Thursday, April 21, 2011

"Segmen Blog Review Pak Cek Biola"



Memalam yang syahdu macam ni kena pelawa join segmen oleh makbed.. Kalau ikutkan hati memang malas sangat nak join memalam ni...ngantuk dowh..... nasib baik makbed pelawa..baik makbed..


Makbed nak tag Lulu Caldina untuk buat segmen ni. Jom le Lulu.... 


Pak Cek Biola ni tanya warna kegemaran?
eh, sudah terang lagi kena sportlight, mestilah biru... blue itu chelsea.. keep the blues flying high....hoho


Kalau ada 1 juta?
bagilah dulu baru cerita...yeah.... sebenarnya lulu suka holiday..terbang sana dan sini.. oleh kerana skrg takde duit banyak tu, terbang jerlah dalam mimpi..ekeke... Kalau boleh nak beli rumah.. skrg mmg dah ada, tapi nak lagiii sebab nak bagi sewa, leh dapat duit...haaaaa..... lagi satu yang teringin, lulu nak bawa mami papa gi shopping, suh mereka ambik jer apa diaorang nak...anak dah kayes... kan..


Nasib baik suh 3 jer, kalau tak lulu melalut entah sampai kemana...
tapi sebenarnya, kalau ada duit, baiklah kita share dengan orang-orang yang lebih memerlukan..ye dak??


Ok, owh kena tag juga eh, kamon kak risa bebeh, sila sambut, lulu nak baling segmen ni, siapkan tau...
kalau tengah buat tu haus, kita mnm dulu teh tarik BOH...yeah..



Sila review blog biru eh blog chelsea, eh lulu-pages saya ni eh...



Tarikh Tamat : Sabtu 23/4/2011 jam 11.59 malam



.

Aku gambar kuntilanak...


Warga masyarakat Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan tiba-tiba heboh. Salah seorang warganya tidak sengaja telah mengabadikan sesuatu didalam kamera digitalnya. Ianya dianggap kuntilanak yang sedang duduk di pokok nangka dengan rambut panjang terurai sambil menundukkan kepala.

Menurut Edi, gambar kewujudan kuntilanak tersebut secara tidak sengaja diabadikan dalam gambar ketika kebetulan dia hendak ke rumah Riki. Setelah sampai di rumah Riki, rupa-rupanya Riki tidak berada di rumah dan rumah dalam keadaan sunyi. Lalu dia kemudiannya meninggalkan rumah tersebut dan bercadang pulang saja ke rumahnya.

Namun setelah berjalan sekitar 10 meter, ada suara keras yang mamanggil namanya “Eddi”. Spontan dia mencari siapa yang memanggil namanya tetapi tidak melihat sesiapa disitu. Oleh kerana hari sudah petang, dia pun mula merasa takut dan memilih untuk meninggalkan lokasi tersebut.

Dalam perjalanan pulang, dia melihat Sulastri, sedang duduk santai bersama anak kecil di bawah pokok nangka. Kemudian dia teringin mengambil gambar Sulastri, kerana pada ketika itu kebetulan dia sedang membawa kamera digital. Setelah mengambil gambar, Eddi pulang kerumahnya, seminggu
kemudian Eddi teringat mahu mencetak gambar yang ada di kameranya.

Namun setelah melihat hasilnya dia terkejut apabila melihat susuk aneh berambut panjang duduk di atas dahan nangka sambil menundukkan kepalanya.








P/S - Tengok gambar tu, apa pendapat korang?





.

Don't be sad, you have ME!



As a professional footballer, there's nothing more crushing than losing a cup final.
And if you play for Barcelona, defeat at the hands of your bitterest rivals Real Madrid only heightens the disappointment.
Luckily, for one player, there was a fine consolation prize waiting in the stands at Madrid.
Gerard Pique, 24 , was the lucky man in question, and his commiseration came at the hands of his stunning girlfriend Shakira, 34, who also just happens to be a pop superstar.


Pique was dejected after Barcelona were narrowly beaten to the Copa Del Rey, the King's Cup, in last night's game, which was played in Valencia.
It was a tight match, with Christian Ronaldo's extra-time goal being enough to separate the two rivals. 


Downcast faces peered over the famous burgundy and blue strip as the result started to sink in, but lucky Pique headed to the stands.
There he climbed through fans and headed straight towards the pop sensation, who looked devastated for her boyfriend.


Hundreds watched, obviously warmed by the sight, as he ran towards the beauty.
They shared a look of understanding and sympathy, before Shakira stretched her arms towards her toy-boy.
She the clasped him to her, holding his neck as she stroked his face.
They didn't care who was watching, but the crowd looked on fondly.
Columbian singer Shakira only revealed she was dating the soccer ace last month, but they have proved how close they are on a number of occasions since then.
She confirmed her relationship with Pique last month when she posted a picture of the two of them on her Twitter account with the caption, 'I present to you my sunshine'.



.

Replika pun replika lah..


Replika cincin pertunangan Kate Middleton yang akan berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera William mendapat permintaan tinggi dengan dijual pada harga £6 (RM29.67), lapor sebuah akhbar semalam.

Harga sebenar cincin pertunangan batu nilam 18 karat dan berlian itu kini bernilai £250,000 (RM1.23 juta) berbanding harga asalnya £28,000 (RM138,462) pada 1983 semasa bapa William, Putera Charles memberikan ia kepada bakal isterinya, Puteri Diana yang juga ibu William.

Replika cincin itu dikeluarkan oleh syarikat Debenhams ekoran permintaan tinggi daripada pelanggan dan ia menyatakan tidak mampu menghasilkan stok untuk simpanan peniaga dalam tempoh yang singkat.
William dan Middleton akan akan berkahwin pada 29 April ini.



.

Artis masuk ICU


Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara, dekat sini, Rabu, kerana menghidap asma.
Ibunya, seniwati Azean Irdawaty memberitahu, kesihatan Benjy sejak dimasukkan ke hospital itu pada Selasa lalu semakin serius dan tidak boleh bernafas.

"Pada hari Selasa lalu dia masih boleh bernafas lagi dan hanya buatrawatan bantuan oksigen sahaja, tapi malam semalam (Rabu) dia semakin teruk sehingga tidak boleh bernafas.
"Doktor mengambil keputusan untuk merehatkannya buat masa ini denganmenggunakan alat bantuan pernafasan," katanya.

Tambah Azean, buat masa ini, doktor masih membuat rawatan dan melihat perkembangan kesihatannya.
"Saya tidak tahu sampai bila dia akan ditempatkan di ICU kerana doktor beritahu untuk memantau perkembangan dia,"ujarnya.
Menurut Azean, ini merupakan kali kedua Benjy diserang asma secara serius sejak menghidapnya selepas berkahwin.

"Dia memang menghidap asma selepas dia berkahwin dan pada akhir 2009 dia diserang sehingga dimasukkan ke hospital juga tapi tidak seteruk kali ini.
"Doktor ada beritahu yang serangan asma akan lebih teruk daripada kejadian sebelum ini.
"Lebih-lebih lagi selepas dia ditahan pada Mac 2010 dan tiada siapa yang menjaga pemakanan dan rawatannya," ujar Azean.

Jelas Azean, sepanjang di tahanan Benjy telah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sama.
Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.



.

Red Riding Hood


DIINSPIRASIKAN daripada kisah dongeng Little Red Riding Hood, filem ini ditulis semula mengikut interpretasi David Johnson (Orphan, 2009) dan diarahkan Catherine Hardwicke (Twilight, 2008). Ia bukanlah adaptasi seratus peratus mengikut cerita klasik yang kita baca semasa kanak-kanak.

Red Riding Hood mengambil latar sebuah kampung bernama Daggerhorn yang didiami serigala jadian sejak dua generasi. Setiap kali bulan mengambang, penduduk terpaksa memberi haiwan peliharaan sebagai korban sehinggalah munculnya malam puaka yang dipanggil Blood Moon.

Valerie yang tinggal di kampung itu jatuh cinta kepada seorang pemotong kayu, Peter tetapi dihalang keluarganya yang menginginkannya berkahwin dengan anak seorang hartawan, Henry.
Semasa Valerie dan Peter merancang untuk melarikan diri, kakak Valerie menjadi mangsa pembunuhan pertama serigala jadian. Father Solomon, seorang penghalau hantu dipanggil ke kampung tersebut untuk membantu.

Dia yakin serigala itu adalah salah seorang penduduk kampung yang boleh bertukar rupa, apatah lagi selepas mengetahui makhluk itu pernah bercakap dengan Valerie. Gadis itu kemudiannya dijadikan umpan.
Filem ini menerima kecaman hebat pengkritik dan penonton antarabangsa yang sudah menyaksikannya. Rata-rata tidak bersetuju dengan tafsiran baru yang menukarkan kisah dongeng kepada thriller romantik.
Tidak kurang juga yang menganggap filem ini mahu menjadi salinan karbon kepada Twilight.
Saya tidak pasti mengapa Hardwicke seakan tidak mahu lari dari bayang-bayang Twilight. Adakah mungkin dia kecewa kerana siri filem itu diarahkan oleh orang lain?
Dalam hal ini, dia tidak boleh menyalahkan penonton yang membuat perbandingan kerana terdapat beberapa persamaan.

Yang paling jelas ialah serigala jadian sebagai subjek, pemilihan Shiloh Fernandez sebagai hero (nota: Shiloh tewas kepada Robert Pattinson untuk watak Edward Cullen) dan Billy Burke sebagai bapa Valerie iaitu pelakon yang sama menjadi bapa Bella dalam Twilight.
Peminat Twilight barangkali akan menolak Red Riding Hood dan menganggapnya sebagai naskhah 'wannabe'. Bagaimanapun, jika dinilai tanpa mempersoalkan keaslian, Red Riding Hood tidaklah seteruk mana.


Naskhah dongeng seperti Little Red Riding Hood, Snow White atau Sleeping Beauty sebenarnya adalah kisah untuk memberitahu kita tentang bahayanya dunia. Bagaimanapun, kerana ia sering diceritakan dari sisi yang berwarna-warni (terutamanya oleh Disney), kita terlupa ada sisi hitam yang sangat menakutkan.
Red Riding Hood versi Johnson dan Hardwicke cuba membawa penonton ke arah itu. Warna-warna kelam, suram dan cuaca bersalji digunakan untuk membangkitkan suasana misteri, dibantu sinematografi yang baik. Hardwicke bijak menggunakan pengetahuannya sebagai pereka produksi sebelum ini.
Begitupun, imej janaan komputer (CGI) untuk serigala jadian kelihatan agak kartun, terutamanya adegan dia bercakap dengan Valerie.

Pembunuhan yang dilakukan serigala itu tidak cukup ganas dan berdarah. Penonton lebih seram menantikan kemunculan serigala berbanding apabila serigala itu sudah muncul.
Walaupun perjalanan cerita agak lembab, namun ia berjaya membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah serigala jadian itu. Dengan kadar suspen yang sederhana, penonton berkongsi perasaan paranoid yang dialami Valerie setiap kali dia memandang tepat ke dalam mata orang di sekelilingnya.
Johnson dan Hardwicke masih mengekalkan semangat cerita asal Little Red Riding Hood menerusi beberapa babak.

Antaranya mimpi Valerie yang melihat neneknya seperti serigala jadian di atas katil serta adegan meletakkan batu ke dalam badan serigala jadian sebelum ditenggelamkan ke dalam laut.

Amanda Seyfried merupakan pelakon yang tepat untuk watak Valerie. Dia mempunyai raut wajah yang misteri dan sifat yang rapuh, sesuai dengan karakter penuh dilema. Sayangnya, Seyfried berusaha keras seorang diri kerana dua aktor pendamping yang sepatutnya menyokongnya tidak berbuat demikian.
Shiloh Fernandez sebagai Peter hanya bersandar wajah tampan, sementara Max Irons sebagai Henry tidak meninggalkan apa-apa kesan. Percintaan tiga segi di antara mereka tidak menjadi dengan dialog seakan-akan soap opera. Gandingan itu sekadar cantik dipandang saja.

Mujurlah filem ini meletakkan bintang senior seperti Gary Oldman dan Virginia Madsen sebagai pelakon pembantu. Julie Christie sebagai nenek juga satu pilihan sempurna.
Mereka mendominasi layar, membuatkan penonton terlupa ini juga sebuah kisah cinta sehinggalah babak penamat yang sangat klise.



.

Amazing recovery of toddler who was left fighting for life after his mother accidentally ran him over


A toddler has made an incredible recovery after he was accidentally run over by his mother.
Umair Adris was left fighting for life in intensive care after his mother Ayesha accidentally reversed into him a month ago.

The 15-month-old was unconscious and bleeding and suffered a lacerated liver,  bruising to the brain, and a fractured femur after he toddled behind his mother's car on their driveway in Middlesbrough.
He spent four days in intensive care and eight days in hospital but is now well  on the road to recovery and learning to walk again.
Ayesha, 27, had been taking her three-year-old daughter Aamnah to nursery in  Acklam when the accident happened.
The mother-of-two said: 'When I left the house he was playing with his grandad.
'He is so small I didn't see him. He managed to walk behind the electric gate.  When I looked behind me he was lying in the road.
'At first I didn't think I had hit him, I thought he had just fallen down.
'But when I picked him up he was unconscious, his right eye was bruised and his  ears were bleeding.'
Ayesha called an ambulance, but grandad Mohammed drove his grandson to James  Cook University Hospital in Middlesbrough.


Father Noveed, who was at work as an IT officer in the sterile services department of the hospital, rushed down to A&E to be by his son's side.
The 29-year-old said: 'My dad rang me saying there had been a really bad accident. I was upset when I saw him. I was totally shocked - I couldn't  believe it.'
Umair was so badly injured that he had to be airlifted to Newcastle's Royal  Victoria Infirmary for specialist treatment.
His worried parents followed close behind in a police car.


When they arrived at the hospital Umair had already been admitted into the  intensive care unit.
Ayesha, said: 'It was really hard to see him lying down like that.
'It was so scary. There were a lot of worries going through my head.'
Umair's liver was bleeding, and he was kept in hospital in case he needed an  emergency operation.
'When they told me about the injuries I thought he is not going to be alive,' said Ayesha.
'And when they said there was bruising on his brain I thought he might be disabled.'
But Umair has stunned everyone with his quick recovery and recently had his  cast removed.
Noveed said: 'He is doing really well. He's trying to crawl and he's learning how to walk again.'
Mohammed, 60, said: 'It's a big relief to get him back. He's been very lucky.'
Ayesha added: 'He is a proper handful. I'm not going to leave him alone for one  second.'



.

Isteri sakit tenat, rumah pula musnah terbakar


Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib seorang warga emas, Mohd. Roadhi Ishak, 58, yang ditimpa dua kejadian malang dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Dua minggu lepas, isterinya, Che Mah Awang, 52, yang sebelum ini membantunya berniaga menjual pisang goreng, tiba-tiba jatuh sakit akibat serangan jantung.
Ketika sibuk berulang alik menjaga Che Mah di hospital, ketabahan Mohd. Roadhi sekali lagi diuji apabila rumahnya di Kampung Pelet di sini musnah dalam kebakaran Isnin lalu, mengakibatkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Mohd. Roadhi, Che Mah menghidap penyakit jantung dan darah tinggi sejak beberapa tahun lalu tetapi keadaan kesihatannya semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.
"Sementara isteri nak pulih, saya berhenti berniaga dulu untuk menjaganya. Entah bagaimana, rumah kami pula terbakar ketika kami sedang melawatnya di hospital.

"Saya terima segala ujian ini dengan hati yang ikhlas dan reda terhadap ketentuan Ilahi. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini," katanya ketika menerima kunjungan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said, di sini hari ini.
Mohd. Roadhi memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, rumah pusaka milik keluarganya yang sudah berusia lebih 50 tahun musnah sama sekali dipercayai akibat litar pintas.

Katanya, ketika ini, dia menyewa sebuah rumah di kampung yang sama bersama isteri dan tiga anaknya sementara menunggu permohonan mendapatkan bantuan kewangan bagi membina semula rumahnya.
Sementara itu, Mohd. Said berkata, pihaknya akan menanggung kos rumah sewa keluarga malang itu sementara menunggu permohonan mendapatkan rumah baru.

"Saya difahamkan, perkara ini sudah diajukan kepada kerajaan negeri dan kita harap bantuan sewajarnya dapat dihulurkan bagi membolehkan keluarga ini membina semula kehidupan mereka," katanya.



.

Artis gagal rebut hak jaga anak..


Pelakon siri komedi Two and A Half Men, Charlie Sheen, gagal dalam perebutan hak penjagaan anak kembarnya dengan bekas isterinya Brooke Mueller semalam.

Laman web selebriti TMZ.com melaporkan Sheen dan Mueller menghabiskan masa kira-kira dua jam di kamar mahkamah dalam satu perbicaraan tertutup untuk menentukan siapa paling layak menjaga anak kembar mereka, Max dan Bob yang berusia dua tahun.

“Bagaimanapun hakim memutuskan bahawa arahan hak penjagaan tidak akan berubah, menjadikan Mueller sebagai penjaga penuh kepada anak kembar mereka,” kata TMZ. Mac lalu, Sheen dipecat daripada Two and A Half Man, terbitan rangkaian CBS, manakala Mueller menjalani rawatan ketagihan dadah dan alkohol.

Namun, pasukan peguam Sheen membantah keputusan itu dan mendakwa bahawa Mueller, 33, mengalami masalah ketagihan semula dan tidak layak menjaga kembar berkenaan.

Mueller enggan memberi sebarang ulasan selepas keputusan perbicaraan tetapi melambai tangan kepada wartawan sambil menunjukkan isyarat bagus.

Sheen meninggalkan mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan dan terus menuju ke Washington DC, di mana beliau dijadualkan muncul di dalam rancangan bual bicara Violent Torpedo of Truth.
Sheen dan Mueller bercerai awal tahun ini selepas aktor itu didapati bersalah menyerang dan mencederakannya dalam satu pergaduhan ketika mabuk pada 2009.
Mueller diberi hak penjagaan sementara kepada anak mereka dalam penyelesaian perceraian itu. Bulan lalu, dia memenangi arahan sekatan ke atas Sheen.



.

Memulakan hari dengan kemenangan


Hari ni, err selamat pagi....hari ni lulu-pages memulakan siaran sebaran maklumat dan pengetahuan dengan kemenangan bergaya chelsea keatas birmingham....3-1 di tempat sendiri~stamford bridge...
Dengan gembiranya dinyatakan disini, bahawa, arsenal sudah turun ketangga kedua liga...
Adakah chelsea akan kekal dengan prestasi ini, dan mampukah chelsea meraih tempat pertama ketika hanya berbaki beberapa perlawanan ketika ini?


Lulu tak mahu berharap terlalu tinggi...
Maklumlah chelsea masih bergelut dengan pengurus CA, yang bakal dipecat bila-bila masa sahaja...
Malah dengan Torres yang masih menyesuaikan diri dengan team baru....
Juga beberapa tonggak pemain utama seperti drogba, anelka dan lampard yang dkhabarkan
akan dijual musim depan...


Huh sesungguhnya, masa depan chelsea masih menjadi tanda tanya...
Adakah impian untuk memiliki sebuah stadium baru yang memuatkan lebih ramai penonton akan berjaya??


Perlawanan BPL subuh tadi, ketika menentang Birmingham, menyaksikan, 3 gol telah berjaya bolos ke gawang lawan, yang dijaringkan oleh malouda diminit ke 3, (owh awal kan) diikuti oleh jaringan kalou, diminit ke 26, sementara malouda sekali lagi menggenapkan jaringan kepada 3 diminit ke 62... Satu-satunya gol oleh birmingham dijaringkan oleh Larrson (penalti) diminit ke 77..



keep the blues flying high..



Torres? tuuut...tutttt....(talian masih engage, tak dapat tanya kenapa belum jaring gol..ngee)




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!