Thursday, July 21, 2011

Zebra + keldai = ?


Zoo Haicang di Xiamen, wilayah China Tenggara baru saja dikejutkan dengan lahirnya anak keldai dengan keadaan fizik yang tidak biasa.

Anak keldai tersebut memiliki garis-garis khas zebra di bahagian kakinya dengan ketinggian badan tidak lebih dari tiga meter dan berat 29 kilogram.

Menurut staf zoo, anak keldai yang lahir itu, merupakan hasil perkumpulan dari seekor zebra betina dengan keldai jantan setelah dibebaskan berkeliaran bersama-sama di kandang yang sama.

Walaupun ketika dilahirkan, induk memerlukan bantuan pertolongan, namun kini si induk sudah kembali normal dan sudah dapat memakan rumput bersama anaknya. Sekarang kewujudan mereka berdua menarik banyak perhatian pengunjung.

Peranakan zebra dan keldai ini disebut zonkey (zebra-donkey) atau zebonkey, zebrinny, zebrula, zebrass dan zedonk.



P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]



.

Is David Beckham the perfect male?



Football legend, underwear model, doting father and now  culinary good

Most men would find it hard to look after three young boys and a newborn girl whilst holding down their day job - but superdad David Beckham is no ordinary man.

Despite all of his parental commitments - and not to mention the commercial ones - the L.A. Galaxy football player still found time to cook a delicious-looking risotto whilst his wife Victoria took a break after recently giving birth to daughter Harper Seven - and then posted up a picture of the feast on Facebook.

Domestic dad David, 36, first started taking an interest in becoming a culinary king while playing for Real Madrid between 2003 and 2007.
It isn't surprising that David took an interest in cooking after Victoria once admitted she was no domestic goddess and made David nothing but mince for four years because it was the only dish she cooked well.

Posh explained to Manchester radio station Key 103 in 2008: 'The only thing I can cook really is mincemeat, which is ironic because I'm a vegetarian.

'But I like calzone and lasagne. I cooked every day in Spain so David and the boys lived off minced meat for four years'.

However, it wasn't until David moved to Milan at the start of last year on loan from Galaxy that he decided to enrol on a cookery course.

He said at the time: 'It's something I've always wanted to do. I've always loved cooking. Now I'm in Italy, I want to learn how to make amazing pasta.

'It's gone from a small ambition of wanting to learn how to make pasta to the extreme of doing this course professional chefs do. It's something I'm passionate about.'

David, who is best friends with world famous chef Gordon Ramsay, could ask the fiery tempered Scot for advice if he ever needed to, but added: 'I'd love to cook for Gordon and I definitely will one day.'

David took in total 120 hours worth of cooking lessons when living Italy and it seems it was time well spent as he could put his new skills to use when he and Ramsay open their pie and mash shop together.




P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]


.

Dengan 2 kepala


Seekor ular berkepala dua yang boleh makan dari kedua mulutnya malah berebut makanan, menjadi bintang baru di zoo Ukraine.

California Kingsnake albino ini, adalah penghuni baru resort di Laut Hitam, Yalta. Penjaga kebun binatang menyukainya kerana binatang ini sangat berdikari dan kedua kepalanya tidak selalu seiringan serta sering saling mencuri makanan.

“Kadang mereka ingin bergerak ke arah yang berbeza. Jika lapar, mereka saling mencuri makanan,” kata pemilik zoo, Oleg Zubkov.

Meskipun begitu, penjaga tahu pada akhirnya mereka tetap kenyang kerana berkongsi perut yang sama. Kingsnake berburu haiwan lain, jadi tidak mustahil ada kemungkinan salah satu kepala ingin menelan kepala lainnya.




P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]




.

Pelajar ditumbuk dan ditampar guru

Ibu bapa kepada empat pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong, Alor Setar mendakwa anak-anak mereka ditumbuk dan ditampar oleh seorang guru lelaki dua hari lepas dan bercadang membuat laporan polis.

Fatimah Fadzil, 43, berkata laporan polis bertujuan melindungi anaknya sekiranya berlaku kemudaratan akibat tindakan guru tersebut pada masa depan.
Katanya, beliau tidak mempertikai hukuman yang dikenakan ke atas anaknya dan tiga rakannya yang lain sekiranya benar mereka melakukan kesalahan, tetapi cara hukuman itu dilaksanakan adalah tidak beretika.

Beliau berkata, sebarang bentuk hukuman seharusnya dilaksanakan dengan cara merotan bukan menampar atau menumbuk.
“Kejadian ini juga mungkin tidak dilaporkan kepada Pengetua kerana kami tidak dihubungi sehingga hari ini. Kami akan hanya menemui Pengetua selepas membuat laporan polis petang ini,” kata Fatimah kepada pemberita hari ini.

Keempat-empat pelajar berkenaan merupakan pelajar tingkatan dua.
Alias Ahmad, 63, bapa kepada seorang lagi pelajar berkata, beliau juga tidak mempersoalkan tindakan tatatertib oleh pihak sekolah tetapi setiap hukuman ke atas pelajar perlu dilaksanakan dengan tujuan untuk mendidik.



.

day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini


Hari ni perkara yang paling menarik lulu lakukan adalah masak..
Alaa, ramai yang masak.. apatah lagi sedap, ceh terliur..
walaupun sudah makan dan perut kenyang..ekeke
Hari-hari masak, tapi hari ni kira special sebab buat cabaran ni,
so, kenalah ambik gambar dan masukkan dalam entri..ngee


Minggu lepas puasa 5 hari, tapi bukan puasa ganti sebab sudah ganti..
Saja puasa, sebab tak lama lagi dah nak masuk ramadan..
So, kira nak ambik mood...takut perut terperanjat..
5 hari puasa = 6kg turun.. ceh senang naik senang turun..
best..


Hari ni lulu tak puasa..
so, masak yang simple dan sedap, dan nafsu makan pun mari...
puas-puas makan sebab tak lama lagi nak puasa...
Korang tengok gambar jer telan air liur ;p



Untuk paparan lagi best sila klik pada gambar..ngee...
Bagi lulu inilah perkara paling menarik yang lulu lakukan hari ini..
nak resepi, lain kali eh...
masakan mudah jer ni..



P/S - Tamat cabaran hari ke 14 [direct]
- Memenangi iklan percuma ? [KLIK]




.

Benar atau palsu??


Keghairahan China terhadap iPad dan iPhone telah menyebabkan pengeluaran gajet palsu berkenaan berleluasa dan paling mengejutkan kini terdapat sebuah kedai Apple palsu dan pekerjanya percaya mereka bekerja dengan Steve Jobs.

Kedai itu dibina di Kunming dan dikesan oleh seorang blogger dari Amerika yang pada mulanya turut terpedaya dengan muslihat itu.


Sekali lihat, papan tanda, komputer dan susun atur kedai itu adalah sama dengan kedai Apple yang tulen, kata blogger berkenaan yang menggunakan nama sebagai BirdAdbroad.
Gambar yang dimuatkan oleh blog berkenaan menunjukkan kakitangan kedai berkenaan memakai baju-T biru sebagaimana yang dipakai kakitangan Apple.



P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]



.

Boleh dilihat dari jauh


Ia mungkin tanda nama terbesar di dunia. Seorang sheikh kaya-raya mengukir namanya pada permukaan pulau milik peribadinya dan ia boleh dilihat dari angkasa lepas.
Pekerja mengukir perkataan ‘HAMAD’ atas arahan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan.


Nama itu terbentang seluas 3.2 kilometer dan hurufnya setinggi satu kilometer setiap satu. Ia begitu besar sehingga huruf ‘H’ dan ‘A’ yang pertama dan sebahagian huruf ‘M’ dijadikan laluan air.

Sheikh kaya-raya itu, yang berusia 63 tahun, anggota keluarga pemerintah Abu Dhabi di di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini, mempunyai kekayaan berjumlah RM70 bilion, yang kedua terbanyak selepas raja Arab Saudi.

Keretanya yang berjumlah lebih 200, termasuk tujuh Mercedes 500 SEL dicat dengan pelbagai warna pelangi, ditempatkan di sebuah bangunan yang dibina khas, berbentuk piramid.


Namanya itu diukir pada sebuah pulau yang dimilikinya, Al Futaisi.







.

Couple walking their dogs discover 30ft carcass of sea creature rotting on beach





A couple were left shocked when they discovered the rotting body of a sea monster while walking along a beach.
Margaret and Nick Flippence made the incredible find as they exercised their dogs at Bridge of Don,  Aberdeen.
Mr Flippence, 59, who lives nearby, said: 'We were stunned. I thought, "oh my God what is it?"
'It's like nothing we have ever seen, it almost looks pre-historic,' he told the Sun.


A spokesman for the Natural History Museum said: 'We have spoken to one of our mammals curators, and they have confirmed the animal is probably a long-finned pilot whale – Globicephala melas.
'Apparently it’s not unusual for these to wash up on the shore.'
Rob Deville, a marine life expert at London Zoo, said the body could be that of a killer whale or a smaller pilot whale.
Whale expert Mark Simmonds told the Sun: 'it died a long time ago and tides caused the body to wash ashore.'




 P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]




.

Bertarung nyawa..


Operasi besar-besaran pihak berkuasa memburu buaya di Sungai Sebelak di sini, sejak dua hari lalu mengembalikan ingatan seorang penduduk, Rashid Abu, 45, kejadian dia berdepan maut apabila terpaksa bertarung kira-kira setengah jam dengan haiwan itu, dua tahun lalu.
Menurut penduduk Kampung Emplam itu, pertarungannya dengan reptilia sepanjang kira-kira empat meter di tebing Sungai Sebelak berlaku ketika dia cuba menyelamatkan lembu peliharaan daripada dibaham seekor buaya.

“Meskipun peristiwa itu sudah dua tahun berlalu, ia tetap segar di ingatan saya,” katanya.
Rashid berkata, ketika kejadian itu dia langsung tidak menyangka sedang ‘berebut’ dengan reptilia ganas yang menjadi ketakutan penduduk di sepanjang sungai berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia berusaha membawa keluar ternakannya dari kandang yang dimasuki air sungai yang melimpah ke tebing akibat air pasang besar.

Katanya, pada awalnya, dia menyangka kaki lembu jantannya itu tersangkut pada celah akar pokok menyebabkan dia nekad masuk ke dalam air untuk menarik haiwan terbabit.

“Saya cuba memeluk tengkuk lembu dengan harapan dapat dibawa ke atas namun gagal. Tarikan buaya itu cukup kuat dan saya mencuba sekali lagi termasuk menarik kaki lembu itu.

“Selepas beberapa kali mencuba, tetapi masih gagal sebelum saya menggunakan tali dan akhirnya berjaya membawanya naik ke atas dan ketika itu saya ternampak kelibat seekor buaya sedang menggigit kaki lembu,” katanya.

Rashid berkata, menyedari buaya terbabit cuba menarik lembunya kembali ke dalam air, dia nekad ‘bertarung’ bagi menyelamat haiwan itu sehingga berlaku tarik menarik selama beberapa minit.

“Saya tidak tahu apa lagi perlu dilakukan bagi menyelamatkan lembu saya melainkan menariknya sedaya upaya sehingga menyebabkan reptilia terbabit mengalah dan melepaskan gigitan sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Mengimbau kembali tindakannya memasuki kandang lembu yang digenangi air paras dada, dia langsung tidak terfikir bahawa reptilia itu turut berada di dalam air dan menanti saat membaham lembunya itu.

“Memang saya tidak akan masuk ke kandang itu jika saya tahu ada buaya di dalam air,” katanya.

Rashid berkata, dua kejadian sebelum ini menyebabkan empat lembu peliharaannya menjadi habuan reptilia ganas itu yang menyebabkannya kerugian kira-kira RM14,000.

“Kejadian pertama berlaku pada 2002 apabila dua lembu saya dibaham. Kali terakhir kejadian sama berlaku iaitu dua tahun lalu,” katanya yang memiliki 14 lembu.

“Oleh kerana lembu yang diselamatkan itu cedera teruk pada paha kirinya, saya mengambil keputusan menyembelihnya sebagai hidangan kenduri kesyukuran kerana saya terselamat daripada menjadi korban buaya berkenaan,” katanya.

Sementara itu, operasi besar-besaran digerakkan pihak berkuasa yang masuk hari kedua semalam, dipercayai hanya berjaya membunuh seekor anak buaya yang bangkainya ditemui terdampar di tepi Sungai Sebelak di sini.

Bangkai haiwan berusia lebih dua tahun itu ditemui penduduk kira-kira jam 2.30 petang, tidak jauh dari jeti pusat operasi, dipercayai ditembak pada malam pertama operasi dijalankan.

Penduduk, Mohd Faizul Abu Bakar, 25, berkata dia menemui bangkai buaya itu ketika menaiki sampan menyusuri sungai berkenaan.

“Berdasarkan saiz bangkai buaya berkenaan dipercayai berusia dua tahun atau lebih dan kami yakin buaya ini bukan yang sering membaham penduduk,” katanya.

Bangkai buaya berkenaan dibawa menaiki sampan sebelum diangkat ke jeti menyebabkan penduduk berpusu-pusu mahu melihat reptilia yang didakwa menimbulkan ketakutan selama ini.

Sungai Sebelak terus menjadi tumpuan berikutan operasi besar-besaran pihak berkuasa memburu reptilia yang didakwa menyebabkan beberapa penduduk menjadi mangsa, termasuk kejadian terkini dua bulan lalu.



 P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]

.

Amah Kemboja dakwa didera


Seorang pembantu rumah warga Kemboja yang tidak tahan didera majikannya sejak lebih setahun lalu bertindak melarikan dari dari kediaman majikannya di sebuah rumah kedai di Jalan Bendahara di sini.
Mangsa yang dikenali sebagai Met Seriani, 21, mendakwa didera oleh majikannya berusia awal 60-an sejak 16 bulan lalu, membuat laporan di Biro Aduan Barisan Nasional (BN) Kota Melaka.

"Saya didera dengan teruk dan berusaha untuk melarikan diri tetapi hanya sekarang saya berjaya melakukannya," katanya kepada pemberita di pejabat Biro Aduan BN, hari ini.
Met Seriani mendakwa, dia sering dipukul oleh majikannya beberapa kali dengan menggunakan objek tumpul.
Akibat daripada kekejaman itu katanya, terdapat beberapa kesan pukul dan luka pada anggota badannya.

Selain didera, Met Seriani mendakwa, dia dilayan seperti binatang apabila hanya diberi makan sisa makanan sepanjang tempoh bekerja dengan majikannya.
Dia juga turut mendakwa, tidak pernah menerima gaji bulanan RM600 yang dijanjikan majikannya sejak mula bekerja di situ.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan BN, Gan Yong Hoe berkata, satu laporan polis telah dibuat sejurus mangsa mendakwa didera oleh majikannya.
"Kami akan cuba membantu mangsa untuk mendapatkan semula gaji yang tidak dibayar oleh majikannya," kata Yong Hoe.

Beliau menambah, mangsa akan ditempatkan di rumah perlindungan buat sementara waktu sementara polis menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.



 P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]



.

Kemalangan yang mengejutkan..


“Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.

Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.

Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.
Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.

“Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal,” katanya sebak.

Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.

“Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.

Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.

Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.

Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala.




P/S - Maaflah lulu cakap, mungkin bukan bagi kes ni, tapi lulu selalu tengok van sekolah memasang lagu dengan kuat dan bunyinya yang bingit berdentum-dentum pada siapa saja yang mendengarnya.. Kalau dalam keadaan seperti kemalangan ni, teriak walau sampai pecah tekak pun, orang dalam van sekolah takkan dengar..



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!