Thursday, June 30, 2011

World's longest sea bridge opens in China...



China has opened the world's longest cross-sea bridge - which stretches five miles further than the distance between Dover and Calais.
The Jiaozhou Bay bridge is 26.4 miles long and links China's eastern port city of Qingdao to the offshore island Huangdao.
The road bridge, which is 110ft wide and is the longest of its kind, cost nearly £1billion to build.


Chinese TV reports said the bridge passed construction appraisals on Monday and it, along with an undersea tunnel, would be opened for traffic today.
It took four years to build the bridge, which is supported by more than 5,000 pillars across the bay, and it is almost three miles longer than the previous record-holder - the Lake Pontchartrain Causeway in Louisiana.


That structure features two bridges running side by side and is 23.87 miles long.
The three-way Qingdao Haiwan bridge is 174 times longer than London's Tower Bridge, spanning the River Thames, but cuts only 19 miles off the drive from Qingdao to Huangdao.


Two separate groups of workers have been building it from different ends of the structure since 2006.
After linking the two ends of the bridge on December 22, one engineer said: 'The computer models and calculations are all very well but you can't relax until the two sides are bolted together.


'Even a few centimetres out would have been a disaster.'
The engineering feat will only hold the record as the longest sea bridge for a few years - it will be beaten by another Chinese bridge in the next decade.
Last December officials announced workers had begun constructing a bridge to link southern Guangdong province with Hong Kong and Macau.


Set to be completed in 2016, officials said the £6.5billion bridge will span nearly 30 miles.
It will be designed to cope with earthquakes up to magnitude 8.0, strong typhoons and the impact of a 300,000 tonne vessel.
But both structures will still be dwarfed by the longest bridge in the world, also in China.
The Danyang-Kunshan Grand Bridge is an astonishing 102 miles in length.




.

Blogspot memang masalah..


Dari petang tadi blog tak dapat update.. yang ada update pun adalah auto publish pagi tadi..gila kan..?
Ngee nini, jangan sangka lulu tak dilanda masalah yang sama, adeh.. update blog tak boleh, publish/komen tak boleh, nak tengok dashboard pun dia ngeeennngg... adeh...
Tapi memang dari hp boleh jer.. tapi mata tak tahan, hp tu kecik weh...

Sekarang cuba kat internet explorer.. Nampaknya berkesan...huhu...
(cepat guna internet explorer...weee)
Petang tadi sepatutnya ada entri best dari lulu, tapi disebabkan blogspot ada masalah, so, entri itu terpaksa ditangguh ke masa lain... Semogalah eh, esok masalah ni tak berlarutan...


Rasanya ada yang kena ada yang okey jer lulu tengok..
Buktinya, petang tadi melalui bloglist, lulu perasan encik ben ada buat segmen, buat dialog?
Dan ada juga yang join, dan itu membuktikan tak semua dilanda masalah blogspot..


Apa pun, berblogging ni memang perlukan kesabaran yang bukan sedikit...




.

Dihidupkan semula........


Mendiang Puteri Diana 'dihidupkan semula' pada paparan muka depan majalah Newsweek dengan foto yang menggambarkan dia dan kehidupan yang mungkin dilaluinya untuk meraikan hari jadinya yang ke-50 Jumaat ini.

Foto dan kisah tersebut membayangkan Diana mungkin berkahwin kali kedua, menggunakan Botox dan sedikit cemburu dengan kehadiran menantu baru, Kate Middleton.
Ia sekali gus membangkitkan kemarahan kebanyakan orang yang meluat melihat majalah itu dijual di kedai pada minggu masa yang sama Putera William dan isterinya memulakan lawatan rasmi ke Amerika Utara.
"Mengejutkan, hebat atau sekadar cerita murahan?," soal majalah Los Angeles Times.

Blog berita, Mediaite.com menggelarnya sebagai 'tidak menghormati di semua tahap', manakala laman web The Atlantic Wire memaparkan tajuk utama Setakat Manakah Seramnya Hantu Puteri Diana?.
Editor Newsweek, Tina Brown, seorang rakyat Britain yang menulis gosip pada 2007 mengenai biografi mendiang Diana, membayangkan jika puteri itu tidak maut dalam kemalangan di Paris pada 2007, mendiang mungkin berpindah ke New York, kekal kelihatan cantik, berkawan dengan bekas suami, Putera Charles dan isteri, Camilla serta mempunyai 10 juta pengikut dalam Twitter.
Namun foto Diana yang diubah menggunakan gambar digital di muka depan majalah tersebut yang 'menggambarkan dia masih bertubuh langsing dan bergaya, sedikit kedut di muka', menjadi faktor kemarahan orang ramai.

Foto itu juga memaparkan Diana berjalan seiringan dengan Kate sambil tersenyum dan penuh rasa kagum.
Kandungan majalah tersebut turut membayangkan laman sosial Facebook milik Diana menyukai filem, The King's Speech dan siri televisyen, The Real Housewives of New York.
Malah ia juga membayangkan mendiang keluar bersama David Beckham dan isteri, Victoria serta menghantar kata-kata sokongan kepada pakar perubatan spiritual, Deepak Chopra dan artis yang juga aktivis China, Ai Weiwei.

"Ugh... ia sungguh tidak sesuai... biarlah wanita malang itu bersemadi dengan aman. Jika saya adalah anggota keluarganya, saya akan sangat marah dan tersinggung,'' tulis seorang wanita di halaman komentar Newsweek. Terdapat juga berkata mereka membatalkan langganan terhadap majalah berita mingguan AS tersebut.




.

Selamat Pengantin Baru....


TINGGAL sehari lagi buat Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 27, bagi meneruskan kehidupan sebagai orang bujang sebelum diijab kabul dengan Siti Rahayu Abas, 31, pada Jumaat, jam 8 malam.
Ramai yang tidak sabar menyaksikan detik-detik tangan Tomok ‘digoyang’ tok kadi nanti.

Pernah mencetuskan fenomena di kalangan remaja menerusi kemunculan bersama New Boyz pada awal 2000, Tomok mengakui sudah bersedia menempuh alam baru yang bakal menantinya.

Malah, aktiviti seni juga dihentikan seketika sebaik dia selesai mengadakan persembahan di Jom Heboh di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini bagi proses persiapan terakhir menjelang hari bahagianya.
Bermula 1 Julai, majlis dimulakan dengan khatam Al-Quran di rumah Rahayu
di Taman Keramat dan sebelah malamnya, berlangsung acara akad nikah jam 8 malam
di Dewan Serbaguna, Taman Sri Keramat.

Keesokannya pada Sabtu, majlis kenduri dan persandingan sebelah perempuan akan diadakan di tempat sama dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang.
Pada 6 Julai, majlis kenduri khusus untuk pihak media akan diadakan di Restoran Saloma, Jalan Ampang dan majlis kenduri bagi pihak keluarga Tomok akan berlangsung pada 9 Julai di Desa Damai.

Tomok ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran drama Diari Kampus Biru, baru-baru ini mengambil peluang itu menghulurkan kad jemputan kahwinnya yang direka cantik dalam bentuk kotak baldu berwarna ungu.

Uniknya, bahagian dalam kotak kad kahwin tajaan kadlestari.com ini dihiasi dengan lirik lagu Bagaikan Bidadari serta dihasilkan dengan tiga warna berbeza iaitu dihiasi riben ungu untuk majlis sebelah Rahayu, riben merah untuk majlis bersama media dan riben merah hati untuk majlis sebelah keluarga Tomok.

Kata Tomok, segalanya berada di landasan yang betul dan persiapan banyak dibantu keluarga dan rakan-rakan. Tomok terharu kerana ramai yang mahu menolong menjayakan perkahwinannya.

Dia juga yakin dengan keputusannya melangkah alam perkahwinan dan hidup bersama Rahayu yang juga pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) kerana sudah saling mengenali sejak lapan tahun lalu.
Justeru, mereka merasakan inilah masa yang sesuai untuk bergelar suami isteri dan menghadapi segala cabaran berdua.

“Memang dengan kehidupan sebagai anak seni, tanggungjawab saya besar sebagai ketua keluarga. Namun saya yakin rezeki untuk kami akan ada.
“Saya jujur dan yakin dengan apa yang dilakukan dan percaya akan beroleh imbuhan daripada Allah. Tak dinafikan saya agak boros berbelanja, tapi apabila berkeluarga nanti saya kena hidup berjimat cermat.

“Majlis saya nanti juga akan turut mengundang anggota New Boyz untuk sama-sama memeriahkannya. Saya juga merakam perasaan terharu dengan sokongan peminat terhadap karier saya selama ini. Saya tahu mereka menyokong impian saya untuk kahwin kerana sampai bila saya nak hidup membujang.

“Mereka juga membesar bersama saya dan mungkin ada yang sudah berkahwin. Tak dinafikan mungkin ada sebilangan peminat setia saya akan hadir ke majlis yang diadakan.
“Saya tak halang mereka dan menyambut terbuka jika mereka mahu berbuat demikian. Cuma mereka kena memahami situasi yang berlaku jika ada sebarang kesulitan nanti,” jelasnya yang akan muncul menerusi filem Mantera tidak lama lagi.




P/S - Selamat pengantin baru Tomok!!




.

Bloglist Pupel Liyana



Pupel Liyana pelawa lulu join segmen ini..
Owh, lawanya blog...siyes lawa...
Dengan colour purplenya...ngee...
"buat sendiri eh?"


Semoga Lulu-Pages tersenarai dalam bloglist blog kamu yang serba purple itu yer....




.

Suri rumah mahu langsing hampir melecur


HAJAT seorang suri rumah untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing terkubur apabila kulitnya hampir melecur selepas menjalani sesi rawatan yang keseluruhannya berharga RM8,800.
Semuanya gara-gara krim pelangsing badan yang digunakan oleh sebuah pusat kecantikan di Sri Petaling di ibu negara yang tidak sesuai dengan kulitnya.

Tham See Kaee, 31, mengalami saat mencemaskan apabila meronta-ronta dengan badannya berbalut dan cuba meminta pertolongan daripada kakitangan pusat kecantikan itu selepas ditinggalkan bersendirian selama 10 minit di dalam bilik rawatan.

Hasilnya, kulit di bahagian belakang badannya bertukar menjadi kemerah-merahan dan pedih.
Pemeriksaan doktor mengesahkan dia mengalami alahan terhadap krim yang digunakan.
Menurut See Kaee, sebelum rawatan bermula, dia telah memaklumkan kepada pihak berkenaan bahawa dia mempunyai alahan tertentu.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, wanita terbabit meminta wangnya dipulangkan namun pihak pengurusan pusat itu enggan memberikan kerjasama.

Masalah itu menyebabkan See Kaee memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara.
Presiden TTPM, Reihana Abd. Razak yang mendengar kes tersebut baru-baru ini mengarahkan pusat kecantikan berkenaan membayar ganti rugi RM5,820 kepada See Kaee dalam tempoh 14 hari mulai tarikh keputusan itu dibuat.

Menceritakan semula kejadian itu, wanita itu berkata, segalanya bermula apabila dia dihampiri oleh kakitangan pusat kecantikan itu yang memperkenalkan diri sebagai May dan ditawarkan promosi rawatan muka dengan bayaran RM58 sahaja.
Namun setelah perbualan lanjut, dia dipujuk dengan tawaran untuk melangsingkan badan iaitu pakej 13 kali rawatan dengan harga RM1,988 dan dia bersetuju.

Beberapa hari kemudian ketika membawa suaminya ke pusat itu, jururunding kecantikan di situ berjaya pula mempengaruhi See Kaee dan suaminya untuk bersetuju dengan pakej yang lebih mahal iaitu RM8,800 bagi rawatan tanpa had selama setahun.
Katanya, pihak tersebut turut memberi jaminan bahawa wang akan dikembalikan sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka tetapi janji tersebut tidak dikotakan.




P/S - Gambar sekadar hiasan



.

Halang guna internet


Sekumpulan penduduk Mesir melancarkan kempen melalui internet bagi menghalang penyanyi kelahiran Colombia, Shakira, daripada memasuki negara itu dan membatalkan konsertnya di Kaherah pada November, sebagai reaksi balas berikutan kunjungannya ke Israel seminggu lalu.

Sebilangan besar peminatnya di negara itu mengecam kunjungan Shakira ke Israel dan melawat kanak-kanak Yahudi di sebuah sekolah di Baitulmaqdis, tetapi tidak mempedulikan kanak-kanak Palestin yang menderita akibat penjajahan rejim Zionis.
Shakira juga ditegur berikutan lawatannya, kerana dia mempunyai darah kacukan Lubnan, sedangkan wujud permusuhan yang kuat di antara Lubnan dan Israel.

Laman web yang dihasilkan bagi kempen itu menyatakan serangan tidak ditujukan kepada Shakira sebagai seorang individu, sebaliknya bagi menunjukkan penolakan keras terhadap apa juga bentuk hubungan dengan Israel.

“Konsert Shakira tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada Mesir, sebaliknya adalah lebih baik jika dia tidak mengadakan konsert itu,” kata seorang anggota penganjur kempen.

Penganjur kempen turut melahirkan kemarahan berikutan kesediaan Shakira menerima undangan daripada Presiden Israel Shimon Peres dan kenyataannya untuk membuka ‘lembaran baru’ dengan penduduk Israel.
“Kenyataan Shakira adalah mengejutkan dan kami menuntut agar dia diharamkan daripada memasuki Mesir untuk selama-lamanya,” kata anggota kumpulan penganjur itu.

Shakira melawat Israel bersama teman lelakinya, bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique dan menginap di sebuah hotel di Baitulmaqdis.





.

Anak ayam sakit punca harga naik?


Masalah anak ayam berpenyakit dikatakan menjadi antara faktor yang menyebabkan bekalan daging ayam berkurangan di negeri ini sekali gus mencatatkan peningkatan harga terlalu tinggi sehingga menghampiri RM9 sekilogram.

Menurut sumber, masalah itu dikenal pasti sejak awal bulan ini apabila para penternak mendakwa menerima bekalan anak ayam dari sebuah syarikat pembekal di Muar yang kemudiannya didapati berpenyakit.
Menurut beliau, syarikat pembekal tersebut membekalkan anak ayam untuk penternak di seluruh negeri ini menerusi satu perjanjian atau kontrak ladang.
“Kakitangan saya yang membuat pemantauan di ladang ternakan ayam, telah dimaklumkan bahawa anak ayam yang dibekalkan itu mempunyai jaminan selama tujuh hari iaitu jika keadaannya tidak baik, penternak boleh memulangkan semula kepada pembekal.

“Kami juga dimaklumkan penternak terpaksa memulangkan anak-anak ayam disebabkan ia didapati berpenyakit dan kos untuk memulihkan anak ayam itu tidak mampu ditanggung penternak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut sumber, purata harga daging ayam standard di seluruh negeri ini yang dicatatkan semalam, adalah antara RM7.50 sehingga RM8.80 sekilogram.

Beliau memberitahu, semalam, harga ayam termahal dikesan di Endau iaitu RM8.80 sekilogram diikuti Ulu Tiram, Tangkak, Mersing dan Parit Raja dengan masing-masing RM8.50 sekilogram.
Beliau tidak menolak kemungkinan punca kenaikan harga ayam turut disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik di ladang pembekal serta penternak dan pengurangan subsidi diesel untuk pengangkutan lori membawa ayam.
Sementara itu, Pengarah PPDNKK negeri, Che Halim Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan tentang masalah anak ayam berpenyakit itu dan menyatakan akan turun membuat tinjauan di ladang-ladang ternakan ayam terbabit dalam masa terdekat.




.

“Saya tidak kisah semua itu”


“Saya tidak kisah semua itu,” kata penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, yang akhirnya bersuara selepas usaha menemubualnya sebelum ini menemui jalan buntu.

Kajol berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi terbaru membabitkan dirinya yang disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu dan digam stesen radio swasta terkenal Kelantan, Manisfm.
Bagaikan ‘berhati kering’ Kajol selamba memberitahu tidak ambil kisah sebarang berita yang disiarkan mengenai dirinya.

Bagaimanapun, kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri yang terkenal dengan lagu irama Bollywood itu enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi membabitkan dirinya.

“Tiada komen, siarlah apa berita pun,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)




.

Budak maut jatuh...


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mati lemas setelah terjatuh ke dalam tali air ketika bermain basikal di Kampung Parit Buaya, Alor Janggus, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7 petang itu, mayat mangsa, Mohammad Fahmi Kamaruddin ditemui oleh bapanya Kamaruddin Li, 44, di dasar tali air yang hanya terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya.
Menurut ibunya, Nor Azalina Ahmad, 39, mangsa yang merupakan anak bongsu memang selalu bermain basikal di sekitar rumah mereka setiap petang, namun tidak pernah bermain sehingga ke kawasan tali air tersebut.

Katanya, dia menyedari sesuatu buruk berlaku apabila anak sulungnya, Mohd. Arif, 16, masuk ke dalam rumah selepas bermain tanpa kelibat Mohammad Fahmi.
“Saya dan Mohd. Arif mencari Mohammad Fahmi sehingga ke kawasan tali air dan ternampak kasut jenama Croc yang selalu dipakainya terapung.

“Jalan kampung ini baru diturap dan sebab itulah anak saya sering bermain basikal bersama abang dan kakaknya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Parit Buaya di sini hari ini.
Nor Azalina berkata, mereka kemudian dengan dibantu suaminya terjun ke dalam tali air yang sedalam paras dada dan menemui Mohammad Fahmi.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, dia menemui basikal anaknya di dasar tali air sebelum terjumpa anaknya.
“Saya tarik anak saya namun ketika itu dia sudah pucat serta kebiru-biruan dan kami bawa dia ke klinik berhampiran tetapi dia gagal diselamatkan,” katanya.

Ujarnya, Mohammad Fahmi baru pandai menaiki basikal itu yang sebelum ini digunakan abang-abangnya berusia sembilan dan 12 tahun.
“Kami tidak sangka dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga kerana tiada apa-apa perubahan sikapnya yang ketara,” jelasnya.




.

Dakwa kecuaian punca ibu mati


Seorang peniaga merayu Kementerian Kesihatan menyiasat tindakan seorang doktor di Hospital Baling yang didakwanya cuai ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan kematian ibunya.
Mohd. Fauzi Abdul Rahman, 41, dari Kampung Binjul Dalam, Tawar dekat sini berkata, dia membawa ibunya, Sao‘dah Jaafar, 68, yang mengalami sakit perut dan cirit ke hospital itu untuk dirawat pada 23 Jun lalu.

Menurutnya, bagaimanapun doktor yang berkenaan menyuruhnya pulang ke rumah kira-kira pukul 1.30 pagi selepas mengatakan ibunya hanya menghadapi masalah angin dalam perut.
“Apa yang dikesalkan, keadaan ibu saya masih lemah dan tidak bermaya ketika disuruh pulang itu. Saya merayu kepada doktor berkenaan supaya ibunya dimasukkan ke wad, itupun selepas lima kali memanggil doktor berkenaan memeriksa semula ibunya dan dimasukkan ke wad.

“Doktor itu kemudian melemparkan kata-kata sinis dengan berkata kalau nak masuk wad, masuklah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mohd. Fauzi berkata, selepas itu ibunya dimasukkan ke wad dalam keadaan tidak sedarkan diri sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.20 petang keesokannya akibat jangkitan bakteria dalam darah yang kritikal.

Katanya, dia reda dengan ketentuan Allah terhadap ibunya tetapi apa yang dikesalkan, doktor terbabit gagal mengesan dengan betul punca penyakit untuk memberi rawatan sewajarnya kepada wanita itu.
Menurut Mohd.Fauzi, ibunya yang tidak sedarkan diri hanya dibiarkan terlantar di wad kerana doktor menganggap ia disebabkan masalah angin dalam perut walhal sebenarnya ia adalah jangkitan bakteria dalam darah.

“Saya kecewa dan berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang kepada pesakit lain khususnya kami orang kampung. Janganlah memandang hina dan rendah kepada orang kampung yang memerlukan rawatan kerana kami tidak mampu ke hospital pakar setanding dengan orang yang berada,” katanya.
Tambahnya, berikutan kejadian itu dia menghubungi melalui telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Pengarah Kesihatan Hospital Baling, Dr. Jazari Jamaludin, untuk membuat aduan.

“Walaupun pada mulanya tiada jawapan, Dr. Jazari kemudian membalas mesej saya keesokannya dengan mengatakan beliau akan menyiasat kejadian,” katanya.
Mohd. Fauzi juga menulis surat kepada Pejabat Menteri Kesihatan, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan Pengarah Hospital Baling (HB) untuk meminta penjelasan terhadap apa yang berlaku dan memberi perhatian terhadap kes-kes seperti ini.

“Saya lakukan ini bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk pesakit lain juga supaya mereka tidak diabaikan ketika memerlukan rawatan,” katanya.
Sementara itu, Dr. Jazari ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan tersebut.
‘‘Kita akan siasat dakwaan tersebut,’’ katanya yang enggan mengulas.




.

"CsP nak bagi hadiah!!!"


Dalam blog encik padlie ni, lulu suka baca entri mengenai "padlie masa muda-muda..." Kebetulan ceritanya ada banyak part, so, tak bolehlah lulu pilih satu entri jer... Cerita yang bersahaja dan menarik..



Untuk cadangan penambahbaikan, lulu tak fikir lulu layak nak cadangkan.. 
sebab lulu pun biasa jer, bukannya pakar, namun begitu, bagi lulu, adalah penting kita menjadi diri kita sendiri...


Kalau nak tag orang, lulu rasa memang nak tag ramai orang..
dan kebetulan malam ni tutup, 
lulu pelawa semua pembaca Lulu-Pages join giveaway menarik ini...
Mana tahu bertuah, kan...



Tarikh Tutup : 30.06.11 jam 11.59 malam.




.

Memang jelas ada perubahan..


Sejak melahirkan anak kembar, Iman Lilly dan Tiara Rose pada 29 April lalu, pelakon dan pengacara, Sazzy Falak mengakui sudah mula merasai beberapa perubahan dalam rumah tangganya.
Kata Sazzy, perubahan cara pengurusan masa dan kerja yang berlaku dalam dirinya serta suami, Nazril Idrus membuatkan mereka seronok menjalani fasa baru kehidupan sebagai seorang ibu dan ayah.

"Biasalah, perubahan ketara dalam hidup saya dan suami ialah menjadi ibu dan bapa. Kami perlu komited terhadap kedua-dua anak kembar kesayangan kami selain sibuk menguruskan kerjaya.
"Saya pun tak sangka, jika dulu, kalau anak orang yang saya dukung itu nangis, saya akan kembalikan anak tersebut kepada ibunya atau orang lain. Tapi kini saya mampu menjaga mereka dengan bantuan suami. Saya suka perubahan ini," katanya.

Tambah Sazzy, dia juga bersyukur perjalanan hidupnya berjalan dengan teratur di mana kesemua keinginannya seperti mengukuhkan kerjaya, alam perkahwinan bersama suami dan kini membina sebuah keluarga tercapai satu persatu.
"Alhamdulillah, kehadiran anak kembar kami sesuai dengan masanya dan ketika kelahiran mereka, saya sudah pun bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

"Ini kerana saya dapat melalui dan mengukuhkan kerjaya saya dan kemudian mengharungi keseronokan berdua dengan suami sepanjang tiga tahun perkahwinan dan selepas itu, muncul pula Iman dan Tiara. Saya rasa perjalanan hidup saya begitu sempurna," ujarnya.
Sementara itu, Sazzy bakal muncul dengan filem terbarunya, Tolong! Awek Aku Pontianak yang akan ditayangkan pada 7 Julai depan.

Dalam filem arahan James Lee itu, Sazzy memegang watak seorang puntianak bernama Maya mencintai seorang lelaki lurus, Bob, yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim.
Kata Sazzy, ini merupakan kali pertama dia membawakan watak seorang pontianak dan gembira kerana dapat berlakon dengan Zahiril yang pertama kali digandingkan.
"Alhamdulillah, saya mempunyai kumpulan produksi yang hebat terutama James Lee, yang banyak membantu saya dalam penghayatan watak.

"Sebenarnya, agak susah untuk saya menonton lakonan saya sendiri kerana takut jika gagal menjayakan watak yang digalas. Memang saya sangat kritikal dengan hasil kerja yang dibuat," tuturnya.
Selain Sazzy dan Zahiril, filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. tersebut turut dibintangi oleh Liyana Jasmay, Nurul Wahab, Faezah Elai, Bell Ngasri, Sufian Mohamed dan Ruminah Sidek.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!