars, ketika mereka berkahwin dan berbulan madu,
mereka memakai topeng robot Stormtroopers..



Malah bukan itu sahaja, ada banyak lai acara
dimana mereka mengenakan topeng itu..ngee..



.

DI SEBALIK TABIR BLOG ..


Biasanya lulu laju jer join segmen Encik Ben ni.. Tapi hari ni terlewat..Lewat dah beberapa jam..
dan tengok penyertaan pun dah ratus-ratus...Eheh, nasib baik tutup esok, so, lulu masih sempat memeriahkan majlis...yeah..





Nak gambar yang menawan?
Takde, ini jer ada...ngee


Dikenali sebagai 'Lulu Caldina'..
Orang yang simple, suka menghargai orang lain,
dan sangat komited dengan dunia blog.
Penyokong setia CHELSEA FC,
dan tidak ketinggalan melihat setiap perlawanan mereka
LIVE menerusi stadium de ASTRO..ekeke..


'Cintakan' filem horror, tapi takut jumpa live dengan 'hantu'..Whoaa...
Tolonglah bagitau filem horror yang korang tahu...
plss yang seram yer..lalala...
Nonton diwaktu tengah malam, bila orang semua dah tidur..
best..best...


Jumlah follower sekarang : 922


Kalau lulu tak punya blog sekarang, 
rasanya masa lulu memang banyak dihadapan lappy...
bermain game, atau mencari berita terkini...


Blog bagi lulu penting sebagai medan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan..
Semua itu tak datang bergolek sendiri...
Kena rajin mencari, dan jika anda 'setia' bersama lulu-pages,
anda akan disajikan dengan semua yang terkini,
24 jam...insya-Allah...


Blog Feveret?
Memang BEN ASHAARI...
Lepas tu, semua bloglist kat lulu-pages...
Lulu memang tak ramai follow orang, tapi, lulu lebih kepada silent reader..
Hah best kan kalau berada kat bloglist lulu?
Dijamin up traffic...ngee...




P/S - Korang nak join, sempat lagi ni...
Gi blog Encik Ben yer, harap maklum..



.


Meniti hari bakal bergelar ibu dan ayah..


MENITI hari menunggu gelaran sebagai seorang ibu, Sazzy Falak yang kini sedang sarat mengandung berkemungkinan akan melahirkan sepasang bayi perempuan sekitar 24 April ini. Namun penampilan pemilik tubuh kecil molek itu masih lagi seksi seperti sebelum ini.

Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 30, yang pernah menggondol gelaran wanita paling seksi sebanyak dua kali berturut-turut oleh majalah FHM dalam kategori ‘100 Most Sexiest Women In The World’ pada tahun 2005 dan 2006 tidak menjadikan kehamilannya sebagai alasan untuk tidak berfesyen.
Bercerita lebih lanjut mengenai kehamilannya Sazzy ketika ditemui di The Curve untuk mempromosi telefilem
Dan Sebenarnya bersama Astro, berkata perut membesar kerana hamil bukanlah satu halangan untuk tampil cantik dan bergaya.
Terangnya, kehamilan adalah nikmat hidup dan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Pencipta kepada kaum wanita.

“Bagi saya pengalaman mengandungkan anak sulung kami ini bukanlah satu penghalang untuk saya berfesyen, asalkan saya selesa. Lagi pula bila mengandung, badan cepat terasa berpeluh. Jadi pakaian yang bersesuaian perlu dipilih dengan baik,” kata isteri kepada ahli perniagaan dan pengacara yang juga menceburkan diri dalam dunia lakonan, Nazril Idrus, 37.

Lumrah wanita mengandung yang akan mengalami perubahan kerana si ibu merasakan dia adalah orang yang paling bertuah dan ada ketikanya pula mahu diberi perhatian lebih daripada biasa, kenyataan ini yang diakui oleh suaminya yang lebih mesra dipanggil Nash berkata wanita yang dinikahinya pada 8 November 2006 itu lebih manja berbanding sebelum ini.
“Selalunya dia memang manja tapi ketika dia mengandung, karakter berubah menjadi lebih manja dan kadang-kadang suka merajuk,” jelas Nash yang sudah pun berbincang dengan Sazzy mengenai nama bakal bayi mereka.

Tidak mahu memilih nama yang terlalu panjang hingga merumitkan orang menyebut, pasangan romantik ini yang pernah dipilih sebagai Pasangan Selebriti Paling Diminati oleh majalah Eh! hasil undian pembacanya pada Julai tahun lalu, telah pun memilih nama yang ringkas dan mudah diingati untuk puteri-puteri mereka.
“Lagipun nama saya pendek, nama Nash pun pendek, jadi kami bersetuju nama yang pendek juga untuk anak kami nanti,“ sepakat pasangan yang mendapat tempat kedua dalam rancangan tarian pasangan selebriti Sehati Berdansa.

Pengurusan kewangan

Teruja dengan kehamilan Sazzy yang bakal memberikan bukan saja cucu pertama keluarganya tetapi berganda kegembiraan apabila bakal memberikan dua orang cucu sekali gus.

Bercerita lanjut mengenai kehamilannya itu, pasangan yang pernah berkolaborasi dalam drama bersiri yang pernah ditayangkan Astro Prima, pada 2008 iaitu Ada Apa Dengan Cinta, selepas sahaja diberitahu oleh doktor mengenai jantina bayi yang dikandung, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk terus membeli barangan kelengkapan bayi yang kebanyakan berwarna merah jambu.
Nash yang juga Pengasas dan Presiden LVG Consultants berkata, walaupun teruja untuk membeli barangan kelengkapan bayi mereka, tetapi mereka tidak terlalu gelojoh membeli kerana tidak mahu membazir.

Tambah Nash, selain mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk bergelar ibu kepada puterinya, dia dan Sazzy turut melengkapkan diri dengan persediaan untuk menguruskan kewangan mereka memandangkan akan mendapat dua anak sekali gus.
“Disebabkan itu, dengan kerjasama LVG Consultants di bawah kendalian saya, kami sama-sama mempelajari pengurusan kewangan yang betul menerusi kelas yang dianjurkan Bank Negara dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

“Lagipun selepas Sazzy bersalin nanti, kami memerlukan kereta yang lebih besar, jadi melalui kelas kewangan yang dianjurkan ini, kami sudah dapat menganggarkan kereta jenis apa yang sesuai dibeli dengan jumlah pendapatan kami,” ujarnya yang menyarankan pasangan ibu bapa muda pada zaman sekarang digalakkan menyertai kelas kewangan seperti itu supaya dapat membantu untuk mengharungi kehidupan baru bersama anak-anak dengan lebih tenang tanpa beban hutang.
Dalam pada itu tambah Sazzy, kebanyakan barangan bayi telah dibeli semasa mereka berdua menjalani penggambaran telefilem Dan Sebenarnya di Dublin, Ireland baru-baru ini.

Sebelum berlepas ke sana, Sazzy yang ketika itu sedang hamil empat bulan, melonjak kegembiraan apabila mendapat lampu hijau daripada doktor untuk menaiki pesawat.
“Pada mulanya, saya risau juga kerana perlu naik kapal terbang, tetapi selepas doktor berkata tiada halangan bagi kandungan di bawah enam bulan untuk berjalan jauh. Jadi selepas penggambaran tamat, kami menyambung untuk tinggal beberapa hari lagi di sana untuk membeli barangan bayi,” ujar pelakon drama Gol dan Gincu itu.

Teruja, kongsi pengalaman

Selain menyediakan baju serta barangan untuk kembarnya kelak, Sazzy juga perlu bersedia untuk menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata serentak.
Memutarkan sebentar karakter Sazzy ketika kecil dahulu, Sazzy akui disebabkan dia merupakan anak sulung dan menerima adik dalam tempoh yang agak jauh, menjadikan Sazzy seorang yang pandai berdikari dan tidak terlalu nakal.

“Ketika kecil dulu, selepas saya bermain dengan anak-anak patung dan barang mainan yang lain, saya akan simpan balik di tempat asal, saya tidak suka membiarkan barang permainan saya bersepah di dalam rumah. Boleh dikatakan saya ini berdisiplin,” ujarnya yang dicuit suami mengenai mimpi pelik yang dialaminya baru-baru ini.

Teruja mahu berkongsi pengalaman itu sekadar selingan untuk menceriakan perbualan, Sazzy berkata disebabkan tidak sabar mahu melihat wajah si kecil yang kini sihat membesar dalam rahimnya, dia telah bermimpi melahirkan seorang bayi, bermain dan bermanja dengan zuriatnya itu.
“Bayangkan, disebabkan sudah tidak sabar nak jadi ibu, saya mimpi saya keluarkan anak saya dari dalam perut dan bermain-main dengannya, lepas penat bermain, saya simpan semula anak saya itu dalam perut,” katanya dalam tawa.

Mengutip pengalaman bergelar ibu daripada sahabat baiknya, Dynaz dan Aishah Sinclair, pengacara popular ini mengakui sentiasa menghubungi mereka untuk mendapatkan nasihat sementelah ini merupakan pengalaman pertamanya melangkah ke alam baru.
Menurut Sazzy lagi, suami, ibu dan ibu mertuanya juga banyak membantu dan menyokong sepanjang proses kehamilannya.

“Kalau dulu saya hanya melihat dan melayan keletah bayi orang lain, kini saya juga bakal merasainya sendiri. Memang lain sangat dan teruja. Selain itu, melihat rutin rakan-rakan baik saya melayan anak, menyusu, menukar lampin menjadikan saya semakin tidak sabar untuk meminang anak sendiri,” katanya.

Kehadiran cahaya mata pasangan Sazzy dan Nash ini bukan sahaja menggembirakan keluarga Sazzy memandangkan bayi itu merupakan cucu sulung tetapi turut mengujakan keluarga Nash kerana keturunan kembar disambung oleh generasi cucu pula kerana ibu Nash juga mempunyai pasangan kembar.
Selain berkongsi pengalaman dan mengambil tips sepanjang kehamilan bersama Aishah dan Dynaz, Sazzy juga melengkapkan diet pemakanan yang seimbang dengan mengambil vitamin pranatal dan juga sedang menjalani latihan yoga.

“Suatu ketika dahulu saya seorang yang begitu minat dengan aktiviti yoga, tetapi selepas sibuk dengan tawaran pengacaraan, berlakon, aktiviti yoga dilupakan sekejap. Tapi kini sejak berbadan dua, guru yoga yang pernah mengajar saya dulu, datang memberikan latihan di rumah pula.
“Selain menjaga kesihatan secara dalaman, saya juga akan mengurangkan aktiviti kerja-kerja luar kerana usia kandungan saya sudah enam bulan dan saya kerap penat dan tidak boleh terlalu aktif seperti sebelum ini,” katanya yang akan menjalani tempoh berpantang di rumah ibunya di Ampang.



.

Terjatuh dari tingkat 10, selamat


Bumbung papan sebuah surau menjadi penyelamat nyawa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang hanya patah kaki kanan dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 10 kuarters kediaman polis di Taman Miharja, Cheras di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa yang merupakan anak kepada anggota polis berpangkat koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, terselamat apabila segera dibawa oleh penduduk ke hospital untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan baru sahaja pulang dari sekolah sebelum mendapati ibu bapanya tiada di rumah.

"Remaja berkenaan dikatakan cuba memasuki rumahnya dengan memanjat melalui koridor apabila mendapati pintu rumahnya berkunci.
"Dia nekad memanjat koridor untuk memasuki rumahnya melalui pintu dapur namun malang sekali, dia tergelincir dan terus jatuh di atas bumbung surau yang diperbuat daripada papan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, remaja tersebut terjatuh ke dalam surau dan mengalami kecederaan patah kaki kanan dan tangan kiri.
Katanya, kejadian itu disedari penduduk kuarters berkenaan yang kemudian bertindak pantas membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Mohan Singh berkata, sehingga berita ini ditulis, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Mangsa terselamat daripada maut kerana terjatuh di atas bumbung papan sebelum terhempas ke dalam surau.
"Jika dia terus terhempas ke atas lantai, mangsa mungkin mengalami kecederaan lebih teruk daripada patah kaki kanan," ujarnya.



.

'Kaktus Berjalan'


Fosil binatang aneh yang dipanggil kaktus berjalan ini memberi titik terang evolusi ketam dan labah-labah. Hasil yang ditemui oleh ilmuwan China ini diterbitkan di jurnal Nature.

Spesimen fosil ini ditemukan pada 2006 di dalam batu di wilayah Jianshan, dekat Haikou, barat daya  Yunnan, China. Fosil ini mengungkap hidupan berperisai yang hidup hampir setengah milian silam.

Haiwan ini hidup di masa Cambrian Explosion, ledakan menakjubkan keanekaragaman hayati yang menentukan masa depan spesies yang hidup ketika ini. Haiwan ini memiliki panjang sekitar enam sentimeter.

Selain itu, haiwan ini memiliki duri pusat yang memberi kesan seperti cacing kurus bertubuh lunak. Selain duri pusat, terdapat 10 pasang duri yang menyatu dengan duri pusat yang nampak seperti kaki.

Menurut jurnal itu, haiwan primitif ini berhubungan erat dengan fosil modern Arthropoda. Temuan ini mendukung teori bahawa Arthropoda berasal dari moyang yang memiliki kaki yang berkembang menjadi kaki keras seperti bahagian tubuhnya yang lain.

Spesies ini dipanggil Diana Cactiformis. Dian merupakan definisi dari Yunnan China, sementara Cactiformis merujuk pada bentuknya yang mirip kaktus.



.

Angkara kuda


Kejutan kecil untuk keluarga yang dirancang seorang petugas Kedutaan Malaysia di Pakistan dengan tidak memberitahu kepulangannya ke tanah air bertukar menjadi kejutan besar apabila dia terbunuh dalam perjalanan ke rumah orang tuanya selepas kereta dipandunya melanggar seekor kuda.
Kemalangan berlaku di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri, dekat Kampung Rhu Tapai, Merang di sini kira-kira jam 9.20 malam kelmarin.

Mangsa, Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd, 28, bertugas sebagai pegawai imigresen di Kedutaan Malaysia di Islamabad, Pakistan dan memandu Perodua Myvi yang turut dinaiki isteri dan dua anaknya.

Dia yang parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, namun isterinya, Ani Norbaya Abdul Rashid, 26, dan dua anak mereka, Nur Wana, 2, serta Nur Marwa yang berusia 60 hari, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa yang memandu dari arah Kuala Terengganu terlanggar seekor kuda yang melintas secara tiba-tiba di tempat kejadian menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali sebelum merempuh dua kereta lain .

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan penduduk kampung dan dihantar ke pusat kesihatan berdekatan sebelum dipindahkan ke HSNZ, tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.

Menurutnya, kuda berkenaan yang dianggar bernilai RM9,000 milik seorang penduduk kampung turut cedera teruk dan sempat disembelih penduduk kampung.

Ibu mangsa, Mariam Othman yang ditemui di rumahnya di Kampung Bari Besar berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian arwah kerana kepulangannya dari Islamabad selama ini amat dinantikan keluarga.

“Dia tidak memberitahu saya, tetapi isterinya ada menelefon memberitahu mereka sekeluarga akan pulang bercuti di kampung selepas tamat berkursus di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Pakistan pada 7 Mac ini.

“Mungkin tindakan arwah tidak memberitahu saya mengenai kepulangannya untuk memberi kejutan kepada kami sekeluarga yang merinduinya,” katanya.

Jenazah Wan Ahmad Fadzil yang berkhidmat di Islamabad sejak pertengahan 2009 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bari Besar pagi semalam.



.

Batalkan hasrat..


Pihak Astro dikatakan sudah membuat keputusan untuk tidak melantik penyanyi dari Indonesia, Ahmad Dhani sebagai pengetua rancangan Akademi Fantasia ke sembilan (AF9) seperti yang dihebohkan sebelum ini.
Sumber memberitahu , keputusan itu dibuat selepas ia mendapat bantahan ramai selain imej penyanyi itu yang dikatakan tidak bersesuaian kerana kelantangannya mengkritik agama Islam.
“Disahkan, Ahmad Dhani bukan pengetua AF9,” kata sumber tersebut.
Terbaru, Ahmad Dhani dilaporkan mengasari dua wartawan termasuk jurukamera sebuah stesen televisyen di Jakarta.

Laporan akhbar menyebut Dhani dan lima rakannya dipercayai menghalang tugas wartawan berkenaan dengan melakukan penganiayaan serta merosakkan kamera mereka.

Kejadian itu berlaku ketika wartawan tersebut sedang merakamkan visual persekitaran rumah penyanyi Mulan Jameela yang juga isteri Dhani bagi mendapatkan pengesahan berita kehamilannya.
Turut difahamkan, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi telah pergi ke Jakarta beberapa minggu lalu
untuk membatalkan pelantikan Dhani sebagai Pengetua AF9.

Pada 7 Mac ini, pihak Astro akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan perkembangan terbaru rancangan realiti itu termasuk mengumumkan pengacara rancangan berkenaan yang dikatakan akan turut diterajui semula oleh Aznil Nawawi.



P/S - Ambik ko..



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!