Sunday, April 10, 2011

[Sedih] Koko, aku kehilanganmu....sempena ulangtahun pemergianmu...


Dia satu-satunya koko yang aku punya....


Sewaktu kecil. kami berpegangan tangan ke sekolah...Aku dijaga dengan penuh kasih sayang... Bila ada yang menganggu, koko-lah bodyguard...Dimana-manapun koko memang famous.. Dengan rupa paras yang handsome, berbudi bahasa dan menghormati orang lain, jujurnya, koko diminati oleh ramai perempuan...
Sebut saja hadiah....malah surat-surat cinta yang diterimanya menjadi bacaanku dari kecil..


Koko memang cemerlang dalam semua hal... Dia menjadi tulang belakang dalam keluarga..
menjadi anak harapan dan menjadi seorang koko yang paling sempurna padaku.
Koko, boleh diharap untuk apa juga urusan, dan apabila koko melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, aku merasa sangat kehilangan...kesunyian...



Setelah habis STPM, koko ditawarkan menjadi guru sandaran... dan tidak berapa lama kemudian, koko pun masuk maktab...mami papa semakin bangga, apatah lagi memiliki anak yang berjaya...
Juga menjadi contoh teladan buat adik-adik..


Masih ku ingat, setelah menjadi guru, dengan gaji pertama, koko mengajak ku kebandar...
aku dibelanja kepsi...hoho gembiranya hati masa tu...


koko sukakan motorsikal...setelah berpendapatan tetap, koko beli motor besar, walaupun dia sudah memilki sebuah motor yang padaku, memang besar.... Motorsikal itu berwarna kuning..
Dia bangga dengannya.. Setiap hari, aku dipujuk untuk menaiki motor tu dan merasakan betapa powernya motor tu...Aku hanya mampu menggeleng...takut!! Koko selalu bawa motor laju...


Masa di maktab, koko seringkali kemalangan.. pernah dia luka teruk dikaki, kerana kena 'angin' bas, jatuh,  katanya...Tapi, dia masih belum serik...


Suatu hari, (dia mengajar petang) koko masih belum muncul dirumah. Selalunya, dalam 5.45-5.55 petang, kami dah nampak kelibatnya dengan motor besar tu...Pelik...Tapi tak perasan pula masa tu nak bersangka buruk.... Masa terus berlalu.. Hari sudah semakin gelap.. mami yang ketika tu sedang menonton tv, sudah tidak senang duduk... Handphone koko sudah didail, namun tidak dijawab... Tidak lama kemudian, telefon rumah berdering dan mami jawab... sambil mami bercakap ditelefon, kami dapat rasakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Apatah lagi mami mula menangis...


Apa yang aku tahu, koko kemalangan... Dalam hati masa tu, pelbagai soalan yang berlegar dikepala... Dan yang paling penting adalah, terukkah koko??? Oleh kerana ini bukan kali pertama koko kemalangan dengan menaiki motor, aku cuba tenangkan hati... Mami dan papa bergegas ke hospital yang jauhnya 24km dari rumah.. Aku terpaksa tinggal untuk menjaga 2 adik dirumah..


Malam tu, aku tak dapat melelapkan mata... hati tak sedap.. mata tak dapat menahan tangisan... aku teringat koko... sebaik matahari memancar, aku segera mandi dan bersiap... adik-adik kusiapkan untuk kesekolah... setelah semuanya selesai, aku naik bas kebandar-tujuan adalah ke hospital.. Biarlah mataku sendiri melihat bagaimana keadaan koko..

Setibanya di hospital, kulihat mata mami dan papa merah.... Aku bingung...adakah keadaan koko teruk?
Ruang ICU aku masuki... Kelihatan dikatil pertama, sebujur tubuh yang sangat aku kenali.. Owh, dia kah itu??? Kenapa??? matanya tertutup...kakinya??? kenapa????  tubuhnya lebam...teruknya... Tiba-tiba aku seperti bukan dibumi yang nyata.. Bermimpi kah aku? Itukah orang yang aku panggil koko? Koko............


Apa yang aku tahu, koko bergegas pulang hari tu..(laju).. Ketika ingin memotong, rupanya ada lori 6 tayar dihadapan, dan...bam....lori 6 tayar.... kaki kanannya patah...entah patah berapa......motor kesayangannya? rosak teruk.. Nasib baik dia pakai helmet 'mahal' yang memang melindungi kepala...kalau tak, habislah kepala...dan dia terlantar diatas jalanraya hampir 30 minit...memang banyak kehilangan darah...
Koko yang aku sayang, terlantar dijalanraya dalam keadaan begitu??? Koko yang selalu melindungi ku, dan ketika dia dalam keadaan begitu, aku tiada? huhu hatiku merintih, aku sedih...


Koko menjalani beberapa pembedahan selepas itu, membuang darah beku dan membetulkan tulang kaki yang patah.. Namun setelah beberapa hari berlalu, doktor mencadangkan kaki koko dipotong, kerana sudah tidak ada respon. kakinya biru dan memang tak boleh gerak..


Setelah koko sedar, dia mengamuk masa tu.. Katanya, kenapa dia baring... dia nak bangun, nak berjalan sendiri ke tandas.. aku tak dapat bayangkan, kalau koko takde kaki.. Koko memang aktif.. Tapi mungkin itu saja caranya untuk dia tetap bertahan hidup..


Pagi tu, aku bersihkan mukanya, lap dengan kain basah, dan mami menyuapkan bubur kemulutnya.. Aku lihat ada airmata kering dimatanya..yang menandakan dia pernah menangis sebelum itu..aku cium dahinya, dan aku bisikkan ketelinganya, bahawa walau apapun terjadi, aku tetap akan sayangkannya...dia tersenyum...

Dan untuk kesekian kalinya, hari yang sama, berita baik kami terima, dia akan dihantar ke hospital X, sebuah hospital pakar, yang sudah terbukti pernah merawat ramai pesakit seperti koko, malahan lebih teruk lagi.. Koko kelihatan segar hari tu, dan dia disiapkan untuk dipindahkan.. namun menjelang hampir tengah hari, untie telefon dan menyuruh ku segera ke hospital..


Rupa-rupanya................aku sudah kehilangan koko buat selama-lamanya..
Aku bingung... Bukankah koko ok? kenapa??? Banyak persoalan yang muncul difikiran ku..
Aku seperti kehilangan segala-galanya... Dia satu-satunya abang yang aku punya...
Dan aku kehilangannya.....Masa tu, dihospital ada beberapa guru dari sekolah koko datang, kononnya nak beri derma buat koko kerana mereka dikhabarkan, koko akan berpindah hospital dan dirawat disana... namun nampaknya wang hasil derma itu, digunakan buat pengkebumiannya....


Koko, Allah lebih menyayangimu...
Kami kehilanganmu, dan tiada ganti lagi walaupun dengan wang ringgit dan harta benda...
Masih jelas suaramu dan gelak tawamu ditelinga ku... Masih terasa gurauanmu...Masih jelas dikotak ingatan ku ketika kau menyanyi karaoke dengan lagak seorang penyanyi beserta urat timbul dileher...
Dan masih lagi aku terbayang betapa manisnya kenangan kita sewaktu kecil..bersama...


Al-fatihah- 10.april..... buat arwah koko yang meninggal sehari sebelum ulangtahun hari kelahiran mami.. beberapa tahun yang lalu..(ketika terlantar, hari koko meninggal, koko sempat bertanya mami, apa hadiah yang mami mahu sempena hari lahir mami...)



.

Kerana cinta tak direstui


Seorang pemuda nekat menikam penjual pisang sehingga mati di pasar Kota Bima, Nusa Tenggara Barat. Aksi ini dilakukan oleh Amirruddin (25) kerana marah dengan mangsa yang tidak merestui cintanya dengan anak gadis mangsa.

Amiruddin, warga Kedo, Jatiwangi, Bima sanggup menikam mangsa ketika sedang menjual pisang di pasar. 
Mangsa terus dibawa ke hospital terdekat. Namun meninggal dunia ketiak dalam rawatan. Berita kematian itu membuatkan warga tetangga dari Kelurahan Tanjung menyerbu hospital.

Setelah ditenangkan oleh pihak polis, beberapa warga penduduk akhirnya bersedia meninggalkan hospital. Sementara Amiruddin kini ditahan di balai polis terdekat untuk diadili perbuatannya.



.

Suami isteri maut nahas treler

Sepasang suami isteri terbunuh selepas treler yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi treler di KM257 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar semalam.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian 6 petang itu ialah pemandu treler, Mat Nazri Idris, 47, berasal dari Kedah dan isterinya, Nor Suzaimi Othman, 25 berasal dari Kelantan.

Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata hari ini, kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat," katanya.

Wan Abdullah berkata, nahas berlaku ketika treler yang dipandu Mat Nazri yang membawa muatan tiang lampu dari Kuala Lumpur ke Butterworth gagal dikawal lalu merempuh bahagian belakang treler membawa muatan besi buruk di hadapannya ketika kedua-duanya menuruni bukit.

"Akibat rempuhan itu bahagian depan treler mangsa remuk teruk dan kedua-duanya tersepit dalam kenderaan tersebut, manakala pemandu treler di hadapan tidak mengalami kecederaan dan melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya.

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum dihantar ke hospital.



.

Lagi kes dibunuh dan dibakar..


Hajat dua anggota tentera untuk menangkap ikan di Pantai Sekakap, di sini terbantut apabila mereka menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan rentung pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan dari anggota tentera terbabit kira-kira pukul 10.30 pagi tadi memaklumkan penemuan mayat tersebut selepas mereka mencari kayu untuk memasang jaring ikan di belukar pantai berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama Jalan Mersing-Sekakap.

“Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai wanita berdasarkan jam tangan dan gelang kaki pada tubuh mangsa yang mayatnya 95 peratus hangus terbakar.

“Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain kurang 24 jam lalu dan mayatnya dimasukkan ke dalam beg pakaian sebelum dibakar di kawasan pantai yang terletak kira-kira 50 meter dari Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sekakap dan satu kilometer dari Kem Iskandar, dekat sini,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd. Nor berkata, mangsa dipercayai berumur di bawah lingkungan di bawah 25 tahun berdasarkan keadaan fizikal tubuh dan berdasarkan pada bahagian kaki mangsa yang tidak terbakar, mangsa berkulit cerah.

Selain itu, katanya, terdapat seutas rantai pada leher mangsa yang tertera perkataan ‘Suemzar’.
“Pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan berkenaan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat dihantar ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan akan ditempatkan di bilik mayat hospital berkenaan sementara menunggu pengecaman ahli keluarga,” katanya.

Mohd. Nor menyeru waris atau ahli keluarga yang kehilangan anak perempuan terutama remaja di bawah umur 25 tahun kurang dari 24 jam lalu agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Abd. Aziz Che Embong di talian 07-7993507 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, 07-7994222 atau mana-mana balai polis berhampiran.



.

One small step for man


Moses Lanham plans on stepping into the record books in a rather unusual fashion.
'Known as backwards feet man' and 'Mr elastic', the Michigan based 49-year-old can rotate his feet 120 degrees behind him, a feat he hopes will earn him a place in the Guinness Book of Records.
As that's not all; he also plans on setting a record for the fastest man to walk 20 metres with his feet turned backwards.
Despite the daunting task ahead, Mr Lanham can however remain quietly confident - both records have never been attempted before.


Speaking to AOL News, Mr Lanham said: 'I know I can put my toes together in back, but for the record, I'll do a full 120 degrees.'
Despite the visually excruciating appearance, Mr Lanham says his flexible feet cause him no pain, in fact he quite enjoys the back-to-front feeling.
'A lot of times when I'm sitting down I'll put my feet in a twisted position because it's more comfortable for me,' he said.



Mr Lanham discovered his strange quirk at 14 after a high school gym class accident.
Climbing a rope, he lost his grip and fell nearly 18 feet before landing with his feet in an extremely awkward position.
'They thought something was dislocated,' Mr Lanham said. 'But I stood up and was fine.'
Mr Lanham has made the most of his talent ever since.
In high school he was prone to walking backwards and at college he would wear his clothes backwards to match the direction of his feet.
Sadly, Mr Lanham's 17-year-old son Trey has only partially inherited his father's funny feet.
Trey can not turn them the full way round like his father, and also feels pain after staying in the position for a short time.
'It's a shame because I was hoping I could retire and be his manager,' Mr Lanham added.
Doctors who have examined Mr Lanham say he was born with extra tissue and cartilage in his joints, making his hips, knees and ankles especially elastic.
There are no records of anyone else in the family, apart from Trey, having the condition.
His perculiar talent has also gained him national notoriety after he appeared on 'Candid Camera', 'Ripley's Believe It or Not!', 'America's Funniest Home Videos', 'Jimmy Kimmel Live' and the Discovery Channel's 'Medical Incredible'.



.

Mari ramai-ramai panjangkan rambut..


Rambut adalah mahkota wanita. Pelbagai cara dilakukan pada rambut kaum hawa tersebut agar kelihatan indah dan menjadi kebanggaan tersendiri bagi pemiliknya. Termasuk di antaranya adalah memanjangkan rambut.


Bila panjangnya secara wajar tentu nampak indah, namun apa jadinya bila panjangnya mencapai 37 kaki malah akhirnya kelihatan mengerikan.


Bahkan hal ini dilakukan ramai-ramai oleh sebuah keluarga besar.


Mereka adalah 7 sutherland bersaudara dari New York.




.

HOHO!! Chelsea owner Abramovich may sell Torres



Roman Abramovich is already going cold on £50million flop Fernando Torres and will consider selling him this summer.
The Chelsea owner drove through the record-breaking signing of the striker from Liverpool in January in the hope that he would make the club a force in Europe.

But after losing to Manchester United in the first leg of their quarter-final in the Champions League last Wednesday, Abramovich's patience is wearing thin.
A Chelsea insider said: 'I know the owner is not happy with his investment. He could even sell Torres in the summer, despite having just bought him.'
Sir Alex Ferguson's side went 10 points clear at the top yesterday with a 2-0 win over Fulham.
Torres has failed to score for Chelsea despite spending 648 minutes trying and he squandered good chances when he came on against Wigan yesterday, as Carlo Ancelotti started with Didier Drogba in a 1-0 win. 


He has looked a shadow of the player who took the Premier League by storm at Liverpool and Abramovich is aware that interest in the former Atletico Madrid player remains strong in Spain.
It would be a climbdown for the Russian to give up so soon but he will listen to offers if he sees no improvement before the end of the season.
Chelsea have struggled with Abramovich-led buys before, with £30m Andriy Shevchenko failing at the club and his presence adding to problems with then manager Jose Mourinho.
But Ancelotti said: 'Everyone here wants him to score. The goals will come, maybe at Old Trafford, who knows?' 



.

"Ariana's story 1st GA".


Lulu dah tahu mengenai GA ni malam tadi.. Tapi kerana 'mata' tak mengizinkan, so lulu tangguh...
Dan, huhu kakak penganjur ni dah pelawa melalui komen, bukankah nampak sangat lulu tak support? huhu....sorry kak...


Marilah kita bersama-sama menyokong 1st giveaway kak Ariana (gabungan nama bersama suami) ni, dan semoga meriahlah giveaway ni... Nak tahu lebih lanjut, sila klik pada banner yer...


Lulu nak tag makbed, nini, mizzkechique, fadwa daud, cik blogger, cempaka kuning, kak nora shahaira, kak risa, AitotYati, dan semua teman sejati lulu-pages...Giveaway yang harus dijoin yer...ekeke...



Tarikh Tutup adalah 09 mei 2011...




.

Kakinya tersepit eskalator


Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini petang ini.
Kejadian berlaku pukul 3.30 petang ketika mangsa, Saiful Raziq Hamzah, 7, datang ke pusat beli-belah itu bersama keluarganya.

Kanak-kanak itu dikatakan berada di belakang ibu dan abangnya ketika turun menggunakan eskalator untuk ke tingkat bawah pusat beli-belah tersebut.
Ibu mangsa, Siti Rohaya Mahadi, 41, berkata, dia hanya menyedari keadaan anaknya itu apabila mendengar jeritan mangsa.

"Ketika kami berada di atas tangga itu, tiba-tiba anak saya menjerit kesakitan kerana kaki kirinya tersepit di bahagian dinding eskalator.
"Terkejut melihat keadaan itu, saya menjerit meminta pertolongan orang ramai dan pihak pengurusan pasar raya," katanya.

Siti Rohaya berkata, dalam keadaan cemas, dia cuba menenangkan anaknya namun kesakitan yang dialami menyebabkan mangsa menjerit sekuat hati.
"Saiful menjerit sambil menangis kerana sakit. Mujur ada pengunjung yang bertindak pantas menekan butang eskalator menyebabkan ia berhenti serta-merta," katanya.

Tambahnya, usaha mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut gagal sehinggalah sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam tiba untuk membantu.
Kanak-kanak itu akhirnya berjaya diselamatkan kira-kira setengah jam kemudian dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan.



P/S - Lulu pernah tengok juga kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun tersepit tangan di eskalator..Hoho riuh semua orang.. nasib baik tidak serius..



.

Rayuanku buatmu


KEBIASAANNYA, isteri sering digantung tidak bertali, tetapi gelora yang berlaku dalam mahligai impian pengacara popular, Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Shuhaimy, berlainan benar ragamnya.
Mereka yang bernikah pada 1 Oktober lalu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari. Akibat berselisih pendapat dalam soal hidup berkelamin, Suhaila meninggalkan Jimmy.

Walaupun dipujuk dan dirayu oleh Jimmy, Suhaila sebaliknya masih enggan tinggal bersama Jimmy malah dia berkeras mahu menetap di rumah ibu bapanya.

Biarpun berjaya dihidu media, perkara itu hanya dibenamkan Jimmy di dasar hati.

Tiga bulan tempoh diberikan, Suhaila tidak juga lembut hati sedangkan dalam rahimnya sudah tumbuh segar benih daripada hubungan suci bersama Jimmy. Akhirnya Jimmy bersuara.
Jimmy yang selama ini cukup dikenali sebagai pengacara yang gila-gila dan bersifat remaja bertukar menjadi lelaki matang.

Dia tidak putus asa menagih kasih Suhaila yang kini hamil enam bulan.
Jimmy nekad memfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.
Suhaila sebelum ini meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga mertuanya pada 28 November lalu.

Dia tidak mahu memperjudikan nasib anak yang bakal lahir serta enggan melepaskan talak secara sia-sia terhadap wanita yang diangkat menjadi isteri.
Keluh resah Jimmy tidak terhingga. Jimmy, anak yatim piatu, hanya mahukan kasih sayang biarpun terpaksa berdepan spekulasi dan fitnah.


Sensasi Bintang: Suhaila kini mencabar anda?
JIMMY SHANLEY: Saya masih menanti perbicaraan seterusnya pada 23 Mei nanti. Kalaulah ada keputusan, saya akan terima dengan hati terbuka.
Setakat ini, saya cuma berusaha yang terbaik. Ibarat orang sakit, takkan harus dibiarkan sahaja menunggu saat kematian, kena bawa berubat, perkahwinan juga begitu.


Siapa yang bersalah dalam soal ini?
Semua pihak bersalah. Saya mengaku salah saya dan saya buang segala keras kepala saya, tapi nampaknya dia masih pertahankan egonya.
Sampaikan pergi ke Mekah untuk mengerjakan umrah pun tak minta izin dengan saya. Pergi buat ibadat yang sunat tapi lupa kewajipan kepada suami.


Untuk apa simpan isteri yang sudah membuang Jimmy daripada hidupnya?
Sejak kecil saya impikan kasih sayang. Saya mahu hidup bahagia bersama isteri dan sekarang saya buat semua ini demi anak dalam kandungannya.
Saya terkilan sebab tak dapat pengalaman temankan isteri dan beli barang keperluan bayi dengan isteri. Semua kelengkapan bayi telah sedia.
Biarlah derita saya hanya sembilan bulan ini, tapi derita Suhaila akan berlarutan sepanjang hayat.


Maksudnya?
Saya mahu menjaga anak saya bila selamat dilahirkan nanti. Saya sudah fikir panjang sebab itulah saya tidak mahukan perceraian.
Saya mahu bahagia menjadi seorang bapa kalaupun tidak bahagia menjadi suami, tapi adakah Suhaila akan bahagia? Tolonglah berubah wahai Suhaila.


Sungguh memalukan, berkahwin 20 hari dan berpisah, jika berbaik, mungkin akan bergaduh lagi?
Biarlah saya malu berdepan masyarakat asalkan saya tidak malu dengan hukum Tuhan.


Rasanya, Jimmy sudah faham benar sejauh mana sikap isteri?
Sebab itulah ada tempoh berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Kini saya sudah masak perangainya. Dia berjanji macam-macam dan mahu berubah perangai selepas berkahwin, tetapi begini jadinya. Saya tidak akan putus asa.


Sikap mertua dalam soal ini?
Saya kagum dengan sikap mertua. Mereka sanggup bawa saya ‘berubat,’ jumpa mana-mana ustaz untuk dapatkan nasihat, bawa anak (Suhaila) ke Mekah untuk berdoa dan lembutkan hati. Saya sangat hormatkan keluarga mertua, mereka yang banyak sabarkan saya.


Adakah Suhaila ada lelaki lain?
Saya tidak tahu, setahu saya semua perkara hendak dikongsikan dan habiskan masa bersama teman ‘sehidup semati.’ Berkawan sampai lupa kepada suami. Sakit otak saya dibuatnya.



P/S - Sumber Kosmo!



.

Korang 'gila' komputer?


Seorang lelaki di China yang gilakan komputer meninggal pada usia 26 ketika sedang mengirim email teman-temannya. Keluarganya kemudian membuat nisan diukir baginya dalam bentuk komputer desktop, dengan monitor menampilkan tarikh kelahiran dan kematiannya.

Chuang, 26, dari Chongqing, China barat selatan, begitu gila komputer, yang membuatkan keluarganyanya kemudian membuat nisan diukir dalam bentuk monitor memberikan tanggal lahir dan kematiannya.juga termasuk keyboard, mouse dan kamera dengan gambar Chuang

"Orang tuanya tetap membuka alamat email-nya untuk terus mengirim email kepadanya kerana, siapa tahu, mungkin dia boleh membacanya di sisi lain," kata seorang teman keluarga.



.

Bunga Mawar Pelangi dari Belanda



Pada tahun 2004, dua perusahaan Belanda, River Flowers dan FJ Zandbergen, bereksperimen dan berhasil menghasilkan mawar yang kelopaknya berwarna pelangi. Sebagai kelopak mendapatkan makanan mereka melalui batang, ideanya adalah untuk membahagikan batang menjadi beberapa saluran dan celupkan dalam air berwarna berbeza.



Dengan cara ini semua warna akan ditarik oleh batang ke kelopak dan memiliki semua warna di dalamnya. Cara yang sama dapat diterapkan pada bunga lain.


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!