Wednesday, July 6, 2011

Lulu-Pages serba PINK? Biar betul wei..



Hoho, entah apa yang merasuk kepala otak, kelmarin, buat poll (masih berjalan sehingga sekarang), tengok apa pendapat pembaca Lulu-Pages, mengenai Lulu-Pages jika berwarna serba PINK... segala-galanya pink.. Template dan header.. hoho... setahun lebih dah weh berblogging, blog ni memang dikenali dengan warna birunya.. Kerana Lulu Caldina merupakan seorang peminat setia Chelsea...


Namun, melihat kepada undian ramai, nampaknya, ramai nak tengok blog ni bertukar warna...
Lulu dah start geli-geleman ni weh.. Dah mula nak mendesign kan header bagai, yang pasti semuanya serba pink..Gila, namun, ada masa lagi untuk mengundi yer.. silalah undi samaada korang nak blog ni berwarna pink, ataupun tidak, ataupun memilih untuk berkecuali...


Ngee peluang bukan datang berkali-kali eh...
Manalah tahukan, undian korang tu bakal menjadi kenyataan, dan akhirnya Lulu-Pages akan bertukar kulit, eh warna.. Bukan sebarang warna tu.. PINKY.. adeh....




P/S - BLUE = PINKY ???



.

Lulu Caldina sahut cabaran....


day 1 - lagu yang anda dengar hari ini
day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton
day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido
day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang
day 5 - status anda ? relationship anda?
day 6 - tiga perangai burok anda
day 7 - tiga perangai baek anda
day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
day 9 - perasaan anda hari ni
day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?
day 11 - gadjet yang anda ada
day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda
day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda
day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka
day 17 - gambar bilik idaman anda
day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?
day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah
day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda
day 23 - dream wedding
day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 25 - makna disebalik link blog anda
day 26 - 15 fakta tentang anda
day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 28 - hobi anda
day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?
day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?





P/S - Lulu sahut cabaran.. Korang ada berani???




.

Wordless Wednesday






.

Makanan orang miskin..


Ketika kerajaan Indonesia bertungkus-lumus menangani masalah kemiskinan dan kesihatan yang semakin meruncing di negara itu, satu kajian terbaru mendapati perbelanjaan membeli rokok adalah yang kedua tertinggi di kalangan penduduk negara itu selepas beras.

Ketua Agensi Statistik Pusat (BPS), Rusman Heriawan, berkata kajian dijalankan pihaknya mendapati, penduduk miskin bandar menghabiskan 25.44 peratus pendapatan mereka membeli beras manakala penduduk miskin luar bandar membelanjakan 32.81 peratus. Manakala penduduk bandar menghabiskan 7.7 peratus wang membeli rokok, warga luar bandar pula membelanjakan 6.3 peratus.

“Penemuan kajian ini mengecewakan. Perbelanjaan membeli rokok dan tembakau kedua tertinggi. Rokok bukan makanan berkhasiat,” kata Rusman.
Beliau berkata, lebih menyedihkan sebilangan keluarga lebih mengutamakan membeli tembakau berbanding menghantar anak ke sekolah.

“Ia satu-satunya cara mereka bergembira dan melupakan tekanan hidup. Penduduk miskin mempunyai banyak masa terluang, mereka bersembang untuk menghabiskan masa dan merokok sebahagian daripada tabiat diamalkan,” kata dekan jabatan Sosial dan Sains Politik Universiti Indonesia, Bambang Shergy Laksmono.


Beliau berkata, perbuatan itu juga cara melarikan diri daripada kenyataan namun menjadikan mereka bertambah miskin.

Pakar sosiologi dari Institut Sains Indonesia, Henny Warsilah menyalahkan kerajaan berikutan fenomena yang berlaku.
“Penduduk diberi laluan menghisap rokok dengan lambakan iklan rokok yang disiarkan secara besar-besaran melalui media massa tetapi tiada iklan larangan merokok yang berkesan. Kanak-kanak mula merokok sejak di tadika, sesuatu yang tidak kita lihat di negara lain,” katanya.




.

Maaf, saya tak dapat ke Bukit Jalil


PEMINAT tanah air yang ghairah menunggu kelibat kapten Liverpool, Steven Gerrard (atas) menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai ini boleh melupakan impian besar itu.

Semalam, pemain England berusia 31 tahun itu yang sepatutnya berlepas bersama pasukan Ahad ini mengesahkan dia terpaksa menarik diri daripada Jelajah EPL Asia 2011 untuk menyambung program pemulihan di Melwood selepas pembedahan akhir musim lalu.

“Saya minta maaf tidak dapat bersama peminat kami di Malaysia dan China,” kata Gerrard kepada laman web kelab (www.liverpoolfc.tv), semalam. “Saya sudah lama menunggu saat kunjungan ke Asia dan bertemu peminat setia secara lebih dekat.”
Sementara itu, pengurus pasukan, Kenny Dalglish turut menyuarakan rasa kecewa dengan perkembangan terbaru itu.

“Saya pasti peminat Liverpool di rantau ini akan terasa amat kecewa. Tapi kami juga percaya peminat sama akan menghargai kepentingan Steven untuk pulih segera bagi perlawanan EPL (Liga Perdana Inggeris) pertama menentang Sunderland, bulan depan.”

Liverpool akan menentang kelab Guangdong di China pada 13 Julai sebelum menentang pasukan Malaysia XI pada 16 Julai. Mereka juga akan berlatih di Singapura dalam kunjungan lapan hari ke Timur Jauh.




.

"Ya, jujur, saya pernah menyintainya.."


BIARPUN sudah tidak lagi bersama dalam siri filem Transformers, namun pelakon Shia LaBeouf telah membuat pendedahan mengejut apabila secara jujur mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Megan Fox.

Dalam pendedahan yang dibuat menerusi majalah terkenal Details, Shia menyatakan hubungan cinta tersebut terjalin ketika hubungan Megan dan kekasihnya Austin Green yang kini suaminya mengalami masalah.


"Memang ia adalah sebuah cinta lokasi kerana kami sentiasa bersama selama enam bulan ketika menjalani penggambaran filem Transformers. Namun, ianya berakhir setelah tamat penggambaran.

"Saya sendiri tidak pasti bagaimana saya boleh jatuh cinta dengannya ketika itu. Namun, disebabkan itu juga penonton dapat melihat keserasian kami berdua menerusi filem tersebut," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada dia mengetahui Megan masih lagi kekasih Austin atau sebaliknya ketika mereka menjalinkan hubungan percintaan, Shia mengatakan dia tidak ambil tahu mengenainya.




.

Tergelincir


Dua gerabak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sarat membawa muatan kayu getah dan papan lapis, tergelincir berhampiran Stesen Keretapi Kampung Baru, Tunjang di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 4 petang yang membabitkan tren dalam perjalanan dari Padang Besar ke Alor Setar itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba Jitra, Hasbullah Mat Isa berkata, pihak bomba menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.05 petang.

"Kereta api ini tergelincir dari landasan dan kini kerja mengalihkan gerabak tergelincir sedang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui di Stesen Keretapi Kampung Baru di sini, hari ini.
Menurut seorang penduduk kampung itu, Mohd. Amirul Aman, 14, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen di rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
"Saya terdengar bunyi yang kuat dan ternampak ada gerabak keretapi tergelincir dari landasan.
"Saya terus memaklumkan kepada rakan-rakan yang tinggal berhampiran rumah saya untuk melihat gerabak ini," katanya.


Tambahnya, sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian berkenaan di kampungnya dan dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.




.

Pasangan kembar ditemui mati berpelukan



Pilu hati seorang bapa apabila melihat anak kembar perempuannya rentung dalam keadaan berpelukan selepas gagal menyelamatkan diri dari rumah mereka yang terbakar di Kampung Durian Mas, Manir dekat sini semalam.
Kejadian pukul 9.15 pagi di rumah kos murah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) itu menyebabkan dua kanak-kanak malang masing-masing berusia tiga tahun, Nur Fatin Farhana dan Nur Fatin Farhanah mati di lokasi kejadian selepas rentung lebih 50 peratus.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa sedang bermain di dalam bilik manakala bapa mereka, Hamid Mustafa, 40, sedang tidur di ruang tamu manakala ibu mereka, Suriyani Sulong, 40, sedang bekerja sebagai tukang cuci di Sekolah Menengah Agama Khairiah di sini.

Difahamkan, Hamid yang menganggur dan menghidap penyakit sawan tidak berupaya untuk berjalan jauh.
Mengimbau semula kejadian itu, Hamid memberitahu, dia menyedari berlaku kebakaran selepas terdengar jeritan sepupunya, Wan Norizan Ismail, 40, yang tinggal di kawasan sama mengatakan kepulan asap keluar dari tingkap bilik.
Katanya, dia cuba bangun untuk mendapatkan pasangan anak bongsu daripada tujuh beradik itu tetapi gagal kerana api yang semakin marak.

“Saya sedih kerana tidak mampu menyelamatkan mereka kerana kesihatan saya tidak mengizinkan. Saya cuba membawa mereka keluar dari bilik itu tetapi tidak mampu,” ceritanya di sini semalam.
Tambahnya, pasangan kembar itu jarang bermain di dalam bilik kerana mereka lebih gemar bermain di ruang tamu dan luar rumah.
“Malam sebelum kejadian, mereka langsung tidak mahu tidur walaupun sudah pukul 4 pagi hinggakan isteri saya terpaksa melayan mereka,” katanya lagi.


Sementara itu, Wan Norizan berkata, dia terus menjerit nama pasangan kembar itu untuk menyuruh mereka keluar sebaik ternampak asap.
“Selepas tidak nampak kelibat kanak-kanak itu, saya mencari bapanya yang berada di ruang tamu. Selepas api padam, anggota bomba menemui mereka yang sudah rentung itu sedang berpelukan,” katanya.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd. Ridzuan Hassan berkata, kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana lemas akibat kepulan asap selain melecur.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!