Monday, April 11, 2011

Kuburan buat uri bayi..


Di kebanyakan tempat, uri yang menyertai kelahiran bayi umumnya dikubur di halaman rumah. Tapi bagi Desa Bayungged , mereka mempunyai kebiasaan yang berbeza.
Uri-uri bayi di desa itu digantung di pohon di satu lokasi yang disediakan khusus sebagai setra (kuburan) uri-uri.

Desa Bayunggede salah satu desa di Bali yang memiliki keunikan. Di desa itu rumah-rumah warganya berukuran sama, modelnya sama, dengan letak satu sama lain yang sangat berdekatan.
Tapi tidak seperti perumahan padat di kota-kota besar di Indonesia. Walau sangat rapat, lingkungan desa Bayunggede bersih dan rapi.

Selain suasana perkampungannya yang unik, desa Bayunggede juga mempunyai tradisi khas. Warga desa ini menyediakan kawasan khusus yang disebut sebagai setra (kuburan) uri.

Di kawasan seluas kurang lebih 400 ekar itu, uri-uri setiap bayi yang lahir ditempatkan. Tidak dikubur dalam tanah, tapi digantung di dahan-dahan pokok.

Setelah dibersihkan, uri dimasukkan dalam kelapa yang sudah dikupas kulitnya dan dibersihkan isinya. Buah kelapa yang sudah berisi uri itu ditutup dengan rapat, kemudian digantung di pokok.
“Di sini ada banyak pokok, macam-macam, tapi uri hanya boleh digantung di pokok buka (sejenis pokok), pokok lain tidak boleh,” kata ketua desa Bayunggede Wayan Suwela.


Pokok buka di desa ini nampaknya memiliki kelebihan khas menyerap bau. Walaupun ada uri tergantung, pengunjung yang berkunjung tidak akan mencium bau busuk.

“Ya memang, pokok buka boleh menyerap bau,” kata salah seorang penduduk.
Setelah menggantung uri di pokok, orang tua tidak perlu melakukan sebarang perawatan khas.
“Cukup sekali datang, setelah itu selesai. Kalau kelapa (yang berisi uri) jatuh, tidak apa, kita biarkan saja,” kata Wayan Suwela.




.

Lulu Caldina : aku yang bertuah!!! yeah...lompat katak lagi.....


Dah gosok mata berkali-kali....Yelah kena pastikan betul-betul, takut lulu salah pandang.. Nanti heboh, rupanya salah tengok, kan?


Korang ada join Ferrero Random Giveaway oleh Yuyu Zulaikha???
Ekeke, keputusan dah keluar....
Dan, guess what, whoaa, lulu caldina antara pemenangnya..............
Betul...............................



Dah tengok.. Pastu pastikan betul-betul...ekeke....
Bayangkan, seramai 567 peserta dalam masa 6 hari dan 10 sponsor, dan lulu antara pemenangnya?
Wah terasa diriku memang bertuah....
ekeke..



Eh, nape tak berhenti senyum eh??? Apa pun hadiahnya, yang penting menang..ye idak?? ekeke



.

Photographer snaps amazing picture of insect carrying petal back to its nest



This hard-working ant balances a huge yellow petal above its head as it marches along on its hind legs.
The 1cm-long insect carries food and flowers left for him by photographer Andiyan Lutfi under a mango tree near his house.
The red ant used the material to build a nest before queuing with other workers to quench his thirst on water droplets caught on an over-hanging branch.


Andiyan, 36, snaps away as the ants go about their day-to-day lives in Cibinong Village, Indonesia.
He said: 'I observe the amazing behaviour of the ants under the mango tree almost every day.
'I like to take photographs of the ants to show how extraordinary they are. They can work well as a team or as individuals.
'The ants take leaves or whatever else there is under the tree and make a nest out of them.
'These photos show a male ant biting into a yellow petal I gave him and taking it to their nest. They will bite into anything I give them.
'The female, or queen ant, usually stays in the nest.'  The red ants, known locally as Rang-rang, live in colonies where each has their own role as either worker, drone or queen.
The colony is so important to the creatures that they would sacrifice themselves to protect their home.








.

Helikopter terhempas selepas hantar rombongan TPM


Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya ini pada 1.40 petang hari ini selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.

Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.
Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100 meter dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas,” kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.

Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor.
"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat,” kata Hafiz.



.

Korang nak hadiah?? Yeah Lulu-Pages naik satu tahap lagiii..


Setelah lulu-pages menerima iklan pertama 2 minggu lepas, kali ni lulu-pages naik satu tahap lagi...
Wooo, sekarang dah mula merangkak laju, kan???
Untuk blog yang meletakkan iklan kat lulu pages, yang join giveaway pasti tau, kan?? kan??
ngee....



Dan semalam, lulu-pages menerima satu lagi 'tawaran'....
yeah rezeki melimpah ruah...alhamdulillah....
KORANG NAK HADIAH?


Untuk giveaway seterusnya (wah giveaway sedia ada belum tutup, baru jer berjalan 3 hari....dah cerita mengenai giveaway seterusnya), lulu dapat sponsor hadiah tau.....whoaaa, untuk yang setia bersama lulu-pages, peluang untuk menang adalah besarrrr kat sini...ekeke...



Hadiah apa eh? ekeke setakat ni belum tau lagi...lulu belum bincang dengan cik bintang..







Tapi yang pasti, lepas GA yang sedang berjalan ni, akan menyusul GA seterusnya....dan seterusnya......
Weewuu terasa nak senyum lebar bila nak umum...yelah lepas ni kena tambah nama blog, bukan jer untuk sebaran maklumat dan pengetahuan, tapi penganjur giveaway....



Psstt...next, ada penganjur tak? Dun worry yer, kita sama-sama akan dapat 'faedah'...yeah..



P/S - Untuk yang sudah menyertai giveaway white pouch, sila semak nama dan link anda kat bawah blog ni...Untuk yang terkurang atau tersilap, sila inform cepat...


.

Beri saya peluang kedua..


SUSUK tubuh pelakon berusia 18 tahun ini paling banyak diperkatakan sejak hujung bulan lalu. Melibatkan aksi ‘‘berani mati’’ di sebuah majlis keramaian di ibu kota. Dia dengan bangganya menayangkan bahagian paling ketara bahagian dada di hadapan umum.
Peristiwa tersebut mencalarkan nama Miera Leyana. Meski pun dia mengakui bahawa perkara tersebut berlaku di luar kawalan. Tapi sampai sekarang, nampaknya masih ada yang tidak mempercayai kebenaran cerita yang diterangkan.

Natijahnya, dia dilabel sebagai wanita murahan. Tak padan dengan usianya yang masih hijau. Baru tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu tapi sudah pandai buat hal.
Perbuatan Miera yang sengaja merendahkan akhlak dan maruah telah memakan diri sendiri. Tambahan pula kenyataan yang diberikan iaitu ‘‘Nampak sikit saja. Pilih baju ini sebab nak nampak kelainan” dianggap keterlaluan.

Alasan yang dikeluarkan Miera itu tak sepadan dengan ‘pelanggaran susila’ yang dilakukan. Nampak sangat dirinya seolah-olah tidak ada perasaan. Ini menambah kebencian segelintir pihak terhadapnya.
‘‘Saya sudah menerima hukuman atas peristiwa tersebut. Ia berlaku di luar sedar saya. Apabila gaun cantik yang saya pakai tiba-tiba bertukar menjadi mala petaka.

‘‘Salah saya juga sebab saya tak membuat persiapan. Tak membuat proses suai padan baju dengan pereka (Wan Huzairil) sebelum majlis tersebut berlangsung.
‘‘Pada mulanya, memang saya rasa kurang selesa bila gaun itu terdedah di bahagian dada. Sebab itu, saya letak kerongsang di bahagian depan. Tak sangka pula bahagian tepi pula terdedah.
‘‘Sungguh, kalau saya sedar sudah lama saya betulkan pakaian. Tak akan saya dedahkan bahagian dada saya kepada semua hadirin, ’’ hujah Miera menyentuh soal pakaian yang mendedahkan dada pada majlis berkenaan.

Anak kedua dari tiga beradik ini juga merujuk penjelasan yang dikeluarkan berdasarkan pandangan aras mata di bahagian hadapan. Dia beranggapan hanya lurah dada saja kelihatan dan bukan di bahagian tepi.
Tambahan pula, tiada seorang pun yang menegur tentang kekhilafan itu. Cuma disedari selepas keluar cerita buruk itu di dada akhbar dan dunia maya sehari selepas itu.
Sebagai anak yang masih di bawah umur, Miera dihujani persoalan demi persoalan. Malah ada yang menuntut dia meminta maaf daripada bapa, Datuk Seri Kasmi Arsat dan ibu, Datin Seri Aishah Abdullah.
‘‘Kepada Papa dan Mama, saya sudah jelaskan dan mereka memahaminya.
‘‘Tapi bagi diri sendiri pula, ia ternyata sukar. Saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan semua orang ketika itu. Tertekan sebab publisiti murahan memakan jiwa sedikit demi sedikit.
‘‘Bila saya keluar rumah, ada sekumpulan remaja menjerit cakap yang bukan-bukan ke arah saya. Sakit hati saya sebab cara mereka memandang dan melabel itu macam saya ini buat kesalahan besar,’’ cerita Miera menyelak kenangan selepas peristiwa itu.
Pelakon wanita utama bagi drama bersiri dalam talian berjudul Luna Fantasiku ini juga mengeluh apabila kekhilafan dirinya menjadi modal bualan. Apabila ada yang mengangkat isu berkenaan dalam bentuk sindiran di ruangan kartun.

‘‘Saya bukan simbol seks. Tak seksi. Bukan juga bahan daya penarik kepada isu lucah. Saya terima apa saja pandangan masyarakat. Tapi janganlah keterlaluan,’’ pinta Miera.
Ditanya resipi yang digunakan untuk melenyapkan peristiwa gelap tersebut, anak kelahiran Johor Bharu, Johor ini tersenyum pahit.
Jujurnya ketika ini apa yang mampu dilakukan adalah bersabar. Seperti seorang pesalah, menanti hukuman berakhir. Biarpun terpaksa melalui tempoh penderitaan yang agak panjang.

Salam maaf tak laku?
Pelakon berbintang Virgo ini juga menyatakan kerisauan tentang kesan sampingan selepas peristiwa tersebut berlaku. Terutama melibatkan soal karier lakonannya yang baru bermula.
Tambahan pula masyarakat cukup sensitif dengan perlakuan artis. Cara pemakaian turut diambil kira. Itu antara intipati yang menyebabkan seseorang itu cepat popular atau sebaliknya.
‘‘Saya tahu seorang artis perlu didokong oleh peminat. Sebab itu, saya berfikiran terbuka. Sampai bila saya perlu sembunyikan diri. Lari dari masalah. Lantaran itu, saya berani membuat kenyataan kepada khalayak.
‘‘ Saya memohon kemaafan kerana kedaifan saya,’’ ujarnya.
Ditanya adakah salam kemaafan yang dihulurkan itu ‘tak laku’, Miera berkata, dia tak terdaya untuk memuaskan hati semua pihak. Apa yang termampu dilakukan adalah menyatakan rasa kekesalan atas perkara yang terjadi.

Serius dalam lakonan
MENYENTUH topik bakat tersendiri, Miera menjelaskan betapa dia cukup meminati bidang lakonan. Biarpun usia pembabitannya baru mencecah empat tahun, namun cita-citanya tinggi.
Katanya, dia mahu membawa bakatnya itu seperti pelakon Michelle Yeoh.
‘‘Saya bukan angan-angan mat jenin di sini. Saya punya wawasan sendiri sewaktu melangkah menjadi anak seni. Saya tak mahu ada jurang yang boleh menyebabkan seseorang itu tak boleh melangkah keluar negara.
‘‘Mengambil contoh juga model Amber Chia. Dia juga berjaya disebabkan impiannya. Sebab itu, saya mahu serius dalam bidang seni ini. Mahu buktikan kepada semua bahawa saya juga mampu,’’ katanya bersungguh-sungguh.

Tak minat mencari kekasih
Jiwa mudanya juga menolak istilah berkasih pada saat ini. Alasannya, dia tak mahu ada perkara yang boleh memberatkan mindanya untuk terus berfikir selain urusan kerja.
Baginya, biarlah perkara itu berlaku secara semulajadi. Tanpa sebarang sebab atau paksaan yang menyesakkan. Tambahan pula, Miera terlalu muda untuk berbicara lanjut mengenai persoalan berkenaan.

‘‘Memang saya ada kriteria lelaki idaman seperti ketinggian dan susuk tubuh tertentu. Tapi apalah sangat dengan fizikal seseorang itu berbanding kejujuran. Justeru saya tak memilih. Biarlah kalau ada jodoh, pasti saya bertemu dengan lelaki sesuai,’’ katanya menyungging senyum.
Pada masa yang sama, pelakon drama Kasih Yang Suci ini meluahkan rasa gembira dengan keputusan SPM yang diterimanya baru-baru ini.

‘‘Saya minta maaf sebab terpaksa merahsiakan keputusan tersebut. Cukuplah saya cakap bahawa keputusan tersebut mencapai sasaran dan boleh melayakkan saya untuk menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang.

‘‘Cuma buat masa sekarang saya masih belum membuat keputusan yang muktamad lagi sama ada mahu sambung belajar ataupun tidak pada tahun ini,’’ katanya berterus terang.
Bagaimanapun, Miera berhajat untuk memenuhi minatnya dalam bidang lakonan sebelum memikirkan urusan mengejar segulung ijazah.



.

Terlantar dan semakin lumpuh..


Masa depan seorang bakal guru yang terlantar sakit akibat diserang jangkitan kuman pada otaknya sejak lima bulan lalu kini semakin suram.

Mohd. Syafiq Abdul Manaf, 22, pelajar tahun tiga Maktab Perguruan Lipis dekat sini kini tidak mampu bergerak kerana lumpuh sebelah badan dan bergantung makanan melalui tiub yang dipasang di hidungnya.
Ekoran menderita penyakit itu, harapan Mohd. Syafiq untuk mengikut jejak langkah bapanya menjadi seorang pendidik kian pudar.

Bapanya, Abdul Manaf Yunus, 47, berkata, anaknya seorang yang aktif dan tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal, hanya diserang demam panas pada 23 September tahun lalu.



.

Pemandu lori, tunang maut kemalangan


Seorang pemandu lori dan tunangnya terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan yang membabitkan dua buah lori di Kilometer 256.9, Lebuh Raya Utara Selatan, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, mangsa Nazri Idris, 45, dari Bidong, Kedah dan tunangnya, Nur Suzilawani Othman, 25, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa dan tunangnya dipercayai dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Kelantan apabila lori yang dipandunya merempuh belakang lori muatan besi terpakai dari arah sama.

Katanya, mangsa yang memandu lori membawa muatan konkrit gagal mengawal kenderaannya ketika menurun bukit selepas Terowong Menora.
“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk dan mati di tempat kejadian, manakala pemandu sebuah lagi lori tidak mengalami kecederaan” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Gaffar berkata, mayat Nur Suzilawani berjaya dikeluarkan beberapa minit selepas kejadian, manakala mangsa kedua dikeluarkan enam jam selepas itu menggunakan kren oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar yang diketuai Penolong Penguasa Bomba 2, Mat Isa Abdul Rani.
Akibat kemalangan itu Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara mengalami kesesakan trafik lebih enam kilometer.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan -APJ- 1987 yang dikategorikan sebagai kemalangan maut,” katanya.




.

Tidak sedar rupanya dia dibelakang..

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya ketika mengundurkan kenderaan itu dari tempat letak kereta di kedai makan mereka di Batu 21, Bukit Ara, Ajil, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Siti Nur Hazwani Khairul Azhar ditemui di bahagian bawah kenderaan itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata bapa mangsa, Khairul Azhar Abdullah, 46, tidak menyedari anak perempuannya berada di belakang kereta ketika mengundurkan kenderaannya.

“Selepas terdengar jeritan, barulah bapa mangsa menyedari beliau terlanggar sesuatu. Beliau kemudian memberhentikan kenderaan dan terkejut mendapati anak kecilnya berada di bawah kenderaan itu dalam keadaan tidak bernyawa.

“Dalam keadaan terkejut dan sedih beliau membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Hulu Terengganu, bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia.

“Bapa mangsa kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Hulu Terengganu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Manoharan berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!