Wednesday, March 30, 2011

Ini memang aneh


Cerita-cerita seperti ini memang selalu menyedihkan. Kangkang, bayi lelaki yang berusia 14 bulan menghidap Moebius syndrome lahir dengan potongan wajah kedua. Semua tanda pada masa kehamilan menunjukkan bahawa anak dari ibu muda, Yi Xilian ini sihat dan normal, tetapi ketika Kangkang lahir, kebenaran pun terungkap. Anak malang itu dilihat seperti mengenakan topeng.



Tidak ada yang tahu apa penyebab keadaan ini. Mungkin juga kerana infeksi, atau penggunaan ubat-ubatan semasa kehamilan. Menurut sebuah sumber, ubat yang diberi kepada ibu ketika hamil adalah ubat anti-keguguran yang dipreskripsikan oleh doktornya. Sedihnya, belanja rawatan bagi keadaan ini sangat mahal. Sejak dibawa ke Hospital di Changsha ketika usia Kangkang masih 20 hari, sehingga saat ini dia telah mengeluarkan 300-400 ribu Yen.






.

Artis lahirkan anak


Penyanyi Ruhil Amani Hussein selamat melahirkan bayi keduanya, Raayan Alexander Wilson Jamil Wilson pada 3 Mac lalu.
Bayi lelaki seberat 3.83 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar Damansara pada pukul 12.59 tengah hari.
Isteri kepada pemain gitar terkenal, Jamil Wilson atau Jamie ini melahirkan bayinya secara pembedahan.
Penyanyi lagu Kawan ini masih aktif menyanyi dan pernah membuat persembahan bersama-sama Ferhad di ibu kota ketika sedang sarat mengandung.

Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan kini sedang melalui proses berpantang.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan anak perempuan bernama Ruhil Ariana Wilson Jamil Wilson, 7.



.

Kalimah Allah didaun pisang


Seorang peniaga di Tingkat Paya Terubong di sini terkejut apabila mendapati daun pada sebatang pokok pisang yang ditanamnya tertera perkataan Allah.

Siti Marsitah Sito, 44, memberitahu, seorang pelanggan yang sedang menikmati hidangan di gerai makannya minggu lalu memaklumkan penemuan itu kepadanya.

"Pelanggan itu pada mulanya berjalan-jalan melihat suasana di luar kedai.

"Ketika melalui sebatang pokok pisang bunga yang ditanam di dalam pasu, pelanggan berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat perkataan Allah pada daunnya," katanya ketika ditemui di gerainya, di sini baru-baru ini.

Menurut Siti Marsitah, dia menganggap kejadian itu sebagai rezeki berikutan gerainya semakin ramai dikunjungi orang ramai yang mahu melihat sendiri keajaiban tersebut.
"Bukan penduduk di kawasan ini saja yang datang, malah penduduk dari kawasan lain turut datang untuk melihat," ujarnya.



.

Bertudung ayu tapi mencuri??


Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.

Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.

Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.

Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di sini.



.

Mayat dalam but


Seorang peniaga air tebu, Zuri Hussin, 36, terkejut selepas menemui mayat seorang lelaki dipercayai mati dibunuh, di dalam but sebuah kereta yang ditinggalkan berhampiran gerainya di Chabang Empat Salam, dekat sini, malam tadi.

Mayat, Yap Tiong Hai, 56, seorang peniaga kedai runcit yang beralamat di Batu 2, Jalan Kuala Krai, ditemui berlumuran darah di dalam but kereta Toyota Altis berwarna hitam miliknya, pada pukul 9.30 malam.
Zuri berkata, ketika berada di gerainya, dia telah didatangi seorang lelaki berusia 20-an dan memaklumkan mengenai sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan tidak jauh dari situ.

Katanya, dia kemudian bergegas untuk melihat kenderaan terbabit bersama lelaki berkenaan.
“Pada masa itu, saya beritahu dia jangan buat pemeriksaan sebab pemandu kereta tidak ada, tetapi tidak berapa lama, lelaki itu panggil saya ke bahagian but kereta dan membukanya.

“Saya terkejut apabila melihat mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di dalamnya. Saya ketakutan lalu memaklumkan kepada anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) yang sedang bertugas di Chabang Empat Salam,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, sepasukan pegawai termasuk dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Bahagian Siasatan Jenayah daerah telah dihantar ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati kereta terbabit ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui oleh orang awam.

“Kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan mati hampir lapan jam sebelum mayatnya ditemui. Berdasarkan kecederaan, mangsa dipercayai telah bergelut dengan suspek sebelum dibunuh,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan di talian 09-7908222 bagi membantu siasatan.



.

" GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY "



Ekeke.. dah beberapa hari bookmark giveaway ini, so, mari kita selesaikan hari ni juga, sebab (30.04.2011) pukul 12 malam GA ni akan tutup..klik pada banner untuk lebih lanjut.


Blog yang sungguh comel, dan seperti biasa, berwana pinky...
ekeke, semoga lulu bertuah..


Lulu nak tag, makbed, nini dan Rieyah...



.

Kerana bertepuk sebelah tangan


Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.
Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu.

Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu.


“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.

“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.



P/S - Tengok gambar lelaki tu macam takde tangan dia sblh, kan?


.

Mana dapat banyak tu?

Sepasang suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah dan rasuah.

Pasangan itu ditahan oleh Pasukan Tindakan Khas diketuai SPRM ekoran serbuan pasukan itu ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak kelmarin.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, kedua-dua pegawai itu ditangkap bagi membantu siasatan berhubung penglibatan jenayah yang membabitkan mereka.

"Ratusan ribu ringgit wang ditemui di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Pasangan suami isteri tersebut dipercayai berusia lingkungan 50an.

Difahamkan, suspek lelaki tersebut melibatkan seorang pegawai Kastam berpangkat Datuk.



P/S - Dari mana agaknya punca duit tu eh?



.

Kenapa pilih cara begini?


Tindakan tiga lelaki mencuri besi terpakai dari tiga gerabak milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran Stesen Rawang dekat sini, membawa padah apabila seorang daripada mereka maut akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi.

Kejadian kira-kira pukul 6 pagi ini itu disedari seorang pemandu kereta api yang ingin memulakan tugas apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan dari belakang rumahnya.
Pemandu itu, Zalani Noor, 49, berkata, dia yang terkejut dengan bunyi tersebut menjenguk keluar dari tingkap belakang rumahnya dan mendapati api kecil sedang marak di salah sebuah gerabak kereta api.

"Saya juga terdengar suara orang menjerit meminta tolong selain terlihat dua lelaki cuba memadam api yang menyambar badan mangsa.

"Kedua-dua lelaki berusia 20-an itu kemudian dilihat melarikan diri dan meninggalkan mangsa," katanya ketika ditemui di kuarters perumahan KTMB tersebut dekat sini, hari ini.

Menurut Zalani, gerabak-gerabak berkenaan telah terbiar sejak dua tahun lalu dan sering didatangi penagih dadah untuk mencuri besi terpakai.
Dia juga percaya ketiga-tiga lelaki terbabit datang ke situ untuk mencuri besi terpakai di tiga gerabak berkenaan.

Zalani berkata, berikutan itu, dia memaklumkan perkara tersebut kepada pengurus stesen yang bertugas seterusnya pihak polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, pihaknya menemui mayat seorang lelaki di atas bumbung salah satu gerabak kereta api.

"Hasil pemeriksaan mendapati 40 peratus badan mangsa melecur akibat renjatan dari kabel elektrik bervoltan tinggi berkuasa 25,000 kilowatt," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.



.

Spiderman menakluk bangunan tertinggi didunia..


Pemanjat Paris Alain Robert, yang juga digelar sebagai “Spiderman” berpose di depan Burj Khalifa, menara tertinggi dunia.

Setelah berhasil menakluk Menara Eiffel di Paris dan Sydney Opera House, "Spiderman" yang berasal dari Paris itu kini ingin menguji kebolehannya untuk menakluk menara tertinggi dunia, Burj Khalifa di kota kosmopolitan Dubai di Teluk.


Alain Robert, 48 tahun memanjat bangunan pencakar langit yang tingginya mencapai 828 meter. Aksi itu dilakukan sebagai sebahagian dari "Education Without Borders" tempat bangunan itu digunakan sebagai lokasi pertemuan, kata para penyelenggara.

Alain RObert, yang dipanggil Spiderman kerana memakai kostum mirip superhero biasanya memanjat tanpa menggunakan peralatan khas dan hanya menggunakan tangan saja dan kaki yang kuat.

Namun begitu, di Dubai, dia terpaksa akan menggunakan tali dan langkah-langkah keselamatan yang lain...


"Buat saya, memanjat sama pentingnya dengan makan dan bernafas. Memanjat bangunan-bangunan pencakar langit merupakan kecintaan dan keinginan besar saya sepanjang hidup saya," lanjutnya.

Robert telah berhasil memanjat lebih 100 bangunan tertinggi di dunia, termasuk Petronas Twin Towers di Kuala Lumpur, Sears Tower di kota Chicago, AS dan Jin Mao Building berketinggian 88 tingkat di Shanghai, China.


Malaysia mendenda Robert setelah memanjat Petronas Twin Towers, yang juga berketinggian 88 tingkat pada September 2009 dengan tangan kosong dalam waktu tidak kurang dua jam.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!