Friday, May 20, 2011

Eh macam betullah.......


Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.
Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.
Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.

Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.
Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.
Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.

Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.
Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat.





Counting to my birthday on 28 Mei.. 


.

Panggilan buat semua peserta giveaway


Yeah, setelah ditutup tepat jam 9 pagi kelmarin, maka kita ke peringkat seterusnya....
Nampaknya pihak penganjur, kak amor dah keluarkan senarai lengkap peserta dan beserta linknya...
Silalah berkunjung ke blog dyahaha little cottage untuk membuat semakan...
Mana tahu ada yang tercicir atau link broken..
Semua ni penting tau, sebab kak amor nak buat terjahan ke setiap blog peserta..
ekeke, yang melengkapi syarat usah gentar eh...


Dan lulu ucapkan semoga berjaya...yeah...
contact lens tu siyes lawa...





.

Artis dirawat di ICU


Bintang filem terkenal India, Rajinikanth sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami masalah pernafasan hari ini, kata doktor, tatkala ramai peminat setianya mendoakan beliau supaya cepat sembuh.
Menurut pihak Hospital Sri Ramachandra yang terletak di selatan bandar raya Chennai, ikon filem berbahasa Tamil berusia 61 tahun itu dipindahkan ke wad khas semalam untuk meningkatkan tahap pernafasannya.

“Dia menunjukkan tanda positif terhadap rawatan tersebut,” kata satu kenyataan hospital petang semalam.
Rajinikanth, seorang konduktor bas yang menjadi pelakon, jatuh sakit pada hari pertama penggambaran filem terbarunya, Rana (Raja) pada akhir April lepas dan telah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali.
Dia berada di hospital swasta Sri Ramachandra sejak Jumaat lepas. Sumber hospital berkata, dia sedang dirawat kerana mengalami radang paru-paru dan penyakit buah pinggang.

Isnin lepas, para doktor membuang bendalir daripada dadanya yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
Rajinikanth yang membintangi lebih daripada 175 filem, merupakan seorang bintang terkenal India dan membangkitkan kesetiaan fanatik daripada ramai peminat.



 Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Diakah itu?


Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam.
Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.


Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi.
Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo.


Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542.
Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda.
Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan.


Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut.
Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci.
Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa.




Counting to my birthday on 28 Mei.. 



.

Pelik tapi benar


Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, Tawau, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.

Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Subhanallah...betul ke ni??


Hanya bermodalkan papan tanda maahad tahfiz, seorang lelaki didakwa mengaut keuntungan dengan mengutip sumbangan wang tunai dan barangan daripada orang ramai, kononnya untuk menampung pengajian pelajar, sedangkan tidak wujud seorangpun pelajar di situ.

Penyelewengan lelaki bergelar ustaz itu didedahkan seorang bekas kakitangan maahad tahfiz berkenaan bagi memastikan orang ramai terutama penderma tetap tidak terus tertipu.

Abdul Aziz Ismail, 58, berkata, di peringkat awal penubuhannya pada 2005, maahad tahfiz yang terletak di pinggir ibu negara itu beroperasi sebagai rumah kebajikan dan terdapat kira-kira 20 anak yatim mendapat perlindungan di situ.

“Bagaimanapun, hujung tahun lalu rumah kebajikan itu diarahkan tutup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan selepas ia didapati beroperasi tanpa kebenaran iaitu tidak didaftarkan secara sah.

“Berikutan itu, semua anak yatim yang tinggal di situ pulang ke kampung masing-masing. Namun, tidak sampai dua bulan selepas ditutup, ustaz itu membuka kembali pusat berkenaan pada awal tahun ini.




Counting to my birthday on 28 Mei..




.

'Segerakan keputusan'


Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dan pemain badminton negara, Mohd. Roslin Hashim kecewa apabila keputusan mengenai dakwaan khalwat terhadap mereka yang sepatutnya didengar semalam ditunda pada 20 Jun depan. Raja Azmi, 51, memberitahu, perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini ketika mereka hadir bagi mengetahui keputusan kes tersebut.

Katanya, ia berikutan pegawai wanita yang mengendalikan kes itu sedang bercuti bagi menguruskan kemasukan anak saudaranya ke universiti dan pihak Jawi ingin memanggil saksi baharu. "Saya datang dengan penuh teruja untuk mengetahui keputusan kes kerana ia penting bagi membersihkan nama, prasangka buruk dan fitnah. Perkara ini menjadi satu bebanan jika dibiar terlalu lama," katanya sambil menahan sebak di sini semalam. Raja Azmi yang ditemani suaminya, bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek, 48, dan Roslin hadir ke pejabat Jawi pada pukul 9 pagi. Jailani menjadi saksi dalam kes berkenaan.




Counting to my birthday on 28 Mei..


.

Hoho, besarnya..........


Misteri kehilangan beberapa haiwan ternakan milik penduduk Kampung Asahan, di sini, sejak kebelakangan ini terjawab dengan tertangkapnya seekor ular sawa sepanjang enam meter, semalam.

Ular dianggarkan seberat 80 kilogram itu ditemui penduduk, Zailani Ambia, 37, bersama seorang rakannya ketika berjalan-jalan di kawasan ternakan kambing di kampung berkenaan.

Menurutnya, ketika terserempak ular sawa besar itu kira-kira jam 6 petang, haiwan berkenaan cuba menyerang dia dan rakannya apabila menyedari terancam. “Ketika saya berjalan di kawasan berhampiran sungai itu, saya ternampak benda pelik bergerak di kawasan semak dan terkejut melihat ular sawa yang besar seolah-olah sedang cuba membaham kambing di kandang berdekatan.

“Saya cuba menangkap ular itu, tetapi reptilia terbabit menyerang dengan ganas. Bagaimanapun, mujur saya membawa parang dan mencederakan kepalanya sehingga ular itu menjadi semakin lemah,” katanya.

Zailani kemudian memanggil orang kampung membantu menangkap ular sawa yang lemah itu untuk dikurung.

Katanya, penangkapan ular sawa itu merungkai segala persoalan berhubung kehilangan beberapa kambing di kawasan kampung yang hilang secara misteri.

“Beberapa tahun lalu kami menangkap ular sawa yang hampir sama besarnya berdekatan kawasan sungai.

“Kawasan tepi sungai ini memang menjadi bahaya dan ular mudah menghampiri kandang ternakan,” katanya.

Menurutnya, ular berkenaan kini dikurung sebelum dihantar kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).



Counting to my birthday on 28 Mei..

.

Rebah ketika berucap sebelum meninggal dunia


Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau dekat sini, diselubungi cemas seketika apabila Pengerusi Ahli Jemaah Pengarahnya, Abdul Wahab Gawa, 66, tiba-tiba rebah dan hampir pengsan semasa berucap.
Bagaimanapun, selepas beberapa jam dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, beliau akhirnya meninggal dunia pukul 7.10 petang ini.

Sebelum kejadian, Abdul Wahab sedang berucap pada majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Sri Rembau.

Abdul Wahab tiba-tiba tidak stabil dan hampir rebah sebelum dipegang oleh ADUN Kota, Datuk Dr. Awaludin Said dan ADUN Chembong, Zaifulbahri Idris yang berada paling hampir dengannya.
Mohamad dan Khairy turut sama mengiringi Abdul Wahab yang diusung oleh Awaluddin, Zaifulbahri dan orang ramai untuk dihantar segera ke Klinik Kesihatan Rembau.
Menurut Awaluddin, Abdul Wahab mengadu tidak berapa sihat dipercayai akibat tekanan darah tingginya naik mendadak.

Abdul Wahab yang berada dalam keadaan separa sedar kemudian dihantar ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU).
Mesyuarat agung itu kemudian diteruskan tanpa ucapan perasmian oleh Mohamad dan dihadiri oleh kira-kira 500 perwakilan.

Dalam pada itu, anak sulungnya, Mohd. Azreen Abdul Wahab, 39, berkata, jenazah bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nerasau selepas solat Jumaat esok.
Tambah Mohd. Azreen, ayahnya itu mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.




Counting to my birthday on 28 Mei.. 


.

‘Saya sudah selamat berkahwin sekarang... tolong jangan cari saya”


‘Saya sudah selamat berkahwin sekarang... tolong jangan cari saya,” demikian SMS pertama dihantar pegawai bank, Roslina Awang Kechik, 37, kepada suaminya, Jumaat lalu, sejak dilaporkan hilang pada 22 April lalu.

Bagaimanapun, sebaik SMS itu diterima, suaminya, Sabri Man, 38, cuba menghubungi semula nombor itu beberapa kali, termasuk menghantar SMS kerana mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri, namun tidak dibalas sebelum telefon bimbit isterinya itu dimatikan.

“Saya pasti SMS itu bukan daripada Roslina berdasarkan ayat digunakannya, sebaliknya saya percaya ditulis lelaki yang menculik isteri saya.

“Bagaimanapun, sekiranya perkara diungkapkan itu benar, saya mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri sebelum sesuatu tindakan diambil.

“Secara logiknya, kenapa perkara sebegitu penting hanya dimaklumkan menerusi SMS dan bukannya bersemuka. Saya tegaskan, kami masih pasangan suami isteri dan Roslina tidak boleh berkahwin lain,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Berita Harian sebelum ini melaporkan kehilangan kakitangan bank itu selepas keluar rumah menuju ke pejabatnya di Dataran Maybank, Bangsar.

Sabri berkata, sejak kehilangan isterinya sebulan lalu, kehidupan mereka sekeluarga sepi terutama anak bongsunya berusia lapan tahun yang sering memanggil ibunya.
“Suami mana tidak sedih, isteri hilang begitu saja tanpa sebab. Malah, rumah tangga saya sebelum ini tidak dilanda sebarang masalah yang boleh menjadi punca Roslina melarikan diri.

“Saya cuba menjalankan tugas sebagai suami merangkap ibu sebaik mungkin untuk tiga anak saya walaupun dalam keadaan tertekan kerana saya tidak mahu anak terasa kehilangan ibu mereka,” katanya.

Beliau berharap individu yang menjadi dalang kehilangan isterinya itu melepaskan Roslina segera supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga bagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anaknya.




Counting to my birthday on 28 Mei..


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!