Thursday, April 7, 2011

1st batches - GiveAway!


http://hammieheartshoppe.blogspot.com/2011/04/1st-batches-giveaway.html

Jom meramaikan majlis...Rugi tak ikut, hadiahnya leh wat baju untuk raya nanti...*wink, sure pakwe tersenyum tergoda...ayu jer awek aku ni, betul tak salah pilih sebab dialah wanita melayu terakhir...wuwuwu terlebih sudah....


Oleh kerana tarikh tutup tak disertakan, takut gak melepas hadiah tu, kan...
Walaupun hadiahnya tak berapa mahal (yer ke ni...ke mmg mahal...woo kantoi tak pandai tgk kain),
tapi, jika terpilih menang dan terima hadiah, tak kisah hadiah apa, sudah cukup membuatkan kita senyum sepanjang hari..kan? kan?


.

“GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN”


Lulu ditag....Sempat lagi nak join mana tahu antara ramai-ramai peserta, lulu yang bertuah..huhu, memang nak tukar purse (hadiahnya) sebab purse yang lulu pakai ni dah lama.. Dah sepatutnya tukar..


Terima kasih buat HafizRahman sebab ingat (tag) lulu...


Kalau nak tahu lebih lanjut, klik pada banner..
Lulu nak tag, Mizzkechique, cik bintang dan makbed bed bed..err...


Tarikh Tutup : Tutup 09.04.2011 dan keputusan akan diumumkan pada 10.04.2011



.

Surrogate gives birth to her own cousin to help her infertile aunt end 15-year fertility struggle



She will grow up to call her Auntie Emma.
But an extraordinary rearrangement of Chris and Sandra Barlow’s family tree means that Emma Vaughan is actually baby Maia Barlow’s mother.
The 29-year-old barmaid effectively gave birth to her own cousin after agreeing to become a surrogate mother to help her aunt Sandra’s 15-year fertility battle.
The mother-of-three used her uncle Chris’s sperm to produce the little girl, carried the baby during an eight-month pregnancy and gave birth by caesarean section.


Now Emma is about to have a fourth child of her own – who will become both a half-sister or brother to Maia, and simultaneously her new cousin.
It’s certainly going to take some explaining. But yesterday Chris and Sandra cuddled the child they thought they could never have and said: ‘Maia will always know how special Emma is.’
Keeping it in the family means that Maia, born in February last year, has Emma’s hazel eyes. The biological mother and daughter currently share the same colour hair, too.
But Maia is ‘the double of her dad’, according to Sandra, 42, whose struggle to conceive involved Emma moving in to the family home in Maidstone, Kent. 


There, she underwent 17 failed insemination attempts over 18 months before becoming pregnant in June 2009. The parental triangle – which is perfectly legal – came about when Chris and Sandra’s hopes of producing a child by more traditional means were dashed after two years of trying.
Doctors told Sandra her fallopian tubes had fused shut and had to be removed. After the operation Sandra, a catering company manager, and Chris, a sub-contractor, spent £40,000 on IVF treatment, without success.
‘At first, our GP told us to just keep trying before we were referred to a specialist,’ she said. ‘We saw four specialists in two years but with no luck. Then Chris said he wasn’t leaving until they agreed to do something.
‘Every day he gave me my hormone injections, put up with my mood swings and even let me sit with my feet up for two weeks each time I had an embryo transfer.’


Despite their optimism, Sandra miscarried twice and endured years of heartbreak.
‘It was very hard but we couldn’t imagine our future without a child,’ she said. ‘Each time I convinced myself it was going to work but after the seventh cycle, we decided enough was enough.’
The couple considered adoption but were told by a social worker they were ‘not ready’.


Then along came Emma, the daughter of Sandra’s brother Jim. Aunt and niece had lost touch after Emma’s parents split up but the two women were reunited 11 years ago at Jim’s funeral. After considering the possibility of surrogacy, Sandra hit on the idea of using a family member.
‘Surrogacy seemed like our only hope. I did some research and looked at a surrogacy agency website. I was in awe that people did these amazing things for complete strangers but I wanted to do it within the family. I started to think who could help us. I’m not sure what made me think of Emma.’
She says she spent months agonising over the idea before telling Chris. ‘I could tell he was shocked but he said we’d got nothing to lose. When I rang Emma she instantly said, “Yes”. I told her to take some time to think about it but she never hesitated.
‘We decided to use Emma’s eggs as by the time we started I was almost 40. Generally the egg condition of a woman in her 40s is not as good as someone in their 20s. Emma also wasn’t keen on taking the drugs she would need if my eggs were used.’
All three went to all midwife and clinic appointments – but the moment Maia was delivered, Emma handed over maternal – and emotional – responsibility. Emma, who met her 38-year-old husband Alan when she was seven months’ pregnant with Maia, said: ‘It was my choice and I knew I could do it. When I was in the delivery room the doctor said to me, “You’re about to become a mum”.
‘I just pointed to Sandra and said: “No, this is the mum. It’s her baby.” Even when Maia was born I didn’t feel anything for her. It was just a job.’ 


Yesterday, Sandra said: ‘I can’t thank Emma enough. She has given me the greatest gift in Maia.’
Although some would consider the arrangement unorthodox, it is not unique or illegal. It would break the law only if it contravened incest laws or ‘prohibited relationships’ with a genetic link. A husband, for example, cannot ask his sister to carry a baby created by his sperm. But using a niece is allowed under the Human Fertilisation and Embryology Act, provided certain conditions are met.
After Maia was born, Sandra had to apply to a court for a parental order to allow her to become the legal mother. Current legislation in England and Wales means the surrogate is the legal mother at birth.
Family law specialist Harjit Sarang said: ‘The surrogate mother is the legal mother, and is free to keep the child until a parental order is made.
‘The attraction of using a relative as the surrogate is that she is less likely to change her mind – and of course it maintains the family link.’



.

Hoho cutenya...siyes..


Pernahkah anda melihat kucing super gemuk? Mungkin saja kucing di China ini adalah salah satunya. Lilitan pinggangnya mencapai 68.58 cm.

Kucing yang memiliki lililitan pinggang lebih besar dari seorang anak perempuan itu bernama Chubby. Xu Jirong, pemiliknya, yakin bahawa kucingnya akan memecahkan rekod kucing terberat didunia.


"Dia bertambah lebih dari 0.9 kg setiap tahun. Mungkin juga keadaan ini kerana dia lebih memilih babi daripada ikan (sebagai makanannya). Dia dapat menelan 4-5 lapis daging babi dalam seminit ," ujar Xu. Hoh..

Xu berkata, kucingnya itu sangat baik sebagai kucing penjaga. "Dia menyerang setiap orang asing yang datang ke rumah saya dengan mencakarnya. Dia benar-benar cukup menakutkan," cerita Xu.


Namun doktor haiwan menggingatkannya. Chubby sudah jelas memiliki masalah kelebihan berat badan. Sedangkan setiap haiwan peliharaan memerlukan diet yang sihat dan senaman.





P/S - Bolehlah dobot lawan chubby ni, nini..ekeke. tapi pasal makanan tu....huhu



.

Mekanik Rayu Bantu Anak Koma Sejak Februari

Seorang mekanik di sini hari ini merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos penjagaan dan rawatan anaknya yang kini koma setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Feb lepas.

Koh Choon Han, 61, berkata pendapatannya sekitar RM1,000 sebulan tidak mencukupi bagi membeli lampin pakai buang, ubat dan susu khas untuk anak lelakinya itu yang memerlukan kos penjagaan RM1,500 setiap bulan.
Koh Lin Wen, 19, kini terlantar di katil khas selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 12 Feb lalu di Kubang Kerian di sini.

"Anak saya ini koma selama beberapa minggu dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Semua perbelanjaan terpaksa diurus keluarga, saya berharap orang ramai dapat membantu saya," kata Koh di rumahnya di Jalan Pasir Puteh di sini, Khamis.

Isteri beliau, Koe Kam Huwai, 57, berkata sejak kemalangan, anaknya itu juga sukar untuk bertutur dan kadang kala seperti hilang ingatan dan berkelakuan seperti kanak-kanak kecil.
Ketua MCA Bahagian Kota Baharu, Tan Ken Ten, yang melawat keluarga itu hari ini berkata MCA telah menderma sebanyak RM4,000 hasil sumbangan orang ramai dan akan cuba memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk Koh.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Koh Choon Han di nombor 0199597743 atau di alamat Lot 1146 D, Batu 1/4, Jalan Pasir Puteh, 16150 Kubang Kerian, Kota Baharu.



.

Segmen Encik Ben






Owh encik ben ada segmen baru.....Biasanya bila buka segmen jer, lulu cepat jer nak join dan selalu jadi orang yang terawal join...ngee..agaknya korang dah bosan tengok link url lulu-pages, ye tak?


Namun kali ni, penyakit M melanda diri, yang membuatkan segmen terbaru dibiarkan tanpa 'menyibukkan' diri...Lulu ada banyak kerja...dan masih belum selesai, terutama design header baru makbed, waaa....belum lagi siap..tunggu yer makbed...



Kadang-kadang bila update blog, lulu selalu terfikir samada entri-entri lulu, cukup untuk buat orang tertarik baca, melekat kat lulu-pages. Ataupun adakah semua pembaca akan berpuas hati membaca entri lulu setiap hari..mencari bahan dan memuatkan didalam lulu-pages, sebenarnya lulu akui, kadang-kadang sangat sukar...Ada masanya lulu duduk berdepan laptop berjam-jam setiap hari..Tapi bila ada orang respon (komen) atau PV lulu meningkat, wah, memang berbaloi..



Untuk pengetahuan, selama lulu berblogging, memula dulu, ada gak BE (nuffnang)...sampai 7 BE... tapi sekarang ni takde dah.. selalu sangkut 1....Tapi, syukurlah, walalupun 1, kira ok gak 'running' nya..Agaknya sebab dia tak perlu nak 'rebut' duduk kat situ...cewah iklan ni...


Pagi tadi ada join yuyu zulaikha punya giveaway....
Rancak jer lulu join dengan harapan 'fererro' yang dimaksudkan adalah coklat ferrero rocher...huh memang suka tu...Tapi betulkah? ekeke...





P/S - Nak sambung buat kerja ni.. *wink



.

Elak berlakon bersama


MEREKA mengakui ada menjalinkan hubungan cinta. Scha Al Yahya dan Awal Ashaari tidak merahsiakan hubungan mereka itu yang sudah terjalin sejak tahun lalu lagi.

Selain sedang melalui saat-saat yang cukup indah dan bahagia sebagai pasangan kekasih, tiada sebarang gosip atau kontroversi yang mampu menjejaskan hubungan mereka berdua.
Bagaimanapun, para peminat pastinya agak sukar untuk melihat kelibat mereka bergandingan berdua sama ada melalui drama ataupun filem tempatan.

Malah, kali terakhir Scha dan Awal dilihat bergandingan bersama adalah menerusi telefilem berjudul Prebet Jamilah. Dalam telefilem tersebut, mereka turut berlakon sebagai pasangan kekasih.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Scha yang ditemui pada pertandingan Pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu memberitahu bahawa dia sememangnya mahu mengelak untuk berlakon di samping kekasihnya itu.

“Sebelum ini memang banyak tawaran berlakon yang mahu menggandingkan saya dan Awal, namun kami sebenarnya mempunyai prinsip iaitu seboleh-bolehnya mengelak berlakon bersama-sama.
“Walaupun kami merupakan pasangan kekasih, tetapi itu tidak bermakna kami juga perlu berlakon bersama kerana risau peminat akan muak kalau selalu digandingkan,” jelasnya.
Tambah Scha, biasanya kalau masing-masing mendapat tawaran berlakon yang sama, dia dan Awal selalunya akan berbincang terlebih dahulu sama ada menerima ataupun menolaknya.

Jelasnya, meskipun mereka berprinsip sedemikian, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak akan berlakon bersama-sama. Cuma mereka sekadar mahu menghadkan penampilan bersama dan masih menerima sekiranya mendapat watak yang bersesuaian.
Sementara itu, ketika ditanya adakah dia dan Awal akan berkahwin pada tahun ini, jelas bekas juara Dewi Remaja itu lagi, buat masa ini masih belum ada perancangan ke arah itu lagi.

Ujar Scha, ketika ini masing-masing terlalu sibuk dengan jadual lakonan dan kalau berjumpa sekali pun, mereka tidak pernah berbincang tentang soal perkahwinan.
“Pada usia saya yang menjangkau 28 tahun memang sudah sesuai pun untuk mendirikan rumah tangga. Kalau tiada apa-apa halangan, saya sasarkan tahun hadapan untuk mendirikan rumah tangga,” jelasnya.


Dunia Kita
Mengenai perkembangan terbarunya ketika ini, Scha memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mimi Mencari Cinta.

Dalam tempoh terdekat ini pula dia akan mula menjalani penggambaran drama berjudul Dunia Kita yang bakal ke udara di saluran Astro Ria pada 27 Mei akan datang.

Selainnya, pelakon yang membintangi drama berkenaan adalah Marsha Milan Londoh dan lebih istimewa lagi, Awal juga ditawarkan untuk berlakon dalam drama tersebut.
“Dalam drama Dunia Kita ini, saya difahamkan akan memegang watak sebagai seorang pereka fesyen. Cuma buat masa ini saya masih belum lagi menerima skripnya.




.

Bad dog...


Seorang murid tahun tiga menerima 30 jahitan selain terlantar tiga hari di Hospital Kota Tinggi di sini, akibat diserang empat ekor anjing berhampiran rumahnya di Kampung Panti, di sini Ahad lalu.
Kejadian pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Rafiq Abdul Rashid dan kembarnya, Muhammad Rafie, masing-masing berusia 9 tahun, sedang berjalan kaki tidak jauh dari rumahnya.

Bagaimanapun, semasa melalui sebuah kawasan, kumpulan anjing milik seorang peniaga ikan yang tinggal di lokasi sama terlepas dan mengejar mereka. Rafiq berkata, dia dan adiknya cuba melarikan diri tetapi malangnya dia terjatuh sebelum dikerumuni anjing-anjing itu yang menggigit belakang badannya.

"Saya hanya mampu berbaring secara menangkup dan kedua-dua belah tangan saya menutup muka. Haiwan itu menggigit telinga, tengkuk, ketiak, paha dan kaki, menyebabkan saya meraung kesakitan," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di sini hari ini.

"Adik kembar saya bersama beberapa penduduk menyelamatkan saya dan menghalau anjing itu. Mereka menarik saya ke dalam sebuah kereta untuk dibawa ke hospital," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di sini hari ini.

Difahamkan mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar, Jalan Omar di sini, cedera di seluruh badan dan bahagian terkoyak pada telinga kanannya juga terpaksa dijahit.



.

Ni wajib kena tau ni..


Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian poco-poco haram pada mesyuarat fatwa negeri itu kali ke-186 yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari lalu setelah mengambil kira sembilan asas termasuk soal akidah dan kepercayaan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, walaupun tarian itu dilihat sebagai penjagaan kesihatan oleh beberapa pihak namun, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.

"Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka.
"Lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam..



.

Eh ada juga yang tiruan..


Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.
Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.



.

Yuyu Zulaikha-Fererro Random Giveaway


Nak join giveaway ni, memang menarik, sebab penyertaan dah lebih 200 orang, sikit lagi nak cecah 300...
Haish, susah nak menang apatah lagi bila pemenang ditentukan oleh random.org..


Tapi masih nak join, siapa tau lulu bertuah, kan? kan?
Klik pada banner untuk perjalanan pantas ke blog yuyu..
Kenalah join cepat sebab bila-bila masa saja akan tutup...



.

"Saya masih solo"..


KISAH percintaan pelakon jelita Fasha Sandha sering dilanda gelora. Pernah menjalinkan hubungan cinta penuh sensasi dengan Rizal Ashram Ramli atau nama ringkasnya, Jejai, namun ikatan itu sudah putus pada Januari tahun ini.

Namun, desas-desus dan khabar angin di Internet menyatakan bahawa pelakon drama Chinta itu kini kembali berbaik semula dengan bekas suami pelakon comel, Nora Danish itu.
Walau sering dilanda kontroversi, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu masih mampu memenangi hati peminatya apabila menewaskan pelakon jelita lain termasuklah Lisa Surihani, Tiz Zaqiah, Scha Alyahya dan Noorkhiriah dalam undian sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010.

Kosmo! berkesempatan menemu bual Fasha berikutan gosip yang tersebar itu untuk bertanya kepada empunya diri.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fasha pada majlis yang berlangsung usai acara ABP 2010 di Genting Highlands baru-baru ini.

Kosmo!: Apa khabar Fasha? Tahniah di atas kemenangan Fasha dalam ABP 2010. Nampaknya, walaupun berdepan kontroversi Fasha tetap menjadi pilihan peminat. Apa komen Fasha?
Fasha Sandha: Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan kemenangan saya dalam ABP kali ini. Ia adalah kemenangan kelima saya dalam ABP sejak 2005. Terima kasih kepada peminat dan penyokong saya semua. Saya tidak meletakkan harapan untuk menang lagi pada kali ini kerana saya menjangkakan Lisa Surihani menang anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada tahun ini. Apa pun saya bersyukur kerana masih diberi rezeki ini.

Kenapa menjangkakan Lisa Surihani?
Tiada sebab tetapi hanya menyasarkan Lisa untuk menang, itu sahaja. Saya memang mengagumi lakonan Lisa juga.

Boleh bertanya sedikit soal peribadi? Ada desas-desus di kalangan peminat dan media menyatakan Fasha sudah kembali bercinta bersama Jejai. Apa komen Fasha?
Saya tak setuju dengan desas-desus itu. Saya memang tak berbaik kembali dengan dia. Itu sahaja komen saya.

Ada tak berjumpa dengan dia?
Tidak. Ada soalan lain? Kerana saya tidak mahu bercerita soal peribadi.






Macam mana dengan kisah cinta Fasha sekarang? Sudah ada pengganti ke?
Tiada pengganti. Saya masih single (solo) dan hati saya belum dimiliki sesiapa. Buat masa ini saya hanya ingin fokus kepada kerjaya lakonan dan salun (Chinta Hair Salun & Beauty) yang baru dibuka. Tidak perlu fikirkan mengenai hal itu lagi.

Bagaimana dengan perkembangan kerjaya Fasha sekarang?
Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian 13 episod untuk siaran di saluran RTM berjudul 5 Tahun 5 Hari dan sedang baca skrip untuk drama 20 episod dalam slot Akasia di TV3 berjudul Dewa Cintaku.
Insya-Allah saya akan menerima tawaran untuk terlibat dalam drama itu. Salun (Chinta Hair Salun & Beauty) juga semakin maju dan mendapat sambutan menggalakkan dan luar biasa daripada pelanggan. Memang luar biasa.

Kosmo!: Terima kasih Fasha kerana sudi ditemu bual. Tahniah sekali lagi atas kemenangan Fasha memenangi semula trofi Pelakon TV Wanita Popular.

Terima kasih banyak-banyak.



P/S - Sumber KOSMO!
.

Zass, ok jer...


Nampaknya perlawanan pertama di tempat sendiri ni, chelsea kalah 0-1...
Player macam takde semangat jer nak main..
Ala, player takde semangat, takkan menyu leh score 1 jer?


Kita jumpa dimenyu nanti eh..
lain tak mau komen...

keep the blues flying high..!!




.

Bakal pengantin rentung


Hajat sepasang kekasih melangsungkan majlis perkahwinan pada Jun ini tidak kesampaian apabila kedua-duanya rentung setelah kereta Perodua Kancil yang mereka naiki dirempuh sebuah lori sembilan tan di Kilometer 2.8 Jalan Kempas, Kempas, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pukul 11.15 malam, mangsa, Norhisham Wahab, 34, dan tunangnya, Rafidah Khairodin, 27, maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 52 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, ketika kejadian kereta yang dinaiki mangsa berada di Jalan Permatang Lima sebelum cuba masuk simpang ke Jalan Kempas di sini.
Beliau berkata, sebaik sahaja kereta mangsa memasuki jalan berkenaan, kenderaan tersebut terus dirempuh oleh lori itu dari arah belakang sebelum diseret sejauh 90 meter dan terbakar.

"Kedua-dua mangsa tersepit dan dipercayai gagal keluar daripada kereta yang sedang marak terbakar.
"Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Larkin yang sampai ke tempat kejadian tidak lama kemudian berjaya mengeluarkan kedua-dua mayat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Kulaijaya untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ruslan berkata, pemandu lori berkenaan yang terus ke Balai Polis Trafik Taman Ungku Aminah sejurus kejadian telah diambil keterangan bagi membantu siasatan dan punca sebenar kejadian masih disiasat.
Sementara itu, kakak Rafidah, Sulasteri Khairodin, 31, berkata, ketika kejadian, adiknya yang tinggal di Kampung Permatang di Kempas keluar makan malam bersama Norhisham.

"Dia (Rafidah) yang bekerja sebagai kerani akauntan memang gembira untuk melangsungkan majlis persandingan pada Jun ini setelah bertunang tahun lalu.

"Tak sangka pula perkara begini berlaku kerana segala persiapan untuk majlis pernikahannya sudah siap," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kulaijaya, hari ini.
Ibu Norhisham, Fatimah Kamin, 59, yang berada di lokasi sama berkata, anaknya yang bekerja di kedai perabot di sini tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali banyak mendiamkan diri sejak akhir-akhir ini akibat diserang demam campak.
 

"Tak sangka pula jadi begini kerana segala persiapan untuk majlis perkahwinannya pada Jun ini sudah hampir siap dibuat. Bagaimanapun, saya sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi," katanya lagi.
Jenazah Norhisham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi manakala jenazah Rafidah dikebumikan di Kampung Permatang, Kempas petang ini.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!