Saturday, July 9, 2011

Pegang baju elak terselak


Sebaik saja pewaris takhta Britain, Putera William dan isterinya Catherine keluar daripada pesawat di Calgary, Kanada, Duchess of Cambridge itu terpaksa berusaha keras memastikan gaun sutera kuning rekaan Jenny Packham yang dipakainya tidak terselak ketika angin bertiup kencang ketika beliau berjalan menyeberangi landasan lapangan terbang.

Akhbar Herald Sun melaporkan, Putera William dan isterinya berada di bandar itu untuk menghadiri perarakan besar-besaran yang dihadiri 250,000 penduduk tempatan setiap tahun.
Kegagalan Catherine mengawal pakaiannya disiarkan seminggu selepas adik perempuannya, Pippa menggayakan penampilan memukau dalam gaun berkait yang jarang.
Pasangan diraja terbabit mendarat selepas jam 4.30 petang waktu tempatan dengan menggunakan Pasukan Griffon Kanada.

Mereka disambut Leftenan Gabenor Donald Ethell dan Datuk Bandar Calgary Naheed Nenshi serta wakil rakyat tempatan.


Isteri William turut membawa senyuman gembira kepada kanak-kanak perempuan penghidap kanser yang berhasrat menemuinya.

Kanak-kanak berusia enam tahun Diamond Marshall, mempunyai ketumbuhan besar di belakang badan hadir bersama bapanya, Lyall Marshall, 37, dan ibu tirinya Danielle, 32, memeluk Catherine sebaik beliau tiba di lapangan terbang.
Sebelum itu, kanak-kanak itu mengambil jambangan bunga daripada ibu bapanya dan menghadiahkan kepada tetamu diraja itu dan Catherine terus memeluk kanak-kanak itu.


“Kate sangat menarik dan penyayang. Untuk kanak-kanak yang mempunyai impian menjadi puteri, bertemu Kate membuatkan impiannya menjadi kenyataan,” kata Danielle.




.

Tertinggi di Dunia


Istana pasir tertinggi di dunia ini adalah hasil karya Ed Jarrett .Pada tahun 2002 Ed telah membuat istana pasir ini dan telah memecahkan rekod dunia ketika itu. Kemudian dia memecahkan rekodnya sendiri pada tahun 2007. Dan pada tahun 2011 Ed Jarrett membuat istana pasir lebih tinggi lagi iaitu setinggi 37 kaki, 10 inci.

Ed membuat istana pasir tersebut dengan menggunakan peralatan sederhana dan melibatkan 1500 sukarelawan
Sebelumnya istana pasir tersebut dibuat dengan ketinggian 38 kaki dan 75 inci, namun dengan pertimbangan cuaca akhirnya bahagian atas istana tersebut dikikis.




.

Akhirnya dia pergi jua..


Seorang pelajar Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, dekat sini meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam selepas koma sejak lima hari lalu gara-gara disengat lebih 10 tebuan ketika menjalani latihan sukan di sekolahnya, pada 20 Jun lalu.

Mangsa, Mohamad Al-Amin Ibrahim, 8, dari Kampung Darat Sungai Ular disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3 petang selepas paru-parunya gagal berfungsi dipercayai akibat jangkitan kuman.
Bapa angkat mangsa, Abdul Aziz Mamat, 49, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 petang 20 Jun lalu, anaknya dikatakan disengat tebuan ketika berada di pondok rehat berhampiran bangunan prasekolah di dalam kawasan sekolahnya bagi menghadiri latihan sukan sekolah.
Beliau berkata anaknya disengat di kepala, leher, rusuk lengan dan bahagian belakang badan sebelum kejadian terbabit disedari guru dan mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dibawa untuk rawatan sementara di sebuah klinik swasta.

Katanya, melihat keadaan semakin kritikal, anaknya dihantar ke HTAA untuk rawatan lanjut. Mohamad Al-Amin terlantar hampir dua minggu di HTAA sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak lima hari lalu selepas paru-parunya gagal berfungsi disebabkan jangkitan kuman.
“Namun Tuhan lebih menyayanginya apabila anak bongsu daripada dua beradik yang saya jadikan anak angkat dan dijaga sejak berusia tiga hari itu menghem-
buskan nafas terakhir di depan mata saya. Saya dan keluarga reda dengan ketentuan Ilahi," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat HTAA, petang semalam.
Abdul Aziz berkata, beliau sememangnya terkilan dengan kelewatan pihak sekolah menghantar anaknya mendapatkan rawatan segera di hospital selepas kejadian terbabit.

“Mereka membawa anak saya pulang dulu ke rumah bagi memaklumkan kejadian kepada isteri, Rosilawati Abdul Rahman, 39, sebelum dihantar ke klinik. Mungkin sesuatu boleh dilakukan sekiranya anak saya terus dibawa ke hospital selain pihak sekolah sepatutnya lebih peka dengan menghapuskan sarang tebuan di sekolah terbabit kerana dibimbangi memudaratkan pelajar lain.

“Saya tidak menolak kemungkinan untuk menyaman pihak sekolah atas kecuaian yang berlaku,” katanya dan memaklumkan jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Darat Sungai Ular.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad, ketika ditemui selepas melawat jenazah mangsa di HTAA, semalam turut dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.




P/S - Berita terdahulu.. [KLIK]



.

Penjenayah warga Indonesia mati ditembak


Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah dalam satu kejadian tembak menembak di Jalan Paya Terubong di sini 2 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Zahruddin Abdullah, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat maklumat terdapat sebuah Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

"Anggota polis yang sampai ke tempat kejadian cuba menghampiri dan meminta pemandunya berhenti, bagaimanapun lelaki berusia lingkungan 30-an itu terus memecut laju kereta yang dipandunya itu ke arah persimpangan lampu isyarat Jalan Dato' Ismail Hashim, Relau di sini.
"Dalam masa sama lelaki terbabit juga bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis dan kita terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Zahruddin berkata, kereta yang dipandu lelaki terbabit terbabas ke kiri jalan selepas satu daripada tempakan yang dilepaskan polis mengenainya.

Katanya, suspek mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang.
"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah antaranya samun, pecah rumah, mencuri dan pengedaran dadah di sekitar negeri ini," katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .38mm dan beberapa bungkus dadah jenis ganja dalam kereta lelaki itu.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit menjalankan kegiatan jenayah bersama kumpulannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan mereka.




.

Terkenal tapi menjijikkan


Menjijikkan! Perkataan ini mungkin paling sesuai untuk menggambarkan keadaan beberapa dapur restoran terkenal yang diserbu pegawai kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, Rabu lalu.

Di bahagian depan restoran, semuanya tersusun cantik dan lauk yang disajikan menyelerakan. Namun, sebaik saja melangkah ke dapur, bau meloyakan menusuk hidung.
Najis tikus dan lipas bersepah di lantai terutama di stor dan tandas, sampah tidak dibuang, peti sejuk dan lantai kotor seperti tidak pernah dibersihkan dan bahan mentah masakan dibiarkan bersepah di merata tempat.

Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata pegawai kesihatan sudah memberikan notis awal kepada pemilik restoran dua minggu lalu supaya membersihkan premis dan mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Kesihatan, namun mereka gagal melaksanakan arahan.

“Selepas dua minggu, pemeriksaan susulan dibuat dan tiada perubahan. Peniaga yang ingkar mengikut arahan diberi notis penutupan premis sehingga semuanya dibersihkan semula.




.

Terima Tawaran Kerja Sebaik Pulang Ke Indonesia


Pembantu rumah Indonesia, Sarmini wahyudi, 28, yang lulus cemerlang dalam bidang Diploma Pengurusan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu ditawarkan pekerjaan sebaik sahaja pulang ke negaranya.

Tawaran kerja tersebut diperoleh Sarmini pada Rabu, tiga hari selepas dia pulang ke kampung halamannya di Jawa Tengah, Indonesia pada 3 Julai baru-baru ini.
Bekas majikan Sarmini, Tan Choo Kang, 56, berkata Sarmini telah menghubunginya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan memaklumkan berita gembira itu kepadanya.

"Saya terima SMS daripada Sarmini semalam (Rabu). Dia gembira kerana telah ditawarkan pekerjaan yang baik walau baru beberapa hari pulang bertemu keluarganya," katanya.
Choo Kang berkata Sarmini mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai kerajaan di salah sebuah jabatan berhampiran dengan tempat tinggalnya yang terletak di Kampung Banyumas.
"Sarmini bagaimanapun tidak memaklumkan kepada saya sama ada dia bersetuju menerima tawaran tersebut atau sebaliknya," katanya.

Sarmini yang berkhidmat sebagai pembantu rumah di Malaysia selama tujuh tahun telah mencipta sejarah apabila menjadi pembantu rumah Indonesia pertama di negara ini membawa pulang diploma.
Dia telah diberi pelepasan dan sokongan untuk mengikuti pengajian separuh masa oleh majikannya.
Anak seorang tukang kayu dan mempunyai seorang adik ini lulus cemerlang apabila memperolehi mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 sepanjang empat tahun mengikuti pengajian separuh masa di OUM.

Sejak Sarmini pulang ke Indonesia, Choo Kang berkata dia belum terfikir untuk mencari pengganti Sarmini.
Menurut Tan, sebelum Sarmini menamatkan perkhidmatannya, dia dan isterinya Wee Phooi Kuan, 47 pernah berpesan kepada pembantu rumahnya itu bahawa keluarganya sanggup menerimanya bekerja kembali jika dia tidak mendapat pekerjaan di negaranya kelak.

"Memang kami sekeluarga sedih selepas Sarmini berhenti tetapi dalam masa yang kami gembira kerana dapat membantu melaksanakan impiannya untuk sambung belajar.
"Apabila saya mendapat khabar itu, saya dan keluarga cukup gembira dan berbangga.
"Kami berharap agar dia terus maju pada masa akan datang," katanya yang turut menghubungi pihak OUM memaklumkan berita gembira ini.



.

Is this Britain's stupidest thief?


Man caught on CCTV as he tried to disable security camera before stealing dinghy from boat yard

There's little better than a full-face close-up in a CCTV camera for identifying a criminal.
And that is what this bungling thief obligingly provided when he broke into a boat yard.
He was, in fact, attempting to climb up the pole supporting the camera to disable the device. Unfortunately for him, his picture was captured just before he got to the camera.

The youth had broken into the yard, in Blyth, Northumbria, with his friend. The pair helped themselves to a dinghy and used it to cross the River Blyth from the south side to the north of the town. 
After making their journey, they abandoned the boat and continued towards North Blyth on foot.
Police are appealing for witnesses to the break-in, which happened between 4.20am and 4.30am on Saturday, June 19.


And they are asking the public to take a good look at the picture to see if they can help identify the crook. 
Northumbria Police’s Blyth Neighbourhood Inspector Trevor Oakley said: ‘These two men broke into the boat yard to avoid the long walk round to North Blyth. I’d appeal for anyone who recognises the man in the image to contact police.’





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!