Saturday, May 21, 2011

Artis meninggal dunia..


Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetisnya sahaja.
"Semalam, arwah mengalami masalah pernafasan dan muntah-muntah. Bila ibu dibawa ke klinik, doktor meminta saya dan adik beradik yang lain menghantarnya ke hospital kerana kandungan gula dalam badannya tinggi.

"Disebabkan masalah itu, jangkitan berlaku di paru-paru pula. Dalam pukul 10 malam tadi, ibu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya.

Tambah Dilla, dia tidak menyangka ibunya pergi terlalu awal kerana pada Khamis lalu, dia bersama Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama. "Malah beberapa minggu ini terdapat sedikit perubahan tentang ibu yang sungguh berselera dalam bab makan sedangkan dia seorang yang begitu teliti tentang penjagaan pemakanannya.

"Bayangkan, setiap dua jam, dia akan lapar dan mahu makan. Saya masih teringat lagi, dia begitu teringin untuk makan ikan terubuk masih masak cili api dan saya masakkan untuknya," tuturnya.
Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43.

Allahyarham telah dibawa ke rumah Dilla di 175, Jalan Setia, Gombak Setia, Off Jalan Gombak dan akan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin.
Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, selepas waktu Isyak.




.

Mari dekat, Lulu Caldina nak buat hebahan ni.........


Selamat petang reader's..
Sejak petang semalam line tenet lemah jer... Betul-betul mencabar kesabaran ni...
Dan banyak aktiviti blog agak terganggu...
Sabar..sabar..itu jer playback kat kepala..


Jom, dengar hebahan dari lulu ni....

1. Lulu-Pages menerima iklan terkini (berbayar), dan blog ini sangat menarik..


Photobucket

Bukan saja blognya yang colourful dengan konsep segalanya-galanya tersusun, malah yang paling mengujakan adalah, blog Gift4Blogger ni menghimpunkan semua giveaway dan contest oleh blogger.. Yer, blog ni baru jer beberapa hari dibuka, so info mengenai giveaway dan contest itu memang agak berkurangan.. Dan akan datang, hoh nampaknya blog ni akan bersaing dengan blog-blog lain... Siapa yang tak suka giveaway dan contest? Lulu sendiri pun suka... Baguslah, maklumlah, ramai blogger yang minta lulu tolong iklankan GA/contest mereka kat entri lulu-pages... dan selepas ni, lulu pass jer dengan Cik Meifaa'... Hoh, iklankan disana dengan percuma!!! Percuma.....ekeke... (klik banner untuk capaian direct ke blog ini)



2. Cerita yang kedua untuk dikongsi bersama, seorang kakak ni minta lulu hebahkan berita ni.... (lulu suka bila ada blogger minta tolong.. Tak kisah apa pun, janji benda baik, lah kan... Sebab bagi lulu, blog adalah medan terbaik untuk saling membantu dan bekerjasama...betul tak?) Meh tengok berita ni..

Keje kosong..keje kosong...!!! Mari..mari!!!

Ha..opis kita ada nak cari temporary Accounts Clerk. Sementara jer, sebab nak gantikan sorang staff maternity leave. Details :

Location : Bukit Jalil, K.L.
Duration : 3 months
Effective from : June to August 2011
Salary : negotiable
Working Hours : 9.00 to 6.00 (Mon to Fri)
Job Scope : Prepare cheque, calculate claims and booking flights and hotels.


Ok..sesiapa yg sedang bercuti sem tu, di alu2kan.. Dapat juga pengalaman kan... di samping income sampingan.

Kalau ada sesiapa kenalan ke, sedara mara ke pun boleh juga. Minta tolong la kalau ada sesiapa yang sudi hebahkan. The power of blogs...oyeaahh!

Ok..sesiapa yang berminat, sila hantar e-mail kat kita yer...

Tarikh tutup : 27 Mei 2011.



Best ni, hah, bagi sesiapa yang sedang mencari kerja, apa salahnya berhubung terus ke alamat email diatas..
Jangan memalu eh, lulu tutup mata ni... *wink


3. Dan berita ketiga, wohoo.... meh cuci mata tengok baju budak....
cutenya!!!!!!!!!!!!!!!!






Wee, jom tengok di Lenloy-Closet





Itu jer eh..tak payah nak counting, birthday lulu 28.05.88... ngee





.

Imej menakjubkan


Seorang jurugambar, Stephane Vetter berjaya merakamkan gambar cahaya yang menakjubkan di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu, lapor sebuah akhbar.


Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera. -AP







.

Temui wanita terhebat..


WANITA ini pernah menongkah detik-detik hitam pada zaman kecilnya. Bukan setakat dihambat kemiskinan, malah pernah diperkosa semasa berumur sembilan tahun, hamil dalam usia 14 tahun dan mengalami keguguran.
Tekanan hidup dalam usia yang mentah itu, membuatkan dirinya pernah cuba mengakhiri riwayat getirnya dengan meminum air sabun kerana ketika itu tiada siapa yang mahu menolong dan mendengar rintihannya.

''Pada masa itu, tiada sesiapa bersama saya. Saya benar-benar memerlukan pertolongan tetapi tidak memperolehnya. Saya buntu dan tidak tahu menyelesaikan masalah itu. Saya sangat takut dan hanya mampu menangis," kata anak kelahiran Kosciusko, Mississippi ini.
Namun bagaikan berlaku satu keajaiban, suara Oprah Winfrey atau nama sebenarnya Oprah Gail Winfrey ini, akhirnya didengar oleh seluruh pelosok dunia. Suara wanita ini berjaya menyentuh hati setiap insan yang menonton rancangan bual bicaranya, The Oprah Winfrey Show.

Kerjayanya di stesen televisyen bermula selepas menamatkan sekolah menengah apabila berpeluang menjadi pembaca berita di salah sebuah saluran televisyen, WLAC-TV di Nashville, Tennesse.
Ia menjadikan Oprah sebagai pembaca berita paling muda dan wanita berkulit hitam pertama di saluran berkenaan.
Selepas itu, dia berhijrah ke Baltimore dan bekerja di saluran WJZ-TV pada 1976 dan menjadi pembaca berita untuk saluran berita pukul 6 petang.
Bintang Winfrey menyinar selepas berpindah ke Chicago pada 1983 untuk mengendalikan AM Chicago terbitan WLS-TV.


Tanpa diduga rancangan pagi selama setengah jam yang memiliki rating paling rendah dalam stesen itu akhirnya melonjak ke tangga pertama dalam tempoh beberapa bulan pada 1984.
Rancangan kendalian Winfrey itu berjaya mengetepikan rancangan hos popular, Phil Donahue dengan meletakkannya sebagai rancangan bual bicara yang mencatatkan rating paling tinggi ketika itu.
"Winfrey mengetahui kuasa TV dan menggunakan ia untuk menggabungkan hal peribadi serta isu umum. Walaupun ia melibatkan sekumpulan orang asing, TV adalah medium peribadi dan intim bagi kebanyakan orang di rumah.
"Dia pandai membuatkan penonton mengambil berat terhadap apa yang dia risaukan. Itu kepandaian Winfrey dan akan menjadi legasinya," kata Donahue.
Bermula dengan kejayaan itu, rancangan AM Chicago itu bertukar nama The Oprah Winfrey Show seperti mana yang dapat ditonton selama 25 tahun ia bersiaran sejak 1986.

Dalam rancangan itu, apa jua perkataan yang keluar dari mulut jutawan yang kini berusia 57 tahun ini, cukup untuk mempengaruhi minda penontonnya.
Programnya ditayangkan di 140 negara seluruh dunia. Di Amerika Syarikat (AS) sahaja, dianggarkan seramai 30 juta penonton menyaksikan programnya. Pada 1998, seramai 14 juta penonton menyaksikan programnya setiap hari. Namun, ia jatuh kepada sembilan juta (2005) dan 7.3 juta pada 2008.
"Dia adalah wanita terhebat dunia kerana boleh mempengaruhi manusia berbanding dengan mana-mana presiden negara, ahli politik atau pengamal agama. Wanita berjaya lain seperti Hillary Clinton dan Martha Stewart tidak mampu bertahan lama sepertinya," lapor majalah Vanity Fair.

Sementara itu, menurut majalah Time: "Tidak ramai yang menjangka kejayaan seorang wanita berkulit hitam dalam mengacarakan program bual bicara. Namun, dia berjaya membuatkan tetamu membuka cerita sedih mereka dan berkongsi dengan audiens. Ia bagaikan satu sesi terapi."
Minggu depan, The Oprah Winfrey Show akan melabuhkan tirainya, setelah mencungkil pelbagai isu suka-duka serta kontroversi. Banyak impak besar yang terhasil daripada program ini, bukan sahaja kepada dunia tetapi diri Winfrey sendiri.


Selama 25 tahun membina nama menerusi rancangan itu, Winfrey telah menjana keuntungan yang bukan sedikit sehingga meletakkan dirinya sebagai antara manusia paling berkuasa dan terkaya di dunia.
Bukan itu sahaja, kejayaan Winfrey meletakkan dirinya sebagai personaliti TV tersohor dunia sememangnya mengagumkan sehingga dia memiliki aset yang mencecah berbilion dolar.

Pada tahun lalu, Forbes menyenaraikannya sebagai wanita yang meraih pendapatan tertinggi di Hollywood mengalahkan artis, Beyonce Knowles, Lady Gaga dan Madonna dengan mengumpul AS$324 juta (RM 1.001 bilion) daripada empayar medianya, termasuk rancangan bual bicaranya sendiri dan majalah.
Winfrey mengumpul kekayaan lebih banyak berbanding bintang lain jika kelima-lima mereka digabungkan, dengan Beyonce meraih AS$89 juta (RM275.14 juta), Britney Spears AS$65 juta (RM200.95 juta), Lady Gaga AS$64 juta (RM197.86 juta) dan Madonna mengumpul AS$59.9 juta (RM185.18 juta).

Dengan kekayaan itu, Winfrey yang pernah berlakon dalam filem arahan Steven Spielberg, The Color Purple turut mampu membuka rangkaian kabel televisyennya sendiri, Oprah Winfrey Network (OWN). Dia juga memiliki saluran radionya sendiri yang diberi nama Oprah & Friends.
"Saya mahu mengambil keunggulan daripada rancangan televisyen hebat yang kami wujudkan seperti rancangan Oprah dan membawanya kepada anda menerusi kepelbagaian rancangan baru sepanjang bersiaran selama 24 jam seminggu," kata Winfrey pada pelancaran OWN.

Sebelum itu, pada 1988, Winfrey menubuhkan Harpo Studios, sebuah syarikat produksi di Chicago, menjadikan beliau wanita ketiga dalam industri hiburan AS (selepas Mary Pickford dan Lucille Ball) memiliki studio sendiri.
Dalam pada itu, sumbangan Winfrey juga diiktiraf apabila namanya diabadikan pada sebatang jalan di bandar raya Chicago.
Kata Winfrey: "Ini adalah cerita keajaiban bermula dengan anak kulit hitam yang dilahirkan Kosciusko, Mississippi, di atas jalan merah yang berdebu dan akhirnya nama saya diabadikan di sebuah bandar raya besar dunia di Chicago. Ia lebih baik daripada anugerah Oscar atau Emmy.''


Pada rakaman program terakhir di Chicago baru-baru ini, ramai bintang terkemuka hadir memberi penghormatan kepada beliau di depan kira-kira 13,000 peminat pengacara terkemuka itu.
Pelakon Tom Hanks menjadi hos rancangan yang turut dihadiri Madonna, Tom Cruise, Maya Angelou, Alicia Keys, Beyonce dan Jerry Seinfeld.
"Beliau ialah wanita yang berjaya atas usaha sendiri untuk berada di kemuncak kerjaya selama 25 tahun menceburi bidang ini, masih menyengat dan merangsangkan orang lain untuk mempunyai impian yang besar, bekerja keras, membaca buku, bertanyakan soalan, mendapatkan pendidikan tidak kira siapa atau dari mana anda," kata Madonna.

Dalam program akhir itu, banyak yang disentuh mengenai kerja amal Winfrey, tetapi paling banyak diperkatakan adalah mengenai usahanya memberi ilham dan semangat kepada peminatnya untuk hidup lebih baik.
Selama 25 tahun mengendalikan rancangan yang amat berpengaruh itu, Winfrey telah menemu bual ramai pemimpin dan selebriti terkenal. Tidak ketinggalan orang biasa yang melakukan perkara luar biasa. Isu yang dibincangkan termasuk isu wanita, kemanusiaan, penderaan, kesihatan, aktiviti semasa dan perspektif global.
Pada 1993, Winfrey menemu bual Michael Jackson di kediaman Raja Pop Dunia itu di Neverland.

Temu bual itu melonjakkan rating The Oprah Winfrey Show menjadi program keempat paling banyak ditonton dalam sejarah TV AS dengan jumlah penonton melebihi 100 juta orang.
Sepanjang 25 tahun program itu, beliau telah menemu bual seramai 28,000 tetamu melibatkan pemimpin, penyanyi, pelakon, pengarah filem dan lain-lain.
Penyanyi Celine Dion ialah tamu wanita yang paling sering diundang manakala bintang lelaki, Chris Rock.


Antara pemimpin yang pernah ditemu bual beliau ialah George W. Bush, Barack Obama dan bekas isteri Putera Andrew, Sarah Ferguson.
Antara ribuan selebriti yang muncul dalam rancangannya ialah Elizabeth Taylor, Naomi Campbell, John Travolta, Mike Tyson, Julia Roberts, Michael Douglas, Jennifer Aniston, Ali Mac Graw, Shirley Mac Laine, Nicole Kidman, pengasas laman sosial Facebook, Mark Zukerberg dan penulis, James Frey.





p/s - tak payah nak counting, birthday lulu 28.05.88... ngee




.

Kecoh....memang kecoh..


Ketika isu 'bulatan tanaman' di Sleman dan Magelang masih hangat diperkatakan, satu lagi bulatan misteri seperti itu ditemui di Jawa Barat.
Pegawai dari Beta-UFO, Julius Perdana berkata, bulatan misteri itu ditemui di kawasan sawah padi di Cikarang, Bekasi.

"Penduduk kampung tidak tahu bagaimana kejadian misteri itu boleh berlaku dan kami terpaksa mendaki bukit untuk menyaksikan sendiri kewujudan bulatan tanaman itu," katanya.
Sehingga kini belum ada sesiapa yang mengetahui bagaimana bulatan itu wujud.

Julius berkata, bulatan itu ditemui tiga minggu lalu tetapi mereka baru menyedarinya Ahad lalu.
Menurutnya, bulatan yang ramai percaya dibuat oleh makhluk asing itu mempunyai kepanjangan 90 meter dan lebar 30 meter, selain mempunyai dua bulatan di bahagian atas dan bentuk poligon.

"Rekaannya berlainan daripada penemuan sebelum ini di Sleman dan Yogyakarta, tetapi hampir serupa dengan bulatan misteri yang ditemui di Magelang, Jawa Tengah. 





p/s - tak payah nak counting, birthday lulu 28.05.88... ngee

.

Memasak dari usia 10 tahun..


KEINGINAN untuk mencuba resipi-resipi baru membuatkan Syanie bertambah galak untuk memaksimumkan penggunaan ruang dapur mahligai yang dihuni bersama ibu dan seorang adiknya itu.
Mula membiasakan diri dengan alam dapur seawal usia 10 tahun, Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham kini mampu untuk menyediakan pelbagai jenis resipi termasuklah makanan barat dan cina.
"Biasalah dulu, balik dari sekolah sahaja, Syanie kena sediakan makanan untuk adik-adik maklumlah anak sulung.

"Tetapi masa itu bahan-bahan semuanya telah disediakan oleh mami, Syanie tinggal masak sahaja," akui Syanie memulakan bicara ketika ditemui di terataknya baru-baru ini.
Baginya, memasak memberikan satu kepuasan kerana selain dapat menikmati hidangan hasil air tangan sendiri, dia juga boleh mencuba pelbagai resipi baru.
"Kadang-kadang apabila berdua dengan mami pada hujung minggu, Syanie pasti tanya mami hendak makan apa?

"Mami sebut sahaja apa yang dia inginkan, terus Syanie google untuk mendapatkan resipi," akur pelakon yang memulakan kariernya dengan drama bersiri Cili Padi itu.
Biarpun mengambil resipi melalui Internet, akui Syanie, dia tidak akan mengikut 100 peratus arahan resipi berkenaan.

Tambahnya, masakan yang ingin dihasilkan itu pasti diadun mengikut selera sendiri.
"Syanie memang suka try and error, jadi kalau dapat sesuatu resipi itu pasti Syanie akan buat mengikut selera sendiri," ujar Syanie yang menyimpan impian untuk membuka sebuah restoran.
Berkongsi keistimewaan ramuan tambahan yang sering digunakan, Syanie pantas tertawa dan menjawab tiada apa yang istimewa yang di campurkan dalam masakan.
"Tiada apa pun bahan istimewa yang Syanie campurkan. Semuanya adalah bahan-bahan biasa yang diperlukan.

"Apa yang penting masak dengan penuh kasih sayang," getus Syanie berseloroh.
Bagaimana pun, akui anak kepada pemilik Nizarman (M) Sdn. Bhd, Ruhani Abdul Rahman itu, kehebatannya adalah menyediakan masakan Melayu terutamanya asam pedas, kari dan masak lemak cili padi.
Baginya, cabaran untuk menyediakan masakan melayu lebih sukar berbanding dengan masakan lain.
"Masakan kita (Melayu) lebih remeh untuk disediakan kerana banyak bahan yang perlu digunakan tetapi kalau berjaya untuk menyediakannya, gembiranya bukan kepalang.

"Jangan ingat mudah untuk masak makanan Melayu ini. Semuanya kena cukup kalau tidak rasanya kuranglah," ujar Syanie yang turut gemar mengumpul koleksi barangan Hard Rock.
Siapa sangka bermula dengan menggoreng ayam dan ikan, kini Syanie mempunyai keyakinan untuk menyediakan masakan untuk 20 hingga 30 orang.
"Andai ada kenduri di rumah, insya-Allah, setakat 30 orang makan itu, Syanie masih lagi yakin untuk memasak.

"Tetapi kenalah ada yang membantu, kalau sorang-sorang, Syanie angkat bendera putihlah jawabnya," jelas Syanie yang turut mempunyai koleksi boneka di penjuru katilnya.
Bagaimanapun, ujar Syanie lagi, biarpun minatnya untuk memasak itu tinggi, proses mengemas selepas memasak adalah yang paling malas untuk dilakukan.
"Masak itu menyeronokkan tetapi bab kemas itu kadang-kadang malas," kata Syanie sambil ketawa.
Selain itu, ruang-ruang lapangnya turut dimanfaatkan untuk berkomunikasi dengan para peminat melalui laman sosial Facebook (FB).

Baginya, itu sahajalah masa yang ada untuk membalas komen-komen peminatnya selain berinteraksi bersama teman-teman.
"Tetapi awal-awal lagi Syanie sudah beritahu kepada peminat di FB, seandainya Syanie ada masa, barulah Syanie akan membalas semua komen mereka.
"Balas tetap balas cuma cepat atau lambat sahaja," akur Syanie yang kini mempunyai 4,087 rakan di FB.



p/s - tak payah nak counting, birthday lulu 28.05.88... ngee



.

Laut telan kampung


"Hanya geran tanah ini yang menjadi bukti satu ketika dulu, kira-kira dua kilometer dalam Laut China Selatan sekarang, ada satu penempatan dinamakan Kampung Pulau Pak Amat.

"Di penempatan itulah juga saya dilahir serta dibesarkan, namun kini perkampungan itu semua sudah hilang dan hanya tinggal sebagai sejarah, bagaikan cerita dongeng, 'ditelan' laut," kata Omar Senik, 82.



 Lulu : Air laut memang akan meningkat naik.. tanpa kita sedar ataupun tidak...ngeri dengar..
p/s - tak payah nak counting, birthday lulu 28.05.88... ngee





.

Mencabar polis?

Gara-gara ‘mulut lancang’ memaki hamun polis, pembantu peribadi kepada juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil terpaksa bermalam dalam lokap di Balai Polis Taman Melawati, Ampang, kelmarin.

Sumber berkata, lelaki berusia 24 tahun itu pada mulanya ditahan polis kerana didapati menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar.

Beliau berkata, pembantu peribadi kepada pelawak terbabit bukan saja tidak mematuhi undang-undang lalu lintas tetapi dilihat seolah-olah mencabar polis apabila melakukan kesalahan itu di depan balai polis.

“Lelaki itu dengan selamba menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar melalui hadapan balai polis yang pada masa itu terdapat ramai anggota bertugas termasuk Ketua Polis Balai Taman Melawati, Cif Inspektor Muhamad Ruslin.

“Melihat perbuatan itu, polis menahan untuk pemeriksaan dan mendapati lelaki itu tidak memiliki lesen,” katanya.

Sumber berkata, motosikal yang ditunggang adalah milik majikannya iaitu pelawak terkenal, Nabil yang dikatakan sedang menjalani penggambaran drama di sebuah premis perniagaan berhampiran balai polis berkenaan.

Beliau berkata, melihat lelaki itu sudah melakukan kesalahan lalu lintas menyebabkan polis terpaksa menyamannya.




p/s - tak payah nak counting, birthday lulu 28.05.88... ngee


.

Misteri kehilangannya..


Seorang doktor pelatih berusia 26 tahun hilang sejak empat hari lalu selepas keluar untuk bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dekat sini pada pagi Isnin lalu.

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, sehingga semalam gagal dihubungi dan kehilangannya merupakan satu misteri kerana tidak berlaku sebarang perselisihan faham antara dia dengan keluarga sebelum ini.
Graduan dari Moscow Medical Academy itu menjalani program latihan perubatan di HSB sejak Oktober tahun lalu.

Bapanya, Mohd. Nazri Wan Senik, 54, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan Mohd. Noor Azam ialah ketika menghantarnya ke HSB kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin lalu.
Katanya, anaknya pada hari tersebut memakai kemeja berkolar warna kuning air, bertali leher dan berseluar hitam serta mengenakan uniform pegawai perubatan.

“Bagaimanapun, ketika saya menghubunginya pada pukul 7 petang untuk mengambilnya pulang, panggilan telefonnya tidak berjawab menyebabkan saya terpaksa ke HSB kira-kira pukul 9 malam untuk mencarinya.
“Kami pergi ke wad tempat dia bertugas dan dimaklumkan oleh petugas wad berkenaan bahawa dia tidak datang bekerja pada hari tersebut dan usaha mencari di sekitar hospital juga gagal menemuinya,” kata Mohd. Nazri ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini semalam.




p/s - tak payah nak counting, birthday lulu 28.05.88... ngee



.

Juruteknik maut rempuh penghadang


Seorang juruteknik maut setelah kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 25, Kuala Terengganu-Dungun, dekat Kampung Alor Toman, di sini malam semalam.
Kemalangan pukul 8.30 malam itu mengakibatkan mangsa, Tengku Azman Tengku Saibon, 38, tersepit dalam kereta yang remuk dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke Kampung Putat Pendek, Kota Bharu, Kelantan dan bekerja di sebuah syarikat penyelenggaraan luar pesisir di Kemaman.

Seorang penduduk, Ramlah Yatim, 40, berkata, kemalangan itu berlaku ketika dia dan keluarga sedang menikmati makan malam sebelum terdengar bunyi kesan brek yang kuat.
"Kami lalu bergegas keluar dan ternampak sebuah kereta remuk terlanggar besi penghadang jalan depan rumah. Saya juga melihat seorang lelaki tersepit pada bahagian pemandu dan dalam keadaan parah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Ramlah, beberapa pengguna jalan raya berhenti dan cuba membantu tetapi gagal kerana keadaan mangsa kritikal dan hanya mampu mengajar lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah.
"Anggota bomba dan penyelamat yang datang tidak lama kemudian mengeluarkan mayat mangsa dengan mengopak bumbung kereta," katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Mohd. Zohan Seman ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.




p/s - tak payah nak counting, birthday lulu 28.05.88... ngee



.

Kisah tragis yang menyayat hati..


Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini maut dalam usahanya mengejar peragut yang dikatakan cuba meragut rantai leher perak milik adiknya di KM10, Jalan Kaki Bukit di Beseri dekat sini malam Khamis.

Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, yang mengejar peragut dengan motosikal meninggal di tempat kejadian apabila motosikalnya dikatakan bergesel dengan motosikal peragut sebelum mangsa terpelanting di atas jalan raya dan dilanggar pula oleh sebuah kereta dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu.

Adiknya, Nur Syaza Naurah, 15, yang membonceng motosikal itu menceritakan kejadian tersebut bermula ketika mereka baru sahaja mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Balai Baru apabila dihampiri oleh seorang penunggang motosikal yang bertanyakan sesuatu tetapi mereka tidak mengendahkanya.

"Pada masa yang sama lelaki itu cuba meragut rantas leher saya tetapi gagal kerana saya sempat menepis tangannya," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Keteri.

Dia berkata kakaknya yang naik berang telah mengejar motosikal peragut itu bagi mendapatkan nombor pendaftaran motosikal tersebut.

Namun motosikal yang mereka naiki hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya selepas berselisih dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, selepas terjatuh dia sempat bangun menyelamatkan diri tetapi kakaknya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan dilanggar pula oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah belakang menyebabkan dia meninggal serta merta di tempat kejadian.

Mayat Nur Syaza Yasmin dibawa ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Keteri sebelum solat Jumaat.

Pegawai Turus Trafik Perlis, Asisten Supritendan Rosli Yahaya berkata pihaknya telah menahan dua pemandu kenderaan terbabit.

"Kedua-dua pemandu berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun. Salah seorangnya adalah pemandu yang kenderaannya berselisih dengan motosikal mangsa manakala sorang lagi yang melanggar mangsa," katanya.

Beliau juga berkata polis masih belum pasti sama ada kes tersebut membabitkan kes ragut tetapi masa masa ini kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki yang dikatakan peragut itu belum dapat dikesan.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!