Saturday, July 16, 2011

day 9 - perasaan anda hari ni


Hari ni perasaan lulu tenang jer...
Rasa sakit akibat terkena air panas sudah mula beransur pulih...
Teruk woooo..
Kena muka dan badan, nasib baik cepat sapu ubat, so kuranglah sikit..
Kejadian tu dah 3 hari berlalu, dan masih rasa kesannya hingga hari ni...


Oleh kerana hari ni hari sabtu,
lulu sibuk dengan urusan cuti-cuti bersama keluarga,
so, blog kena tinggal dulu..ngee...
Walau apa pun, keluarga lebih penting dari segala-galanya...
itulah perasaan gembira yang sebenar..
Selamat berhujung minggu ...



P/S - selesai cabaran hari ke 9.. [KLIK]





.

Artis ini bakal bercerai..


Penyanyi dan pelakon terkenal, Jennifer Lopez akan berpisah dengan suaminya, Marc Anthony selepas tujuh tahun berkahwin.

Pasangan itu mendedahkan perkara itu dalam kenyataan bersama yang disiarkan majalah People.

"Keputusan ini amat sukar. Kami sudah capai persetujuan dalam semua perkara," kata pasangan itu dalam kenyataan berkenaan.
Pasangan itu mula berkenalan pada 1990-an dan semakin intim pada 2004. Pasangan itu berkahwin pada majlis rahsia di kediaman Lopez di Beverly Hills pada Jun 2004.



.

Biker gives motorists their very own rear view


He may not be the most streamlined rider in the world, but that hasn't stopped this heavyweight motorcyclist taking to the freeway.
Unfortunately for the super-sized rider, the thrill of the open road left him exposing a lot more flesh than the average leather-clad biker.
The unidentified rider gave fellow road users their very own rear view on a stretch of freeway near Owasso, Oklahoma.

He was seen flashing an ample amount of bottom cleavage seconds before exiting the road.
The biker inadvertently flashes his substantial behind after his green t-shirt was apparently caught by the wind as he sped along the road.

But despite his clothes flailing in the wind, the mystery mooning motorcyclist does not appear to notice his eye-opening wardrobe malfunction.
Instead he motors on wearing just a cycle helmet, shorts and t-shirt, much to the amusement of passing drivers.


The picture of the bottom-baring biker was posted on a social networking picture blog, but despite his worldwide notoriety the identity of the rider remains a mystery.
One user on the site commented: 'Bikers can be different. And these photos show that anyone can ride a bike.'
Another internet poster was less forgiving, simply adding: 'dude - bigger underwear'.



.

Nak kawen..nak kawen... eh biarlah rahsia..


Model Kim Kardashian telah mengundang 1,000 orang tetamu menghadiri majlis pernikahan dengan kekasihnya Kris Humphries.

Biarpun sudah menyatakan bakal bernikah pada musim panas ini, namun dia masih merahsiakan lokasi dan waktu majlis tersebut berlangsung.
Seperti dipetik femalefirst, Kim yang berusia 30 tahun itu bakal berkongsi kegembiraan apabila majlis tersebut akan disiarkan di salah sebuah program realiti televisyen.

Manakala satu sumber menyatakan bahawa pasangan ini masih belum mempunyai lokasi mengadakan majlis berkenaan biarpun sudah mengundang tetamu.
"Belum ada lokasi tetapi mereka sudah menjemput tetamu dan khabarnya pasangan ini akan bernikah di pantai dan diadakan dalam sebuah majlis besar.

"Kim mungkin ada memberitahu kepada tetamu-tetamu yang dijemputnya itu lokasi tersebut namun mungkin mereka turut berjanji untuk merahsiakan lokasi tersebut," ujarnya.




.

Kerana telefon bimbit


Kelekaan seorang remaja berbual menerusi telefon bimbit ketika cuaca buruk di kawasan terbuka mengundang padah apabila dia disambar petir petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Izzan Nuqry Muhamad Yaakub, 18, pengsan di tempat kejadian dengan kesan luka dan melecur di beberapa bahagian badan termasuk tangan dan telinga kiri.
Menurut saksi, mangsa dikatakan sedang membersihkan dinding di luar surau Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang di sini sambil menjawab panggilan telefon menggunakan alat bebas tangan.

"Sebaik sahaja petir menyambar, Izzan Nuqry terus rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa orang rakan yang melihat kejadian itu bergegas membawanya ke HUS (Hospital Umum Sarawak)," katanya di sini, hari ini.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan lebat yang disertai dengan petir sejak pukul 5 petang.
Keadaan remaja itu kini dilaporkan stabil walaupun masih berada dalam keadaan terkejut.



.

Bonus 2 bulan..


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan hanya dapat bantuan khas RM500,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan kali ke-24 ANULAE cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.



.

Maut selepas tercampak keluar dari lori

Seorang wanita dan anak lelakinya maut, manakala suaminya cedera apabila lori yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 252.9 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini, hari ini.
Dalila Hashim, 40, dan Che Najwan Haniff berusia 13 bulan yang cedera parah di kepala dan badan mati di tempat kejadian.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian pada pukul 5.45 petang itu, lori kosong yang dipandu oleh suami Dalila, Che Rosdi Ahamad, 33, dalam perjalanan menuju ke utara.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta melanggar sisi kanan lori itu, menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan lori itu berpusing-pusing sebelum terbabas dan terbalik di tepi longkang lebuh raya.
“Dalila dan anaknya dikatakan tercampak keluar,” katanya.



.

Akhirnya dia menjadi isteri orang


Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2)sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, di sini, Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Datuk Sheikh Abd Aziz berwalikan bapa Farah, Anuar Ali dengan mas kahwin RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.
Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah ibu Farah, Farizah Majid, ibu Johan, Salmah Sulaiman dan keluarga serta saudara-mara kedua-dua belah pihak.

Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan.
Farah dan Johan sengaja memilih untuk bernikah di atas kapal untuk mencari kelainan berbanding pasangan lain yang lebih memilih untuk bernikah di masjid atau rumah.
"Saya dan Johan begitu teruja apabila mendengar idea daripada kawan kami, Afiq untuk melangsungkan majlis nikah ini di atas kapal kerana sebelum ini saya pernah juga bercita-cita untuk berkahwin atas kapal..

"Lagipun sebelum ini saya selalu menaiki bot ketika melakukan penggambaran program ‘Rasa Halal Orient’. Jadi, impian saya tercapai jua pada hari ini," kata Farah yang cantik menyarungkan busana moden berwarna putih rekaan Zery Zamry.
Sebelum ini Farah banyak berahsia tentang hubungannya dengan Johan namun dia bersedia menceritakan semuanya di hari pernikahannya.

Kata Farah, dia dan suami mula berjumpa pada tahun 2005 pada sebuah majlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Di pendekkan cerita, Farah mula terpikat dengan senyuman Johan apabila mereka selalu berselisih di Hotel Equatorial di situ yang biasanya menjadi lokasi percutian Farah dan keluarga, tambahan pula kawan Johan merupakan penganjur acara itu.
"Saya rasa seperti jatuh cinta pandang pertama dengan Johan dan mula teringatkan dia selepas pulang dari acara itu.

"Suatu malam, saya nampak dia berbual dengan abah di kedai makan. Selepas itu, saya menyamar menghubungi Johan menerusi telefon setelah mencuri nombor telefon daripada abah," cerita Farah.
Selang lebih sebulan menyamar, penyanyi lagu ‘Antara Dua’ itu menceritakan mengenai identitinya dan mereka mula berkawan sehinggalah bercinta empat bulan selepas itu.
"Pada tahun 2008, Johan melamar saya dan kami mengikat tali pertunangan pada tahun lepas.
"Saya tak sangka hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin sedangkan pada mulanya saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh setelah mendengar pengalaman orang lain.

"Namun hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya apabila mendapati dia sangat sabar dan lebih menyayangi diri saya seadanya. Walaupun pernah sekali saya mendiamkan diri selama enam bulan, dia tetap setia menghubungi dan menghantar SMS kepada saya," ujar pengacara ‘Ustazah Pilihan’ ini.
Sementara Johan pula tertarik dengan sikap Farah yang menghormati dan pandai mengambil hati keluarganya serta mendengar kata.


"Saya tidak terlalu mengenali Farah sebelum ini walaupun dia sudah bergelar artis. Selepas mengenalinya baru saya menonton Farah di televisyen.
"Selepas ini, saya tiada halangan untuk membenarkan Farah meneruskan karier seninya. Dia akan mengikut tinggal bersama-sama saya di Pulau Pinang dan apabila mempunyai komitmen kerja baru dia akan berulang-alik ke Kuala Lumpur," ujar Johan.

Sebagai kejutan kepada suami, Farah turut mengumumkan percutian bulan madunya ke Maldives sebelum bulan Ramadan ini.
Majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada Sabtu di Pullman, di sini manakala sebelah pihak lelaki pada 24 Julai di Pulau Pinang.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!